Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 30 Jun 2014

MB SELANGOR SEORANG PEMIMPIN YANG PENIPU -S MANIKAVASAGAM

KUALA SELANGOR: Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kuala Selangor yang baharu,JELAS MENYATAKAN KITA TIDAK MAHU MB YANG MENIPU RAKYAT S.Manikavasagam turut mendesak Tan Sri Khalid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor selepas tewas pada pemilihan cabang itu, baru-baru ini seperti yang kita sedia maklum sebelum ini namun hakikatnya antara Khalid dan Azmin boleh diibaratkan 2x5 sahaja tak begitu sahabat pm semua
Perbalahan sesama mereka sebenarnya mendedahkan salah laku antara kedua insan ini dan walau di tukarpun situasi sama tetap berlaku maka sewajarnya jangan sesekali memberi kepercayaan pada PKR lagi pada PRU14 akan datang.
Malahan, Manikavasagam secara terang menyuarakan pandangan bahawa Azmin Ali adalah calon Menteri Besar yang paling sesuai untuk menggantikan Khalid.
“Kalau tanya saya, sudah pasti saya akan cakap Azmin sebab dia ‘bos’ saya.
“Tapi keputusan pilih Menteri Besar terpulang kepada Pakatan Rakyat. Bukan saya yang tentukan.
“Kita tak mahu seorang pemimpin yang menipu rakyat,” katanya kepada pemberita di pejabat penyelaras Dewan Undangan Negeri Bukit Melawati, di sini, Isnin.
Bekas Ahli Parlimen Kapar,  berkata sebelum ini Khalid pernah berjanji untuk membersihkan Sungai Klang dan pintu gerbang Little India, namun hingga sekarang masih tidak melaksanakannya.
“Saya sokong seratus peratus untuk beliau undur diri,” katanya.
Minggu lalu, Ketua Angkatan Muda Keadilan  Shamsul Iskandar Mat Akin juga mendesak supaya Khalid meletak jawatan namun sahabat pm pun tahu walau di tukar bagai tiada gunanya selagi pakatan yang memerintah selangor maka perebutan sesama mereka pasti berlaku terutama ketunya yang menjadikan PKR parti anak beranak merek sahaja.

TEGURAN IKHLAS BUAT PM @NAJIB RAZAK DAN HJ HADI

Dari Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan, dia akan mendapat pahala yang sama sebagaimana orang yang melakukan satu kebaikan, dan Allah menyukai orang yang menolong seorang dalam kesukaran." (HR Bazzar dan Targhib)

ISLAM adalah agama yang mementingkan persaudaraan kerana ia menjadi pemangkin ke arah kekuatan, kejayaan dan kecemerlangan. Antara ciri persaudaraan ialah saling membela, yakni membantu dan mempertahankan hak orang Islam lain.

Janganlah hanya berbeza pandangan politik kita sesama Islam bersengketa sahabat pm semua jadikanlah Bulan Ramadhan yg mulia ini satu titik persamaan sesama kita Umat Muhammad S.A.W semua

Terlebih dahulu pm hendak mengucapkan sekalung Tahniah buat Perdana Menteri yang kita sayangi kerana menunjukkan sikap yg sungguh mulia dengan melawat HJ Hadi yang terlantar di hospital walaupun pada sebelum ini HJ Hadi sering mencerca beliau

Sesungguhnya pm nak mengigatkan bahawa kita sebagai orang Islam yang tidak mempedulikan nasib saudaranya yang lain dianggap sebagai tidak sempurna imannya. Dalam hal ini telah di ingatkan pada kita semua oleh, Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

 "Tidak sempurna iman seseorang dalam kalangan kamu sehinggalah dia mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Prinsip persaudaraan yang kukuh semata-mata kerana patuh kepada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW adalah faktor kepada kegemilangan umat Islam pada zaman Rasulullah SAW dan empayar Islam selepas itu.

Malangnya, sikap membela sesama umat Islam kini di lihat semakin lemah. Faktor ini menjadi punca mengapa umat Islam dalam keadaan lemah dan menjadi mangsa kekejaman musuh Islam. Umat Islam dilihat lebih suka menyokong atau berdamping dengan kuasa bukan Islam semata-mata untuk kepentingan diri.

Muslim sejati tidak akan membiarkan saudaranya dihina dan disiksa.
Penderitaan ditanggung saudara muslim diibaratkan turut ditanggung oleh dirinya. Maka, muslim sejati tidak akan membiarkan saudaranya menghadapi bahaya sendirian melainkan wajib baginya membela mengikut kemampuannya.

Pihak yang memerangi muslim wajib diperangi atau ditentang. Islam membenarkan tindakan berperang untuk melindungi keselamatan dan hak. Musuh muslim adalah juga menjadi musuh kepada seluruh muslim lain.

Firman Allah bermaksud: "Dan sentiasalah tolong menolong dalam kebaikan dan yang mendorong kepada takwa serta jangan tolong menolong dalam perkara membawa dosa serta permusuhan." (Surah al-Maidah, ayat 3).

Soalnya, mengapa ada orang Islam termasuk yang bergelar pemimpin sanggup menyokong musuh Islam? Perkara ini tidak harus berlaku jika umat Islam memahami ajaran Islam. Jangan gadaikan maruah dan kepentingan Islam semata-mata untuk mendapat sedikit pertolongan daripada musuh untuk kepentingan peribadi.

Sesungguhnya bantuan yang dihulurkan itu sudah tentu satu jerat yang akan membinasakan diri sendiri dan agama. Persaudaraan muslim tidak dibatasi bangsa dan sempadan geografi. Maka, setiap muslim perlu membantu muslim lain walaupun berlainan bangsa dan berada jauh di negara lain.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Wahai umat manusia. Sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku-puak supaya kamu berkenal-kenalan." (Surah al-Hujrat, ayat 13).

Setiap muslim perlu menunjukkan kesungguhan untuk membantu muslim lain yang ditimpa bencana atau dizalimi. Apa yang dilakukan itu tidak sia-sia dan mendapat balasan kebaikan di dunia dan akhirat. Sesungguhnya bantuan yang dihulurkan adalah jalan yang membawa kepada dimurahkan rezeki.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesungguhnya kalian hanya akan dibantu dan diberikan rezeki oleh Allah jika kalian semua membela orang yang lemah." (Riwayat Bukhari)

Ingatlah, kekuatan muslim tidak hanya melalui kelompok atau kumpulan tertentu saja. Kekuatan muslim perlu dibina secara keseluruhan kerana ia saling memperkuatkan antara satu sama lain.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Ibarat seorang mukmin dengan mukmin yang lain adalah seumpama sebuah binaan yang terdiri daripada bahan binaan yang saling sokong menyokong, lengkap melengkapi antara satu sama lain hingga terciptanya sebuah binaan yang tersergam kukuh." (Riwayat Bukhari).

Semoga peristiwa ini menjadi titik tolak perpaduan sesama Islam sahabat pm semua dan marilah kita sama sama berdoa agar kekuatan Islam di negara kita dapat di rilisasikan dengan penyatuan sesama muslim semoga pas dan Umno bermusahabah diri duduk semeja bagi menguatkan Islam di Negara kita ...mudah mudahan pas dan Umno bersatu Amin...

Khamis, 26 Jun 2014

Ahli PKR kecewa pada MB Selangor yang takutkan Anwar dan Wan Azizah demi buktikan salah laku Azmin Ali ?

Ahli PKR nampaknya semakin tidak bersetuju dengan kepincangan yang ada didalam pimpinan Khaled Ibrahim dan mendakwa Khaled Ibrahim tidak perlu takut kepada Anwar ataupun Wan Azizah sekiranya itu puncanya Khaled takut mendedahkan salah laku Azmin Ali
Selagi Tan Sri Khalid Ibrahim tidak menyerahkan laporan salah laku Timbalan Presiden Parti keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), selagi itulah Khalid akan terus diperbodohkan oleh ahli-ahli PKR yang tidak memihak kepadanya.
Laporan salah laku tersebut diberitahu, Khalid sebelum ini bakal mendedahkan kepincangan Azmin ketika menjadi Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Itu kata seorang ahli PKR cabang Hulu Langat,yang merasakan ahli PKR terus di perbodohkan oleh perebutan kuasa antara pemimpin pemimpin PKR dan menurut ahli kecewa seperti yg pm petik dari satu sumber,menjelaskan kisah seorang ahli yg kecewa iaitu Ramli Baharuddin yang bimbang melihat kecelaruan dalam parti kini semakin tidak terkawal.
“Ini bukan lagi soal merebut jawatan tetapi sebagai ahli, saya mahukan ketelusan daripada Khalid. Kalau benar sudah ada laporan salah laku Azmin, kenapa tidak diserahkan kepada SPRM untuk disiasat?
“Macam ada yang tak kena seolah-olah ada suara ghaib yang melarang Khalid untuk menyerahkan laporan tersebut. Saya tak berani menuduh sesiapa tetapi ahli yang melihat kini semakin hairan dan tertanya-tanya sama ada Khalid bercakap benar atau tidak.
“Kalau Khalid mengambil sikap berdiam diri, maka dia kena bersedialah untuk mengundur diri daripada dunia politik kerana sebagai pemimpin, dia tidak seharusnya menyembunyikan sesuatu yang boleh meruntuhkan parti,” katanya ketika dihubungi hari ini.
“Sekarang ni, disebabkan Khalid enggan menyerahkan laporan tersebut, di kalangan ahli mula bercakap sama sendiri mengatakan Khalid hanya buat cerita tentang laporan tersebut yang kononnya tidak wujud langsung.
“Apa yang dibimbangkan adalah keyakinan ahli terhadap parti. Jika hal ini berlarutan, tidak mustahil akan berlaku perpindahan ahli kepada parti lain,” tegasnya.
Katanya lagi, walaupun sekiranya dalang yang menghalang Khalid itu Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Datin Seri Wan Azizah sekalipun, Khalid wajib menjalankan tanggungjawabnya memulihkan parti dengan mendedahkan laporan salah laku Azmin yang berada dalam tangannya.

Rabu, 25 Jun 2014

KJ BIDAS RAFIZI RAMLI BERHUBUNG SIKAP BURUK SANGKA YANG ADA PADA DIRI PEMIMPIN PEMBANGKANG ITU ?

INILAH HASIL KEPAKARAN RAFIZI SELAIN DARI ITU DIA JUGA DI KATAKAN  PAKAR BERCAKAP DENGAN MENGELENTONG RAKYAT ??BENARKAH DEMIKIAN JOM SAHABAT PM KITA SELIDIK !!!
KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini, menyangkal dakwaan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang mengatakan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, terpaksa ‘menggula-gulakan’ penjawat awam dengan menjanjikan kenaikan elaun sekiranya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan kerana sudah tidak mendapat sokongan golongan tersebut.
Khairy berkata, GST akan  menambah hasil pendapatan kerajaan dan dengan adanya penambahan hasil tersebut, pelbagai perkara yang boleh kerajaan laksanakan.
“Kita boleh salur peruntukan itu untuk pembangunan, kita boleh bina jalan, bina hospital dan boleh tambah subsidi ataupun kita boleh tambah elaun gaji kakitangan awam.
“Jadi apa yang disampaikan oleh PM itu cuma satu pilihan yang kerajaan boleh buat, bukan menggula-gulakan mereka,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda Umno di PWTC hari ini.
Dalam perkembangan yang sama, Khairy turut menambah kenyataan Perdana Menteri tersebut tiada kaitan dengan ‘janji manis’ kerajaan terhadap penjawat awam.
“Kiranya kita tambah hasil pendapatan kerajaan.
“Jadi memang betullah PM kata, kalau ada GST hasil kerajaan bertambah, bila hasil kerajaan bertambah macam-macam yang kita boleh buat.
“…itu pilihan kerajaan yang kemudian apa yang kita hendak guna duit rakyat apa yang kita nak buat itu atas program yang dibuat di peringkat dasar,” jelasnya lanjut.
Semalam Rafizi dalam satu kenyataan mendakwa bahawa pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) turut mendapat tentangan daripada penjawat awam.
Oleh itu bagi menambat semula hati penjawat awam, kerajaan terpaksa menawarkan pelbagai janji manis  kepada mereka.
“Hakikat bahawa  Datuk Seri Najib terpaksa menawarkan gula-gula seperti itu kepada penjawat awam mengesahkan tentangan hebat penjawat awam sendiri kepada keputusan Barisan Nasional dalam melaksanakan GST.
“Jika tidak, masakan Datuk Seri Najib sendiri terpaksa membuat pengumuman sedemikian rupa, apatah lagi dengan desakan Ceupacs (Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam)  agar gaji dinaikkan bagi membantu kakitangan awam berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup,” katanya

BACHOK BERTUKAR WAJAH DARI BANDAR PELANCONGAN ISLAM KEPADA BANDAR PELENCONGAN ISLAM ..???

Akhirnya Pas telah berjaya menaik taraf Bachok dari kononnya Bandar Pelancongan Islam kepada Bandar pelencongan Islam dengan menjadikan kawasan itu tempat berkumpulnya sampah yang bertimbun timbun

Isu Sampah di Bachok dibangkitkan oleh Adun mereka sendiri dan melalui sumber sahabat pm menyatakan Adun Tawang ,Exco PAS telah mengakui keputusan kerajaan jadikan Bachok pusat pelupusan sampah tidak berbincang dengan pemimpin tempatan amat di kesali.

Sambil beliau menyindir kerajaan Negeri Kelantan beliau jelas memaparkan sikap tidak puas hatinya kepada orang atasan yang membuat keputusan terburu buru itu

"Isytihar Bachok Bandar Pelancongan Islam, tapi jadi Pusat Pelupusan Sampah. Lalat banyak. Bau busuk."sindir Adun itu.

Rakyat Bachok juga dikatakan juga tidak senang dengan masaalah ini dan dikhabarkan oleh sahabat pm mereka turut mem perli pemimpin PAS dengan jolokan pada parlimen Bachok sebagai "Bachok Bandar Pelupusan Sampah Islam".

PAS Tawang kata kesan yang paling besar  dalam isu Sampah ini ialah penolakan rakyat pada PAS. Walau masih menang tetapi jumlah majoriti menurun mendadak dan Jelawat hampir jatuh ke tangan BN atas isu ini.

Dan atas faktor  takut Kalah pada PRU akan datang maka, ADUN PAS TAWANG minta pindahkan lokasi pelupusan sampah ke lokasi lain namun sehingga kini belum ada sebarang tindakan menyelesaikan masaalah Rakyat ini.

Menteri kecewa kenyataan Instagram Wardina

SEREMBAN: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim melahirkan kekecewaan terhadap selebriti terkenal, Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot, 35, yang mengeluarkan kenyataan menerusi Instagram miliknya, kelmarin, apabila membuat perbandingan antara Malaysia dan Australia dalam saluran bantuan kepada orang kelainan upaya (OKU).
Kenyataan itu dipaparkan Wardina berhubung penemuan seorang remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditemui kebuluran di rumahnya di Flat Semarak, Taman Semarak, Nilai, Sabtu lalu, sekali gus menggemparkan negara.
Dalam kenyataan itu, Wardina mendakwa kerajaan mengabaikan kebajikan OKU, tidak seperti Australia yang menyalurkan bantuan bulanan tinggi kepada ibu bapa kanak-kanak, malah disuruh berhenti kerja bagi memberi fokus menjaga anak mereka.
Rohani berkata, kenyataan terbabit tidak berasas sama sekali kerana pihaknya sangat mementingkan kebajikan golongan berkenaan dengan menyediakan pelbagai bentuk bantuan.
“Penemuan adik Muhammad Firdaus yang menghidap penyakit ‘cerebral palsy’ ditemui Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman yang mewakili kerajaan Malaysia.
“Lihatlah selepas empat hari penemuan remaja itu, dia dibantu dan dibela kerana pihak kami sangat mementingkan kebajikan OKU,” katanya dalam sidang media selepas melawat Muhammad Firdaus di Hospital Tuanku Jaafar, di sini, semalam.
Menurut Rohani, ibu remaja itu dikenali sebagai Lola, 40, tidak pernah memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, malah tiada aduan diterima mengenai nasib malang remaja terbabit daripada jiran, penduduk setempat, pemimpin atau saudara mangsa.

Jumaat, 20 Jun 2014

Video Noh Omar Pertahan Speaker Dewan Rakyat hukum N Surendren

Dewan Rakyat sekali lagi di jadikan medan perang dengan cara yang tidak betul oleh pakatan pembangkang yang cuba menentang keputusan speaker yang menghukum tindakan biadap N Surendren iaitu Ahli Parlimen Bagan Serai dan perkara ini sewajarnya tidak berlaku

Semalam admin pm banyak membaca komen2 sahabat fb tentang perkara ini dan ada dikalangan pengamal media sosial menyatakan berkemungkinan besar N Surendren sengaja melakukan kesalahan untuk makan gaji buta selama 6 bulan dan bermacam macam lagi komen yang tidak bersetuju dengan cara pembangkang itu

Isu ini agak menarik dibicarakan sehinggakan mendapat respon dari Ahli Parlimen Tg Karang yang lantang menegakkan kebenaran serta mendakwa bagaimana seorang peguam tidak tahu menghormati undang undang dewan boleh di anggap peguam,layakkah menjadi peguam bagi individu berperangsi sebegini sahabat pm.

Didalam video di atas Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar menyatakan bahawa Ahli Parlimen Padang Serai N. Surendran sememangnya patut dihukum atas tindakannya yang mencemarkan kemuliaan Dewan Rakyat
.
Ujarnya lagi, kenyataan yang dikeluarkan oleh Surendran pada tempoh hari boleh mengelirukan fikiran rakyat.

"Kenyataan beliau yang mengatakan speaker Dewan Rakyat sebagai 'rubber stamp' dan menuduh speaker tidak memberi peluang kepada pihak pembangkang untuk berbahas dan bentangkan usul adalah tidak tepat," katanya.

Jelas Noh lagi, pada 7 April lalu, usul yang dibawa oleh Ahli Parlimen Sandakan Wong Tien Fatt telah diterima oleh Speaker Dewan Rakyat dan telah dibahaskan.

"Pada 18 Julai juga usul yang dibawa oleh Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi Chuan Aun telah kita terima dan dibahaskan," katanya sewaktu ditemui media di lobi Dewan Rakyat, hari ini.

Ujarnya lagi, tidak betul sekiranya Ahli Parlimen Padang Serai itu menuduh speaker dan pihak kerajaan mengenepikan suara pihak pembangkang.

Katanya, selama ini speaker juga tidak pernah berlaku tidak adil terhadap mana-mana ahli parlimen.

"Apabila dia (N. Surendran) buat kenyataan di luar, itu adalah satu penghinaan kepada dewan kerana kita tahu speaker adalah simbol perpaduan dan kemuliaan dewan," katanya.

Dalam pada masa yang sama Noh turut mengulas lanjut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali yang menggelar Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman sebagai 'personaliti hodoh'.
Jelasnya, apa-apa yang dikatakan dalam parlimen adalah imuniti melainkan ada unsur hasutan.

"Oleh itu kita kena hormat dewan yang mulia ini," katanya.
Jelasnya lagi, selama lima penggal beliau di dalam parlimen beliau melihat semakin ramai pembangkang, semakin mereka tidak mengikut peraturan dewan.

"Mungkin mereka nak tunjuk kuasa sebab mereka ramai," katanya.

Ujar Noh lagi, mereka (pembangkang) mentafsir peraturan dan menganggap bahawa mereka betul.

"Biarlah speaker dewan yang membuat tafsiran atau isu ini tidak akan selesai serta akan menjadi lebih kecoh," katanya.

Khamis, 19 Jun 2014

Isu Bible melayu mesti diselesaikan menerusi lunas undang-undang – Sultan Selangor

KLANG: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menitahkan agar Jabatan Agama Islam selangor (Jais) merujuk isu rampasan Bible Melayu kepada prosedur undang-undang dan proses perundangan sedia ada dan tidak terpngaruh dengan arahan ahli politik.
Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan langkah itu perlu untuk melindungi kemurnian undang-undang dan sensitiviti semua pihak yang terlibat dalam isu tersebut.
Baginda juga menyeru semua pihak terutamanya ahli politik menghentikan mengeliru orang ramai dengan mengemukakan jalan penyelesaian yang tidak mengikut lunas undang-undang serta sebarang cadangan yang tidak wajar.
Sultan Sharafuddin menitahkan demikian menerusi Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani.
 Dalam kenyataan yang dikeluarkan bagi pihak Sultan Selangor, Mohamad Munir menegaskan bahawa Sultan Sharafuddin berharap yang anggota politik tidak menggunakan isu tersebut untuk kepentingan parti masing-masing.
“Biarlah perkara ini diselesaikan oleh pihak-pihak yang diberikan kuasa untuk menyelesaikannya.
“Perkara berkaitan agama adalah isu yang sensitif. Oleh yang demikian, Tuanku Sultan menasihati mana-mana pihak yang tidak terlibat secara langsung dalam isu tersebut berhenti daripada mengeluarkan kenyataan dan menambah rumitkan keadaan,” jelas Mohamad Munir.
Beliau juga berkata bahawa Sultan Selangor telah memberi jaminan bahawa setiap tindakan dan perintah yang dikeluarkan oleh baginda sama ada berkaitan dengan agama atau hal ehwal negeri tidak pernah mengenepikan undang-undang dan baginda juga tidak pernah bertindak seolah-olah baginda adalah di atas undang-undang.
Isu berkaitan Bible Melayu bermula pada 2 Januari lalu apabila kakitangan penguatkuasa Jais merampas dan menahan 321 buah naskhah berbahasa Melayu dan Iban daripada Persatuan Bible Malaysia (BSM) di Damansara Kim, Petaling Jaya, dengan alasan ia melanggarkan peraturan yang ditetapkan di bawah Enakmen Agama Bukan Islam Negeri Selangor(Kawalan Ke Atas Propaganda Ke Atas Orang Islam).
Minggu lalu, Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail mengumumkan yang Jabatan Peguam Negara telah mengambil keputusan untuk menutup kes tersebut dan tidak akan mendakwa BSM.
Dalam pada itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah menetapkan Isnin depan sebagai tarikh untuk menyelesaikan isu tersebut.
Jais dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) enggan memulangkan semula Bibles berkenaan kepada BSM.
Sultan Sharafuddin bagaimanapun menegaskan, sama ada Bibles berkenaan wajar dipulang atau dimusnahkan haruslah dilakukan mengikut lunas dan proses perundangan dan prosedur undang-undang.

Rabu, 18 Jun 2014

Video Gempar Adun PR bertukar menjadi sumpah sumpah lidah bercabang dua

PR Jangan Jadi Sumpah Sumpah Lidah Bercabang ???bercabang ke tak sahabat pm tengok kedua dua video yg admin sediakan ni pastinya anda akan dapat sedikit sebanyak jawapan melalui persoalan ini


Rakyat seharusnya bijak menilai apa yang di lakukan PR di Selangor yang selama ini berbangga kononnya mereka hebat tapi bila kita selidik mereka sebenarnya hanya berpolitik dengan cara tidak matang malah jahat 

Bayangkan sahabat pm semua ,mereka amat bijak bermain politik cuma bermodalkan air liur dan hanya dengan meletakkan kesalahan yang mereka buat ke bahu BN agar mereka dapat menyelesaikan penipuan PR di mata Rakyat

Mujur lah perkara ini dapat dihidu oleh Datuk Seri Noh dan perkara ini pantas cuba di bendung Datuk Seri Noh Omar bagi menerangkan pada Rakyat hakikat sebenarnya apa yang berlaku hari ini di mqna siap dan punca sebenar kelemahan pemerintahan Kerajaaan Negeri Selangor

Jadi jika tidak keberatan pada sahabat sahabat pm semua jom lihat kedua dua video itu di blog ini

video

Video : MP Shah Alam Gila Talak ker Gila Babi .?

Dengan bongkaknya MP Shah Alam berbangga dengan hasil kemenangan Pakatan Rakyat di Selangor akan tetapi dia lupa bahawa Rahmat dan Nikmat itu hanya sementara dan jika Allah nak tark balik maka hilanglah ia

Rakyat perlulah bijak menilai hasil kerja pemimpin yang mahu di pilih dan lihat sahaja apa yang berlaku di Selangor M.A.I.S dihina malah tanah Rezab Melayu diberikan kepada cina,gereja mahu dibina di kawasan mejoriti melayu serta banyak lagi termasuk lah kes penipuan dalam pemilihan PKR baru2 ni dengan pembongkaran rasuah dan sebagainya

Perbahasa Dewan Rakyat oleh Datuk Seri Noh Omar ketika membahaskan Rang Undang-Undang Penggalakan Pelaburan bertukar kecoh gara gara khaled bersikap ke anak anakan dan tak hairanlah dia satu ketika dahulu di gelar orang Khaled gereja. 

Jom lihat video diatas dimana pm nk kongsikan saranan Datuk Seri Noh Omar menjawap kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam yang mendakwa beliau seolah-olah gila talak namun hakikatnya khaled samad seakan seorang yang bodoh sombong.

Selasa, 17 Jun 2014

DAP SEMAKIN RAKUS BIARKAN 50 KELUARGA DI HALAU DI BAGAN AJAM

BUTTERWORTH - Lima puluh keluarga di Bagan Ajam dekat sini mahu kerajaan negeri membela nasib mereka kerana mendakwa penduduk di kawasan Parlimen Bagan itu akan dihalau pemaju yang membangunkan kawasan berkenaan.
   
Menurut penduduk, mereka telah beberapa kali mengadu masalah itu kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Puyu Phee Boon Poh dan Anggota Parlimen Bagan yang juga Ketua Menteri Lim Guan Eng tetapi sehingga hari ini tiada sebarang tindakan diambil.
   
Jurucakap penduduk kampung itu, Wong Sek Li, 40, berkata mereka menerima notis pengusiran daripada pemaju pada November tahun lepas dan perlu mengosongkan kawasan berkenaan Ogos ini bagi memberi laluan kepada projek pembangunan yang belum dipastikan sama ada untuk kondominimum mewah atau pintu masuk ke terowong dasar laut menghubungkan Bagan Ajam di sini dan Persiaran Gurney, di bahagian pulau.
   
"Kira-kira 200 orang yang terdiri daripada 50 keluarga di kawasan ini terlibat dan kami juga tidak berpuas hati dengan jumlah pampasan yang ditawarkan pemaju iaitu antara RM7,000 hingga RM25,000 kepada setiap keluarga.
   
"Kami sudah bertemu Adun dan Ketua Menteri tetapi tiada sebarang tindakan diambil, kami penduduk di sini rata-ratanya berpendapatan rendah dengan bekerja sebagai nelayan atau bekerja sendiri yang tidak mampu untuk mencari rumah lain sekiranya terpaksa berpindah," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perhimpunan secara aman bagi membantah tindakan pemaju.

Seorang lagi penduduk Sun Siang Tek, 78, yang merupakan nelayan berkata pampasan yang ditawarkan pemaju tidak setimpal dengan keluasan rumah yang didiaminya sekarang malah dengan umur sekarang sukar bagi beliau mendapatkan pinjaman untuk membeli rumah lain.
   
"Kami kesal kerana kawasan yang diwakili oleh Ketua Menteri sendiri gagal dijaga dengan baik sehingga nasib penduduk diabaikan dan menjadi mangsa
pembangunan," katanya yang merupakan generasi pertama menetap di kawasan itu.
   
Jirannya K.Murugesan, 70, turut mengakui pampasan RM22,000 yang ditawarkan kepadanya tidak memadai dengan keluasan rumah yang didiaminya sekarang bersama isteri, seorang anak dan tiga cucunya.
   
"Kami menerima notis mengosongkan rumah dan sudah dua kali menerima surat daripada peguam yang mendakwa itu adalah arahan daripada mahkamah. Biarpun kami dimaklumkan yang tarikh pengosongan itu ditunda ke Ogos namun pihak pemaju beberapa kali datang untuk memotong bekalan air dan elektrik ke rumah kami," katanya.
   
Lutfir Rahman Abdullah, 55, pula berkata dia mewarisi rumah di kampung itu daripada mendiang bapanya dan kini menetap di situ bersama isteri dan tiga anaknya.
   
Beliau berkata penduduk di situ sanggup berpindah jika pemaju sedia memberikan pampasan yang setimpal dengan nilai rumah mereka atau menyediakan rumah ganti sebagai tempat mereka menetap. - Bernama

KERANA NAKAL MAKA MAK LAMPIR DI LARANG GENTAYANGAN DI DALAM DEWAN RAKYAT

Sampai bila lah agaknya mereka ini nak menghormati Undang undang Negara dan jika inilah contoh yang di bawa para pemimpin pakatan pembangkang bagaimana pula anak buah mereka nak menghormati undang undang?
KUALA LUMPUR: Dua Ahli Parlimen pembangkang digantung daripada persidangan Dewan Rakyat mengikut Peraturan Mesyuarat 44 (2) kerana ingkar arahan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Arahan penggantungan itu dibuat kepada Fuziah Salleh (PKR-Kuantan) dan N. Surendran (PKR-Padang Serai) selepas kedua-dua wakil rakyat itu berkeras untuk berhujah berhubung isu Lynas.
Fuziah dan Surendran masing-masing digantung menghadiri sidang Parlimen selama dua hari bermula hari ini.
Sebelum ini pada sesi persidangan November tahun lalu, Surendran yang merupakan Ahli Parlimen penggal pertama pernah digantung selama enam bulan kerana menghina Speaker.
Drama penggantungan wakil rakyat itu bermula apabila Fuziah mempersoalkan keputusan Pandikar Amin yang menolak rayuannya untuk berhujah mengenai Lynas.
Ketika Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee mempengerusikan persidangan, Fuziah menuduh Parlimen memihak kepada kerajaan berdasarkan alasan penolakan usul rayuannya.
Bagaimanapun Kiandee menjelaskan bahawa keputusan Speaker adalah muktamad dan beliau menasihatkan Fuziah supaya mengemukakan usul persendirian berhubung isu berkenaan mengikut peraturan mesyuarat.
Namun Fuziah tidak menghiraukan nasihat berkenaan dan terus berhujah dengan mempetikaikan keputusan Speaker.
Fuziah terus mencetuskan kekecohan di dalam Dewan apabila Pandikar Amin masuk mengambil alih sesi persidangan.
Pandikar Amin menegur tindakan beberapa Ahli Parlimen pembangkang yang secara berterusan mempertikaikan kredibiliti Speaker sebagai pengerusi persidangan sama ada di dalam atau luar Dewan Rakyat.

Ahad, 15 Jun 2014

BLOGGER JAMAH CADBURY,BUKTIKAN KEYAKINAN STATUS HALAL YANG DI KELUARKAN JAKIM

“Kami  tidak takut dikecam. Malah sanggup berdepan dengan mana-mana individu sekalipun.” Itulah pengakuan berani yang disuarakan Presiden Aktivis Siber Malaysia (ASM), Md Faisal Ahmad yang mempertahankan imej JAKIM susulan isu coklat Cadbury yang didakwa sebelum ini ada DNA babi.
Katanya pengguna harus mempercayai sepenuhnya keputusan status halal yang dikeluarkan JAKIM selaku pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil halal.
“Sebagai pengguna Islam, kami percaya dan yakin dengan keputusan tersebut kerana JAKIM tidak akan mengkhianati amanah dan kepercayaan yang diberikan khususnya kepada umat Islam.”
Tambahnya lagi kaedah ujian dan pensijilan halal oleh JAKIM mencukupi untuk mengesahkan status produk tersebut.
Ketika ditanya mengapa JAKIM tidak turut menjamah coklat Cadbury itu, tegas Md. Faisal pihak JAKIM tidak berhak untuk dipaksa berbuat demikian.
Dalam pada itu, penggiat media sosial menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar tampil memberi kenyataan mengapa keputusan ujian DNA babi ke atas dua produk coklat Cadbury iaitu Cadbury Dairy Milk Roast Almond dan Hazelnut dibiarkan utuk tempoh tiga bulan.
Menurut Md Faisal lagi, isu ini terjadi selepas KKM pada mulanya mengesahkan ada DNA babi pada awal Februari, namun membiarkan perkara ini sehingga 5 Mei.
“Kita juga mahu tahu mengapa KKM tidak menjalankan ujian kedua bagi mengesahkan penemuan awal, dalam penemuan kontroversi seperti ini adalah tidak wajar pihak Kementerian tidak membuat sebarang tindakan ujian lanjut dan berdiam diri sahaja .”
Katanya, tindakan itu bukan sahaja mengaibkan Malaysia sebagai peneraju hab halal yang menyumbang hampir tiga trillion ringgit setahun kepada negara, malah kepada seluruh kakitangan syarikat pengeluar jenama coklat terbesar dunia Cadbury.
Mereka ditemui pada Forum Sijil Halal Malaysia dan Kontroversi Cadbury: Satu Perspektif yang dihadiri penggiat media sosial yang lain.

ANWAR DI AIB KAN WARTAWAN BBC NEWS KESIAN !!!!

UNDI POPULER HAAAAHAAAA !!! LAWAK BETUL LA !!!
Wartawan BBC News, Stephen Sackur mempertikaikan jawapan yang diberikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sesi temu bual yang dikendalikannya di stesen penyiaran tersebut di London, United Kingdom (UK), baru-baru ini.

Sebaik sahaja temu bual dimulakan, Anwar cuba meraih simpati dengan menjaja kisahnya berdepan dengan kerajaan Malaysia yang didakwa bersifat autoritarian.

Walau bagaimanapun, Sackur mengingatkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bahawa mahkamah merupakan institusi yang mengadili kes liwatnya.

Sackur seterusnya mempersoalkan ke­nyataan Anwar yang mendakwa mahkamah dan media di Malaysia tidak bebas.

Anda telah me­nyampaikan mesej itu kepada rakyat Malaysia sejak bertahun-tahun lalu tetapi nampaknya mereka tidak menerimanya. Maksud saya, pihak pembangkang telah mela­ku­kan segala-galanya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) namun anda masih tidak boleh menang," katanya.

Sackur kelihatan hairan apabila Anwar menyatakan pihak pembangkang mengatasi Barisan Nasional (BN) dari segi undi popular sambil mengi­ngatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu BN memenangi lebih banyak kerusi Parlimen.

Beliau turut berpandangan, tiada tanda yang menunjukkan rak­yat Malaysia akan berdemonstrasi di jalanan sekiranya Anwar gagal dalam rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu yang menjatuhi hukuman penjara lima tahun ke atasnya kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Dalam nada sinis, Sackur menyifatkan tindakan Anwar mengalihkan topik perbincangan dari isu politik Malaysia kepada insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sebagai menarik.

Kerajaan Malaysia mendakwa anda mempolitikkan isu tersebut yang secara jelas mengecewakan keluarga para penumpang dan anak kapal yang masih hilang.

Juga sangat sensitif dan anda berterusan mempolemikkannya serta menimbulkan masalah dalam satu isu yang agak serius untuk dipolitikkan," ujarnya.

Beliau sekali lagi terpaksa menegur Anwar apabila Ketua Pembangkang itu menuduh kerajaan tidak mendedahkan maklumat tentang kargo yang dibawa pesawat MH370.

Mereka (kerajaan Malaysia) telah mendedahkan dokumen yang mengandungi maklumat kargo," jelasnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140615/po_01/BBC-News-pertikai-Anwar#ixzz34gE7ZkaV 

Jumaat, 13 Jun 2014

BLOGER SEKS MANA LU MAHU LARI ?

Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee, 26, yang menghadapi pertuduhan mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan, tidak hadir di mahkamah hari ini dan gagal mengembalikan semula pasportnya kepada mahkamah sebelum 4 Jun lepas.

Hakim Abdul Rashid Daud mengeluarkan perintah itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Haffiza Jemali memaklumkan mengenai tertuduh mengingkari perintah mahkamah supaya pasportnya dikembalikan dan pihak pendakwaan memohon waran tangkap tanpa jaminan dikeluarkan terhadap tertuduh.
 "Tertuduh telah memohon kepada mahkamah supaya pasport itu diserahkan sementara kepadanya pada 18 Mei lalu dan akan mengembalikan pasport itu sebelum 4 Jun, namun dia gagal berbuat demikian," katanya.
Sementara itu peguam Chong Joo Tian, yang mewakili Tan tidak membantah permohonan pendakwaan supaya waran tangkap dikeluarkan terhadap anak guamnya kerana beliau sendiri tidak dapat menghubunginya.

Hanya Vivian Lee atau Lee May Ling yang dituduh bersama Tan, memulangkan semula pasportnya kepada mahkamah pada 3 Jun lepas. Prosiding hari ini hanya dihadiri Lee, 25. Mahkamah menetapkan 18 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Pada 12 Mei lepas, Tan dan Lee memperoleh pasport antarabangsa mereka bagi membolehkan mereka menjalani penggambaran dokumentari di Singapura bagi tempoh 18 Mei hingga 3 Jun lepas.

Dalam pada itu, Chong ketika ditanya pemberita mengenai penggambaran membabitkan pasangan itu di Singapura hanya menjawab, "penggambaran itu ditangguhkan", sebelum beredar meninggalkan mahkamah. 

Mengikut pertuduhan, Tan dan Lee, 25, didakwa memuat naik satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian-Alvivi' di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers, mengikut Akta Hasutan 1948.

Ia mengandungi gambar dan komen bertajuk 'Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh...wangi, enak, menyelerakan !!!)' yang mengandungi  logo halal antara 11 dan 12 Julai tahun lepas di Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2 di sini.

HASIL KAJIAN MENUNJUKKAN PEMBANGKANG SUDAH HILANG KEPERCAYAAN RAKYAT,SATU TANDA POSITIF BUAT BN LEBIH BER USAHA


Apakah faktor yang menyebabkan mejoriti yang menyokong pembangkang kian hari kian merosot,dan ini merupakan tanda yang amat baik buat Kerajaan menambah baik segala usaha membantu serta memajukan Negara dan lebih penting membuktikan kepada Rakyat bahawa belum ada lagi parti yang boleh menandingi perjuangan membela Rakyat
Bagi Admin pm banyak faktor yang boleh di anggap punca sebenar mengapa Rakyat meninggalkan parti pembangkang terutama nya melibatkan masaalah di tindas Dap,isu ketua mereka di sabitkan Mahkamah meliwat,mungkin mereka sedar bersekongkol dengan golongan ini amat besar dosanya dan jalan terbaik adalah meninggalkan parti tersebut sekiranya was was
Dan faktor ter akhir yang pm nak katakan mungkin segala fitnah yang mereka lempar selama ini berjaya di tangani dengan baik kebelakangan ini,malah segala fitnah mereka berbalik kepada pembangkang sejak kebeklakangan ini di mana ahli mereka sendiri mendedahkan penipuan,rasuah politik,serta penindasan terhadap orang melayu yang di perjuangkan dap serta faktor Utama iaitu dap konsisten menolak hudud.
Landskap politik tanah air mutakhir ini agak panas meskipun sudah lebih setahun Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang diadakan pada 5 Mei tahun lepas, berlalu.
Sejak itu, sehingga kini enam Pilihan Raya Kecil (PRK) melibatkan dua kerusi Parlimen iaitu Bukit Gelugor, Pulau Pinang dan Teluk Intan di Perak manakala empat lagi meliputi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut (Terengganu), Sungai Limau (Kedah), Kajang (Selangor) dan Balingian (Sarawak).
Daripada enam PRK itu, BN bertanding di lima kerusi kecuali Bukit Gelugor manakala parti pakatan iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding dua kerusi (Kajang dan Balingian), DAP dua kerusi (Bukit Gelugor dan Teluk Intan) dan bakinya (Kuala Besut dan Sungai Limau) ditandingi PAS.
BN memenangi kerusi Kuala Besut, Balingian dan Teluk Intan manakala ketiga-tiga parti pakatan masing-masing menang satu kerusi iaitu di DUN Sungai Limau (PAS), Kajang (PKR) dan Parlimen Bukit Gelugor (DAP).
Pemerhati politik melihat trend keputusan pilihan raya kecil berkenaan. Jika diperhatikan setiap parti sama ada PKR, DAP atau PAS, kemenangan yang diperoleh mencatatkan penurunan majoriti undi dan jumlah undi diperoleh BN meningkat. Apakah ini memberi suatu petunjuk penting?
PENURUNAN MAJORITI
Di kerusi DUN Sungai Limau, meskipun PAS berjaya mengekalkan penguasaan di kerusi itu, ia menyaksikan penurunan majoriti yang ketara sehingga 61 peratus iaitu majoriti yang diterima ADUN PAS Mohd Azam Abd Samat hanyalah 1,084 undi berbanding majoriti 2,774 undi yang diterima bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak.
Begitu juga di DUN Kajang, apabila Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menang dengan majoriti 5,379 undi berbanding 6,824 undi yang diterima bekas penyandangnya Lee Chin Cheh daripada parti sama pada PRU13.
Undi yang diperoleh Dr Wan Azizah berkurangan 1,445 undi atau 14.4 peratus pada PRK DUN Kajang yang berlangsung pada 23 Mac lepas.
Meskipun dikuasai DAP sejak 2004, Ramkarpal Singh, anak kepada mendiang Karpal Singh yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Bukit Gelugor gagal meningkatkan majoriti biarpun sebelum ini pemerhati politik meramalkan beliau mampu melonjakkan majoriti undi berikutan elemen simpati ke atas kematian bapanya dalam satu kemalangan jalan raya.
Ramkarpal memperoleh majoriti 37,659 undi iaitu penyusutan kira-kira 12 peratus berbanding 42,706 undi yang diperoleh Karpal Singh.
TURUN MAJORITI PETANDA POSITIF UNTUK BN?
Adakah penurunan majoriti yang diperoleh pakatan pembangkang menjadi suatu petanda positif buat Barisan Nasional (BN)?
Apakah ia cerminan manifestasi rakyat yang menolak pakatan pembangkang dan mula menyokong kembali BN?
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat semasa mengulas perkara itu berkata ia adalah perkembangan yang positif kepada BN.
Namun, beliau mengingatkan bahawa perkembangan itu hanyalah petanda awal dan belum boleh diterjemahkan sebagai perubahan sokongan yang signifikan kepada BN.
“Peningkatan sokongan kepada BN memberi satu ekspresi sementara pemulihan sokongan rakyat kepada BN. Rasionalisasi pemikiran merupakan elemen yang penting dan faktor ini memberi harapan cerah kepada BN jika berterusan sehingga pilihan raya umum yang berikutnya.
“Apa yang berlaku dalam beberapa siri pilihan raya kecil ini boleh menjadi satu petanda awal,” katanya kepada Bernama.
MAJORITI BN SEMAKIN MENINGKAT
BN memenangi tiga kerusi daripada enam PRK yang diadakan iaitu DUN Kuala Besut, DUN Balingian dan Parlimen Teluk Intan.
Di DUN Kuala Besut, BN berjaya meningkatkan majoritinya sebanyak 0.06 peratus iaitu 158 undi, apabila Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman memperoleh majoriti 2,592 berbanding penyandang terdahulu Dr A. Rahman Mokhtar yang memperoleh majoriti 2,434 undi.
Parti pemerintah berjaya meningkatkan majoriti undi di DUN Balingian kira-kira 38 peratus apabila calon BN Yussibnosh Balo, 48, memperoleh mejoriti 6,911 undi berbanding bekas penyandangnya Tun Abdul Taib Mahmud yang memperoleh majoriti 5,154 undi.
Di Teluk Intan, BN berjaya merampas kembali kerusi itu daripada DAP menerusi calonya Datuk Mah Siew Keong dengan majoriti 238 undi.
Mah, 53, memperoleh 20,157 undi berbanding Dyana Sofya Mohd Daud, 27, yang mendapat 19,919 undi dengan beza undi kira-kira 0.012 peratus.
Samsul Adabi berkata meskipun senario semasa pilihan raya kecil menunjukkan BN kembali mendapat sokongan yang baik, ia bagaimanapun perlu disusuli dengan usaha keras untuk memastikan momentum pengundi yang berpihak kepada parti itu kekal pada pilihan raya umum akan datang.
“BN tidak boleh memandang senario begini dengan rasa yang selesa memandangkan sokongan yang diterima belum boleh dianggap signifikan,” katanya.
TINGKAT SOKONGAN
Mungkinkah penurunan sokongan kepada pembangkang didorong oleh unsur sabotaj?
Mengulas lanjut, Samsul Adabi berkata wujud juga faktor ‘himpitan’ yang menyebabkan berlakunya peralihan undi kepada BN.
Mengambil contoh PRK Parlimen Teluk Intan, beliau berkata bahawa pengundi Cina yang sebelum ini mengundi DAP telah beralih sokongan mereka kerana parti itu meletakkan calon Melayu manakala pengundi Melayu menolak calon DAP kerana menentang hukum Hudud, yang menjadi kewajipan orang Islam menyokongnya.
“Biar pun berlaku himpitan keputusan oleh orang Melayu dan Cina, dan mereka ini memihak kepada BN, ia belum boleh dijadikan sebagai perubahan sebenar pengundi,” katanya.
Beliau tidak menafikan sokongan di lima pilihan raya kecil sebelum ini, kecuali Balingian, memperlihatkan sokongan masyarakat Cina kepada BN semakin baik iaitu sekitar 20 peratus.
“BN perlu terus bekerja keras memastikan undi kaum Cina dapat ditingkatkan manakala pengundi kaum India masih lagi konsisten dalam keputusan mereka seperti mana PRU13 yang menyaksikan lebih 60 peratus menyokong BN,” katanya.
Selain itu, katanya kelemahan penguasaan dalam media sosial khususnya Facebook dan Twitter pada PRU13 perlu diatasi, agar ia dimantapkan dan diperhebat bagi memastikan rakyat menerima maklumat yang betul.
“Pembangkang hanya melakukan pembinaan persepsi terhadap BN sekaligus mengelirukan rakyat dan ia dapat dineutralkan menerusi rasionalisasi pemikiran,” katanya.

PARTI KELUARGA ANAK BERANAK BUKAN UNTUK RAKYAT !!!




RAFIZI RAMLI SEBAR FITNAH LAGI !!! TAPI TERKANTOI MEMBOHONG



Lagi satu FITNAH oleh Pakatan Rakyat, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak pernah memberikan Geran Sebanyak RM 100 Juta kepada NSE Resources Corporation (M) Sdn Bhd. SHARE supaya lebih ramai orang tahu ini FITNAH.

Bagi sahabat yang ingin info fakta fitnah Rafizi sotong ini sila klick di link yang di sediakan di bawah


NIK AZIZ BERANI SOUND DIYANA SEKARANG KENAPA TAK SOUND SEBELUM PRK TELUK INTAN?TAKUT HILANG UNDI KE TAKUT DAP ?

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan tidak bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh bekas calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud berhubung isu hudud namun kecut telor agaknya untuk bertegas dengan pemimpin pemimin Dap yang hari ini jelas menegaskan KONSISTEN MENOLAK HUDUD.

Semalam melalui calon pujaan Mat Sabu yang mengarahkan  semua ahli Pas mengundi Gobind Sing,jelas menentang usul yang di bawa Adun BN agar Hudud di bentang di Selangor
Utusan Malaysia melaporkan Nik Abdul Aziz membuat teguran tersebut ketika Dyana Sofya mengiringi Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang melakukan kunjungan hormat ke atas beliau di pejabatnya di Kompleks Kota Darulnaim pada Khamis akan tetapi mengapa teguran untuk Diyana sahaja dibuat,adakah Nik Aziz takut dengan Lim Kit Siang.
Menurutnya lagi seperti yang pm petik dari Utusan“Saya tidak setuju kenyataan awak mengenai hudud,”dan dalam pertemuan tersebut, Nik Abdul Aziz dikatakan turut menasihatkan Dyana Sofya supaya berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan pada masa depan akan tetapi yang admin pelik kenapa baru sekarang Nik Aziz baru nak tegur Diyana ni erk mungkin takut Diyana kalah dulu heeehee kalau batul Ikhlas menegur tegurlah sebelum PRK Teluk intan duu tapi baru sekarang nak tegur,kat situ sudah jelas kuasa di utamakan
Nasihat itu diberikan sebagai reaksi terhadap kenyataan Dyana Sofya yang dilaporkan berkata tidak akan menyokong pelaksanaan hudud ketika berkempen dalam PRK Parlimen Teluk Intan baru-baru ini.
Bagaimanapun, butiran lanjut perbualan antara Nik Abdul Aziz dan Kit Siang serta Dyana Sofya tidak diketahui kerana petugas media diarahkan beredar dengan alasan pertemuan itu sepatutnya diadakan secara tertutup.
Nampaknya hudud yang di mainkan oleh Pas rupanya hanya di jadikan sandiwara Politik pakatan pembangkang di Negara kita sahaja sahabat pm semua dan jika mereka benar benar Ikhlas memperjuangkannya mengapa mereka enggan bertegas dengan Dap,kalau dasar mereka bertunjangkan kebenaran maka pm anjurkan mereka keluar sahaja dari pakatan bersama kafir dap ni dan ianya tidak sedikitpun akan merugikan parti Pas pun sebaliknya menampakkan keiklasan mereka memperjuang agama,tunggu dan lihat sahaja bila lagi Pas akan meniup semboyan Hudud dalam pemilihan PRK atau PRU akan datang dan pastinya isu Hudud ini akan di mainkan mereka lagi