CYBERJAYA: Kerjasama politik antara PAS dengan DAP disifatkan haram kerana DAP secara terang-terangan menolak pelaksanaan hukum Islam iaitu undang-undang jenayah syariah, hudud dan qisas yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kelantan, kata Ikatan Muslimin Malaysia, (ISMA).
Presiden ISMA, Abdullah Zaik Abd Rahman berkata syarat tahaluf siyasi antara PAS dengan DAP itu juga dianggap terbatal dan tidak sah lagi.
“Haram sekiranya PAS terus bersama DAP, lebih-lebih lagi ketika ini DAP secara terang-terangan menolak pelaksanaan hukum Islam,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Wanita Islam (KONWANIS) di Universiti Multimedia Cyberjaya, hari ini.
Ini kerana DAP menampakkan kemudaratan terhadap perjuangan dan penegakan Islam, tambahnya. “Syarat tahaluf dalam syariat Islam bermakna orang bukan Islam harus menerima agenda Islam yang diperjuangkan, itu yang sepatutnya.”
Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke dalam satu kenyataan pada Jumaat menggesa PAS untuk keluar daripada Pakatan Rakyat sekiranya ia bertegas mahu melaksanakan hudud di negara ini.
Ahli Parlimen Seremban itu menyifatkan tindakan PAS tersebut melanggar muafakat Pakatan Rakyat kerana pelan pelaksanaan hudud dibuat tanpa kata sepakat Majlis Presiden atau pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.
“Sekiranya PAS bertegas untuk membuat sebarang keputusan dan tindakan yang tidak ada konsensus dalam Pakatan Rakyat, maka langkah yang paling terhormat dan sewajarnya untuk PAS ialah berundur dari Pakatan Rakyat,” katanya.
Menurut Abdullah Zaik, isu hudud bukan isu kecil yang dinilai daripada sudut mekanisme pelaksanaan semata-mata sebaliknya ia turut mencerminkan kedudukan agama Islam.
Katanya, jika hudud berjaya dilaksanakan, ia akan meletakkan Islam di tempat yang tertinggi dan tidak boleh dicabar oleh sesiapa pun.
“Kita mahu letakkan Islam di mercunya yang tinggi. Kedudukan yang tiada siapa boleh cabar. Keadaan ini jika berjaya telah mendaulatkan Islam berada di atas.
“Tetapi sekarang ramai orang bangkang, tidak mahu Islam di atas, dengan alasan yang berbagai-bagai seperti pemotong daging, mahkamah dan lain-lain. Mereka sebenarnya tidak mahu Islam berada di atas,” ujar beliau.
Polemik mengenai hudud kembali timbul selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyatakan kesediaan kerajaan Persekutuan untuk menyokong mana-mana negeri yang mahu melaksanakan hudud.
Ekoran kenyataannya di Dewan Rakyat itu, kerajaan negeri Kelantan mengumumkan rancangan mahu mengemukakan rang undang-undang persendirian di Parlimen untuk membolehkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 2 Kelantan yang tertangguh sejak 1993 dilaksanakan di negeri itu.
Kerajaan negeri Kelantan meletakkan sasaran pelaksanaan hudud dan qisas di negeri itu seawal-awalnya pada tahun depan.
Rancangan kerajaan negeri Kelantan itu kemudiannya mendapat bantahan pemimpin kanan DAP yang mengingatkan PAS bahawa pendirian parti itu berhubung hudud tidak pernah berubah. Beberapa ahli parlimen DAP juga menegaskan semua wakil rakyat DAP tidak akan menyokong rang undang-undang persendirian berkenaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pula berkata kerajaan tidak pernah menolak hudud sebagai hukum yang telah ditetapkan oleh Allah tetapi banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum ia dapat dilaksanakan.
Katanya, ada banyak kekangan dan keutamaan yang perlu diselesaikan dan diperhalusi sebelum hukum hudud ini dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan matlamat hukum yang sebenar.
KUALA LUMPUR – Ternyata kenyataan ini telah menyangkal kenyataan yang di keluarkan Nik Aziz dua hari lepas iaitu dalam berita di sinar harian bertajuk nik Aziz yakin DAP,PKR faham yang admin pm petik 2 hari yang lepas
Dan hari ini PKR sengaja mengejek ejek Pas yang seolah olah ibarat melukut di tepi gantang dan ibarat ada tak lebih tak ada pun tak ada masaalah
Hari ini di dalam satu kenyataan pedas Azmin mewaakili suara PKR jelas dengan pendiriaan lamanya menolak sekeras kerasnya perlaksanaan Hudud
'“Jangan tanya kita mengenai cadangan Pas hendak melaksanakan hukum hudud kerana parti itu sudah dimaklumkan mengenai pendirian kita sebelum ini,” kata Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.
Beliau berkata, tidak adil kalau Pas mengatakan tidak setuju dengan pendirian PKR mengenai pelaksanaan hukum hudud kerana kedua-dua pihak sudah bertemu untuk menyatakan pendapat, pandangan dan pendirian.
Dalam perjumpaan sebelum ini, katanya, PKR tetap dengan pendirian dan keputusannya bahawa pelaksanaan hukum hudud di Kelantan bukan dasar pakatan pembangkang.
“Atas semangat setia kawan sebagai rakan gabungan dalam PR, Pas akur dengan keputusan yang dicapai bersama antara PKR dan DAP. Jadi, tidak ada sebab mengapa PKR perlu diheret dalam kancah ini.
“Dia (Pas) nak laksanakan juga hudud, itu dia punya pasal. Kalau tanya PKR, kita tetap bersama DAP dengan keputusan yang telah dicapai dalam beberapa kali perbincangan sebelum ini,” katanya.
Sebelum ini kerajaan Pas Kelantan melalui Ahli Parlimen parti itu dilaporkan akan membawa usul berkenaan di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember ini.
Pengerusi Jawatakuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (2) 1993, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilaporkan berkata, pihaknya sudah menyiapkan draf untuk tujuan itu dan cuma memerlukan sedikit penambahbaikan serta pandangan daripada pakar perundangan.
Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata, beliau hairan macam mana Pas masih membangkitkan isu itu kerana dalam perbincangan yang diadakan sebelum ini berkisar kepada kertas kerja yang dibentangkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Sehubungan dengan kenytaan Azmin ini yang mewakili PKR seakan jelas seperti yang di dakwa mereka terang terang membuktikan perjanjian bersama kafir pada 2011
(UMNO) tidak pernah tandatangan untuk menafikan hudud akan tetapi PAS telah di ceritakan oleh bekas ahlinya telah menandatangani satu perjanjian sulit dengan DAP dan PKR untuk menggugurkan perjuangan hudud dan Negara Islam
Perjanjian sulit itu ditandatangani pada 18 Disember 2009 di antara Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.“Apa yang ditandatangani, di antara kandungannya, apabila PR berkuasa di Putrajaya, pemerintahan ini tidak akan menyentuh tentang hudud dan Negara Islam,”dedah video di bawah
Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang dibuli oleh DAP, lihat sahaja mereka terpaksa mengalah di beberapa tempat. Secara jelas Pas sudah dalam keadaan terdesak kerana terlalu mengharapkan sokongan Dap bagi mencapai kemenangan.
Senario tersebut pastinya menyebabkan pemimpin bawahan serta ahli Pas kecewa apabila pemimpin tertinggi Pas melupakan dasar perjuangan mereka yang selama ini bertahun- tahun cuba mempertahankan prinsip negara Islam dan hukum hudud,“Apa yang ditandatangani, di antara kandungannya, apabila PR berkuasa di Putrajaya, pemerintahan ini tidak akan menyentuh tentang hudud dan Negara Islam,”dedahnya dalam Wacana Mengembalikan Pas ke Landasan Asal, 11 November.
Pssstt..MAKLUM LAH DIA ORG LUPA KOT YG PAS DAH BUANG SEMUA TU HUDUD DAN NEGARA ISLAM DLM DASAR PARTI SEBURUK2 BN TAK PERNAH BUAT PERJANJIAN DENGAN KAFIR BUANG HUDUD DAN NEGARA ISLAM
SHAH ALAM – Resolusi Multaqa Ulama Pas sebelum ini yang mencadangkan agar tahaluf siyasi dalam PR dikaji semula, berkemungkinan tidak akan diusulkan dalam Muktamar Pas ke-59, 22 hingga 24 November ini.
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, sebaliknya usul lebih fokus membincangkan usaha untuk merapatkan lagi kerjasama antara ketiga-tiga parti dalam PR. “Saya masih belum berkesempatan melihat usul yang akan dibentangkan. Namun, saya jangkakan antara usulnya ialah berkaitan hal PR.
“Ia tidak ada kena mengena dengan cadangan Multaqa Ulama yang mahu tahaluf siyasi dikaji semula. Sebaliknya, usul ini lebih kepada pengukuhan PR,” katanya semalam.
Menurutnya lagi, antara usul lain yang dijangka dibangkitkan ialah usaha untuk mendapatkan sokongan orang Melayu dan Islam.
“Kita akan bincangkan bagaimana isu perkauman yang dimainkan oleh Umno telah memecahbelahkan perpaduan Melayu dan Islam.
“Ini termasuklah menerusi pelbagai medium seperti media dan modul latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tatanegara (BTN) yang dilihat sengaja membangkitkan persoalan isu perkauman,” katanya. Selain itu, katanya, beliau menjangkakan usul berkaitan prestasi Pas dalam PRU 13 lalu dan isu pergolakan di Mesir dan Syria akan turut dibentangkan.
DR ASRI HARI INI SEKALI LAGI MEMPERBESARKAN ISU KALIMAH ALLAH TAPI SEDAR TAK BELIAU TUJUAN PERMINTAAN DAP ITU UNTUK APA?ADAKAH BELIAU YAKIN YANG DAP TIDAK AKAN MENYELEWENG DAN MENYEKUTUKAN KE ESAAN ALLAH S.W.T?????
SHAH ALAM – Isu kalimah ALLAH yang bermula pada 2009 kembali panas selepas Mahkamah Rayuan Isnin lalu menetapkan majalah The Herald tidak boleh menggunakan kalimah tersebut dalam percetakan mereka. Namun, persoalan yang terus bermain di minda rakyat sekarang adalah, adakah kalimah tersebut boleh dibenarkan atau tidak kepada bukan Islam? Ada yang berasa boleh dan ramai yang berkata tidak boleh. Malah, percanggahan begini boleh mengelirukan umat Islam serta bukan Islam. Pendakwah terkenal, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, setiap hari orang Islam seluruh dunia melafazkan ayat dalam Surah al Fatihah, yang berbunyi ‘segala puji bagi ALLAH Tuhan segala alam’. “Tiada Muslim pun yang menyebut ‘segala puji bagi ALLAH Tuhan kaum Muslimin sahaja’. Ini kerana Muslim mengakui ALLAH itu Tuhan untuk semua, bukan untuk kaum dan pihak tertentu sahaja. “Maka isu kalimah ALLAH tidak pernah timbul di negara-negara Arab. Bahkan mereka mungkin sukar untuk faham dan hairan apabila kita memberitahu kita menghalang pihak Kristian memanggil Tuhan itu ALLAH. Di Sabah dan Sarawak juga sudah berpuluh tahun mereka menggunakannya,” kata bekas Mufti Perlis itu. Katanya, isu kalimah ALLAH ini menjadi sejarah menarik dan tersendiri di Semenanjung Malaysia kerana masalah ini tidak pernah wujud di negara-negara Arab kerana Kristian Arab menggunakan perkataan ALLAH apabila merujuk kepada Tuhan sejak sebelum dan selepas zaman Nabi Muhammad SAW. “Bahkan kaum Quraisy sebelum kehadiran Nabi Muhammad SAW juga guna nama ALLAH. Bapa Nabi Muhammad SAW bernama Abdullah, yang bermaksud hamba ALLAH,padahal bapa Nabi Muhammad SAW tidak sempat pun bertemu dengan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasulullah,” katanya. Kata Asri, Kristian Qibti di Mesir juga sejak sekian lama memanggil Tuhan sebagai ALLAH. “Demikian juga Kristian Lebanon dan Jordan. Gereja-gereja mereka berdoa dengan memanggil ALLAH sejak zaman silam. Apa yang hendak dihairankan, asal-usul ajaran mereka dari ajaran Nabi Isa AS. “Bukan sahaja perkataan ALLAH. Banyak lagi perkataan yang membabitkan akidah yang sama antara Islam dan Kristian, (termasuk) nama para nabi; Ibrahim, Musa, Harun, Isa dan lain-lain,” katanya. Bagaimanapun, katanya, keadaan di Malaysia berbeza dan tidak mengizinkan kalimah ALLAH digunakan oleh bukan Islam, malah kerajaan boleh menetapkan peraturan supaya tidak berlaku kekeliruan sehingga menyebabkan provokasi. "Berdasarkan hukum agama, kalimah ALLAH adalah untuk semua lapisan masyarakat, tanpa mengira agama, bangsa dan budaya. Demi kesejahteraan dan menghormati beberapa negeri, ia diselaraskan supaya tidak dibenarkan. Kerajaan perlu juga harus tampil menjelaskan mengapa ia (kalimah ALLAH) tidak boleh digunakan. "Mungkin ada sesetengah pihak mendakwa kalimah ALLAH di dalam Bible seolah-olah ada agenda tertentu. Kerana itu, saya katakan, kerajaan tampil dengan peraturan sebegini. Cuma, tiada penjelasan yang dibuat. Mesti ada hujah,” katanya. Dalam membuat perbandingan isu kalimah ALLAH di negara ini, Asri turut memberi satu contoh di mana seorang pekerja kaunter keluar menunaikan solat sunat dhuha, dan ketiadaan pekerja kaunter itu menyebabkan keadaan menjadi kelam-kabut walaupun untuk beberapa minit. “Lalu ketuanya mengeluarkan peraturan, tidak membenarkan solat dhuha di pejabat kerana tidak mahu keadaan yang sama berulang. Ia jelas, bukan tidak membenarkan solat, tetapi jangan dilakukan pada waktu bekerja, memandangkan pekerjaannya berbentuk perkhidmatan,” katanya. Asri berkata, kalimah ALLAH sebenarnya sudah lama digunakan masyarakat bukan Islam, termasuk dalam lagu negeri masing-masing. “Pernah ke dengar (dalam) lagu negeri, baris yang ada kalimah ALLAH, orang bukan Islam tukar kepada nama Tuhan mereka? “ALLAH adalah untuk semua. ALLAH itu menjelaskan Tuhan yang satu. Contoh lain yang saya ambil, seorang Cina mengatakan: ‘Hari ini Tuhan ALLAH kasi turun hujan. Adakah kita nak marah Cina itu? Adakah perlu kita betulkan ayatnya dengan mengatakan Tuhan kamu bukan ALLAH? Jika ada, ia sudah tidak mengesakan ALLAH lagi,” katanya. “Itu adalah realiti. Kalau ada yang keliru, mereka tidak jelas dengan akidah. Saya tidak bela orang kafir, tetapi kafir di Arab menggunakan kalimah ALLAH sejak dahulu lagi. "Mereka ini digelar musyrikin kerana mendakwa ada tuhan lain selain ALLAH. Ia sudah tertulis di dalam al-Quran,” katanya.SinarHarian
Sementara itu menurut Harun Taib yang mengulas mengenai keretakan Pakatan Rakyat pula menjelaskan wujud golongan seperti DR Maza dan yang lain lain cuba membesar besarkan Isu ini untuk menonjolkan diri dan kerektor masing masing demi perjuangan Politik mereka
Isu kalimah Allah bakal menjadi faktor penentu sama ada pakatan pembangkang akan terus sebagai satu kerjasama politik di antara Pas, Dap dan PKR atau sebaliknya penyebabkan kepada kemusnahannya.Ini kerana kini terdapat jurang perbezaan yang amat luas di antara ketiga-tiga parti berhubung isu ini.
Keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya memutuskan untuk menolak rayuan gereja katolik berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguan kristian, Herald telah membuka satu ruang perdebatan yang hebat di dalam pakatan pembangkang.
Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Haron Taib menyeru agar umat Islam di negara ini bersatu padu mempertahankan kesucian agama Islam dalam isu ini.Beliau berkata umat Islam tanpa mengira fahaman politik haruslah merapatkan saf ukhwah agar musuh tidak mudah untuk mengertak atau mempersendakan akidah serta syiar agama.
Pendapat beliau sudah tentu dilihat sebagai satu penyimpangan yang jauh tersasar daripada pendirian rasmi kumpulan pembangkang.PKR, Dap dan Pas dahulunya menyokong kalimah Allahn digunakan oleh penganut agama lain.
Namun kenyataan terbaru Haron jelas memperlihatkan sikap Pas yang berbeza terutamanya setelah selesai Pilihan Raya Umum ke 13.Pas sedar bahawa parti itu telah dijadikan tunggangan politik oleh Dap dan PKR sehingga kedua-dua parti menang besar dalam pilihan raya yang lalu.
Pas juga sedar pendiriannya yang menyokong agenda politik Dap dan PKR telah menyebabkan pengundi Melayu beralih kembali kepad UMNO dan Barisan Nasional.Ini menjadi faktor mengapa ramai pemimpin dan tokoh Pas membuat kenyataan terbuka agar pendekatan tahalus siyyasah atau kerjasama politik antara parti itu dan Dap serta PKR di kaji semula.
Pada pendapat Pas jika ia masih terus dalam pakatan pembangkang dua perkara akan berlaku.Satu sokongan pengundi Melayu terhadap parti itu akan terus terhakis.Kedua imej Pas sebagai keldai tunggangan Dap dan juga PKR akan terus menjadi liabiliti politik yang sukar di atasi menjelang PRU14 nanti.
Malah sudah terdapat suara-suara daripada pelbagai lapisan dalam parti itu supaya Pas keluar daripada gabungan pembangkang kerana matlamat perjuangan sudah berlainan.
Dap menjadi bertambah bongkak dan sombong dengan sikap rasis kecinaannya setelah berjaya meraih majoriti undi kaum itu pada pilihan raya lalu.PKR pula masih dalam dilema sama ada mahu terus menjadi parti berbilang kaum atau bersuara sebagai parti yang memperjuangkan hak-hak orang Melayu di negara ini.
Keadaan ini meletakkan Pas dalam keadaan serba salah kerana setelah mengorbankan prinsip perjuangan untuk menegakkan Negara Islam, dua rakan sekutunya itu nampaknayn tidak langsung dilihat mempertahankan Islam dalam isu kalimah Allah.
Pas seolah-olahnya keseorangan dalam menyatakan pendirian menyokong keputusan mahkamah manakala Anwar Ibrahim dari PKR terus membisu.Dap pula terus menonjolkan sikap permusuhan tebalnya terhadap Islam di negara ini selari dengan prinsip perjuangannya untuk menghapuskan ketuanan Melayu.
Tidak ada gunanya bagi Pas untuk terus tidur sebantal dengan PKR dan Dap kerana lambat laun, parti itu akan dilayan seperti anak tiri atau merasa dirinya seperti melukut di tepi gantang.Sikap Pas mahu isu kalimah Allah dipertahankan habis-habisan haruslah dipuji di atas keberanian parti itu melawan arus perdana di dalam pakatan pembangkang. Pas akan terus dihormati sebagai sebuah parti memperjuangkan prinsip serta nilai Islam sejagat jika ia juga berani mempersoalkan sikap Dap dan PKR yang dingin terhadap hak-hak orang Islam di negara ini.
Pakatan pembangkang dijangka tidak dapat bertahan lama untuk kekal sebagai kuasa oposisi yang kental di persada politik negara disebabkan sikapnya yang anti-Melayu dan anti-Islam. Adalah lebih baik Pas keluar segera daripada tahalus siyyasah bersama-sama puak yang menyokong kemungkaran ini.
Jika tidak Pas sendiri akan membayar harga politik yang mahal kerana menyokong satu gagasan politik yang merugikan agama, bangsa dan negara.
Isu kalimah Allah bakal menjadi faktor penentu sama ada pakatan pembangkang akan terus sebagai satu kerjasama politik di antara Pas, Dap dan PKR atau sebaliknya penyebabkan kepada kemusnahannya.Ini kerana kini terdapat jurang perbezaan yang amat luas di antara ketiga-tiga parti berhubung isu ini.
Keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya memutuskan untuk menolak rayuan gereja katolik berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguan kristian, Herald telah membuka satu ruang perdebatan yang hebat di dalam pakatan pembangkang.
Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Haron Taib menyeru agar umat Islam di negara ini bersatu padu mempertahankan kesucian agama Islam dalam isu ini.Beliau berkata umat Islam tanpa mengira fahaman politik haruslah merapatkan saf ukhwah agar musuh tidak mudah untuk mengertak atau mempersendakan akidah serta syiar agama.
Pendapat beliau sudah tentu dilihat sebagai satu penyimpangan yang jauh tersasar daripada pendirian rasmi kumpulan pembangkang.PKR, Dap dan Pas dahulunya menyokong kalimah Allahn digunakan oleh penganut agama lain.
Namun kenyataan terbaru Haron jelas memperlihatkan sikap Pas yang berbeza terutamanya setelah selesai Pilihan Raya Umum ke 13.Pas sedar bahawa parti itu telah dijadikan tunggangan politik oleh Dap dan PKR sehingga kedua-dua parti menang besar dalam pilihan raya yang lalu.
Pas juga sedar pendiriannya yang menyokong agenda politik Dap dan PKR telah menyebabkan pengundi Melayu beralih kembali kepad UMNO dan Barisan Nasional.Ini menjadi faktor mengapa ramai pemimpin dan tokoh Pas membuat kenyataan terbuka agar pendekatan tahalus siyyasah atau kerjasama politik antara parti itu dan Dap serta PKR di kaji semula.
Pada pendapat Pas jika ia masih terus dalam pakatan pembangkang dua perkara akan berlaku.Satu sokongan pengundi Melayu terhadap parti itu akan terus terhakis.Kedua imej Pas sebagai keldai tunggangan Dap dan juga PKR akan terus menjadi liabiliti politik yang sukar di atasi menjelang PRU14 nanti.
Malah sudah terdapat suara-suara daripada pelbagai lapisan dalam parti itu supaya Pas keluar daripada gabungan pembangkang kerana matlamat perjuangan sudah berlainan.
Dap menjadi bertambah bongkak dan sombong dengan sikap rasis kecinaannya setelah berjaya meraih majoriti undi kaum itu pada pilihan raya lalu.PKR pula masih dalam dilema sama ada mahu terus menjadi parti berbilang kaum atau bersuara sebagai parti yang memperjuangkan hak-hak orang Melayu di negara ini.
Keadaan ini meletakkan Pas dalam keadaan serba salah kerana setelah mengorbankan prinsip perjuangan untuk menegakkan Negara Islam, dua rakan sekutunya itu nampaknayn tidak langsung dilihat mempertahankan Islam dalam isu kalimah Allah.
Pas seolah-olahnya keseorangan dalam menyatakan pendirian menyokong keputusan mahkamah manakala Anwar Ibrahim dari PKR terus membisu.Dap pula terus menonjolkan sikap permusuhan tebalnya terhadap Islam di negara ini selari dengan prinsip perjuangannya untuk menghapuskan ketuanan Melayu.
Tidak ada gunanya bagi Pas untuk terus tidur sebantal dengan PKR dan Dap kerana lambat laun, parti itu akan dilayan seperti anak tiri atau merasa dirinya seperti melukut di tepi gantang.Sikap Pas mahu isu kalimah Allah dipertahankan habis-habisan haruslah dipuji di atas keberanian parti itu melawan arus perdana di dalam pakatan pembangkang.
Pas akan terus dihormati sebagai sebuah parti memperjuangkan prinsip serta nilai Islam sejagat jika ia juga berani mempersoalkan sikap Dap dan PKR yang dingin terhadap hak-hak orang Islam di negara ini.
Pakatan pembangkang dijangka tidak dapat bertahan lama untuk kekal sebagai kuasa oposisi yang kental di persada politik negara disebabkan sikapnya yang anti-Melayu dan anti-Islam.
Adalah lebih baik Pas keluar segera daripada tahalus siyyasah bersama-sama puak yang menyokong kemungkaran ini.
Jika tidak Pas sendiri akan membayar harga politik yang mahal kerana menyokong satu gagasan politik yang merugikan agama, bangsa dan negara.
Apabila timbul isu ini kita dah pun tahu apa tuntutan yang pihak gereja mahu tak lain tak bukan mahu Kalimah Allah digunakan untuk digantikan dengan nama Tuhan dalam penulisan mereka dan usaha ini jelas berkepentingan tertentu oleh golongan Gereja maka perkara sebegini wajib kita tentang dan pertahankan
Namun akibat desakan DAP nampaknya Pakatan Rakyat sanggp membuat isu ini hangat kembali,kita tahu kehendak pihak Gereja untuk menukar nama tuhan dalam penulisan mereka jelas bertentangan dengan ajaran islam yang mengesakan tuhan yang satu maka kenapa pas sanggup memutarbelitkan fakta terutama DR Maza menghentam tampa enyelidik fakta jelas menampakkan yang beliau berhujah mengikut fahaman politik semata mata dengan memutarbelit kenyataan seorang penasihat agama Johor dengan mengatakan perkara yang tidak benar Walhal memang wajar diketogerikan murtad orang yg menyokong pihak gereja menuntut kalimah allah boleh diguna pakai dalam penulisan mereka menggantikan nama tuhan kepada Allah dan perkara ini jelas menyeleweng dan menduakan keesaan Allah s.w.t Akan tetapi DR Maza hanya menuduh kononnya yang dituduh mengatakan haram dan murtad bukan islam menyebut Kalimah Allah walhal perkara ini jelas bukan maksud sebenar yang di maksudkan orang yang dituduh Pelik bila pihak gereja kalah di mahkamah Rayuan bab agama pun nak mereka berbincang dengan Kafir yang Agendanya nyata mahu Kalimah digunakan secara bebas iaitu seperti tuntutan DAP dulu jadi tak perlu nak besarkan isu ini lagi jelas nyata dan terang sekali bahawasanya Insyaallah selagi Umno menerajui perkara yang dituntut Pihak Kristian tidak akan dilayan dan jika pas kita sendiri tahu suara Dap yang sering menjadi lidah Rasmi Pakatan Pembangkang almaklumlah jumlah Ahli Parlimen islam sangat sedikit bilangannya dengan jumlah yang Kafir jadi sah suara ORANG MELAYU PAS JADI PAK SANGGUP LA JAWABNYA
SHAH ALAM: Tindakan memurtadkan umat Islam yang membenarkan penganut Kristian menyebut kalimah Allah mempunyai kesan besar sehingga melibatkan seluruh warga Arab dan ulama-ulama terkemuka dunia, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut hari ini memberi amaran, umat Islam yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes penggunaan kalimah "Allah" boleh menjadi kafir dan murtad.
tiada dikatakan beliau bahawasanya melarang bukan Islam menyebut kalimah Allah akan tetapi beliau jelas menyatakan memberi amaran, umat Islam yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes penggunaan kalimah "Allah" boleh menjadi kafir dan murtad malah tindakan Kerajaan Malaysia ini juga mendapat sokongan dari Ulama dunia yang Pendekar sediakan Ulasannya di bawah sekali
Ini kerana katanya, selain Semenanjung Malaysia, seluruh dunia Arab, sejak zaman permulaan Islam lagi membenarkan golongan Kristian menyebut kalimah Allah.
"Sejak seribu tahun lalu, sejak zaman Nabi Muhammad lagi mereka menggunakan perkataan Allah. Tiada isu selagi mereka menggunakannya merujuk kepada zat yang sebenar, bukan untuk berhala," katanya yang dipetik daripada portal Malaysiakini.
Dr Asri bagaimanapun enggan merujuk langsung kepada mana-mana pihak sebaliknya hanya menyebut "pihak tertentu".
Beliau yang juga bekas mufti Perlis itu berkata, jika pandangan tersebut diambil kira, bermaksud sarjana terkemuka Islam yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian seperti Dr Yusof Qardawi dan Dr Wahbah Zuhaili juga dianggap murtad.
Tambah beliau lagi, pandangan itu turut memberi kesan kepada negeri yang lagu rasminya menggunakan kalimah Allah, serta penggunaan tulisan Allah untuk logo polis dan tentera, termasuk bukan Islam.
"Kena hati-hati pada kesan sesuatu pandangan. Pandangan ini tidak munasabah. Jadi, pihak tersebut mesti tampil menjelaskan macam mana yang dikatakan sesat itu" katanya.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut hari ini memberi amaran, umat Islam yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes penggunaan kalimah "Allah" boleh menjadi kafir dan murtad.
Pengamatan dari komen penasihat Agama Islam Johor Datuk Nooh Gedut berbeza jauh dari ulasan DR Maza kerana ia melibatkan bukan menyebut malah ianya menulis didalam tulisan didalam majalah yang akan jika dibenarkan ditulis maka nama kalimah suci kita akan di duakan seperti contohnya "ALLAH JASUS''MAKA INI AMATLAH BAHAYA dan boleh menyebabkan berlakunya SLAH TAFSIRAN PADA GOLONGAN YANG BARU HENDAK MENGENAL AGAMA,Malahan kalimah ALLAH bukanlah sebahagian teras kepercayaan dan amalan agama Kristian.
“Berdasarkan hakikat ini kami tidak nampak sebab mengapa pihak responden (Ketua Uskup Gereja Katolik) bertegas mahu menggunakan istilah ALLAH dalam penerbitan mingguan mereka.Jika penggunaan ini diizinkan ia akan menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat,” kata Hakim Apandi Ali ketika membacakan ringkasan keputusan mereka.
Pada 31 Disember 2009, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Lau Bee Lan memutuskan bahawa perintah Kementerian Dalam Neger (KDN) mengharamkan kalimah ALLAH di dalam penerbitan Kristian adalah bertentangan dengan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.
Pada 10 September tahun ini, KDN dan kerajaan Malaysia mengemukakan hujah kepada kepada Mahkamah Rayuan mengapa keputusan Mahkamah Tinggi itu tidak wajar.
Jika pihak gereja Katolik meneruskan rancangan untuk membawa kes ini ke Mahkamah Persekutuan ini bermakna ia masih mempunyai alasan dan bukti bahawa kalimah ALLAH memang sebahagian teras kepercayaan mereka.
Sepanjang isu ini tercetus bukan sahaja pihak yang menuntut (gereja) sahaja yang tegas mahu larangan penggunaan kalimah ALLAH dibatalkan, malah pejuang kebebasan hak asasi manusia dan parti-parti politik juga mahu kerajaan berundur daripada pendiriannya.
Pembangkang dakwa pihak pertahan 'ALLAH' buta sejarah
PKR bersikap liberal dalam isu ini. Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan bahawa pihak yang mahu melarang penggunaan kalimah AALLAH dalam penerbitan Kristian tidak faham sejarah.
Bahasa Arab dan kalimah Allah sudah lama digunakan oleh orang-orang Nasrani sebelum Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan, hujah beliau.
Bagaimanapun dalam Pas ada pendapat yang berbelah bahagi. Majlis Syura Ulama tidak mengizinkan kalimah ALLAH digunakan dalam penerbitan Kristian.
Namun pemimpin lain, termasuk presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berpendirian penggunaan kalimah suci itu boleh diizinkan dengan syarat ia tidak disalahgunakan.
Kini Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa tiada alasan tuntas untuk menunjukkan kalimah ALLAH ini adalah antara isu teras dalam kepercayaan agama orang Kristian.
Maka tiada sebab untuk mengizinkan ia digunakan oleh penganut Kristian di negara ini.
Namun paling penting bagi sidang Hakim ialah, keizinan menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan Kristian akan menimbulkan kekeliruan.
Pas dan PKR akan pertahan 'ALLAH' jika utamakan usul fiqh
Dapat dibayangkan apa yang dimaksudkan oleh para hakim berkenaan ialah keputusan yang menyebelahi pihak Kristian bakal mengundang musibah keretakan perhubungan kaum dan agama yang serius.
Dalam Islam pun ada kaedah usul fiqh yang menetapkan supaya dalam membuat pilihan di antara dua keburukan, pilihlah yang lebih besar mudaratnya.
Isu ini memang menginsafkan betapa pentingnya soal agama tidak ditunggangi untuk dijadikan modal politik.
Jika PKR dan Pas mengutamakan kaedah usul fiqh sudah tentu mereka memilih untuk menyokong keputusan kerajaan sejak awal lagi.
Namun demi mengaut keuntungan politik, masa depan negara, agama dan bangsa sanggup diperjudikan.
Seharusnya tindakan lebih wajar ialah menasihati pihak gereja bahawa demi masa depan perhubungan kaum, dan agama serta memelihara kesejahteraan negara, isu ini usah diperpanjangkan.
Usahlah menjadi batu api yang boleh memercikkan pertentangan sengit di kalangan kaum dan agama di bumi Malaysia ini.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 - 7 Mei 2008 telah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Keterangan/Hujah:
1.Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah trinity. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga, tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal usul penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.
2.Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakal Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh,Elohim dan juga Yhwh.
3.Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.
4.Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.
5.Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaanya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.
6.Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.
7.Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahwa semua agama adalah sama.
8.Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God ditejemahkan sebagai Allah.
9.Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa ini bagi menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam.
10.Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi factor utama adalah berasaskan akidah dan kesucian agama Islam.
11.Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan,ketegasan,dalam,menjaga,maruah,agama.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal UgamaKeputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan
Islam Malaysia kali ke-82 yang bersidang pada 5 hingga 7 Mei 2008 memutuskan bahawa penggunaan kalimah Allah adalah khusus buat agama dan umat Islam sahaja.
Pandangan Tokoh Ulama Luar Negara Pandangan Wakil al-Azhar (Timbalan Syeikh al-Azhar) dan Ketua Lajnah
Dialog Antara Agama al-Azhar, Fadhilat al-Syeikh Abdul Fattah ‘Allam Beliau berpendapat bahawa tindakan kerajaan Malaysia menegah penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam adalah tepat. Ini kerana kalimah Allah tidak boleh disamaertikan dengan kalimah Rabb yang membawa makna Yang Mewujudkan.
Sebagaimana maklum penganut bukan Islam menamakan sebarang tuhan yang mereka sembah seperti batu, haiwan, matahari dan lain-lain sebagai Allah.
Hal ini sudah tentu amat tidak wajar sama sekali dan menyalahi maksud kalimah Allah itu sendiri sebagaimana yang termaktub di dalam al-Qur’an dan alHadith
Pandangan Penasihat Undang-undang Kementerian Kehakiman Arab Saudi,Syeikh Abdul Muhsin al-‘Abikan Beliau berpendapat bahawa pendekatan Kerajaan Malaysia ini adalah bertujuan untuk mengelakkan daripada penyalahgunaan nama ‘Allah’ melainkan hanya kepada Yang Maha Pencipta (tuhan yang sebenar ). Ia kerana terdapat agama agama lain yang juga menggunakan kalimah Allah bagi agama mereka sedangkan mereka adalah penyembah berhala, oleh itu nama ‘Allah’ tidak sepatutnya digunakan bagi menggambarkan tuhan-tuhan yang selain-Nya
Tokoh Pergerakan Perlembagaan Islam (Islamic Constitutional Movement)
Kuwait, Syeikh Abdul Hamid al-Ballali Beliau menyokong penuh keputusan kerajaan Malaysia untuk tidak membenarkan penganut bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai panggilan bagi tuhan mereka.
Beliau beralasan bahawa keputusan tersebut amat signifikan bagi memelihara maksud istilah sebenar bagi kalimah Allah. Umat yang gagalmemelihara istilah-istilah agamanya adalah umat yang leka.
Sedangkan Allah SWT telah mengangkat umat ini sebagai sebaik-baik umat.Menurutnya lagi umat Islam perlu sedar banyak istilah-istilah yang berasal daripada Islam pada hari ini telah cuba dieksploitasi, disalahguna atau dipesongkan maknanya oleh pihak tertentu.
Ianya seperti istilah ‘syahid’ yang juga digunapakai bagi penganut bukan Islam. Istilah ‘riba’ yang ditukarkan
Kenyataan ini dibuat oleh beliau ketika penulis menghadiri Kursus Pengendalian Fatwa dan Pengurusan Dakwah dari Mei-Julai 2009.
Fail’Cawangan’Aqidah’JAKIM.
Keputusan Kerajaan
Keputusan mesyuarat Kabinet bertarikh 16 Mei 1986 juga telah memutuskan bahawa perkataan Allah adalah termasuk antara kalimah-kalimah yang dilarang penggunaannya oleh mereka yang bukan beragama Islam.
Malah penggunaan kalimah Allah, Baitullah, Solat dan Kaabah telah pun diwartakan hanya eksklusif buat umat Islam sahaja di bawah Warta P.U (A) 15/82 dan pekeliling KKDN. S.59/3/6/A bertarikh 5 Disember 1986. Manakala Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada 3 Januari 2008, memutuskan untuk mengekalkan larangan tersebut sebagaimana yang pernah diputuskan pada 18 Oktober dan 1 November 2006.
Kesimpulan
Berdasarkan hujah-hujah yang telah dinyatakan, tiada sebab untuk kerajaan membenarkan penggunaan kalimah ‘Allah’ kepada pihak Kristian. Malah keputusan kerajaan adalah selari dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang menobatkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan. Umat beragama di Malaysia telah sedia maklum bahawa sebarang isu yang berkaitan dengan Islam sama ada secara langsung atau tidak seharusnya menghormati kedudukan istimewa agama Islam dan umat Melayu Islam di negara ini.
Rujukan
Ibn Kathir, Tafsir al-Qur’an al-‘Azim
Al-Thabari, Jami‘ al-Bayan fi Tafsir al-Qur’an
_______(1990), Mengapa Kalimah Allah?, Bahagian Hal Ehwal Islam, JPM KL.
PAS WAJIB MEMIKIRKAN KEWAJARAN UNTUK TIDAK MENERUSAN BERSAMA PAKATAN PEMBANGKANG KERANA JELAS PKR DAN DAP CUBA MENGAMBIL KESEMPATAN SERTA KEUNTUNGAN YANG MERUGIKAN ISLAM DI NEGARA KITA
SHAH ALAM - Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya sedia bersemuka dengan Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng bagi menjelaskan maksud Surah Al-Imran ayat 64 dan Surah Al-Ankabut ayat 46.
Katanya tindakan itu supaya Jui Meng tidak terus terkeliru dengan maksud sebenar ayat al-Quran bagi mengelakkan salah faham berkenaan kalimah ALLAH.
“Mereka sebenarnya masih tidak faham konteks penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam di negara kita. Saya sedia bertemu untuk memberi penjelasan.
“Beliau (Jui Meng) ini tidak faham mengenai tafsir ayat al-Quran itu, tapi mahu mengulas dengan mempersoalkan ayat tersebut dalam isu kalimah ALLAH,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Terdahulu, Jui Meng dalam status Twitternya memuat naik tafsir surah Al-Ankabut dan Al-Imran bagi mempersoalkan tindakan mahkamah melarang penggunaan kalimah ALLAH dalam edisi mingguan Katolik, The Herald.
Mengulas lanjut, Fathul berkata tindakan mahkamah melarang penggunaan kalimah ALLAH itu tidak boleh dipersoalkan sebaliknya cuba untuk menghormatinya.
“Tindakan mahkamah itu untuk mengelakkan daripada berlaku kekeliruan umat Islam dan penganut lain berhubung kalimah ALLAH. Tambahan pula kita dapat mengelakkan gejala pluralisme yang cuba diserapkan pihak luar terhadap umat Islam.
“Jika mahkamah benarkan, dibimbangkan akan membawa kemudaratan kepada generasi muda terutamanya yang kurang bimbingan dan didikan agama,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai khususnya orang bukan Islam supaya tidak mempersoalkan keputusan mahkamah berkenaan kalimah ALLAH.
“Selama ini, tiada orang bukan Islam sibuk isu kalimah ALLAH, kita pun tidak tahu apa strategi dan perancangan mereka.
“Lebih baik mereka tidak campur tangan dalam isu ini,” katanya.
Namun Guang Eng selaku suara yang paling di takuti Pakatan Rakyat hari ini bertegas DAP tetap bertegas dengan pendiriannya berhubung penggunaan kalimah ALLAH.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, parti itu tetap mempertahankan dan tidak akan berganjak daripada pendirian mereka sebelum ini.
“Walaupun Mahkamah Rayuan memutuskan Gereja Katolik dilarang menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan akhbar mingguannya The Herald, kita (DAP) tetap dengan pendirian seperti sebelum ini. Pendirian DAP berhubung isu kalimah ALLAH adalah jelas.
“Saya rasa anda semua tahu apakah pendirian DAP berhubung isu ini, namun pendirian berkenaan tidak mewakili suara pakatan pembangkang,” katanya kepada media semalam.
Mahkamah Rayuan sebelum ini memutuskan Gereja Katolik dilarang menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan akhbar mingguannya, The Herald.
Ini bermakna keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009 yang membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam penerbitan Roman Katolik adalah dibatalkan.
Mahkamah Rayun juga berpendapat, tiada alasan mengapa Gereja Katolik berkeras menggunakan kalimah itu dalam penerbitannya, jika dibenarkan akan menyebabkan kekeliruan dalam masyarakat.
JIKA ANDA SAYANGKAN AGAMA ISLAM SILA KLICK DI SINI KERANA BUKTI VIDEO DAN FAKTA FAKTA DISEDIAKAN BAGI PENDEDAHAN APA AGENDA DAP SEBENARNYA