JADILAH SAHABAT PM

♥♥ Aku tidak sempurna♥ Kau pun tak sempurna♥ Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ke tidak sempurnaan ku♥ hingga kita akan sempurna♥ meskipun hanya bagi kita berdua♥ Biarlah Allah s.w.t yang Maha sempurna♥ yang berhak menilai ke sempurnaan kita ♥♥

Ahad, 26 Mei 2013

PR TAKKAN BERPUAS HATI DAN AKAN TURUN KE STADIUM MERDEKA !!!! ??


Sampai bila2 pon PR ni takkan merasa puas ada sahaja yg tidak kena dulu masa bersih bermacam2 permintaan bila dah ditunaikan masih lagi tak berpuas hati lagi.hormatilah mejoriti rakyat yg undi BN ni jangan nak bantah kuasa kami iaitu kuasa pengundi kami nak kan keadilan juga kami dah kalah kalah jer la lain...kali...jer..la...erk...

Rakyat sudah membuat keputusan dan memilih. Akur sahaja dengan pilihan rakyat. Usah lah kita nak berkuasa dengan cara memaksa orang begini  Banyak lg kerja berfaedah yg pakatan boleh buat.

Wakil rakyat pakatan yg dah menang dan dipilih oleh rakyat bolehlah mula buat kerja... dah nak sebulan dah ni... angkat sumpah jd akil rakyat pun dah buat kan??? kejap lagi dpt gaji wakil rakyat..x kan nak makan gaji buta! nak buat perhimpunan memanjang KLICK DIBAWAH UNTUK SAMBUNGAN CERITA

Sabtu, 25 Mei 2013

Dr. Fadzilah Kamsah: Afiq Muiz Tak Boleh Paksa Ibunya Untuk Minta Maaf

Pakar Motivasi terkenal, Prof. Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah menyatakan sebagai seorang anak, Afiq Muiz tidak boleh memaksa ibunya untuk tampil meminta maaf kepadanya.

Ini berikutan kenyataan Afiq yang mahu ibunya, Hasliza Mohd menarik balik kenyataan yang mengatakan dia adalah anak derhaka sebelum dirinya tampil meminta maaf kepada ibu kandungnya itu.


“Afiq Muiz tak boleh memaksa ibunya untuk meminta maaf, dia tiada hak..pujuk, rayu dan doakan ibunya boleh.


“Orang yang hebat, dia akan memaafkan orang tanpa dipinta dan meminta maaf walaupun tidak berbuat salah,” kata Dr Fadzilah dalam program hiburan Galaksi, semalam.

Selain itu, Dr Fadzilah menyarankan Afiq supaya pergi meminta maaf kepada ibunya kerana dikhuatiri hidupnya akan sengsara dunia dan akhirat jika dia tidak sempat berbuat demikian kelak

“Apa yang boleh saya sarankan kepada Afiq, dia boleh pergi sembah kaki mak dia, minta ampun dan maaf. Selagi dia tidak diampunkan oleh maknya, jangan beredar.

“Takut maknya meninggal dunia sebelum memaafkannya, syurga anak memang di bawah tapak kaki ibu, itu adalah hadis sahih,” pesannya lagi.

Dr Fadzilah turut menambah, hati ibu adalah sangat lembut walau sekerasnya mana pun hatinya, kalau anak bersungguh-sungguh meminta maaf, seseorang ibu itu pasti jua akan memaafkan keterlanjuran seseorang anak itu.

Itu adalah sedikit sebanyak pesanan yang boleh diberikan oleh pakar motivasi ini berhubung kemelut keluarga yang melanda Afiq dan ibunya itu.

Diharapkan Afiq dapat mengambil serba sedikit nasihat ini dan renung-renungkan untuk kebahagiaan dunia dan akhiratnya kelak.

@PM: SETUJU benar dengan teguran dan nasihat dari Dr.ini...........Ingatlah syurga itu dibawah telapak kaki ibu mu..... ibu mu hanya ada seorang sahaja ..

Cara Khalifah Umar Al-Khattab Menahan Bebelan Isterinya

Memang tidak dinafikan, wanita lebih banyak bercakap berbanding orang lelaki. Jadi tidak hairanlah jika suami terpaksa menadah telinga mendengar bebelan isteri adakalanya sampai setiap hari. Biarpun leteran itu benda yang sama, ia tetap menjadi satu perkara yang rutin. Namun tahukah anda bahawa Khalifah Umar Al-Khattab juga mempunyai cerita yang tersendiri. Biarpun kita tahu dirinya amat ditakuti kerana sifatnya yang garang, namun apabila dengan isteri, ia sangat menghormati isterinya.

Dikisahkan, pada zaman Saidina Umar Al-Khattab, terdapat satu pasangan suami isteri yang selalu bertengkar, berpunca dari tabiat sang isteri yang terlalu kuat membebel terhadap suaminya, tidak kira sama ada ketika dia memasak, ketika masa lapang, atau pun ketika melakukan rutin-rutin harian.Sehinggalah si suami tidak dapat menahan kesabaran lagi mendengar leteran sang isteri saban hari dan ketika, lalu si suami memarahi isterinya.Sang isteri pula tidak hanya berdiam diri ketika dimarahi, lalu berlakukan pergaduhan dan pertengkaran hampir saban hari.
Pada suatu hari, si suami merasakan keadaan rumah tangga mereka sudah tidak aman lagi, dan si suami memutuskan untuk berjumpa dengan Khalifah Umar Al-Khattab dengan niat untuk mendapatkan tips atau nasihat dari beliau, bagaimana cara untuk mengatasi masalah tabiat isterinya yang suka membebel di samping untuk mengadu kelakuan isterinya kepada Khalifah Umar Al-Khattab.

Setibanya dia dia rumah Khalifah Umar Al-Khattab, si suami tadi mendengar suara isteri Khalifah Umar Al-Khattab sedang membebel kepada beliau.Tetapi tidak pula kedengaran suara Khalifah Umar menjawab. Bila mendapati isteri Khalifah Umar pun mempunyai tabiat yang sama, dan mengenangkan Khalifah Umar yg mengalami nasib yang serupa dengan dirinya, si suami membatalkan saja hasratnya untuk bertemu Khalifah Umar untuk mengadu hal rumah tangganya. Ketika si suami tadi berpaling untuk pulang, tiba-tiba Khalifah Umar memanggilnya dan bertanya, “Apa hajat kamu datang kemari?”

Lalu si suami tadi menjawab, “Tujuan aku kemari untuk mengadu hal isteri ku yang kuat membebel, tapi bila mendapati dirimu juga mengalami nasib yang sama, lantas aku batalkan saja hasratku.”

Mendengar jawapan dari si suami itu Khalifah Umar tersenyum lalu menjawab, “Tidak patut sekiranya aku tidak bersabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak, membasuh pakaian untukku, menyabung nyawa melahirkan zuriat-zuriatku, membesarkan anak-anakku, dan tempat aku mendapat hajatku? Sabarlah, kerana sesungguhnya keadaan itu tidak lama.Pasti akan pulih sendiri.”

Begitulah hebatnya peribadi seorang insan yang mulia disisi Allah dan Rasul, seorang panglima yang sangat digeruni di medan peperangan dalam menegakkan panji Islam, tetapi demi kasih kepada isterinya dan untuk mengekalkan keamanan rumahtangga, beliau sanggup berdiam diri dan bersabar melayan kerenah isterinya.
Wallahualam.

Empat soalan ditanya pada hari Kiamat !!!


Mati itu pasti, kiamat itu pasti... bila masanya, bagaimana keadaan kita waktu itu hanya Allah yg maha mengetahui..... tingkatkan amalan utk bekal kita bertemuNYA nanti...Amin...Peringatan untuk Admin dan saudara2ku sekalian.

Rasulullah dalam hadis itu mengingatkan umat Islam bahawa, di hadapan mahkamah pengadilan Allah, setiap daripada kita akan ditanya empat perkara, iaitu umur, ilmu, harta dan tubuh badannya. Dan kita tidak akan dapat berganjak, selagi tidak menjelaskan setiap persoalan itu.

Pertama, mengenai umur. Nikmat umur yang dikurniakan Allah selama puluhan tahun, di manakah kita menghabiskannya? Katakan umur ketika hidup di dunia 70 tahun, berapa tahunkah yang diperuntukkan untuk melaksanakan amal salih bagi mengaut ganjaran pahala? Bagaimanakah, nasib kita sekiranya umur itu lebih banyak dibazirkan untuk berbuat maksiat dan dosa, sedangkan umur yang digunakan untuk beramal ibadat hanya sekitar 10 tahun? Itu pun selepas berada pada penghujung usia yang senja.

Ke manakah perginya baki 60 tahun umur kita itu? Adakah kita yakin akan dapat mengecapi nikmat syurga dengan nilai pahala selama 10 tahun, sedangkan longgokan dosa yang kita kumpul selama 60 tahun pula begitu tinggi?

Kedua, mengenai ilmu. Bagaimana jawaban kita jika ditanya mengenai ilmu? Apakah tanggungjawab terhadap ilmu yang kita miliki sudah kita tunaikan? Banyak ilmu yang kita tahu, tetapi adakah ia diamalkan?

Kita tahu membezakan perbuatan baik dan buruk, tetapi mengapa kita masih berminat dengan sifat mazmumah (keji)? Kita ada ilmu tetapi mengapa tidak mendidik, membimbing, menegur atau menasihati orang lain apabila melihat mereka berbuat kemungkaran? Mengapa kita tidak menyebarkan kepada orang lain sesuatu ilmu yang kita ketahui?

Ketiga, kita juga akan disoal mengenai harta benda yang kita miliki. Dari sumber manakah kita peroleh harta itu? Adakah daripada punca yang halal atau haram? Ke jalan manakah pula kita belanjakan harta itu? Ke jalan kebajikan atau kemungkaran?

Rasulullah bersabda, maksudnya: “Setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram, maka api neraka yang lebih layak baginya.

Akhirnya, kita akan ditanya mengenai jasad atau tubuh badan kita. Apakah yang kita lakukan dengan tubuh yang sihat dan kuat ini? Adakah kita mensyukuri mata, telinga, mulut, tangan, kaki dan anggota badan yang lain dan menggunakannya ke jalan yang diredai Allah? Atau kita ingkar nikmat pancaindera itu dan reda dimurkai-Nya?

Itulah empat soalan yang bakal dihadapkan kepada kita untuk dijawab, berdasarkan amalan kita. Semoga kita berjaya menjawabnya dengan bantuan amal salih, keikhlasan ibadat, dan sedekah jariah di dunia.

Justeru, marilah kita lakukan muhasabah diri supaya kita tergolong ke dalam kumpulan yang berjaya melalui ujian itu.

ADUN SERI SERDANG NORHANIM SUDAH2LAH TERIMALAH KENYATAAN TAKPAYAH MASUK PAPER CAKAP YG BUKAN !!! ?

ADUN SERI SERDANG NORHANIM hari ini didalam sinar masih nak berceloteh tentang benda yang semua orang dah tau dan kalau kita gunakan kewarasan berfikir pun dah jelas hal ini dan kalau rasa diri tu betol report lah ni tak sudah berminggu2 baru nak berfikir2 untuk buat report?lampu padam tu bukti penyelewengan ker tapi berdasarkan gambar tu memang betul dan tepat apa yang di hujahkan SPR

Jadi tak payahlah bising2 buat jer report biar mahkamah tentukan dan tak payahlah susahkan Rakyat ajak pegi berhimpun berpusu pusu lelaki perempuan dalam satu kawasan sempit ditambah malam pulak tu tersenggol tergosok semua andaian pasti berlaku jadi jagalah Akhlak tu sikit kita orang yang berilmu didikan sedari kecil diasuh tapi begini jadinya !!!!!

Pada masa pengiraan tu kan ada wakil SPR,BN PR nampak ker ada penyelewengan kat situ WALHAL kat tempat lampu padam ni dap mng besar Teo Nie Ching (DAP)mng besar Majoriti: 42,206 maknanya klu ada penipuan bkn BN menipu PR yg menipu berdasarkan keuntungan lampu padam tu?ada bukti ker berlaku penyelewengan sudah2lah mencari alasan dah kalah tu terima lah Qada DAN qadar dan jangan lah menegakkan benang yang basah..!!!!




HAKIKATNYA BEGINILAH CARA PENGIRAN KERTAS UNDI


berita sinar ini yang buat kita tergelak pada mereka yang masih tidak dapat menerima kenyataan dan takdir





PUCHONG – Adun Seri Serdang, Noor Hanim Ismail menyangkal kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mendakwa kejadian lampu padam di pusat pengiraan undi sebagaimana disebarkan menerusi internet adalah fitnah dan lakonan.

Noor Hanim berkata, gambar itu sebaliknya dirakam seorang petugasnya di bilik pengiraan undi Saluran 3  Sekolah Kebangsaan Serdang pada jam 7.32 malam 5 Mei lalu.

Beliau menafikan ia dirakam sebelum PRU13 seperti didakwa Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Menurutnya, hasil siasatan, pihaknya mendapati pengurusan SPR dilihat sekadar ingin menutup kelemahan sistem pilihan raya sedia ada.

Noor Hanim berkata, beliau hairan bagaimana Wan Ahmad sendiri seolah-olah tidak tahu pakaian rasmi petugas SPR yang memakai baju T kelabu pada hari berkenaan.

Menurutnya, ketika kejadian, wakilnya berusaha membekalkan lampu suluh ke bilik pengiraan undi terbabit bagi memastikan proses kiraan berjalan lancar.

Beliau turut menafikan terdapat wartawan di lokasi kejadian kerana yang ada di lokasi hanya Ketua Tempat Mengundi (KTM), petugas SPR, wakil calon dan anggota polis bertugas.

“Saya minta SPR terutama Wan Ahmad memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana melakukan kesilapan dalam mengeluarkan kenyataan tanpa membuat kajian mendalam dan mengambil ringan isu dibangkitkan rakyat,” katanya.

Sinar Harian difahamkan, sekolah itu mempunyai empat saluran mengundi, namun saluran satu, dua dan empat, kiraan undi tamat lebih awal dan tiada gambar di ketiga-tiga saluran itu dirakamkan.

Hanya gambar di saluran tiga sempat dirakam kerana kiraan undi lewat tamat dan hanya siap jam 8 malam.

Sementara itu, Yang Dipertua Pas Puchong, Mohd Soffiean Ismail meminta SPR lebih teliti dalam membuat siasatan dan mahu tuduhan dibuat diperbetulkan.

Beliau berkata, pihaknya akan pertimbang untuk buat laporan polis selepas mendapat nasihat guaman.

Semalam, akhbar melaporkan, SPR mendakwa insiden lampu padam semasa pengiraan undi PRU13,  5 Mei lalu adalah fitnah dan lakonan itu dirakamkan sebelum PRU13 lagi.

Wan Ahmad dalam kenyataannya berkata, kesimpulan itu dibuat hasil penelitian beliau bersama pegawai-pegawainya.

Psssttt: ada nampak ape2 bukti penipuan KIRAAN UNDIi masa blackout tu ke..klau tkde just stop-it..diam dan terimalah kenyataan

Degil dan Biadap.... Masih ada peserta himpunan yang langgar Akta Himpunan dan bakal didakwa !!!!

Melalui tinjauan Admin Politik tiada salahnya selagi tidak merugikan Islam dan berpolitik lah dengan bijaksana dan hasanah kalau merugikan orag Islam kita patut menolak menyertai jemaah ini bayangkanlah Himpunan pada jam 7.00 ptg mula ucapan pemimpin Pakatan Pembangkang dah dekat masuk waktu Magrib.

Memang tidak dinafikan solat di atas padang pun boleh juga tiada salahnya akan tetapi berapa ramai pula yg sholat dengan yg tak bersolat? Berpolitik biarlah berpada-pada jangan merugikan kita dan cuba fikir apa hasilnya berhimpun tu tak lebih sengaja biar Negara kita dipandang rendah Moralnya kerana kuat membantah pada benda yang tak ada Asasnya


PETALING JAYA - Himpunan Suara Rakyat 505 yang berlangsung di padang timur, Amcorp Mall malam tadi menyaksikan ramai peserta khususnya ibu bapa secara terang-terangan melanggar Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 dengan membawa anak-anak mereka sejak tengah hari semalam mendapati kebanyakan ibu bapa yang ditemui rata-ratanya membawa kanak-kanak di bawah umur 21 tahun.

Menurut akta tersebut, seseorang melakukan suatu kesalahan jika kanak-kanak menyertai perhimpunan selain suatu perhimpunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.

Dalam akta itu turut menyebut jika seseorang melakukan suatu kesalahan di bawah perenggan (2)(a),(b),(c) atau (e) boleh apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM10,000.

Manakala seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah perenggan (2)(f) pula, ia boleh apabila atau disabitkan didenda tidak melebihi RM20,000.

Sementara itu, pihak penganjur tidak menyediakan kemudahan khas kepada golongan orang kurang upaya (OKU) kerana menyukarkan mereka untuk bergerak bebas seperti menunaikan solat.

Selain itu, peserta himpunan yang juga disertai golongan OKU ini turut berhadapan kesukaran menggunakan tandas mesra OKU di bangunan berdekatan.

Mengikut APA 2012, pihak penganjur hendaklah memastikan sesuatu perhimpunan itu tidak akan membahayakan kesihatan atau menyebabkan kerosakan kepada harta atau alam sekitar.
Psssttt:Den tak pelek dan tak heranpon pada yang berangan kononnya kata benda ni berfaedah tapi minta tolong dalami setiap undang2 itu kerana undang2 dibuat utk menjaga kepentingan awam sebaliknya bukan utk kumpulan tertentu sehinggakan membahayakan nyawa anak kecil jika perkara yg tidak diingini berlaku...

HELAH PEMBANGKANG CAPAI OBJEKTIF NYA MAHU BURUK-BURUKAN NAMA NEGARA DIMATA DUNIA SAHAJA !!!!


ABBY ngan siapa ni ...memalukan orang-orang Islam sahaja dengan berpewatakan yang jijik pakailah pakaian yg kemas sikit ni tak ingat orang suka lah tengok dia meluat adalah den..!!!!!!

Perhimpunan “suara rakyat 505’ hanyalah helah untuk pembangkang mencapai objektif tertentu dengan mendakwa berlaku penipuan dan penyelewengan sepanjang PRU13 dan mana yang terpedaya akan mengatakan betul betul tu mana yang berakal pastinya akan berasa muak melihat gelagat para peserta himpunan haram blackout505 ini,mana tak haramnya mereka tidak mendapatkan permit pun dari pihak Polis.
Menurut Pengarah Pusat Dasar Teknologi dan Kajian Antarabangsa, Kampus Antarabangsa Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan berkata, kecewa kerana gagal menjadi kerajaan pada PRU lalu, Pakatan Rakyat (PR) mewujudkan sentimen ketidakpercayaan rakyat terhadap kerajaan kini.
Menurutnya, agenda tersebut hanyalah menimbulkan persepsi bahawa sistem pilihan raya negara tidak telus, meskipun PR menang di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.
“Akibatnya, negara juga menerima implikasi buruk di mata dunia, sekiranya dasar dan kerajaan sedia ada berterusan dipertikai oleh pembangkang,” katanya.  
Beliau berkata, selepas berakhirnya PRU13, pembangkang berterusan mengadakan beberapa siri perhimpunan haram yang tidak mendapat permit di beberapa negeri.
“Tidak lagi penting soal haram atau tidak sebaliknya kejadian lebih buruk sekiranya provokasi berlaku. Tindakan pembangkang ini hanya bertujuan menggugat keselamatan negara dan sistem demokrasi,” katanya.
Beliau berpendapat pihak yang akan sentiasa dipersalahkan jika provokasi berlaku, pastinya bukan pihak penganjur sebaliknya pihak polis, kerajaan dan parti lawan.
Himpunan Suara Rakyat 505 yang juga dikenali Himpunan Blackout 505 pertama kali diadakan di Stadium Kelana Jaya 8 Mei lalu ekoran protes terhadap penipuan dan penyelewengan yang berlaku sepanjang pilihan raya, 5 Mei lalu.
Sebelum ini, gabungan NGO Suara Rakyat 505 akan menganjurkan pesta rakyat mengembalikan demokrasi secara besar-besaran di Petaling Jaya.
Jurucakap NGO terbabit, Badrul Hisham berkata, perhimpunan yang dirancang diadakan di padang berhadapan Amcorp Mall akan menunjukkan bukti dan saksi berhubung dakwaan berlakunya penipuan dalam pilihan raya umum lalu.
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meluahkan keyakinan pihak polis mampu mengawal perhimpunan yang beliau sifatkan sebagai perhimpunan haram itu.
Apakah hasil yang mereka dapat dari berhimpun beramai-ramai tu,tak mendatangkan faedah pun buat susah Polis jer kerana terpaksa menghantar anggota yang banyak disitu dan banyak lagi kerja yang berfaedah boleh dibuat Negara kita ada Undang-undang tak puas hati buat laporan selebihnya serahkan pada Yang Maha Kuasa menentukan ..

Pssstttt.. cuba baca ni apa media luar kata:Anwar's denial of responsibility is viewed by many as disingenuous. PKR Sungai Acheh assemblyman Badrul Hisham Shaharin is the chairman of SAMM, and it is unlikely that he decided to organise an illegal street rally without discussing the matter with his party superiors.

Anwar's penchant for street theatre and the intemperate rhetoric he has employed at his rallies risk prolonging the divide in Malaysia (while Prime Minister Datuk Seri Najib Razak has called for reconciliation), all because sore-loser Anwar can't accept the election outcome, which has even been recognized by his own ranks.

In his trademark way, Tun Dr Mahathir Mohamad captured the heart of the matter. Noting that if one set of street rallies brought down a Government, the ousted party would take to the streets to take down its successor. "Perhaps it would be better if governments are chosen through street demonstrations. It would probably be less fraudulent," he quipped.

http://www.thechoice.my/featured-articles/64782-opposition-to-anwars-rallies-grows

Untuk manfaat mereka yg tak faham Bahasa Inggeris dan mereka yg berpura2 tak faham, izinkan saya terjemahkan 3 perenggan pertama:


May 15, 2013 (AltThaiNews) - 
Barisan pembangkang yang dibiayai oleh Amerika Syarikat telah bersumpah untuk menggulingkan kerajaan Malaysia melalui protes-protes jalanan yang memecah-belah serta berpotensi ganas selepas pilihanraya yang menyaksikan pemimpin mereka Anwar Ibrahim jelas ditewaskan meskipun terdapat banyak sokongan dari media barat, NGO-NGO dan campurtangan kerajaan secara langsung. Free Malaysia Today (FMT) dalam rencananya bertajuk “BN akan diguling tahun ini” menyatakan bahawa:

Kumpulan-kumpulan pro-Pakatan telah berjanji akan menggulingkan kerajaan BN tahun ini melalui himpunan jalan raya besar-besaran. 

Mereka yg berucap dalam satu forum sebulat suara bersetuju bahawa menunggu lima tahun lagi sehingga PRU yg akan datang adalah terlalu lama dan berjanji akan menggulingkan BN tahun ini secara “paksa”..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...