Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 29 September 2012

KAMI RAKYAT MALAYSIA MENUNTUT JANJI PAKATAN RAKYAT PADA PRU12 LALU DAN JGN BERANGAN NAK BUAT JANJI LAGI TIDAK MALUKAH KALIAN MENIPU RAKYAT DENGAN MEMBUAT BAJET BAYANGAN PRU13

Heeheee hari ini PM malas nak ulas panjang2 kerana seperti yang kita sedia maklum pihak Pakatan Rakyat ni dari dulu lagi memang akan sentiasa memburuk-burukan benda baik yang kerajaan BN buat selama ini jadi  meh...pm basuh sikit kepala penyokong Pakatan Rakyat ini.bagi PM inilah gejala negetif yang patut diubah mereka untuk menarik pengundi jika benar kenapa nak disanggah lagi cik izzahnya belanjawan Kerajaan BN pada tahun ini adalah belanjawan terbaik kalau bagi pendapat saya kerana semua golongan rakyat mendapat manfaat dari semua aspek 
DULU DS NAJIB TUN RAZAK JANJI NAK BERI BRIM KALI KEDUA SEKARAG BELIAU TUNAIKAN MLH UNTUK ORG BUJANG PUN ADA.SYUKUR ALHAMDULILLAH

CUBA KITA INGAT PULA JANJI NIK AZIZ DULU''KALAU TUN MAHADHIR LETAK JAWATAN MALAM INI BESOK JUGA SAYA AKAN MELETAK JAWATAN DAKWA NIK AZIZ TUB2 SAMPAI SEKARANG PUN TAK MELETAKKAN JAWATAN
Pada pihak pembangkang itu saya harap kalau nak bersaing tu biarlah secara positif jangan asik memfitnah sahaja dan langsung tidak menampakkan hasilnya mana taknya orang bekerja kuat untuk menolong Rakyat bukannya Rakyat yang kena tolong kerajaan dengan mengisi tabung tin milo mereka tak pun plastik2 merah mereka yang hasil derma ntah kemana ni kah golongan yang nak pimpin rakyat heeeheee

kalau setakat berjanji semua orang boleh berjanji tapi kalau tak menunaikan janji amat di benci ALLAH S.W.T

MANA JANJI PRU12 DULU KAMI RAKYAT SELANGOR TUNTUT JANJI PRU12 PKRPM ingin mengigatkan diri ini dan buat rakan2 seperjuangan : Ingatlah pada saudara-saudara ku, kita jangan sekali-kali menabur janji sekiranya kita tidak mampu. Jika berjanji, laksanakanlah. Jika janji berbentuk nazar, lebih perlu diambil perhatian. Allah boleh memberi, dan boleh menarik kembali dalam sekelip mata. Insyaallah..

Allah SWT telah berfirman dalam sebuah ayat yang ertinya, "Dan penuhilah janjimu kepada-Ku, nescaya Aku penuhi janji-Ku kepadamu, dan hanya kepada-Ku lah kamu harus takut (tunduk)."




Dinul Islam sejak kedatangannya mempunyai tujuan yang indah, iaitu membangun masyarakat yang ideal penuh dengan keutamaan, jauh dari kehinaan, saling tolong menolong atas dasar taqwa dan kebaikan, serta saling berwasiat dengan kesabaran dan kebenaran. Dinul Islam juga mengajarkan agar setiap muslim menghiasi dirinya dengan akhlak yang mulia. Dan di antara akhlak yang mulia itu adalah menepati janji. Allah SWT berfirman yang ertinya, "Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil janji dari Bani Israel (iaitu): janganlah kalian beribadah kepada selain Allah, dan berbuat baiklah kepada ibubapa, kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin."
Menepati janji Allah dan rasul-Nya adalah pokok atau keutamaan dari semua janji. Bila seseorang berhasil menepati janji Allah dan rasul-Nya, maka ia akan berhasil pula dalam menepati janji lainnya. Sebaliknya, bila ia gagal memenuhi janji Allah dan rasul-Nya, maka ia adalah orang yang tidak lagi memiliki janji dan keamanan. Kerana, antara janji dan keimanan saling berhubungan.

Berdasarkan ayat dari surat Al-Baqarah di atas, yang dimaksud dengan janji Allah adalah beribadah hanya kepada-Nya. Adapun yang dimaksud dengan janji rasul adalah mengikuti perjalanan, sirah, dan konsep kehidupannya. Allah SWT berfirman yang ertinya, "Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian dari para nabi: 'Sungguh, apa saja yang Aku berikan kepadamu berupa kitab dan hikmah, kemudian datang kepadamu seorang rasul yang membenarkan apa yang ada padamu, nescaya kamu akan sungguh-sungguh beriman kepadanya dan menolongnya'. Allah berfirman: 'Apakah kamu mengakui dan menerima perjanjian-Ku terhadap yang demikian itu'? mereka menjawab: 'Kami mengakui'. Allah berfirman: 'Kalau begitu saksikanlah (hai para nabi) dan Aku menjadi saksi (pula) bersamamu'."


Tidak diragukan lagi, menepati janji selain tanda dari keistiqamahan, ia juga merupakan tiang dari kepercayaan seseorang. Kalau menepati janji tidak ada, maka istiqamah dan kepercayaan juga tidak ada. Allah SWT berfirman: "(Bukan demikian), sebenarnya siapa yang menepati janji (yang dibuat)nya dan bertakwa, maka sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaqwa." Dalam sisi lain, Islam juga mencela bagi mereka yang menghianati amanat. Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya binatang(makhluk) yang paling buruk di sisi Allah ialah orang-orang yang kafir, kerana mereka itu tidak beriman. (iaitu) orang-orang yang kamu telah mengambil perjanjian dengan mereka, sesudah itu mereka menghianati janjinya pada setiap kalinya, dan mereka tidak takut (akibat-akibatnya)." Ada ungkapan yang menyebutkan bahawa janji itu adalah hutang. Oleh kerana itu harus dipenuhi.

Disamping itu, janji juga akan diminta pertanggungjawabannya. Allah SWT berfirman, "Dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu pasti diminta pertanggung jawabannya." Atau, dalam firman-Nya yang lain, "Dan tepatilah perjanjian dengan Allah, apabila kalian berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah(mu) sesudah meneguhkannya."

Oleh kerana itu, siapa saja yang telah berjanji kepada sesama manusia, entah itu berkenaan dengan janji membayar hutang, memenuhi undangan, berkumpul di suatu tempat dan sebagainya, maka janji-janji itu harus dipenuhi dan tak boleh diingkari. Rasulullah saw bersabda, "Ada tiga hal, siapa yang berada di dalamnya, maka dia adalah orang munafik, meskipun dia solat, puasa, haji, berkata bahawa dirinya adalah seorang muslim. Tiga hal tersebut adalah: apabila berbicara berbohong, apabila berjanji mengingkari, dan apabila diberi amanat, berkhianat."

Termasuk menepati janji yang perlu diperhatikan adalah membayar hutang. Kerana, membayar hutang memiliki kedudukan yang kuat di sisi Allah SWT. Maka, siapa yang telah berhutang, hendaklah ia berusaha dengan sungguh-sungguh untuk memenuhi hutang tersebut, dan Allah akan menjamin pelunasan hutangnya. Dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda, "Tiga hal yang merupakan kewajiban Allah untuk memberikan pertolongan, yaitu seorang budak mukatab yang berusaha melunasi dirinya, orang yang menikah kerana menjaga kehormatan dan orang yang berjihad di jalan Allah."

Hadis di atas memberi penjelasan bahawa Allah memberi uzur (pelepasan) bagi orang yang kesulitan membayar hutang kerana keadaan yang sulit atau kerana adanya musibah. Adapun bagi mereka yang mampu melunasi, tetapi tidak segera membayarkannya, maka hal ini termasuk sikap meremehkan dan kemewahan yang dibenci. Sementara, mereka yang berhutang dan berniat tidak mengembalikannya, ini termasuk orang yang merosak janji. Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa yang mengambil harta manusia, kerana ingin ditunaikan kepada yang berhak, nescaya Allah akan menyampaikannya. Namun barangsiapa mengambil harta manusia kerana ingin dihilangkannya. Maka Allah akan menghilangkannya."

Kerana itu, marilah kita takut kepada Allah dan marilah kita penuhi janji-janji dan marilah kita melaksanakan amanat. Rasulullah saw bersabda, "Tidak ada iman bagi yang tidak melaksanakan amanat, dan tidak ada dien bagi yang tidak memenuhi janji."
Wallahu a'lam bishshawab.

PERBEZAAN AKLAK ULAMA, ANTARA KEPENTINGAN POLITIK DAN KEPENTINGAN ISLAM DALAM BERBICARA






“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” [Al Hujuraat:6]

SESUAI DENGAN AYAT TERSEBUT PENDEKAR MEMOHON RAKAN2 BACA DAN DENGAR DENGAN TELITI SERTA FAHAMI AGAR IANYA MENJADI IKTIBAR BERSAMA AMIN..


                                                       HUKUM GENTING HIGHLAND

DEMOTRASI UFB VS NIK AZIZ

ANTARA PENYEBARAN HADIST YG MERAGUKAN
FITNAH ULAMA DEMI NAMA
DEMI MEMBERSIHKAN NAMANYA KATA INI VIDEO EDIT..HEEEHEE NILAIKAN
TUDUHAN DAJJAL SEBENARNYA DTG DARI AZHAR IDRUS

Berapa ramai umat Islam begitu menjaga hubungan dengan Allah (hablu minallah) tetapi pada masa yang sama mengabaikan hubungan sesama manusia (hablu minannas). Sedangkan asas bagi ajaran Islam bukanlah sekadar membina hubungan dengan Allah semata-mata, tetapi kita juga wajib mengukuhkan hubungan sesama manusia apatah lagi sesama muslimin. Ikatan ukhwah yang kukuh, memberi kekuatan kepada ummah keseluruhannya. Begitu banyak ayat-ayat Allah dalam Alquran dan hadis-hadis nabi SAW yang mengajak kepada perpaduan dan persaudaraan sesama Islam, tetapi kenapa perpecahan juga yang berlaku dikalangan kita umat Islam? 



Perpecahan umat Islam berlaku juga hanya kerana perbezaan pendapat dan mazhab-mazhab tertentu. Bahkan di tanah air kita sendiri yang mengamalkan mazhab Imam As Syafie pun berpecah kepada beberapa kumpulan. Malahan sesetengah kumpulan sanggup mengkafirkan satu kumpulan yang lain hanya kerana sedikit perbezaan pendapat. Bagi mereka sesiapa yang tidak menyertai, menyokong dan bersetuju dengan mereka dianggap "kafir" dan menentang Islam. Bahkan ada yang sanggup menumpahkan darah sesama saudara dan sesetengahnya sanggup berperang. Inikah "BALA" yang Allah turunkan kepada Umat Islam yang berpecah belah..?

Allah berfirman yang bermaksud : Katakanlah: “Dia lah yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa (bala bencana), dari sebelah atas kamu, atau dari bawah kaki kamu, atau Ia menjadikan kamu bertentangan dan berpecah-belah – berpuak-puak, dan Ia merasakan sebahagian daripada kamu akan perbuatan ganas dan kejam sebahagian yang lain”. Perhatikanlah bagaimana Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan (yang menunjukkan kebesaran Kami) dengan berbagai cara, supaya mereka memahaminya. (al-An'am ayat 65).

Perpecahan umat Islam sekarang bukanlah berpunca dari ajaran Islam, tetapi ia berpunca dari tafsiran-tafsiran al quran yang berbagai-bagai dan bertentangan dari ajaran suci Islam. Dikalangan pemimpin dan ahli-ahli agama dalam kumpulan tertentu sanggup memanipulasi ayat-ayat al-quran dan hadis-hadis nabi hanya kerana ingin memperolehi kedudukan tertentu di dalam dunia. Golongan seperti mereka inilah yang membuat umat Islam keliru dengan agama Islam itu sendiri dan identiti Islam mereka. Malahan bukan Islam juga keliru tentang Islam dan umatnya. Ini akan mengakibatkan jurang perpaduan antara umat Islam sesama sendiri dengan bukan Islam bertambah besar.

Nik aziz sering mengeluarkan kenyataan seolah2 membenci sambutan Maulidur Rasul. Nik Aziz juga menyampaikan kuliahnya dengan mengatakan "istiwa" itu bererti Allah itu duduk selendik di Arasy.Selain itu Nik Aziz juga beraqidah bahawa Pengajian Sifat 20 adalah campuran dari fahaman Yunan & Greek dan bukannya dari Islam 100 peratus.Begitu juga dengan kenyataan dari Nik Aziz yang dipetik dari akhbar Harakah yang menganggap amalan bertahlil adalah meniru perbuatan golongan jahiliyyah.

Selain itu Nik Aziz juga menganggap kelahiran Nabi Muhammad s.a.w adalah sama dan tidak ada bezanya dengan kelahiran kanak-kanak yang lain, tiada keistimewaannya.Selain Nik Aziz Nik Mat, Hadi Awang juga bersifat pelampau dengan mengeluarkan "Amanat Hj Hadi" yang mengkafirkan mereka yang tidak mengikut fahaman parti mereka.Hadi Awang juga mengeluarkan kenyataan bahawa umat Islam tidak dituntut untuk menyambut Maulidurrasul kerana tiada dalil atau keterangan hadis untuk berbuat demikian.
Sungguh agak pahit untuk menyebut nama tokoh-tokoh ini tetapi demi kebenaran tanpa dipengaruhi oleh mana-mana fahaman politik, maka WAJIB bagi kita menyatakannya agar umat Islam tidak ditipu dengan ke'aliman mereka ini tetapi membawa fahaman yang cukup membahayakan umat Islam.

Sungguh agak pahit untuk menyebut nama tokoh-tokoh ini tetapi demi kebenaran tanpa dipengaruhi oleh mana-mana fahaman politik, maka WAJIB bagi kita menyatakannya agar umat Islam tidak ditipu dengan ke'aliman mereka ini tetapi membawa fahaman yang cukup membahayakan umat Islam.
Nik Aziz bukanlah berkelulusan Ugama apabila beliau tamat belajar di Mesir. Kerana jika berkelulusan Ugama sudah pasti tamat sahaja Nik Aziz belajar maka jawatan yang beliau akan pegang didalam bidang tugasnya adalah Mufti ataupun yang sealiran dengannya dalam bab Ugama Islam.Kerana bukan dari kelayakkan nya dalam Ugama Islam lah Nik Aziz menjawat jawatan sebagai Pegawai KEMAS.

Itu merupakan satu fakta yang cukup jelas menjelaskan dimana Level nya Nik Aziz Nik Mat MB Kelantan ini. Beliau bukanlah Ulamak tetapi sama seperti pemain catur politik yang lain yang merebut kepentingan Kuasa, Harta dan Jawatan dalam pentas politik.

Yang dimaksudkan dengan mengutuk ialah mendoakan orang lain agar mendapat kecelakaan. Mengutuk ini adalah satu perbuatan yang terlarang kita lakukan sesama muslim. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW. di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas'ud: "Mencaci orang Islam itu termasuk fasik dan membunuhnya termasuk kafir." 

Sebut saja nama Nik Aziz ramai yang fobia dan mengatakan dia seorang Ulamak dan marah apabila saya cuba menegur apa yang saya rasa benda yang dia buat tu.Biasalah kalau orang bertanya saya jawab lah haaahaaa bagi saya ramai lagi orang yang berkelayakan untuk digelar Ulamak yang saya rasa cara dan pembawakan nya jelas mempunyai ciri2 seorang Ulamak.

Yang PM pelik sekali beliau sanggup mengatakan yang Nabi tu pun merebut kerusi dulu macam dia sedangkan Nabi Muhammad S.A.W berjuang untuk mengembangkan Islam ,kasih mengasihi sesama Islam yang kafir datang kepada Islam,yang Islam bertambah taqwa dan imannya baginda tidak inginkan kerajaan sesiapa dan harta sesiapa,

Malah ini sifat sekelian rasul2,Musa A.S tidak menuntut kerusi firaun walaupun beliau adalah Prince of Egypt sedangkan Firaun dan tentera nya telah pun habis dilemaskan.

Ibrahim A.S tidak mengambil kerusi kerajaan Namrud walaupun Namrud dan seluruh  Kerajaannya hancur binasa.dan semua itu adalah orang2 kafir

Nabi MUHAMMAD S.A.W sendiri tidak mengambil tampuk pemerintahan kota Mekah setelah orang2 Mekah sendiri tidak berdayamenghadapi Nabi s.a.w dan para sahabat R.A SETELAH KEJATUHAN KOTA mekah 


Tapi yang Pendekar peliknya mengapa Nik Aziz sanggup merendah kan mertabat Nabi junjungan kita dengan mengatakan Nabi pun nak rebutkan kerusiKalau Nik Aziz terlalu menitik beratkan ajaran Islam,  pelik jugak PM kenapa Nik Aziz masih berada dalam kancah politik yang banyak perlakuan di dalamnya ‘bertentangan dengan ajaran agama’?

Contoh, mendedahkan keburukan DS Najib dan Rosmah serta pemimpin BN yang lain sehinggakan sanggup mendoakan kehancuran sesama Islam Tidak cukup dengan itu nik aziz sanggup mengatakan nabi kita dulu pon tamakkan kerusi bgi PM la Nik Aziz tidak layak untuk Disanjung kerana perkara harian yang dibuat nya jelas bertentangan dengan ajaran islam antaranya menyokong perhimpunan bersih dan pelbagai lagi
Adakah itu menurut ajaran agama Islam?  Kalau ya, bagaimana pula dengan firman ALLAH S.W.T di dalam Al-Quran  yang mengatakan berdosa kalau mendedahkan keaiban orang lain dan seumpama dengannya. 
“Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”(An-Nisaa’ 4:148)
APA YANG DIPERJUANGKAN PAS 20THN MEMERINTAH KELANTAN TANYA MASJID MANA YANG DAH DIBINA DAN BERAPA BANYAK BERHALA DIBUAT YANG BERSAIZ MEGA PULAK TU TENGOK SAJA DI BACHOK BERHALA BERSAIZ TERBESAR DI ASIA TENGGARA DAN NIK AZIZ ADALAH PENYUMBANG TERBANYAK UNTUK BERHALA TERSEBUT 

Dan kegilaan sesetengah ahli-ahli politik untuk berkuasa dan menjadi pemimpin Islam dengan mencipta slogan-slogan indah untuk menarik sokongan rakyat, tetapi dalam masa yang sama mengabaikan perpaduan dan persaudaraan sesama muslimin. Idealisma perjuangan mereka yang kononnya memperjuangkan Islam dan keadilan dicemari dengan kata nista kotor dan caci-mencaci demi menagih sekeping undi.

Harus disedari bahawa kuasa politik bukan segala-galanya, hingga perlu direbut dengan apa harga sekalipun dan walaupun dengan mengorbankan prinsip dan nilai akhlak. Malangnya bagi sesetengah ahli politik , perpecahan ini terutama di kalangan umat Islam merupakan satu peluang keemasan untuk mereka mencapai cita-cita kotor mereka. Bahkan mereka sanggup bersekongkol dengan musuh Islam demi mengukuhkan lagi kedudukan mereka.

Jumaat, 28 September 2012

SENARAI BAJET YG TELAH DIBENTANGKAN DS NAJIB TUN RAZAK CUKUP MENYENAGKAN HATI RAKYAT TAHNIAH PM

Pada petang tadi berlangsungnya bajet2013 yang disampaikan oleh Y.A.B DS Najib Tun Razak dan bajet pada kali ini kita dapat melihat kesungguhan Kerajaan membantu Rakyat tak kira dari golongan anak2 sekolah hinggake pesara kerajaan,jelas menunjukkan keperihatinan kerajaan Barisan Nasional pada masaalah Rakyat dan ini banyak memberi impak yang positif bagi Barisan Nasional dalam PRU13 kerana saya melihat kali ini dibawah Kepimpinan DS Najib Tun Razak banyak perubahan positif berlaku sedikit sebanyak menambah keyakinan Rakyat untuk menyokong Barisan Nasional pada PRU13 ini.

Dengan wajah yang ceria DS Najib Tun Razak menyampaikan ucapannya pada ptg tadi menggambarkan yang beliau tahu apa yang Rakyat kehendaki telah beliau tunaikan walau pun ada ura2 yang mengatakan Rakyat merasa iri hati dengan layanan lebih yang diberikan pada pekerja sektor awam tapi ternyata ianya amat meleset kerana DS Najib benar-benar tidak memilih kasih pada pembentangan bajet 2013 kali ini saya selaku wakil kawan2 mungucapkan setinggi2 tahniah dan terima kasih kami pada kepimpinan DS Najib Tun Razak dan barisan Nasional Kerana berjaya memacu Malaysia Dari negara berpendapatan rendah ke negara berpendapatan sederhana seterusnya terus memacu keNegara berpendapatan Tinggi insyaallah kita akan berjaya menjadikan Wawasan2020 satu kenyataan mudah-mudahan


Disini serba sedikit SAYA SERTAKAN rangkuman bajet yang begitu memberangsangkan oleh Kerajaan Barisan Nasional dan mari kita lihat keperihatinan kerajaan berjanji dan menunaikan janji mereka bukan macam pihak pakatan rakyat yang berjanji tapi tidak pernah menunaikan dan menepati janji mereka

Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan 

  •  Bonus satu bulan setengah gaji untuk penjawat awam.

  •  Bonus RM500 untuk pesara kerajaan.

  •  Belia dengan pendapatan bulanan RM3000 ke bawah akan menerima rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G.

  •  100 Pusat Internet 1 Malaysia akan diwujudkan di kawasan yang sesuai.

  •  Pencen minimum pesara kerajaan yang berkhidmat 25 tahun ke atas dinaikkan kepada RM820 sebulan.

  •  RM50 juta untuk mencari emas Olimpik di Rio.

  •  Diskaun 50% tambang KTMB bagi semua rakyat yang berpendapatan RM3000 ke bawah.

  • Semua pekerja berumur 45-55 tahun akan diberikan pemeriksaan kesihatan percuma di klinik2 yang akan diluluskan Perkeso.

  • Kerajaan akan bina 21000 buah rumah mesra rakyat.

  • Kerajaan memperuntukkan RM100 juta untuk memulihkan 30 projek rumah terbengkalai.

  •  Pencarum KWSP beragama Islam dibenarkan menggunakan simpanan dari akaun 2 untuk mencukupkan simpanan Tabung Haji tidak melebihi RM3000.

  • 57 buah Kedai Rakyat 1 Malaysia ditambah di Sabah dan Sarawak.

  • Perluasan 5 RTC dan mini RTC di seluruh negara.
.
  •  Pelajar dari tahun 1 sehingga tingkatan 5 akan menerima bantuan persekolahan RM100.

  • Pelajar universiti dan tingkatan 1 akan menerima Baucer Buku 1 Malaysia bernilai RM250.

  •  Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 diteruskan untuk isi rumah berpendapatan bawah RM3000 sebulan. BR1M juga diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan kurang RM2000 sebulan.

  • Sebanyak 70 buah klinik 1 Malaysia lagi akan dibina di seluruh negara.

  •  Sesiapa yang membayar balik pinjaman PTPTN sepenuhnya dalam tempoh setahun mulai hari ini akan diberikan diskaun sebanyak 20%.

  •  Perlepasan cukai untuk anak2 yang belajar dari RM4000-6000.

ANU..WAR..BUAT SEWA JET MACAM SEWA BINI KAWANNYA KIIKIIKII


Hari itu Anwar kata jet itu dipinjamkan kawan beliau rupa-rupanya dia ni berlidah biawak. Begitulah kononnya kalau berkawan Anwar selalu dapat pinjam semuanya dapat free tak payah bayar. Bini kawan dia pun boleh dipinjamnya. Hebat hebat2 tak hebatlah Anwar ini. Kapalterbang harga puluhan juta boleh pakai pinjam katanya dulu tub-tub pecah rahsia ambik kau RM96,000 tu baru sekali pakai tulah nak menipu tak bertempat lain kali mengaku jer ini belum jadi PM kalau dah jadi PM ntah2 roket pun disewanya wat naik bulan kiiikiiikiii. Takkan duit minyak, sewa landasan dan pilot pun pinjam kot. Pramugari boleh pinjam pakai kot.kan dah terbukti semuanya kena bayar penat2 Pakatan Rakyat bawak tabung Milo minta derma last2 duitnya buat bayar sewa Jet kiikiikiikii

Rabu, 26 September 2012

GUAN ENG GUNA KUASA VETONYA SEKALI LAGI MEMALUKAN NIK AZIZ


Tak habis lagi rupanya cerita hudud ni dijaja disana sini PAS tak ketinggalan pula DAP pula nak tayang kehebatannya pula dalam memukau penyokong PAS dalam menentang apa sahaj dalam perlaksanaan hukum Hudud pada macai2 PAS tu takkan lah nak laksana Hukum Allah S.W.T kita nak pegi tanya kafir ni dulu baru boleh buat sudah2lah buat kerja gila bersekongkol dengan org mcm tu


Guan Eng sekali lagi memalukan geng2 Nik Aziz dengan menyatakan hudud tiada tempat dalam Pakatan Rakyat dan dengan ego nya dia menolak bagaikan dia tu ketua dalam pakatan rakyat yang mempunyai kuasa hebat lagi unggul

pada orang pas tu marilah kita sama tegakkan islam dengan masuk kembali dalam barisan dan tiggalkanlah pemimpin DAP yang bongkak itu sama2 kita cuba laksana kan usaha sama join UFB  UNTUK CUBA LAKSANAKAN HUDUD SEKIRANYA TIADA APA2 HALANGAN @ULAMA MUDA JELAJAH MALAYSIA PERKENAL HUDUD

KUALA LUMPUR - DAP menyatakan isu hudud yang diperjuangkan oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa tidak konsisten sebelum dan selepas beliau tidak lagi memegang jawatan itu.
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata ketika Nasharudin menjadi Timbalan Presiden Pas, beliau akur dengan pendirian DAP yang tidak memasukkan hudud dalam dasar Pakatan Rakyat (PR).
Menurutnya, pendirian bekas Timbalan Presiden Pas itu yang memperjuangkan hudud timbul selepas beliau tidak lagi memegang jawatan itu.
"Kita rasa pelik sedikit, sebelum ini semasa beliau jadi Timbalan Presiden Pas, beliau tidak ada masalah dengan pendirian DAP.
"Tapi bila beliau sudah tidak lagi pegang jawatan itu, beliau mula gesa kita untuk terima hudud dan mengapa sekarang ada pula masalah dengan pendirian kita mengenai hudud, dan kita kena bersikap konsisten," katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.
Semalam, DAP dikatakan sebulat suara menolak hudud.
Guan Eng menegaskan hukum hudud bukan dasar pakatan pembangkang.
"Dalam pakatan pembangkang, mana-mana parti boleh mempunyai pandangan yang berbeza tetapi hudud tidak berbangkit langsung sebagai dasar kita dan perkara itu jelas.
"Namun, kerjasama ini berdasarkan platform sama yang telah digariskan dengan jelas sekali," katanya.
Justeru Nasharudin menggesa DAP supaya memohon maaf diatas kenyataan yang dikeluarkan oleh parti itu.
Dalam pada itu, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, pendirian mengenai hukum hudud itu adalah konsisten dan tidak mempunyai sebarang perubahan. 

[VIDEO] KENAPA TAK ROGOL SAYA?


BIARLAH VIDEO TU BERBICARA  KAWAN2 TENGOK LAH SENDIRI KEKUASAAN ALLAH S.W.T






Assalamu'alaikum.

Kali ini kita akan membicarakan sedikit sebanyak mengenai ayat Kursi, dari sudut sejarahnya, kebesarannya dan juga hadith-hadith yang ada menjelaskan mengenai ayat Kursi ini.

Ayat Kursi ini adalah ayat ke-255 dalam surah al-Baqarah, surah ke-2 dalam al-Quran. Dan boleh juga dikatakan bahawa kesemua umat Islam telah menghafal ayat ini kerana telah diberitahu akan kebesarannya. Tidak semua ayat dalam kitab al-Quran ada diberi nama khusus melainkan ayat ini yang dinamakan khusus ayat Kursi. Kursi juga bermaksud kerusi dalam bahasa Melayu atau kalau kita terjemahkan didalam bahasa Inggeris kita akan dapat gambaran yang lebih tepat, iaitu "throne". Definisi "throne" dalam bahasa Inggeris adalah 'The power, dignity, or rank of such a personage; sovereignty'Definition of 'Throne'

Berikut adalah translasi tulisan rumi ayat Kursi daripada tulisan jawi:

Allahu la ilaha illa Huwa, Al-Haiyul-Qaiyum
La ta'khudhuhu sinatun wa la nawm,
lahu ma fis-samawati wa ma fil-'ard
Man dhal-ladhi yashfa'u 'indahu illa bi-idhnihi
Ya'lamu ma baina aidihim wa ma khalfahum,
wa la yuhituna bi shai'im-min 'ilmihi illa bima sha'a
Wasi'a kursiyuhus-samawati wal ard,
wa la ya'uduhu hifdhuhuma Wa Huwal 'Aliyul-Adheem
 

Dan berikut pula adalah terjemahannya didalam bahasa Melayu:

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,
Yang Tetap hidup,

Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).
Yang tidak mengantuk usahkan tidur.
Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.
yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

Terjemahan al-Quran

Sekiranya kita pernah mencari artikel mengenai ayat Kursi ini, kita pasti akan terlintas dengan artikel yang agak sama. Saya akan ulang, tambah dan perbetulkan mana yang sesuai. Ayat Kursi ini diturunkan setelah berlakunya peristiwa Hijrah. Semasa penurunannya, ayat Kursi ini telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat oleh kerana kehebatan dan kemuliannya. Sehinggakan syaitan dan iblis menjadi takut kerana adanya satu penghalang bagi perjuangan mereka untuk menyesatkan manusia. Setelah diturunkan ayat ini kepada Rasulullah s.a.w., baginda dengan segera memerintahkan Zaid bin Sabit r.a. (Sabit atau Thabit dan bukan 'bt' dalam kebanyakan artikel yang lain) untuk menulis dan menyebarkannya.
Siapakah Zaid ini ?

Zaid merupakan seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang tinggal bersama baginda ketika berada di Madinah. Kekuatan daya ingatan Zaid bin Thabit r.a. menyebabkan beliau ini dilantik menjadi penulis wahyu dan surat-surat Rasulullah s.a.w. untuk dihantar ke pelbagai pihak.

Kehebatan Zaid sebagai penulis surat ditunjukkan apabila Nabi s.a.w. menulis surat kepada pihak Yahudi di luar Madinah untuk menggunakan khidmat dari Yahudi tempatan. Nabi s.a.w. berkata kepada Zaid bahawa baginda tidak berpuas hati apa yang Yahudi tulis dan bacakan untuk baginda, dan risau mereka itu akan tersilap tafsir dan tulis. Oleh itu Rasulullah s.a.w. meminta Zaid untuk belajar bahasa Yahudi dan beliau dapat menguasai bahasa Ibrani (Hebrew) dalam masa 15 hari. Zaid juga telah menguasai bahasa Suryani (Syrian) dalam masa 17 hari.

Begitulah sedikit pengenalan mengenai Zaid bin Thabit r.a., sahabat rapat Rasulullah s.a.w. yang menulis dan menyebarkan mengenai ayat Kursi ini.
Rujukan 1Rujukan 2Rujukan 3

Kembali semula kepada kisah ayat Kursi. Keagungan ayat ini diterangkan dalam hadith berikut:

Hadith pertama:

Ubayy bin Ka'b r.a. reported: The Messenger of Allah s.a.w. said:

"Abu Mundhir! Do you know which Ayah in Allah's Book is the greatest? I said: 'Allah and His messenger know best.' He s.a.w. again said: 'Do you know which Ayah in Allah's Book, according to you, is the greatest?' I (Abu Mundhir) replied: ‘It is 'Allah la ilaha illa Huwal-Hayyul-Qayyum'.[2:255]. Thereupon he (peace be upon him) patted me in the chest and said, ' Rejoice by your knowledge, O Abu Mundhir! (i.e, may this knowledge be a source of respect, honour and benefit to you)'."
(Hadith Riwayat Muslim)

Hadith kedua:

Asma' bint Yazid (radiAllahu anhu) reported, ' I heard the Messenger of Allah (peace be upon him) say about these two following Ayahs, i.e, verses:

"Allah! There is no god but He - the Living, The Self-subsisting, Eternal. [2:255], And, Alif Lam Mim, Allah! There is no god but He - the Living, The Self-subsisting, Eternal [3:1-2], That they contain Allah's Greatest Name."
(Imam Ahmad bin Hanbal in his Musnad)

Didalam hadith yang berikut pula ada menerangkan, barangsiapa yang membaca ayat Kursi setelah solat fardhu, maka tiada yang menghalang dia masuk ke syurga melainkan maut. Oleh itu kita perlu lah mengamalkan membaca ayat Kursi setiap kali kerana ajal kita akan datang pada bila-bila masa.

Abu Umamah Al-Bahili (may Allah be pleased with him) reported: The Prophet (peace be upon him) said:

"The one who recites it after each of the obligatory prayers, then death will be the only thing preventing him from entering Paradise."
(Hadith riwayat Ibn Sunni dan Ibn Hibban)

Kita juga digalakkan untuk membaca ayat Kursi apabila hendak tidur bagi mendapat perlindungan daripada Allah s.w.t. semoga tiada syaitan dapat datangi kita sehinggalah subuh. Ini dirakamkan didalam hadith sahih al-Bukhari.

When you lie down in your bed, recite ayat al-Kursi, Allah! La ilaha illa Huwa (none has the right to be worshipped but He), the Ever Living, the One Who sustains and protects all that exists… [al-Baraqah 2:255] until the end of the ayah, then you will have a protector from Allah and no shaytan (devil) will come near you until morning comes
(Sahih Bukhari)

Dan apabila kita memasuki rumah, kita disuruh untuk membaca ayat Kursi kerana ianya dapat menghalau syaitan keluar dari rumah.

Abu Hurairah (radiAllahu anhu) narrated:
"In Surah al-Baqaraah there is an ayah which is the best of all the ayahs of the Qur’an. It is never recited in a house but the Shaytan leaves: Ayat al-Kursi. Everything has its pinnacle and the pinnacle of the Qur’an is Surah al-Baqarah. In it there is an ayah which is the greatest in the Qur’an: Ayat al-Kursi"
(at-Tirmidhi)

Terdapat pelbagai lagi kehebatan ayat Kursi ini yang kita pernah baca, tetapi tidak dapat saya pastikan dari mana hadithnya dan siapa perawi hadith tersebut, maka saya tidak sertakan disini. Walaubagaimanapun, anda boleh dapati didalam artikel sini. Kisah mengenai Abu Hurairah r.a. yang menjaga gudang zakat yang sangat popular juga mengenai ayat Kursi. Oleh kerana ianya agak panjang, saya sertakan didalam artikel yang lain.

Semoga dengan ini kita akan cuba untuk mengamalkan membaca ayat Kursi didalam situasi-situasi berdasarkan hadith-hadith diatas. Terima kasih kerana membaca.

Selasa, 25 September 2012

SEBILANGAN BESAR PENGUSAHA BURUNG WALID MENUNJUKKAN KEBODOHANNYA APABILA ENGGAN DAFTAR KAN SARANG ANU MEREKA..KIIKIIKII



Apa lagi nak dikata kalau pengusaha sendiri yang malas nak mendaftarkan di Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), macam mana kerajaan nak tolong masaalah ini dah lama selesai tapi mereka jugak yang salah siapa suruh mereka jual barang yang tiada kualiti ke Negara China setelah kerajaan China berhentikan pembelian sarang burung dari Negara kita siapa yang tolong mereka adakah adun D.A.P tolong mereka jangan harap lah


TENGOK JER KEBODOHAN MEREKA DULU DI VIDEO INI MUDAH DI TIPU D.A.P



sekarang ramai orang pakatan rakyat cuba guna isu ini untuk menipu rakyat kononnya DS Noh jadi org tengah kaut keuntungan sarang burung setelah keluar tv masa DS Noh pegi merayu sambung balik pembelian sarang burung baru dia orang tahu kerajaan tolong ke tak lain kali daftarkan lah betul tu saya sokong benda ni kena daftar bukan apa ada banyak yang meragukan pada sarang burung ini klu kat tempat PM ni sarang burung nye siap pagar batu tinggi pulak tu diatasnya ada kawat dawai siap berkamera litar agak2 rakan2 perlukah sarang burung sampai macam tu kawalannya mesti ada udang di sebalik batu.

PUTRAJAYA - Hampir 46,000 daripada 50,000 pengusaha sarang burung walet didapati enggan berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), sekali gus menyebabkan mereka tidak layak mendapat sijil untuk mengeksport produk mereka ke China.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, maklumat yang diperoleh mendapati keadaan itu disebabkan pelbagai faktor termasuk pengusaha cuba mengelak pembayaran cukai pendapatan serta kemungkinan terlibat dengan kegiatan penyeludupan dari negara jiran.CERITA SELANJUTNYA DI ..http://www.nohomar.net/index.php?option=com_content&view=article&id=57:noh-pelik-gelagat-pengusaha-sarang-burung-walet-enggan-daftar&catid=18&Itemid=155

Isnin, 24 September 2012

PKR SELANGOR PENING KEPALA APABILA BERBAGAI USAHA PKR MEMFITNAH DS NOH GAGAL


Nampak gaya nya bertambah peninglah kepala orang2 PKR apa bila DS Noh menabur jasa pada Rakyat dan mereka terpaksa menabur fitnah demi memancing undi Rakyat Selangor.walaupun bermacam2 tohmahan PKR lemparkan semuanya dapat ditepis oleh BN selangor hari ini BN
Memperuntukan RM150 Ribu Dari Kerajaan Untuk Program Kelab Myagrosis Universiti Putra Malaysia.Beliau Berkata Demikian Pada Perasmian Mini Malaysia Agriculture,Horticulture & Agrotourism Exhibition (MAHA) Di Universiti Putra Malaysia,Serdang,Selangor .



Rosyam Nor Terpilih Sebagai Ikon Untuk MyAgrosis Mini MAHA 2012 Yang Berlangsung Di UPM Serdang,Beliau Juga Pengarah Berkata,Beliau Teruja Berkomunikasi Dengan Pelajar UPM Dan Membuka Minda Pelajar Mengenai Pertanian


Nampak gaya nya bertambah peningla orang2 PKR apa bila DS Noh menabur jasa pada Rakyat dan mereka terpaksa menabur fitnah demi memancing undi Rakyat Selangor.walaupun bermacam2 tohmahan PKR tetapi syabas DS Noh Omar berjaya menepis setiap tipu helah yang dibuat pihak Pakatan Rakyat..

INI ADALAH SALAH SATU CONTOH FITNAH PKR SELANGOR DAN JAWAPAN YG JELAS DARI DS Noh Omar sama sama kita lihat apa lagi fitnah yang bakal diabur PKR selepas ini....moga2 pihak PKR segera bertaubat dari memfitnah BN Selangor Amin,,,,,,,

PKR MULA GERUN DGN KEBANGKITAN BN SEBAB TU CARI SEBAB NAK BN DEDAH BAKAL CALON MB



Sekiranya Barisan Nasional berjaya menawan semula negeri Selangor dari tangan Pembangkang pada PRU13 akan datang, sesiapa sahaja yang telah dipilih untuk menjadi wakil rakyat, pemimpin tersebut layak untuk menjawat jawatan Menteri Besar di Selangor dan menurut DS Noh Omar dilaman fb nya hari ini di laman nya.. http://www.facebook.com/dsnohomar ..beliau mengatakan.

'' Sblm mrk menang, tidak pula heboh siapa calon MB. Apabila menang, baru rakyat tahu siapa MB.Sewaktu pilihan raya umum (PRU) 2008, mrk belum lagi perintah Selangor, tiada pun disebut siapa bakal MB dalam manifesto mrk

Sebenarnya Paling utama ialah calon Menteri Besar yang bakal dipilih itu kelak, mestilah calon yang mendapat sokongan akar umbi serta diterima oleh mejoriti rakyat Selangor selain mendapat perkenan daripada Tuanku Sultan jadi mengapa PKR cuba menyibuk dalam hal rumah tangga BN tidakkah menampakkan mereka sudah gerun dengan BN Selangor pada masa ini yang mendapat kepercayaan rakyat semula setelah hampir 5 tahun ditipu oleh Pakatan Rakyat dengan janji2 palsunya selama ini..

Dalam sinar online semalam Barisan Nasional (BN) Selangor menyifatkan cabaran PKR yang mahu mereka mendedahkan calon Menteri Besar disifatkan sebagai permainan politik bagi menghilangkan fokus BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, PKR tidak perlu sibuk mengetahui bakal Menteri Besar kerana perkara itu hanya akan diketahui apabila BN menang kelak.

“Sebelum mereka menang, tidak pula heboh siapa calon MB. Apabila menang, baru rakyat tahu siapa MB.

“Saya hendak tanya PKR, sewaktu pilihan raya umum (PRU) 2008, ketika Pakatan Rakyat (PR) belum lagi memerintah Selangor, tiada pun disebut siapa bakal MB dalam manifesto mereka,” katanya semalam -


Ahad, 23 September 2012

USTAZAH ABBY DAN USTAZ AZHAR IDRUS VS ULAMA MUDA



BIAR VIDEO DAN GAMBAR BERBICARA KERANA PM TAK MAHU MENUDUH MEREKA TAMPA BUKTI
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” [Al Hujuraat:6]



“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui 
keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” [Al Hujuraat:6]


lebih daripada 1200 yang telah retweet. Tapi betul ke cerita ni dan tiada tersiar di berita mahu pun akbar?rupa rupanya konspirasi media-media antarabangsa milik Yahudi yang berpakat sembunyikan cerita ni sebab tak nak orang ramai tahu tentang kebenaran Islam.

Rupa-rupanya bangunan tersebut bukanlah dilanda gempa bumi baru-baru ini lepas tayangkan filem 'Innocence of Muslim' tapi adalah dari gempa bumi yang berlaku di Chile pada tahun 2010 lalu dengan magnitud pada skala 8.8. Boleh rujuk di sinisini dansini.




Fakta sebenar ialah gempa bumi yang berlaku di Chile pada 27 Februari 2010gempa itu dikatakan sangat kuat sehingga memberi amaran tsunami kepada 53 negara. Ianya juga dianggarkan sangat kuat sehinggakan telah memendekkan masa pada hari tersebut sebanyak 1.26 microseconds dan memesongkan gerakan paksi bumi sebanyak 8 cm. Laporan juga menganggarkan seramai 521 orang yang maut 

jADI PADA AKAK ABBY TU JANGAN TERLALU PERCAYAKAN PERKHABARAN YANG BELUM TENTU KESAHIHANNYA SEHINGGAKAN PM PUN HAMPIR PERCAYA CERITA ABBY NI TAPI KEINGINAN MENGETAHUI PERKARA SEBENAR APABILA SAYA MENCARI SUMBER DARI RAKAN DAN TERUS TERJUMPA BERITA NI DI GOAGLE MENGENAI GEMPA INI