Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 7 Jun 2014

KIDEX Akan Diluluskan Jika Penuhi Syarat

Kelulusan untuk memulakan pembinaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) hanya akan diberikan sebaik sahaja kerajaan Persekutuan berpuas hati semua syarat telah dipenuhi oleh Kidex Sdn Bhd, syarikat konsesi lebuh raya tersebut.

Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata syarikat itu mempunyai masa12 bulan bermula daripada permeterian perjanjian konsesi pada 15 Nov, 2013 untukmemenuhi syarat-syarat tertentu seperti yang ditetapkan dalam dokumen itu.

"Antara syarat yang perlu dipenuhi syarikat itu adalah untuk menunjuk bahawa ia mempunyai keupayaan kewangan untuk membina lebuh raya dan perlu mendapatkan maklum balas orang ramai dengan mengadakan kaji selidik pendapat awam mengenai cadangan lebuh raya itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Fadillah berkata kementerian itu akan memantau dengan rapat perkembangan perkara tersebut dan semua pihak dinasihatkan meneruskan perbincangan mereka secara objektif.

Kidex Sdn Bhd perlu memaparkan maklumat mengenai cadangan pembangunan itu dan mengadakan sesi perbincangan dengan orang awam bagi mendapatkan maklum balas daripada penduduk di kawasan terlibat sebelum meneruskan pembinaan projek lebuh raya itu, katanya.

Lebuh raya sejauh 26.1 km itu akan menghubungkan Kinrara dan Damansara danmembantu mengurangkan kesesakan di Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP) serta menjimatkan masa perjalanan.
Catat Ulasan