Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 9 Jun 2014

Ujian makmal Brunei juga dapati Cadbury tiada DNA babi

KUALA LUMPUR -Selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan tidak ada DNA babi di dalam produk coklat Cadbury melalui ujian makmal nampaknya kerajaan Brunei juga berbuat perkara yang sama.
Sebagai negara yang banyak berkongsi dengan Malaysia, Brunei yang hampir kesemua penduduknya beragama Islam juga mendapati tidak ada elemen babi dalam coklat berkenaan.
Melalui satu kenyataan akhbar Kementerian Hal Ehwal Agama Negara Brunei, pihaknya juga melakukan ujian ke atas dua coklat berkenaan baru-baru ini.
“keputusan analisa makmal yang dibuat oleh Pusat Sains Halal, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama dan Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan telah mendapati tiada DNA khinzir dikesan pada kedua-dua produk coklat Cadbury yang diuji,” ujar kenyataan yang sama
Catat Ulasan