Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 3 April 2013

PANAS !!!! PEGES NIK AZIZ PULAK TABUR FITNAH !!!!

Buat fitnah admin page Nik Aziz ni.. rasanya dah berpuluh tahun Utusan tiada siarkan keputusan nombor ekor... kesian Parti yang suka tabur fitnah tanpa usul periksa ni kan ni.. konon perjuangkan Islam tapi dok fitnah mcm2 semalam hadi fitnah DS Najib kena tanya bomoh bila nak pilihan raya hari ni Pok Nik la pulak !!!!!
TWEETER;

FECEBOOK;


Jom Kita buat sedikit analisis intipati ‘Manifesto Bukan Janji’ PR : Sebelum pergi mengundi PRU 13 nanti.

1) Islam Agama Persekutuan- Di mana Hudud?

Apakah selama ini BN tidak menjunjung Islam sebagai agama rasmi persekutuan? Persoalan utama, di manakah pelaksanaan huhud yg dicanang-canang oleh PAS? Tiada langsung komitmen ke arah pelaksanaan hudud disebut dalam manifesto ini, adakah PAS terpaksa melupakan asas perjuangan mereka dek kerana tekanan dari DAP dan PKR?

Semua maklum, pertelagahan isu hudud dalam PR sangat kronik terutama antara DAP dan PAS! Akhirnya, PAS terpaksa mengaku kalah!

TIADA PERKATAAN HUDUD DALAM MANIFESTO PR. SANDIWARA DAN JANJI PALSU YANG TELAH DIMOMOKKAN KEPADA UMAT ISLAM DI MALAYSIA. DIULANGI, TIADA!

2) Perumahan Selesa?

Di Pulau Pinang, Laporan Audit Negara mendapati tiada langsung rumah selesa mampu milik dibina. Malahan, golongan berpendapatan sederhana didapati sukar membeli rumah kerana purata harga rumah dijual pada RM400,000 ,RM600,000 dan RM 1juta. Di Selangor pula, Projek Datum Jelatek adalah bukti jelas komitmen PKNS telah jauh songsang dari matlamat asal penubuhannnya. Harga dari serendah RM700,000 kepada jutaan ringgit, inikah terjemahan 'rumah selesa mampu milik' oleh PR?

3) Gaji Minimum RM1,100??

Apakah PR terlepas pandang bahawa komitmen ini sedang dalam proses pelaksanaan. Kementerian Sumber Manusia bersetuju melaksanakan gaji minimum pada kadar RM900, kadar yang berpatutan mengikut kemampuan industri, apakah PR semberono menaikkan kadar kpd rm1100? Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia pernah menyarankan sekiranya kadar minimum ditetapkan tinggi ianya akan membawa kesan negatif kepada perniagaan dan boleh menyebabkan gulung tikar.

Tiada ulasan: