Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Memaparkan catatan dengan label UMUM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UMUM. Papar semua catatan

Isnin, 18 November 2013

Villa Nabila:Polis jawab isu Murid Hilang akibat Banglo Berhantu

JOHOR BARU: Laporan mengenai kehilangan seramai 23 orang kanak-kanak di banglo berhantu, Villa Nabila yang tersebar di media sosial adalah tidak benar.
Timbalan ketua Polis Johor Bahru Selatan, Supritendan Abdul Samad Salleh berkata, polis hanya menerima satu laporan mengenai seorang remaja lelaki dikenali sebagai Mohd. Izzat (gambar) berusia 16 tahun yang hilang sejak Sabtu lalu dan kononnya dilihat memasuki villa tersebut.
“Ia hanya khabar angin. Saya menasihati orang ramai supaya tidak mempercayainya dan berhenti menyebarkan khabar angin itu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Khabar angin tersebar di Internet mengenai sekumpulan kanak-kanak bermain di rumah tinggalan itu dilaporkan hilang.
Abdul Samad berkata polis telah menerima satu laporan mengenai kehilangan seorang remaja lelaki.
Baru-baru ini, portal pelancongan yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Expedia menyenaraikan Danga Bay sebagai antara lima destinasi berhantu di Malaysia kerana lokasi Villa Nabila.
Banglo itu terletak di atas bukit yang menghadap Selat Johor.
Terdapat beberapa versi bagaimana banglo berusia 40 tahun itu mendapat namanya termasuk kisah pembunuhan keluarga Caucasian kaya yang pernah tinggal di situ.
Versi lain mendedahkan bagaimana pembantu rumah merupakan dalang pembunuhan itu dan membunuh keluarga tersebut termasuk seorang anak perempuan bernama Nabila dan mayatnya ditanam di suatu lokasi dekat kawasan banglo tersebut.
Salah satu cerita yang menarik perhatian adalah ahli keluarga tersebut dibunuh oleh dua lelaki yang diupah oleh saudara mereka kerana sikap tamak.

Ahad, 10 November 2013

FARAFAUZANA MENGADU DAH TAK MAMPU BELI TELEFON DAH DI LAMAN TWEETERNYA KENAPA ?

Ohya.. Saje nak share takde niat nk mgadu! Hp screen 'blackout' tp dok asyik dengarbmsg masuk bertalu2. Takleh baca weiii! Takleh reply!


Ramai juga yang salah anggap kan hingga nak bagi fara telefon lama haaahaaa alahai... tapi sebenarnya fara fauzana sengaja nak bagi tau yang telefonnya rosak bukannya tak mampu nak beli phone baru pun Kwang kwang kwang.....

Jumaat, 8 November 2013

TERKINI RAK BARANG PASAR BORONG SELANGOR RUNTUH

SERI KEMBANGAN – “Kejadian berlaku terlalu pantas, semua yang berada bawah rak  menempatkan makanan kering tidak sempat menyelamatkan diri apabila ia runtuh secara tiba-tiba, “kata pekerja Pasar Borong Selangor yang menyaksikan kejadian runtuhan rak menyebabkan empat orang cedera, petang tadi.

Pekerja berusia lingkungan 20-an itu berkata, sebelum kejadian dia ada menyuruh rakan sekerjanya menjauhi rak struktur besi yang patah itu namun mereka terus mendekatinya untuk melihat apa yang berlaku.

Katanya, dia berasa sesuatu tidak kena apabila mendapati lampu dipasang terjatuh dan struktur besi sudah membengkok.

Bimbang insiden buruk dia kemudian berundur ke belakang namun tiga lagi pekerja lain mendekati kawasan itu.

Secara tiba-tiba katanya, rak yang menempatkan bihun dan mee segera runtuh menghempap empat orang yang berada di situ termasuk seorang pelanggan.

“Saya dan beberapa rakan lain kemudian bertungkus-lumus mengeluarkan mereka yang terperangkap dalam runtuhan barang-barang itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 petang.

Tiga mangsa termasuk seorang pekerja wanita terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan di bahu, kepala dan kaki akibat terkena runtuhan makanan kering berkenaan.

Seorang pelanggan warga Bangladesh berusia 28 tahun dihantar ke klinik swasta berhampiran kerana turut cedera terkena runtuhan.

“Rak berkenaan dipercayai tidak dapat menampung muatan makanan kering yang diletakkan di atasnya, kita masih menyiasat sama ada binaan struktur menempatkan rak itu mempunyai kelulusan atau tidak,”katanya.

Rabu, 6 November 2013

dua cedera, bayi koma gara gara Remaja larikan kereta bersama mangsa

KUALA TERENGGANU - Dua keluarga melalui detik cemas apabila seorang remaja lelaki melarikan dua kereta bersama anggota keluarga mereka dalam dua kejadian di Dungun semalam.
Kejadian yang bermula kira-kira 5 petang di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya Pantai Timur di Bukit Besi-Ajil itu menyebabkan Abdul Pirhat Karim, 34, dan Che Mastura Che Awang, 31, cedera manakala anak mereka Muhammad Ashraf Ikhwan yang berusia sembilan bulan koma.
Bayi itu kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, manakala Che Mastura yang patah tulang rusuk juga dirawat di hospital sama.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata, kejadian bermula apabila remaja berusia 17 tahun itu melarikan sebuah kereta Nissan Grand Livina yang berhenti di kawasan R&R itu bersama sepasang suami isteri dan bayi mereka di dalam kenderaan itu.
"Kenderaan itu berhenti di kawasan berkenaan dan pemandu kereta itu bersama isteri, kedua-duanya anggota polis dari Brickfields, ke tandas meninggalkan abang dan kakak ipar mereka bersama bayi itu di dalam kereta.
"Keluarga itu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menziarah keluarga di Tumpat, Kelantan,” katanya kepada pemberita selepas melawat bayi itu hari ini.
Beliau berkata, ketika remaja terbabit memandu kereta itu menghala ke Dungun, berlaku pergelutan antara remaja itu dan Abdul Pirhat menyebabkan kereta itu hilang kawalan dan merempuh sebuah Proton Waja dan sebuah lori tanah dari arah yang sama.
Rempuhan itu menyebabkan penumpang kereta berkenaan dan bayi mereka tercampak keluar daripada kenderaan itu, katanya sambil memberitahu yang remaja terbabit sebelum itu cuba melarikan sebuah Proton Persona di R&R yang sama tetapi gagal.
Jamshah berkata, selepas kemalangan di kilometer 88 Jalan Jerangau-Jabor itu, remaja terbabit menahan kereta Perodua Myvi yang dinaiki sebuah keluarga dari arah Kuantan menghala ke Kuala Terengganu dan berpura-pura meminta pertolongan.
"Apabila wanita berusia 18 tahun yang memandu kereta itu dan ayahnya berusia 55 tahun keluar daripada kereta, remaja terbabit dengan pantas masuk ke dalam kereta dan melarikan kereta itu bersama ibu, adik dan dua anak saudara wanita itu,” katanya.
Beliau berkata, pemandu dan dua penumpang kereta Proton Waja serta pemandu lori yang dirempuh remaja itu tidak cedera.
Drama dua jam itu berakhir apabila polis, yang melancarkan gerakan memburu remaja terbabit berjaya menahannya bersama kereta Myvi yang dilarikan dengan empat penumpang di dalamnya dalam sekatan jalan raya di Batu Rakit dekat sini, kira-kira 7 malam.
Jamshah berkata, siasatan awal polis mendapati remaja lelaki terbabit tidak mempunyai rekod jenayah dan hasil ujian air kencing juga mendapati dia bebas daripada pengaruh dadah.
Remaja yang telah berhenti sekolah semasa dalam tingkatan dua itu berasal dari Kemaman, katanya sambil memberitahu bahawa suspek dipercayai bukan mahu merompak, sebaliknya hanya melarikan kenderaan.
Beliau berkata, polis masih menyiasat latar belakang suspek dan remaja yang dipercayai mengalami masalah mental itu akan dirujuk kepada pakar perubatan.

Sabtu, 2 November 2013

SKMM kaji Astro naikkan harga perkhidmatannya - Timbalan Menteri

SHAH ALAM: Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia menyaran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengkaji tindakan stesen televisyen berbayar Astro menaikkan kadar perkhidmatannya sebelum perkara itu dipanjangkan ke kementeriannya untuk tindakan lanjut.
 
Datuk Jailani Johari berkata SKMM perlu mengambil kira isu-isu berbangkit pengguna Astro seperti program ulangan dan sebagainya dalam kajiannya.
 
"Saya ada dengar isu kenaikan harga Astro. SKMM selaku satu badan kawal selia mungkin sudah dimaklumkan perkara itu.
 
"Apa-apa kajian yang dibuat pihak SKMM perlu ambil kira isu-isu yang dibangkitkan pengguna Astro sebelum ini seperti program ulangan dan sebagainya, sebelum diajukan kepada pihak kementerian untuk buat keputusan," katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mewakili kerajaan pada majlis resepsi sempena sambutan King's Day bagi negara Belgium di Kuala Lumpur malam ini.
 
Jailani berkata Seksyen 199 Akta Komunikasi dan Multimedia memberi kuasa kepada menteri untuk memainkan peranan dalam menentukan harga setiap perkhidmatan yang ditawarkan demi kepentingan orang ramai.
 
Dilaporkan bayaran langganan bulanan dinaikkan masing-masing RM2 dan RM6 bagi pakej keluarga dan pakej sukan mulai 24 November ini.
 
Penyedia perkhidmatan, Astro Malaysia Holdings Berhad, dilaporkan berkata kenaikan itu buat pertama kali dalam tempoh dua tahun itu disifatkan sebagai peningkatan sederhana. 

Khamis, 24 Oktober 2013

[GAMBAR 2]PEMBUNUH DAN PEROMPAK ZALIM TEMBAK MUKA WANITA HINGGA BERSEPAI

Seorang pegawai bank wanita berusia 37 tahun maut akibat ditembak di kepalanya oleh seorang pengawal keselamatan yang merompak wang di bilik kebal bank tempat mangsa bekerja di Jalan USJ 2 Sentral di sini petang ini. 

Kejadian berlaku pukul 6.18 petang ketika mangsa, Norazita Abu Talib, 37, difahamkan memasuki bilik berkenaan bersama empat lagi pegawai bank serta suspek untuk menyimpan wang. 

Suspek berusia 37 tahun kemudian melarikan diri dengan motosikal bersama sejumlah wang yang setakat ini belum dapat dipastikan jumlahnya 

"Pak Cik Wan ada menghubungi isterinya beberapa minit sebelum kejadian," kata Mohd Fakri Azad M Azhar Syawal, 22, anak saudara kepada pegawai operasi AMBANK, Norazita Abu Talib, 37, yang maut ditembak dalam kejadian rompakan di bank berkenaan di cawangan Jalan USJ Sentral 2, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.18 petang itu, mangsa maut di tempat kejadian selepas ditembak penjenayah berusia 37 tahun yang juga pengawal keselamatan bank berkenaan bersenjatakan pump gun di bahagian kepala kiri.
Menurutnya, bapa saudaranya itu menghubungi Norazita sebelum berpesan supaya berhati-hati ketika memandu pulang ke rumah kerana hujan.

“Bapa saudara saya bimbang kerana mak cik (Norazita) rabun dan sudah tentu sukar untuk memandu dalam keadaan hujan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Bercerita lanjut, Mohd Fakri berkata, Pak Cik Wan menghubungi Norazita sekali lagi namun panggilan kedua itu tidak dijawab.

“Tidak lama kemudiannya, Pak Cik Wan memberitahu saya bahawa dia dihubungi pihak bank namun pengurusan bank berkenaan tidak memaklumkan apa yang berlaku sebaliknya mengarahkannya segera ke bank berkenaan.

“Dia (Pak Cik Wan) bergegas ke bank itu namun tidak mengesyaki apa yang berlaku dan terkejut selepas dimaklumkan kejadian sebenar sebaik tiba di lokasi kejadian,” katanya.

Tambahnya, mangsa meninggalkan sepasang cahaya mata iaitu seorang perempuan berusia 10 tahun dan lelaki berusia 7 tahun.

"Pak Cik Wan masih lagi dalam keadaan terkejut dan ibarat kehilangan separuh jiwa kerana amat menyayangi isterinya. Buat masa ini dua anaknya masih belum diberitahu tentang kejadian itu," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, pihaknya sedang berusaha mengesan penjenayah terbabit.

“Suspek masih bersenjata dan kami harap orang ramai berhati-hati selain menyalurkan maklumat segera sekiranya bertemu lelaki terbabit,” katanya yang turut mengedarkan gambar suspek di lokasi kejadian kepada media.

Katanya, sehingga kini, pihaknya masih belum dapat memastikan jumlah wang dilarikan suspek dan berkemungkinan bernilai ratusan ribu ringgit.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK). Mayat mangsa juga dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat,” katanya.
MELALUI SUMBER YANG BELUM DISAHKAN suspek ARDI HAMZA telah berjaya ditahan di lapangan terbang LCCT KETIKA HENDAK MEMBELI TIKET UNTUK MELARIKAN DIRI KE SABAH.DEMI MENJAGA HATI KELUARGA ARWAH TAK PAYAHLAH KITA TENGOK GAMBAR YANG MENYAYAT HATI ITU SEKIAN .@PM

Rabu, 23 Oktober 2013

GAMBAR BENCANA : 100 BUAH KENDERAAN DAN 80 BUAH RUMAH DUHANYUTKAN AIR DERAS DI CAMERON HIGHLAND

SILA BACA : 

Kenyataan Rasmi TNB Berkaitan Perlepasan Air Empangan Sultan Abu Bakar, Cameron Highlands

Official Statement From TNB Corp Comm 

"Perlepasan air menerusi alur limpah di Empangan Sultan Abu Bakar, Cameron Highlands 

Air telah dilepaskan secara terkawal menerusi alur limpah empangan sultan abu bakar, awal pagi tadi sebagai langkah mengelakkan seluruh kawasan Lembah Bertam banjir. 

Hujan lebat & banjir kilat di sekitar Ringlet yang berterusan semalam menyebabkan air melimpah ke Tasik Ringlet melepasi paras bahaya. 

TNB telah mengambil segala langkah yang perlu termasuk bekerjasama dengan pihak keselamatan dan pihak berkuasa tempatan sebelum melepaskan air secara terkawal. 

Pelepasan air tersebut adalah mengikut prosedur operasi yang telah ditetapkan." 

Ekoran dari kejadian itu, 100 buah kenderaan terlibat manakala 80 buah rumah dihanyukan arus deras, 2 warga asing meningal dan 1 orang hilang setakat ini. Sumber infokini.com

Selasa, 22 Oktober 2013

Padan Muka: Sindiket gores dan menang tawar hadiah kereta tumpas

KUALA TERENGGANU - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Terengganu hari ini menahan enam lelaki yang dipercayai terbabit dalam sindiket gores dan menang di negeri itu.
Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Firdaus Zakaria berkata, mereka yang berusia 19 hingga 29 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah premis yang dipercayai dijadikan pejabat untuk kegiatan mereka.
Sejak September tahun lepas, kami menyerbu premis ini enam kali namun gagal menemui sesiapa sehinggalah hari ini.
Sindiket ini dipercayai mengakibatkan kerugian kira-kira setengah juta ringgit membabitkan 80 mangsa sejak beroperasi tahun lalu, katanya dalam sidang media, di sini hari ini.
Menurutnya sindiket itu yang menjalankan kegiatan di pasar raya dan tempat tumpuan awam, menyasarkan warga emas dengan menawarkan kereta Nissan Almera.
"Mangsa yang dijerat kemudian dibawa ke pejabat mereka dan menawarkan peraduan gores dan menang. Apabila terkena, mangsa akan diminta membayar RM10,00 untuk mendapatkan kereta itu yang akan diserah dalam tempoh dua minggu.
"Selepas dua minggu, mangsa yang datang ke pejabat akan diberi sebuah tilam dan sindiket mendakwa tilam itu bernilai RM25,000 dan boleh memulihkan pelbagai penyakit. Jika mangsa mendesak mahukan kereta juga, mangsa akan diminta membuat bayaran lain,” katanya.
Beliau berkata, berdasarkan aduan yang diterima pihaknya, ada mangsa membayar sehingga RM70,000.
Seorang daripada yang ditahan hari ini pernah ditangkap dan dikenakan tindakan undang-undang atas kesalahan sama, namun jelas dia tidak serik, katanya.
Menurut Firdaus, semua yang ditahan hari ini hanyalah pekerja dan pihaknya sedang mengesan dalang sindiket itu.
"Sebelum ini semasa diserbu, premis ini kosong. Namun hari ini kita percaya mereka baru sahaja melarikan diri kerana kereta Nissan Almera yang ditawarkan sebagai hadiah hanya diletak di belakang premis,” katanya menambah berdasarkan aduan mangsa, mereka ditunjukkan kereta itu yang diletak di hadapan premis ketika datang menuntut hadiah. - KOSMO

GARA GARA FANATIK BOLA NORAZLAN DIDENDA RM 100 KERANA MENGAKU BERSALAH MAKI POLIS

Gara-gara kecewa mulalah memaki hamun untuk melepaskan geram kerana di halang memasuki stadium untuk menonton perlawanan bola sepak,tak pasal pasal lelaki ini didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah memaki seorang anggota polis wanita Sabtu lepas.
  • Tertuduh, Mohd Norazlan Md Rashid, 32, didakwa memaki dengan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang koperal dari cawangan Trafik Kuantan.
  • Mohd Norazlan Md Rashid, dari Taman PSJ, Perkampungan Sungai Karang Damai dekat sini dituduh melakukan kesalahan itu di pintu hadapan Stadium Darul Makmur, Kuantan ketika perlawanan separuh akhir Liga Malaysia, Pahang menentang Sarawak, 19 Oktober lepas.
Dia dituduh mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang boleh membawa hukuman denda sehingga RM100 jika sabit kesalahan.

Sebelum dijatuhi hukuman itu, tertuduh memberitahu mahkamah dia hilang sabar terhadap pengurusan stadium yang menafikan haknya untuk menyaksikan perlawanan itu apabila usahanya beratur sejak 7.30 malam hingga 10.15 malam hampa sedangkan dia mempunyai tiket sah.
Perbuatan tertuduh yang turut mempertikai tugas serta pakaian seragam anggota terbabit ditegur Majistret Jesseca Daimis kerana polis hanya menjalankan tugas mengawal keadaan dan tiada kaitan dengan masalah pihak pengurusan stadium.
Sebagai manusia kita perlu saling hormat-menghormati tidak kira dia polis atau orang awam dan begitu juga sebaliknya,” tegur Jesseca sebelum menjatuhkan hukuman itu.
Ini lah akibatnya bila hanya memikirkan masaalah sendiri sahaja,cuba kita renung Polis juga ada tugas mereka juga punya perasaan jadi lain kali banyakkanlah bersabar..

Jenazah Noreen Noor selamat dikebumi

Jenazah pelakon dan penyanyi Noreen Noor, 54, selamat dikemumikan tdi kampung halamannya di Kilometer 16 Kampung Pulai, Merlimau di sini pada pukul 1.45 petang tadi.
Jenazah penyanyi dan pelakon era 80-an itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulai selepas disembahyangkan di Masjid Ar-Rahman di sini.
Allahyarham meninggal dunia ekoran komplikasi penyakit jantung dan buah pinggang yang dialami dan menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Ampang, Selangor pukul 5.50 pagi tadi.seoga rohnya ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman hendaknya al fatehah..

Isnin, 21 Oktober 2013

AWAS!!! Akibat Dunia Semakin Canggih Mungkin anda mangsa untuk dibogelkan seterusnya.



Hati-hati kepada pengguna laman sosial wanita terutamanya..
Gambar anda mungkin akan menjadi sasaran.
Tools terbaru di photoshop dapat membuat gambar anda berbogel.


Tools editor x-ray ini membolehkan gambar anda yang berpakaian lengkap dibogelkan,atau ditelanjangkan.

Canggih kan?

Jadi,AWAS dengan gambar anda yang dimuat naikkan di laman sosial.

ANDA SEDANG DIPERHATIKAN..PaaDuu.com

‘Doa di Makkah termakbul’

Pasir Puteh: “Doa keluarga dan beberapa saudara serta jiran yang pergi menunaikan haji di Makkah supaya ayah selamat, akhirnya dimakbulkan-Nya,” kata Mohamad Aswadi Abdul Aziz, 22, anak kepada Abdul Aziz Daud, 58, yang berjaya ditemui dalam keadaan selamat selepas 19 hari hilang di tengah laut.
Anak ketiga daripada tujuh beradik itu berkata, sejak ayahnya hilang 2 Oktober lalu, dia sekeluarga tidak mampu tidur lena, manakala ibunya, Asiah Ismail, 51, hilang selera makan.
“Setiap malam ibu tidak putus berdoa kepada Allah SWT, selain turut melakukan solat hajat supaya ayah dapat ditemui.
 “Kami juga meminta saudara dan jiran yang pergi menunaikan haji supaya turut mendoakan keselamatan ayah,” katanya ketika ditemui di Jeti Kuala Besut, Terengganu, semalam.

Sementara itu, Ketua Penguat kuasa Maritim Daerah Maritim 10 Tok Bali, Kapten Wan Burhanuddin Jusoh ketika dihubungi berkata, sebuah kapal dan tiga bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) diarahkan melakukan operasi mengesan mangsa sebaik menerima laporan berhubung kejadian itu.
Selain itu, katanya, pihaknya turut meminta bantuan daripada nelayan tempatan supaya segera menghubungi APMM jika berjaya menemui mangsa. “Pada 10 Oktober lalu, pihak kami mendapat maklumat daripada seorang nelayan bahawa dia menemui Abdul Aziz sebelum botnya ditambat pada unjam bagi mengelakkannya hanyut.

“Sebaik tiba, mangsa sudah tiada di lokasi selepas tali yang digunakan untuk mengikat pada unjam itu dikatakan terlucut menyebabkan botnya hanyut dibawa arus,” katanya.
Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin Pengkalan Kubor Asisten Superitendan Wan Ismail Wan Mamat pula berkata, pihaknya bersama penduduk kampung turut melakukan gerakan mengesan mangsa di sekitar perairan Tumpat dan Kota Bharu.
 -Mymetro

TERKINI ; Pegawai polis didakwa sengaja lepas tahanan

GEORGE TOWN - Seorang Asisten Superitendan Polis hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap dua pertuduhan termasuk satu pertuduhan sengaja melepaskan seorang tahanan.
 Parthipan mengemukakan pemohonan supaya mahkamah melarang sebarang liputan media untuk kes itu bagi menjaga kepentingan tertuduh dan keluarganya kerana tertuduh merupakan seorang pegawai kanan polis.
Bagaimanapun Majistret Diannee Ningrad Nor Azahar menolak permohonan itu dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 25 Nov sebagai tarikh sebutan semula
Bagi pertuduhan pertama, pegawai wanita terbabit L. Chand Kumari, 56, yang berkhidmat lebih 20 tahun dengan Polis Diraja Malaysia didakwa sengaja melepaskan tahanan K. Prabaharan, 45, yang menghadapi pertuduhan kes penipuan pada 1.50 tengah hari di Kompleks Mahkamah George Town pada 9 Okt lepas.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 225A (1) (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tiga tahun, denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa membuat laporan palsu di Balai Polis Timur Laut pada kira-kira 8.05 malam hari yang sama berhubung insiden itu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 182 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.KOSMO

Khamis, 17 Oktober 2013

VIDEO SAMSENG JALANRAYA YANG BIADAP GAGAL PROVOK POLIS TRAFIK


Pemandu samseng jalan raya, cuba provok dan tunjuk biadap depan Polis Trafik


Satu video tersebar di media sosial menunjukkan kebiadapan seorang pemandu apabila 
berhadapan dengan pihak keselamatan di negara kita. Menerusi video, rakan kepada lelaki  biadap tersebut merakam video mungkin kerana cuba untuk mencari kesalahan polis trafik itu. Namun sepanjang rakaman video itu jelas kelihatan polis menunjukkan sikap yang baik tanpa melayan sebarang provokasi dari lelaki berbangsa cina tersebut.

Alhamdulilah 3 kanak2 yang hilang di dalam Hutan Ditemui selepas 26 jam

BALING: Misteri kehilangan empat kanak-kanak termasuk dua beradik apabila mengikuti seorang lelaki yang mendakwa mahu menjerat beruk dalam Hutan Simpan Gunung Inas, Lata Sedim, di sini, berakhir apabila ditemui dalam keletihan, kira-kira 7 petang tadi.

Kesemua mereka ditemui kira-kira 26 jam kemudian di satu lokasi dalam hutan simpan berkenaan.
 Bagaimanapun, kelibat lelaki berusia 38 tahun yang membawa empat kanak-kanak itu gagal dikesan.

Empat kanak-kanak itu ialah Mohd Hafiz Redzuan, 14, murid Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Lindungan Raja, Sedim; Ainaanadia Mat Dahari, 13, pelajar Sekolah Menengah Labu Besar; adiknya Ahmad Mohamad, 11, dan Rohaizat Jamaluddin, 10, yang juga belajar di SK Seri Lindungan Raja, Sedim.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 5 petang semalam, selepas keempat-empat mereka menjamu selera di rumah lelaki berkenaan yang menemui kanak-kanak itu sedang bersiar di kawasan kampung terbabit pada petang Aidiladha.

Penolong Kanan Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Unit Pasukan Khas Storm Alor Setar Mohd Ridzuan Nut Jamudin, berkata semua kanak-kanak terbabit ditemui kira-kira 800 meter dari Pusat Kawalan Operasi yang dibuka di kawasan itu dalam keadaan lemah dan keletihan.
harian metro

TERKINI Wanita Malaysia disahkan maut dalam nahas pesawat di Laos

KUALA LUMPUR - Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman hari ini mengesahkan seorang wanita Malaysia, Angelin Teh, terbunuh dalam nahas pesawat di Pakse, sebuah bandar di selatan Laos, pada Rabu.
Beliau berkata, Teh dan suaminya Joel Babcock, warganegara Amerika, dalam perjalanan dari ibu negara Laos, Vientiane, ke Pakse apabila pesawat berkenaan terhempas ke dalam Sungai Mekong dalam cuaca buruk.
"Pihak berkuasa Laos sedang meneruskan usaha mencari mayat mangsa nahas itu,” katanya dalam kenyataan di sini.
Anifah berkata, keluarga Teh telah dimaklumkan tentang perkara itu dan sedang membuat persiapan untuk terbang ke Laos dengan bantuan Kementerian Luar dan kedutaan Malaysia di negara itu.
"Bagi pihak Kerajaan Malaysia, saya ingin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Angelin Teh dan keluarga lain yang terlibat dalam nahas itu. Semoga mereka diberi kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi saat-saat yang memilukan ini,” katanya.
Sementara itu, agensi berita AP melaporkan nahas berkenaan melibatkan 49 orang dari 11 negara.

PAKSE (Laos): Seorang rakyat Malaysia antara 49 orang dikhuatiri maut apabila pesawat terhempas dekat Pakse, Laos, semalam.

Penerbangan QV301 dalam perjalanan dari Vientiane ke Pakse di selatan Laos membawa 44 penumpang dan lima anak kapal, menurut Kementerian Kerja Awam dan Pengangkutan Laos.
Pesawat itu tehempas akibat cuaca buruk kira-kira lapan kilometer dari lapangan terbang Pakse.

Menurut senarai penumpang penerbangan, mangsa terdiri daripada 17 warga Lais, tujuh perancis, lima Australia, Lima Thai, tiga Korea, dua Vietnam dan seorang masing-masing dari Kanada, China, Malausia, Taiwan dan Amerika Syarikat.
Pasukan penyelamat dihantar ke lokasi kejadian tetapi tidak menjangka dapat menemui mangsa yang terselamat. - AP

Gempar Pesawat Terhempas !!! Rakyat Malaysia antara penumpang pesawat Lao Airlines yang terhempas

Rakyat Malaysia dipercayai antara penumpang yang berada di dalam pesawat Lao Airlines yang terhempas ke dalam Sungai Mekong semalam.
Menurut media tempatan, daripada dokumen yang diperolehi antara penumpang di dalam pesawat malang itu termasuk warga Australia, Korea Selatan, Amerika Syarikat, China, Taiwan, Vietnam, Kanada dan Malaysia.
Jurucakap Kementerian Luar Thai, Sek Wannamethee memberitahu agensi berita AFP, tujuh rakyat Perancis, enam rakyat Australia dan lima warga Thai disahkan terkorban.
Marilah kita berdoa agar rakyat Negara kita serta yang lain lain berada dalam keadaan yang selamat dari kecederaan serius pada keluarga mangsa diharap bersabar hendaknya dengan ujian

Rabu, 16 Oktober 2013

MAJIKAN ZALIM TAHAN GAJI PEKERJA !!!! SEORANG IBU TERINAYA GARA GARA MENGADU HARGA MAKANAN MAHAL DI MIMOS

Akibat dari luahan Wanita Melayu pekerja Mimos itu di Facebooknya beliau kini mendapat tekanan dari pihak atasan pegawai Mimos. Adalah tidak adil dan tidak berhati perut sama sekali apabila pegawai atasan Mimos yang bergaji belasan dan puluhan ribu ringgit menindas pekerja bawahan yang hanya bergaji RM 1,457 sebulan.

Makluman yang diperolehi dari pekerja Melayu di Mimos menyatakan bahawa Ibu kepada seorang anak itu diberikan surat amaran, ditukarkan ke tempat lain dan paling tidak berhati perut apabila pihak Mimos menahan 2 minggu gaji Ibu seorang anak itu.
Baca cerita penuh di Malay Rights

GARA2 CUAI PELURU MASUK DALAM KERONGKONG BUDAK

Akibat kecuaian boleh membawa padah,Seorang anggota polis tidak menyangka kepulangannya untuk menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga mertua di Kampung Belanja Kiri dekat sini berakhir dengan tragedi kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 4.30 petang Seorang anggota polis tidak menyangka kepulangannya untuk menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga mertua di Kampung Belanja Kiri dekat sini berakhir dengan tragedi kelmarin, suspek yang berpangkat sarjan dipercayai terlepas tembakan menyebabkan seorang budak lelaki cedera parah.
Mohd. Amar Mohd. Azizi, 10, yang cedera di leher dikejarkan ke sebuah klinik berdekatan sebelum dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh bagi menjalani pembedahan membuang peluru di dalam kerongkongnya.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika anggota itu yang duduk di atas tangga di hadapan rumah mertuanya sedang mengosongkan peluru daripada pistol jenis P99.
"Tiba-tiba satu das tembakan terlepas mengenai leher seorang budak lelaki yang kebetulan lalu di hadapan rumah mertua anggota tersebut.
"Mangsa yang cedera rebah di atas jalan tar mini mini dan dikejarkan ke klinik berhampiran bagi mendapatkan rawatan " katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Oleh itu diharap perkara sebegini tidak berulang kerana kecuaian boleh membawa padah,kerana kesilapan anggota Polis berkenaan tak pasal pasal kegembiraan kanak kanak tersebut bertukar satu detik hitam dalam hidupnya fikir fikirkan sahabat Pendekar semua 

Sabtu, 12 Oktober 2013

MURID TAHUN ENAM MAUT GARA GARA MEMASANG JERAT AYAM DAN AKHIRNYA TERJERAT LEHERNYA SENDIRI !!!

KUALA KRAI: Tindakan seorang murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Bedal, di sini, memasang jerat ayam menggunakan kabel komputer bertukar tragedi apabila dia mati akibat lehernya terjerut, kira-kira 9.15 pagi ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Nuruddin Wahab berkata, Muhamad Idham Yusuf, 12, ditemui mati tergantung pada alang bumbung bahagian dapur rumah mereka di Kampung Bedal di sini oleh kakaknya. 
"Pihak polis menerima panggilan kecemasan pada 10 pagi dan mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut, " katanya.

Sementara itu, kakak mangsa Nor Amira Idayu, 15, ketika ditemui di rumah
keluarga itu berkata, adiknya mempelajari teknik memasang jerat ayam sejak
seminggu lalu dan mahu mencuba kemahiran itu dengan memasang kabel pada kayu
alang rumah mereka.

"Adik guna bangku untuk pasang kabel pada kayu alang rumah. Sebelum itu,
saya tengok dia berada di luar rumah lepas itu dia masuk...tidak lama kemudian,
bila saya masuk ke dapur, saya nampak dia sudah tergantung dengan kerusi kayu
berada di tepinya," katanya.