Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 7 Jun 2014

KHALED IBRAHIM TIDAK PEDULI BANTAHAN GOBIND SINGH DEO BERHUBUNG PEMBINAAN KIDEX

SHAH ALAM : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekali lagi dilihat tidak mempedulikan bantahan yang disuarakan oleh Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berkenaan pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex).

Apa yang lebih mustahak bagi beliau adalah memberi kefahaman kepada penduduk berhubung manfaat yang akan diperolehi lebih-lebih lagi di dalam menyelesaikan masalah kesesakan jalan di sekitar Petaling Jaya, Subang Jaya dan Damansara.

"Saya tidak menghalang beliau (Gobind) untuk menyatakan perasaan dan pandangannya. Saya akan meneruskan usaha saya untuk beri penerangan kepada rakyat.

"Adalah baik untuk kita mendengar penerangan LLM (Lembaga Lebuhraya Malaysia) dan UPEN (Unit Perancang Ekonomi Negeri) serta pihak Kidex jika perlu untuk menerangkan bagaimana perancangan untuk menyelesaikan kesesakan jalan raya yang dihadapi masa kini dan 20 tahun akan datang," katanya selepas merasmikan Kejohanan Terbuka Jemputan Antarabangsa Piala Foo Kok Keong di Kelab Shah Alam, petang tadi.

Sehubungan itu ujar Khalid, beliau tidak akan tunduk kepada desakan yang datangnya daripada wakil-wakil rakyat kerana ia penting untuk menjaga kepentingan rakyat pada masa akan datang.

"Saya tidak boleh membuat keputusan hanya atas desakan berdasarkan pemikiran politik sahaja. Kita kena ambil kira kepentingan rakyat dan bagaimana cara terbaik menyelesaikannya. Jika ia tidka betul, kita mesti cara jalan untuk perbetulkan. Bukan minta ia dihentikan tanpa sebab dan alternatif," katanya.

Gobind baru-baru ini mendesak menteri besar mengadakan pertemuan bersama Ahli Parlimen dan Adun untuk menerangkan status kerajaan negeri berhubung pembinaan Kidex.

Sebelum ini Khalid turut mengingatkan pihak yang membantah bahawa komitmen untuk menghapuskan tol hanya akan direalisasikan jika PR berjaya menawan Kerajaan Persekutuan.

Mengulas lanjut, kata Khalid, PR hanya menguasai Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang, yang tidak memiliki kuasa penuh untuk untuk menolak bagi memenuhi janji kepada rakyat Selangor dalam manifesto Pilihan Raya Umum lalu.

Tegasnya lagi sebagai Pengerusi Manifesto PR Selangor pihaknya tidak pernah gariskan janji untuk tidak wujudkan lebuh raya bertol apatah lagi ia di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan. 

Tiada ulasan: