Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 28 Oktober 2012

Kerajaan Kelantan Perlu Ambil Serius Teguran Ketua Audit Negara


Laporan Ketua Audit Negara 2011memberi teguran dan menganggap perkara ini sangat serius dan mereka harus menjelaskan kepada Rakyat terhadap projek yang dilaksanakan dan segera memberi penjelasan kepada rakyat Kelantan.



Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata rakyat berhak mendapat penjelasan kerana perbelanjaan bagi melaksanakan projek tersebut menggunakan wang rakyat.
“Kita belum dapat penjelasan yang mantap daripada kerajaan negeri, rakyat Kelantan berhak mendapat penjelasan apa yang berlaku terhadap projek-projek tersebut yang tidak mendapat pulangan memuaskan daripada pelaburan yang besar,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Sempena Hari Raya Aidiladha di kediamannya di sini hari ini.
Mustapa berkata projek yang mendapat teguran Ketua Audit Negara itu termasuk projek ladang rakyat, projek pembangunan dan pengindahan tebing Sungai Kelantan dan Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd.
“Kita harap kerajaan negeri tidak mengambil ringan Laporan Ketua Audit Negara itu, kita hendaklah berlaku adil mana yang baik kita harus beri pujian mana yang lemah kita akui dan membuat pembetulan,” katanya.
Beliau berkata rakyat negeri ini tidak berpuas hati dengan pendekatan kerajaan negeri melaksanakan projek tersebut antaranya projek ladang rakyat yang tidak mencapai sasaran untuk mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan peserta.
Ditanya Barisan Nasional (BN) berkemungkinan akan menamakan calon Pilihan Raya Umum ke-13 lebih awal berbanding pilihan raya sebelum ini, Mustapa berkata pihaknya menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan.
Beliau berkata semua pihak boleh memberi pandangan bagaimanapun keputusannya terserah kepada pucuk pimpinan parti dan semua pihak perlu akur dengan keputusan itu.
Semalam, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika menyuarakan kemungkinan tersebut berkata perbezaan daripada amalan biasa itu tidak tertakluk kepada calon Umno sahaja malah semua parti komponen BN.

Kerajaan Negeri Kelantan perlu memandang serius teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 terhadap projek yang dilaksanakan dan segera memberi penjelasan kepada rakyat.

Tiada ulasan: