Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 31 Mei 2014

Motif pembunuhan Siti Soffea D i bongkar ?

KUALA LUMPUR: Adakah pembalasan dendam menjadi motif pembunuhan Siti Soffea Emelda Abdullah, kanak-kanak 18 bulan yang ditemui dengan kepala terputus di tebing Sungai Klang pada Khamis malam?
Menurut laporan The Malay Mail, bapa kepada kanak-kanak itu pernah dipenjara bersama suspek yang diburu polis.
Memetik kenyataan satu sumber polis. dilaporkan perkara itu didedahkan ketika siasatan pihak polis keatas ibu Siti Soffea, Siti Salmy Suib, 32 tahun.
Beliau berkata, suspek pernah dipenjarakan di penjara Kajang dan dibebaskan beberapa bulan yang lalu.
Sumber tersebut turut berkata suspek adalah seorang lelaki etnik India, berusia lewat 30-an dan berasal dari Kuala Lumpur.
“Ini berdasarkan rakaman CCTV yang kita perolehi daripada kompleks membeli-belah berdekatan dengan kawasan itu dan juga berdasarkan maklumat yang diberikan oleh penjara.
“Kami melakukan pemeriksaan senarai banduan yang telah dibebaskan dari penjara dalam tempoh beberapa bulan dan juga maklumat yang diperolehi daripada rakaman CCTV.  Suspek kemudian dikenalpasti sebagai lelaki India tempatan berumur lewat 30-an,” katanya.
Ibu mangsa adalah Siti Salmy Suib seorang warga tempatan, dan tidak mempuyai tempat tinggal dan pekerjaan.
Apabila ditanya tentang hubungan suspek dan ibu bapa kanak-kanak kecil itu, sumber itu berkata ia masih dalam siasatan polis.
“Kami perlu meneruskan operasi mencari untuk suspek pada hari Sabtu. Kemungkinan suspek lemas di Sungai Klang, seperti yang dilaporkan oleh media hari ini, berdasarkan maklumat yang diberikan oleh saksi-saksi.”
Menurut laporanThe Malaysian Insider, seorang pengawal di Kompleks Kota Raya melihat Siti Soffea tetapi tidak melakukan apa-apa untuk mengejar suspek.
Kejadian berlaku di tingkat empat kompleks berkenaan dimana Siti Soffea kelihatan cuba menyorok di belakang tembok tetapi suspek memegang Siti Soffea dan terus beredar.
Laporan yang sama turut berkata bahawa Siti Salmy mempunyai tiga anak tetapi dua lagi anak beliau tinggal bersama ahli keluarganya. Siti Salmy dan Siti Soffea berkeliaran di sekitar Kuala Lumpur dan bergantung kepada bantuan orang ramai.
The Malaysian Insiderturut melaporkan bahawa suspek adalah seorang penagih dadah yang bekerja sebagai penjaga tempat letak kereta.
Sementara itu, akhbarThe Malay Mailmelaporkan bahawa Siti Salmy juga seorang penagih dadah.
Pada hari Khamis, polis telah menerima maklumat daripada orang awam yang ternampak seorang lelaki sedang cuba untuk melemaskan seorang kanak-kanak di tebing Sungai Klang berhampiran dengan Stesen Kereta Api Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur.
Polis yang bergegas ke tempat kejadian kemudian menemui mayat seorang kanak-kanak lengkap berpakaian berusia dalam lingkungan dua tahun dalam keadaan  tertiarap.
Terdapat pecahan seramik bersama-sama kesan darah dan sepasang selipar ditemui di tempat kejadian.
Menurut keterangan ibu mangsa, semasa dia dan anaknya melepak bersama-sama dengan kawan-kawannya di Kompleks Kota Raya sekitar jam 3 petang, dia telah pergi ke tandas.
Dia kemudian meminta kawannya yang bersama-sama melepak dengannya itu untuk mengawasi anaknya dan setelah lima minit berlalu, ibu mangsa kembali semula keluar tandas dan mendapati anaknya itu sudah tiada.
Ibu mangsa dan rakannya kemudian bergegas mencari anaknya itu di sekitar bangunan Kota Raya namun gagal.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mangsa telah dikebumikan pada petang Jumaat.

Tabiat suka jual tanah, lama-lama negara tergadai – Tun M

KUALA LUMPUR: Tabiat pihak yang suka menjual tanah untuk mendapatkan wang  untuk keuntungann jangka pendek adalah ibarat menggadai negara sendiri kata Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Di dalam artikel terbaharu beliau di blognya chedet.com, beliau berkata di zaman British dahulu, orang Melayu yang rata-rata miskin kerap menjual tanah milik mereka.
“Setelah dijual, mereka akan pindah ke kawasan tanah murah, biasanya di luar bandar.
“Kemudian bandar berkembang sehingga sampai ke kawasan di mana penjual tanah mendirikan rumah. Dengan ini harga tanah pun naik lagi.
“Sekali lagi pemilik tanah ditawar harga yang tinggi untuk tanahnya. Sekali lagi pemilik tidak dapat tahan hati dan lalu menjual tanahnya serta berpindah ke kawasan lebih jauh dari bandar untuk mendiri rumah. Akhirnya pemilik tinggal di pinggir hutan,” katanya.
Beliau berkata oleh sebab ini, undang-undang Tanah Simpanan Melayu diperkenalkan.
“Kawasan yang diisytihar Simpanan Melayu tidak boleh dijual kepada bukan Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu daripada menjadi penumpang di negaranya sendiri.
“Tetapi jual tanah ini tidak terhad kepada orang rakyat sahaja. Raja pun sering menjual tanah takluknya. Demikian Pulau Pinang dijual kepada British. Kemudian Seberang Prai. Dinding di Perak juga dijual. Dan Singapura.
“Dinding tidak berguna kepada British dan dikembalikan kepada Perak. Apabila cadangan Malaya Union dibuat oleh British Pulau Pinang, Seberang Prai dan Melaka dirancang sebagai sebahagian dari Union tersebut,” katanya.
Katanya Singapura dikecualikan kerana ianya strategik bagi British.
“Apabila Malayan Union diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu, Raja-Raja Melayu dan pejuang-pejuang anti Malayan Union dikalangan orang Melayu tidak menuntut Singapura sebagai Wilayah Persekutuan.
“Apa yang berlaku kemudian adalah sejarah. Tetapi tabiat menjual tanah masih kekal.
“Ia tidak semestinya melibat kepingan tanah. Mengorek tanah untuk dijual kepada negara lain juga tidak banyak berbeza dari penjualan tanah,” katanya sambil menambah walaupun kerajaan melarang penjualan tanah seperti ini, ia masih berlaku.
Beliau berkata dengan digunanya tanah negara ini untuk memperbesarkan wilayah negara lain,hasilnya tidak banyak berbeza dari penjualan wilayah kepada negara asing.
“Kita sudah merdeka lebih setengah abad. Tetapi kita sudah lupa akan kesalahan kita dahulu. Memang menjual tanah seperti dapat duit percuma. Tetapi duit yang didapati akan hangus dibelanja. Akhirnya duit pun hilang tanah pun hilang. Penjual akan jadi papa kedana.”
Beliau berkata di zaman ini dengan teknologi dan modal yang banyak terusan seperti Selat Tebrau, ia pun boleh ditebusguna sepenuhnya.
“Nilai tanah ini tentulah amat tinggi, lebih tinggi dari belanja menebusguna. Sedikit sebanyak usaha ini sudah dilakukan.
“Setelah pihak kita menebusguna selat di sebelah kita, pihak lain pula akan menebusguna sebelah mereka. Terusan akan jadi parit. Jambatan tidak perlu lagi. Siapakah yang akan bangun tanah tebusan yang mahal ini. Siapakah yang akan tinggal di bandar-bandar baru.
“Tentulah mereka yang berada sahaja yang akan memiliki kondo-kondo mewah yang akan didirikan.
“Tak mengapalah kita dapat duit banyak. Pinggir hutan amat selesa. Kalau kita ternampak sebagai penumpang di negara sediri, itu pun tak mengapa. Selagi boleh jual negara sendiri apa salahnya menjadi penumpang,” akhiri beliau.

Dyana, jangan jadi ‘alat’ macam saya, kata Tunku Aziz

PETALING JAYA: Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim (gambar) nmenyifatkan tindakan DAP meletakkan Dyana Sofya sebagai calon dalam PRK Teluk Intan mempunyai mesej tersirat untuk mereka (DAP) menyampaikan agenda parti dalam hal-hal berkaitan Islam dan Melayu.
Katanya, apa mimpi DAP begitu teruja meletakkan calon Melayu untuk mewakili suara partinya di kerusi Parlimen Teluk Intan?
“Mengapa secara tiba-tiba sahaja DAP begitu mengagungkan calonnya itu sedangkan suara Melayu atau India dalam parti itu tidak pernah didengar?” soal beliau dalam sebuah akhbar harian hari ini.
Beliau bagaimanapun tidak pelik dengan strategi DAP itu kerana pernah ‘terperangkap’ dengan cara halus untuk mengaburi umum khususnya masyarakat Mela-yu dan Islam kononnya DAP tidak cauvinis Cina ataupun perkauman.
“Saya pernah dijadikan ‘alat’ oleh mereka, saya seperti jurucakap kepada semua agenda tersembunyi mereka. Tetapi mungkin kerana saya lebih bijak, saya dapat mengesan perbuatan mereka dengan cepat.
“Hanya tiga bulan, saya sudah memahami tindak-tanduk mereka. Saya hanya bertahan selepas itu kerana dipujuk oleh ko-nonnya sahabat karib, Lim Kit Siang untuk terus tinggal dalam DAP.
“Walaubagaimanapun, saya berterusan menentang mereka dari dalam sehingga mereka tidak tahan dengan kerenah saya dan bertindak cuba ‘menghalau’ saya. Saya hanyalah ‘ejen’ untuk mereka. Orang Melayu dalam parti itu hanyalah alat untuk mereka.
Katanya, jangan kita lupa, Pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh juga sekadar boneka dalam parti.
“Saya langsung tidak teragak-agak dengan pilihan Melayu mereka kali ini juga. Tidak ada apa-apa yang istimewa dengan calon DAP Teluk Intan itu kecuali dirinya adalah Melayu dan Islam yang mendengar setiap kata-kata bosnya. Samalah dengan saya, cumanya saya tidak akan sesekali bertolak ansur dalam perkara yang membabitkan kepentingan Islam dan Melayu sampai bila-bila,” katanya.
Jelas Tunku Aziz, beliau langsung tidak terkejut dengan setiap tindakan calon DAP itu yang mempersoalkan kepentingan orang Melayu dan Islam kerana kesemua itu bukanlah kehendak atau suara hati calon terbabit, sebaliknya adalah apa yang di kehendaki oleh ‘tokong-tokong’ dalam parti itu.
Kata beliau lagi: “Sekiranya orang Cina yang mempersoalkan kepentingan orang Melayu, maka semua orang Melayu akan bangkit kemarahan. Sekiranya ‘mempergunakan’ orang Melayu untuk mempersoalkan hak orang Melayu, apakah yang akan berlaku? Berlaku perpecahan dalam kalangan kita. ‘Orang’ lain akan menari dalam kegembiraan.
“Tolong cakap dengan saya semua ini tidak benar? Mengapa calon DAP itu tidak habis-habis mempersoalkan perkara yang berkaitan dengan orang Melayu? Saya tidak faham, tolong betulkan kefahaman saya. Saya juga ada mendengar dia (Dyana Sofya) membuat perbandingan antara saya dan dirinya dalam DAP. Jika dia tidak tahu kebenaran, saya minta dia tutup mulut. Jangan memandai-mandai bercakap jika tidak tahu apa-apa,” tegasnya.

TERIMA BALASAN AKIBAT KEJAM,MAYAT SUSPEK BUNUH KEJAM KANAK KANAK DI TEMUI

Mayat lelaki yang disyaki menculik dan memenggal seorang kanak-kanak telah ditemui di Sungai Klang, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Sebelum ini seperti yang sahabat pm ketahui seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun 6 bulan mati dalam keadaan tragis apabila lehernya dipenggal hingga putus dalam kejadian  di tepi Sungai Klang, berhampiran Stesen Kereta Api Lama,dan perkara ini amat menyedihkan kita semua

Pengarah Pembantu Operasi Selangor Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul mengesahkan penemuan mayat berkenaan pada jam 4 petang berhampiran tebing sebuah sungai di Petaling Jaya.

Umno Selangor akan merayu mansuh dua tol Shah Alam

SHAH ALAM - Umno Selangor akan membuat rayuan kepada kerajaan Persekutuan dalam usahanya untuk memansuhkan dua plaza tol Lebuh Raya Persekutuan di Batu Tiga dan Sungai Rasau di sini.

Pengerusi Badan Perhubungannya, Datuk Seri Noh Omar berkata, beliau akan membuat rayuan tersebut kepada pihak kerajaan dan tidak menolak kemungkinan menyuarakan isu itu ke Parlimen akan datang.

PM minta kedutaan bantu Presiden PAS di Istanbul

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau telah meminta Kedutaan Malaysia di Turki memberi bantuan sewajarnya kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini dirawat di sebuah hospital di Istanbul.
Perdana Menteri berkata beliau telah menghubungi pejabat kedutaan selepas dimaklumkan mengenai perkara itu, pagi Sabtu.
“Dimaklum Datuk Seri Hadi Awang diwadkan di hospital Istanbul. Pagi tadi saya hubungi kedutaan untuk pastikan Datuk Seri diberi sokongan sepatutnya,” kata Najib dalam catatan di laman Twitter beliau.
Najib kini berada di Beijing untuk lawatan rasmi enam hari sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Mengikut laporan sebuah portal berita, Abdul Hadi yang juga Anggota Parlimen Marang dimasukkan ke hospital di Istanbul pada kira-kira 8.45 malam Jumaat waktu Malaysia selepas mengadu sesak nafas.

PASIR DI SONGLAP !!! MANA PETUGAS KHAS YANG KHALED IBRAHIM LANTIK ?

TANJONG KARANG - Peranan dan tanggungjawab petugas khas Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang dilantik Kerajaan Negeri Selangor untuk membanteras penyelewengan pasir didakwa tidak berperanan sewajarnya.

Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, tiada tindakan dilaksanakan kerajaan negeri meskipun pendedahan sudah dibuat sebelum ini.

"Mana perginya petugas khas yang kononnya dilantik untuk membanteras penyelewengan pasir?

"Saya tak nampak petugas khas itu menjalankan tugas. Di mana janji kerajaan negeri yang kononnya telus dan bertindak tegas dalam membanteras isu penyelewengan pasir?

"Saya kesal apabila operasi curi pasir itu turut menggunakan bekalan elektrik secara haram melalui tiang lampu awam untuk penempatan setinggan bagi pekerja asing di kawasan untuk tempoh yang lama," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas lanjut operasi bersepadu di beberapa lokasi melombong yang dikenalpasti dijalankan secara haram di negeri ini termasuk di Sungai Long, Kajang.

Noh yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor berkata, tindakan tegas perlu diambil bagi membendung aktiviti curi pasir yang secara terang-terangan berlaku di Sungai Long, Kajang dan Kampung Menyorok, Batang Kali sehingga merugikan kepentingan rakyat.

Sehubungan itu, tambah Noh, Umno Selangor mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat individu dan syarikat yang terlibat secara langsung dalam penyelewengan itu hingga ke peringkat akar umbi.

"Enam bulan lalu kerajaan negeri dikatakan sudah mengambil tindakan berhubung isu melombong pasir secara haram di Sungai Long tapi hanya dihentikan seminggu saja...tapi sekarang mereka boleh beroperasi semula seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

"Masa itu kerajaan negeri kata saya tuduh mereka tapi sekarang ini, saya boleh buktikan bersama operasi bersepadu di kawasan sama. Sekarang ini bukan tuduhan tapi realiti yang perlu kerajaan negeri terima.

"Mustahil penguatkuasa daerah tak nampak lori keluar masuk bawa pasir? Mustahil mereka tak tahu sedangkan ada lapan jengkaut pasir di dalam kawasan ini yang boleh dilihat dari jauh," dakwanya lagi.

Jumaat, 30 Mei 2014

VIDEO:PRK TELUK INTAN-DYANA TAK KESAL KE KALAU DI LACUR PERJUANGAN MU OLEH DAP ?

video
Ambil lah peluang selagi ada,akan tetapi jangan mengambil kesempatan dengan cara yang salah terutama melibatkan maruah diri anda terutama bagi calon Dap Teluk Intan ini yang jelas merosakkan nama agama bangsa dan Negara dengan menyokong Dap.

Jom sahabat pm semua kita lihat nasihat orang yang lebih mengenali siapa dap ni tak lain tak bukan Tungku Aziz sendiri

"Saya pernah dijadikan 'alat' oleh mereka, saya seperti jurucakap kepada semua agenda tersembunyi mereka. Tetapi mungkin kerana saya lebih bijak, saya dapat mengesan perbuatan mereka dengan cepat.

"Hanya tiga bulan, saya sudah memahami tindak-tanduk mereka. Saya hanya bertahan selepas itu kerana dipujuk oleh kononnya sahabat karib, Lim Kit Siang untuk terus tinggal dalam DAP.

"Walaubagaimanapun, saya berterusan menentang mereka dari dalam sehingga mereka tidak tahan dengan kerenah saya dan bertindak cuba 'menghalau' saya. 

Saya hanyalah 'ejen' untuk mereka. Orang Melayu dalam parti itu hanyalah alat untuk mereka. Saya langsung tidak teragak-agak dengan pilihan Melayu mereka kali ini juga. 

Tidak ada apa-apa yang istimewa dengan calon DAP Teluk Intan itu kecuali dirinya adalah Melayu dan Islam yang mendengar setiap kata - kata bosnya. 

Samalah dengan saya, cumanya saya tidak akan sesekali bertolak ansur dalam perkara yang membabitkan kepen-tingan Islam dan Melayu sampai bila-bila," katanya lagi.

Jelas Tunku Aziz, beliau langsung tidak terkejut dengan setiap tindakan calon DAP itu yang mempersoalkan kepentingan orang Melayu dan Islam kerana kesemua itu bukanlah kehendak atau suara hati calon terbabit, sebaliknya adalah apa yang di kehendaki oleh 'tokong-tokong' dalam parti itu.

Tambah Tunku: "Sekiranya orang Cina yang mempersoalkan kepentingan orang Mela-yu, maka semua orang Melayu akan bangkit kemarahan. 

Sekiranya 'mempergunakan' orang Melayu untuk mempersoalkan hak orang Melayu, apakah yang akan berlaku? Berlaku perpecahan dalam kalangan kita. 'Orang' lain akan menari dalam kegembiraan.

"Tolong cakap dengan saya semua ini tidak benar? Mengapa calon DAP itu tidak habis-habis mempersoalkan perkara yang berkaitan dengan orang Melayu? 

Saya tidak faham, tolong betulkan kefahaman saya. Saya juga ada mendengar dia (Dyana Sofya) membuat perbandingan antara saya dan dirinya dalam DAP. 

Jika dia tidak tahu kebenaran, saya minta dia tutup mulut. Jangan memandai-mandai bercakap jika tidak tahu apa-apa," tegasnya.

Memalukan !!! Guan Eng nak bina Parking pun Bermasalah macam mana nak bina Pojek Terowong Bawah Tanah !!!

GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng digesa agar menjelaskan kepada rakyat punca kelewatan projek bangunan tempat letak kereta di kaki Bukit Bendera yang sehingga kini belum siap.
    
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Betong Muhammad Farid Saad berkata projek itu sepatutnya siap esok, namun tempohnya dilanjutkan untuk kali kedua sehingga tiga bulan lagi.
    
"Projek ini sudah bermasalah sejak daripada mula pembinaannya, apabila ditanya ada sahaja alasan yang diberikan dan ia lebih kepada menuding jari kepada orang lain.
    
"Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai Pengerusi Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang  (PDC) sepatutnya bersemuka dengan rakyat jelaskan masalah yang dihadapi dan mengapa ia boleh tertunda lagi," katanya pada sidang media selepas meninjau tapak projek itu hari ini.
    
Beliau juga meragui projek itu akan siap dalam tempoh tiga bulan lagi seperti yang dijanjikan oleh PDC.
    
"Ketika ini masih ada tiga lagi tingkat belum dibina sedangkan setiap tingkat mengambil masa sekurang-kurangnya sebulan untuk siap dan mustahil kerja pembinaan akan  lengkap dalam tempoh tiga bulan dan kita akan kembali semula ke tapak ini pada 31 Ogos  untuk memastikan sama ada ia siap atau sekadar janji kosong," katanya.
    
"...jika kerajaan negeri hendak bina tempat parkir  kenderaan pun timbul banyak masalah, bagaimana mereka hendak melaksanakan projek terowong  bawah tanah dasar laut," katanya lagi.
    
Dua hari lepas Timbalan Pengurus Besar PDC Iskandar Basha Abdul Kadir dilapor berkata projek bernilai RM11 juta itu akan mengalami kelewatan selama tiga bulan lagi.
    
Katanya kelewatan projek berpunca daripada kesukaran pihak kontraktor mengalih batu-batu besar di kawasan tapak bagi pemasangan cerucuk. 

SKMM MOHON KERJASAMA KITA KESAN BEBERAPA INDIVIDU INI YANG MENGHINA ALMARHUM SULTAN PERAK

Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Almarhum Sultan Yussuf Izuddin Shah yang menjadi nadi pembangunan, berjiwa rakyat dan sangat dikenali dalam badan kehakiman negara..Al -Fatehah semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang orang yang ber Iman.Amin...


Rakyat pelbagai lapisan usia dan berbeza bangsa, berkongsi kesedihan sebaik pengumuman khas dibuat oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir akan tetapi sikap biadap beberapa pihak yang berfikiran sempit hingga sanggup memolitikkan isu ini amat kita kesali terutama kenyataan dibuat seorang pengguna twitter menggunakan nama @youtiup sebagai menghina institusi diraja berpelembagaan.

Antara kenyataan dibuat pengguna twitter ini namun dipadamkan kira-kira sejam kemudian.

Menurut satu laporan yang admin pm petik baru baru ini admin isu terkini yang menemui komen biadap ini telah menjelaskan bahawa"Kami sempat membuat cetakan skrin biarpun individu itu memadamkannya kira-kira sejam selepas ia disiarkan dan dilihat hampir 10,000 pengikutnya," katanya.
Berikutan itu, satu laporan polis dibuat di Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara kira-kira jam 11 malam 

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut membidas tindakan individu itu yang dianggap biadap.

Beberapa pengguna twitter turut berkongsi reaksi mereka terhadap individu ini.





CYBERJAYA : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menyiasat beberapa individu menghina kemangkatan Sultan Perak Almarhum Sultan Azlan Shah baru-baru ini.
Pengerusinya Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, pihaknya mendapati beberapa individu dalam laman media sosial telah menghina Institusi Beraja, terutamanya berhubung kemangkatan Sultan Perak Almarhum Sultan Azlan Shah baru-baru ini.
“Kami sedang bertindak mengesan individu itu dan memohon orang awam yang mempunyai sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan untuk tampil memberikan maklumat berkenaan.
“Kami memandang serius penghinaan sebegini dan akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan lunas undang-undang seperti diperuntukan dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Khamis, 29 Mei 2014

Kawasan pencarian bukan lokasi MH370 berakhir – JACC

SYDNEY: Kawasan Lautan Hindi di mana isyarat akustik dikesan dan pencarian dasar laut dilakukan, hari ini dianggap sebagai bukan lokasi pesawat MH370 berakhir.
Pusat Penyelaras Koordinasi Agensi Bersama Australia (JACC) menyatakan berdasarkan rumusan prosefional Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), “kawasan itu boleh ditolak sebagai tempat berakhirnya MH370”.
“ATSB menasihatkan pencarian di kawasan berhampiran di mana isyarat akustik dikesan kini boleh dianggap selesai dan dalam rumusan profesionalnya, kawasan itu boleh ditolak sebagai tempat berakhirnya MH370,” menurut JACC dalam satu kenyataan sebentar tadi.
Menurut JACC, Bluefin-21 sudah melengkapkan misi terakhir pencarian di kawasan berhampiran isyarat akustik dikesan pada awal April lalu oleh alat Towed Pinger Locator yang diturunkan kapal ADV Ocean Shield mengikut had kedalaman operasinya.
“Data yang dikumpul pada misi terakhir semalam sudah dianalisis. Hasilnya, JACC boleh menyatakan bahawa tiada tanda-tanda serpihan pesawat ditemui oleh Bluefin sejak ia menyertai usaha mencari itu,” menurut JACC.
Sejak menyertai usaha mencari pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines itu, Bluefin-21 sudah mencari di kawasan dasar laut seluas 850 kilometer persegi.

Nurul Izzah mohon hak penjagaan dua anaknya


Dalam minggu ni sahaja banyak berlaku penceraian diantara nama nama terkemuka yang kuat membangkang kerajaan di mulai dengan abby,sham kamikazi dan Nurul Izzah,memang jodoh di tangan tuhan kita merancang tuhan menentukan,jadi rancanglah sebaik mungkin jangan dalam politik pun asik nak cari gaduh sana sini dalam keluarga pun begitu bertolak ansur lah sesama sendiri
SHAH ALAM – Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar memfailkan permohonan untuk mendapatkan hak penjagaan dua orang anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, hari ini.
Hakim Amran Mat Zain menetapkan 17 Jun untuk Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim melantik secara rasmi peguam untuk mewakilinya, lapor Malaysiakini

US TART PKR HINA ALMARHUMN SULTAN PERAK DALAM TWEETER

KUALA KANGSAR- Di saat rakyat seluruh negara berdukacita dengan kemangkatan baginda Sultan Perak, Pemimpin PKR, Dr Badrulamin Baharom pula didalam laman sosial Twitternya menyifatkan Almarhum Sultan Perak akan dikenang oleh rakyat sebagai orang yang membantu Umno/BN merampas Perak dari Pakatan Rakyat.
Tindakan menghina secara terang-terangan terhadap Sultan dan sentiasa beranggapan pentadbiran serta pemerintahan yang sedia ada perlu dihapuskan dan digantikan dengan Pakatan Rakyat jelas membuktikan bahawa pemimpin PKR ini sanggup menderhaka demi mencapai matlamat didalam dunia politik kotor mereka.
Tindakan beliau ini juga jelas menunjukkann bahawa kebencian terhadap pemerintahan beraja, kejelikan terhadap apa-apa sahaja sistem selain sistem komunis dan sosialis di negara ini begitu terserlah. Beliau yang sepatutnya menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri dan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong sepertimana yang termaktub didalam prinsip kedua Rukun Negara perlu diambil tindakan sekeras-kerasnya agar ia dapat menjadi tauladan dikemudian hari.
Sementara itu, tindakan penghinaan terhadap Sultan ini juga telah mengundang kemarahan rakyat kepada pemimpin PKR tersebut dan mahu pihak yang berwajib menyiasat dengan segera perkara ini. Perkara ini juga jelas menunjukkan kebiadapan pemimpin PKR tersebut walaupun beliau dikenali sebagai Ustaz dalam parti berkenaan.

Sham (Kamikaze) & isteri gagal hadir ke Mahkamah bagi kes ‘Bubar Nikah’

RAWANG: Bekas gitaris kumpulan Kamikaze iaitu Sham gagal hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang di sini pada Khamis bagi mendengar kes sebutan faraq nikah (pembubaran pernikahan) terhadap isterinya, Nurul Halimin Mohd Salleh.

Nurul Halimin juga tidak hadir pada prosiding yang sepatutnya bermula pada pukul 3 petang itu.
Menurut sumber mahkamah, nama pasangan tersebut berada dalam senarai sebutan untuk dibicarakan namun tidak dapat dipastikan punca mereka gagal menghadiri prosiding tersebut.
Malah peguam yang mewakili Sham atau Shamril Mohd Salleh, 38, itu juga tidak hadir untuk memaklumkan mengenai perkara berkenaan.
Faraq nikah ialah pembuburan sesebuah perkahwinan tanpa jatuh talak. Permohonan berkenaan dibuat sekiranya pasangan suami-isteri ragu-ragu terhadap status perkahwinan masing-masing.
Nurul Halimin, 34, yang juga kakak kepada penyanyi Maulana (AF) dan Sham dikatakan telah berkahwin pada Januari 2012.
Sham sebelum ini pernah berkahwin dengan Farazila Abdul Jabar pada 17 Ogos 2008 di kampung halaman Farazila di Batu Pahat, Johor sebelum disahkan bercerai oleh mahkamah pada 1 September 2011.
Sebuah akhbar pada hujung April lalu mengeluarkan luahan Farazila yang menuduh bekas suaminya itu bersikap hipokrit selain berselindung disebalik imejnya sebagai pendakwah bebas.
Sham pula dalam status Facebook miliknya berkata tindakan Farazila menjaja kisah rumah tangga mereka bermotifkan dendam selain ingin memalukan dia kepada orang ramai.-Mstar

Kenapa Menteri Kesihatan bela syarikat Cadbury?

KAMI dari Jaringan Melayu Malaysia (JMM) berasa amat hairan mengapakah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam mengeluarkan kenyataan semalam mengatakan bahawa JMM boleh menyaman Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Kesihatan di dalam isu kandungan porcine (babi) di dalam coklat Cadbury, Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond).
Mengapakah Datuk Seri Subramaniam tidak menyuruh JMM menyaman Syarikat Confectionery Malaysia Sdn Bhd (Cadbury) selaku kilang yang mengeluarkan coklat tersebut.
Bukanlah Jakim atau Kementerian Kesihatan yang terlibat dalam pengeluaran coklat Cadbury ini, dan bukanlah juga Jakim dan Kementerian Kesihatan yang membuat keuntungan dari penjualan coklat ini.
Bagaimanakah Datuk Seri Subramaniam boleh tampil ke hadapan untuk mempertahankan syarikat Cadbury ini dan bukannya Kementerian Kesihatan.
Perkara ini amat ganjil apabila seorang menteri boleh menjemput orang ramai untuk menyaman Kementerian Kesihatan iaitu kementerian beliau sendiri, sedangkan kesalahan dilakukan oleh Syarikat Cadbury.
Datuk Seri Subramaniam perlu memperjelaskan di mana kepentingan sebenar beliau dalam isu ini.
Sedangkan beliau yang sepatutnya melihat kepada kepentingan rakyat dan bukannya kepada Syarikat Cadbury.
Dalam masa yang sama beliau berkata, kemungkinan berlakunya pencemaran.
Jika pencemaran boleh berlaku bermakna juga  coklat Cadbury ini adalah amat berbahaya kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku dan mungkin juga mengandungi racun.
Sebarang kemungkinan yang tidak diingini akan juga boleh berlaku.
Jika pencemaran ini boleh dijadikan alasan, bagaimanakah ia boleh mendapat status Halal?
JMM melihat kemungkinan Datuk Seri Subramaniam juga tidak memahami asas pemakanan Halal.
JMM juga menggesa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh membuat pemantauan tentang proses siasatan ini dan mengumpulkan maklumat dari orang Islam.
Bagi pihak JMM, kami akan terus menyaman Syarikat Cadbury dan akan mengumpulkan masyarakat Islam yang telah ditipu oleh Syarikat Cadbury.
Sekian.
Azwanddin Hamzah
Presiden

Jaringan Melayu Malaysia (JMM)

TINDAKAN BIADAP NGA KOR MING MENDAPAT BALASAN YANG SETIMPAL !!!!PADAN MUKA

TELUK INTAN: Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming terseliuh pergelangan kaki selepas cuba menendang buku kecil ketika menyampaikan ceramah di atas pentas di Taman Perindustrian Anson pada Isnin.
Nga mengeluarkan buku kecil tersebut yang mempromosikan calon Barisan Nasional dalam pilihan raya parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong dan melambungkannya ke udara sebelum melompat untuk menendang buku dengan kaki kirinya.
Beliau kemudiannya terjatuh di atas kaki kanannya dan tindakan itu telah mencederakan bahagian pergelangan kaki. Nga kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Teluk Intan.

PARTI KE TIDAK ADILAN RAKYAT GANTUNG KEAHLIAN CHEGU BARD GARA GARA MASING2 TAMAK KAN KUASA !!! ?

KUALA LUMPUR: Ahli Parti Ketidak adilan Rakyat (PKR) Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard digantung keahliannya serta-merta selepas didapati bersalah membuat dakwaan terbuka ke atas Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) melalui media.
Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong, turut mengumumkan pemecatan Md Yusop Kamaruddin dari Cabang Pasir Salak selepas ingkar arahan surat penggantungan dengan membuat kritikan terbuka melalui laman sosial ke atas JPP.

Abby Abadi failkan penceraian esok

KERETAKAN rumah tangga pelakon Abby Abadi nampaknya tidak dapat diselamatkan lagi apabila pelakon itu akan memfailkan perceraiannya pada Khamis (esok).
Seperti cerita yang pm baca di mStar Online memaklumkan, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, akan memfailkan perceraian terhadap Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini kira-kira pukul 9 pagi.

LGBT bukan hak asasi tetapi budaya songsang – TPM

BANGI - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam harus memainkan peranan masing-masing dengan lebih agresif menghalang ancaman fahaman liberalisme dan sekularisme dari barat bagi menggelak minda rakyat negara ini termakan dengan dakyah itu.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelbagai dakyah yang bertentangan dengan ajaran Islam dibawa masuk ke negara ini sama ada melalui rakyat tempatan mahupun unsur luar.

Rabu, 28 Mei 2014

Nasir Bilal Khan nafi sertai pembangkang

PELAKON Nasir Bilal Khan berharap foto dia bersama dua wanita memegang bendera parti pembangkang PAS yang tersebar di internet tidak perlu diperbesar-besarkan oleh mana-mana pihak.
Nasir, 54,  berkata, ia sekadar sekeping foto bersama peminat yang dirakam beberapa tahun lalu di Kedah dan tiada kaitan dia terlibat dengan parti politik berkenaan.
“Perkara ini tidak perlu diperbesar-besarkan. Foto biasa sahaja dengan peminat.
“Bagi saya tidak kiralah peminat datang daripada mana-mana parti sekalipun, jika mereka mahu bergambar dengan saya, apa salahnya.
“Diharap foto itu tidak memberi sebarang persepsi negatif,” katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Selasa.
Sebuah portal pada Selasa memaparkan foto Nasir bersama dua wanita memegang bendera parti PAS.
Pelakon itu dikatakan dilihat seperti sedang menghadiri sebuah kempen untuk parti pembangkang tersebut.Foto tersebut membuatkan ramai berpendapat Nasir kini menyertai dunia politik.
Sementara itu, Nasir berkata dia mengambil pendekatan untuk tidak menyertai mana-mana parti politik mahupun sekadar menjadi ahli kerana risau sekiranya dianggap menyebelahi mana-mana pihak.
“Saya memang tidak mahu menjadi ahli mana-mana parti.
“Bagi saya, sebagai seniman, kita perlu berada di tengah-tengah dan akan bersuara jika ada perkara yang tidak disenangi.
“Ada artis lebih suka bersuara lantang mengenai rasa tidak puas hati mereka, tetapi saya lebih senang meluahkannya menerusi karya seni lakonan yang dibawakan,” tegasnya.

Selasa, 27 Mei 2014

Pentaksub pakatan ni Tak Faham Bahasa KE !!! Kutipan Cukai akan Dikembalikan Kepada Rakyat Dalam Bentuk Pembangunan, Subsidi

TELUK INTAN, 27 Mei – Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata kutipan cukai yang dijangka meningkat tahun depan akan dikembalikan semula kepada rakyat melalui pembangunan dan dalam bentuk subsidi.
Kutipan cukai akan disalurkan semula kepada rakyat menerusi pembangunan pendidikan, kesihatan dan pembinaan hospital dan klinik serta
infrastruktur, katanya.
Beliau berkata dakwaan pembangkang yang menyatakan cukai barangan dan perkhidmatan (CBP) satu bebanan baru kepada rakyat adalah tidak benar sama sekali kerana CBP bukannya cukai baharu.
“Dakwaan dia (pembangkang) CBP adalah satu bebanan baru tetapi mereka tidak menjelaskan bahawa selama ini rakyat dah bayar cukai jualan sejak 1972 yang dikutip di kilang-kilang,” katanya  selepas perjumpaan dengan pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), di sini hari ini.
Beliau berkata CBP bukannya cukai baharu tetapi untuk menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia ada dan rakyat masih tidak tahu mereka telah membayar cukai secara tidak langsung untuk barang-barang keperluan seperti pakaian, barangan elektrik dan perabot.
Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO seterusnya berkata pada tahun lepas, JKDM berjaya memungut hasil kira-kira RM33.127 bilion iaitu pencapaian sebanyak 98.14 peratus daripada unjuran yang ditetapkan.
Sasaran kutipan cukai JKSDM bagi tahun ini adalah sebanyak RM36 bilion yang dilihat akan memanfaatkan rakyat dengan lebih banyak pembinaan untuk kebajikan dan kemudahan rakyat, katanya.

RAYER BAKAL DI DAKWA DI BAWAH AKTA HASUTAN 1948

NIBONG TEBAL, 27 Mei – Beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pemuda UMNO di Pulau Pinang hari ini membuat laporan polis terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima R.S.N Rayer kerana mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dalam beberapa ceramah kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor, baru-baru ini.
Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), di sini.
Antara yang membuat laporan polis itu ialah Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal, Pemuda UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor, Pemuda UMNO Balik Pulau, Gabungan NGO Islam Pulau Pinang, Gerakan Belia 4B Balik Pulau dan Nibong Tebal, Majlis Belia Barat Daya, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Barat Daya dan Pekida Barat Daya.
Ketua Pemuda Nibong Tebal Norheisham Ismail berkata pihaknya mahu polis mengggunakan Akta Hasutan 1948 bagi menyiasat Rayer yang dalam ceramahnya semasa berkempen untuk calon DAP Ramkarpal Singh Deo berulang kali menghasut rakyat dengan menyebut ‘UMNO Celaka’.
“Ungkapan biadab dan kurang ajar Rayer itu menyebabkan 3 juta anggota UMNO di seluruh negara marah,” katanya selepas membuat laporan
polis itu.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau Hisham Abdul Hamid berkata pihaknya  mahu polis mengambil tindakan tegas terhadap Adun berkenaan kerana kenyataannya itu boleh menggugat keamanan dan keselamatan negara serta dengan sengaja membuat provokasi.
“Kami desak Rayer menarik balik kenyataannya dan memohon maaf…jika beliau gagal berbuat demikian, Pemuda UMNO sedia menghadapi apa sahaja untuk parti keramat milik orang Melayu ini,” katanya.

MALAYSIAKINI PANDAI BERMAIN KOTOR WAR WARKAN CERITA BERNIAT HASUTAN DALAM PENAFIAN

TELUK INTAN Yayasan Kebajikan Negara (YKN) menggesa Malaysiakini menarik balik laporan di mana seorang ibu tunggal mendakwa dia telah diminta mengundi BN dalam pilihan raya kecil Sabtu ini, selepas diberikan wang tunai dan barangan keperluan oleh ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Ketua pegawai eksekutif yayasan tersebut, Datuk Rafek Reshidullah berkata perkara itu tidak benar, palsu dan satu fitnah terhadap Shahrizat yang juga pengerusi YKN.

Dalam laporan yang disiarkan semalam, P Panjalay (kanan) dari Taman Semarak, Teluk Intan, berkata Shahrizat melawat rumahnya, dan memberi bantuan berupa wang tunai RM500 dan lampin pakai buang, dan merayunya mengundi calon BN Datuk Mah Siew Keong.

Panjalay berkata beliau tidak pasti sama ada wang itu daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat atau daripada Umno.

Rumahnya adalah satu daripada dua lawatan berjadual yang diatur untuk Shahrizat yang juga penasihat khas kepada perdana menteri mengenai kebajikan dan hal ehwal wanita.

Shahrizat nafi dakwaan

Shahrizat kemudiannya menafikan dakwaan itu, dan berkata beliau membuat lawatan dalam kapasiti beliau sebagai pengerusi Yayasan Kebajikan Negara.

Rafek, dalam satu kenyataan semalam, mendakwa kes Panjalay telah diluluskan oleh YKN sejak bulan Disember lalu bagi meringankann bebannya untuk membesarkan tiga anaknya yang merupakan OKU, dan Rafek sendiri menyampaikan bantuan lampin pakai buang dan bantuan perubatan kepada Panjalay.

"Yayasan Kebajikan Negara Malaysia tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan dan dakwaan yang tidak berasas tersebut sekiranya pihak Malaysiakinigagal menurunkan kenyataan tersebut," kata Rafek dalam kenyataannya itu.

Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini, Steven Gan berkata lamanweb berita itu mempunyai dasar tidak akan menarik balik laporan selepas ianya disiarkan, sambil menambah, "Kami telah memasukkan penafian Shahrizat dalam berita kita semalam."

Dan ini bermakna mereka cuba bermain dengan minda pembaca yg jelas cerita sebegini memesongkan pemikiran pentaksubnya dan ADMIN pm syor kan tindakan Mahkamah sekali lagi dikenakan kepada portal yang baru2 ni didapati bersalah atas kes lain sebelum ini