Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 6 Jun 2014

Gambar pelajar Islam dalam gereja bukan di Malaysia Tapi boleh di jadikan Iktibar buat Malaysia

Walaupun bukan berlaku di Malaysia amat wajar di jadikan tauladan pada Rakyat Malaysia,Patutkah membuat perkara ini ,pegang lilin tiru semua apa mereka buat,takker bibit bibit yang akhirnya merugikan Islam jika salah langkah boleh melibatkan Murtad !!!

Semasa lawatan oleh bekas Presiden Indonesia, BJ Habibie ke Malaysia atas jemputan ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim awal Disember lepas, beliau ada menegaskan, “pluralisme adalah satu kekuatan, Indonesia dan Malaysia untuk hidup dalam masyarakat majmuk.”
Tambahnya lagi, elemen pluralisme itu perlu dipertahankan kerana ia merupakan faktor khas yang berjaya mewujudkan keharmonian dalam masyarakat yang pelbagai kaum dan agama.

Jelas seperti Habibie bangga dengan amalan pluralisme yang diamalkan di Indonesia termasuklah kewujudan penganut Islam berkahwin dengan orang Kristian, tanpa perlu non muslim itu bertukar agama, barangkali keunikan ini mahu terus dipertahankan oleh bekas Presiden indonesia itu.

Ucapan BJ Habibie itu yang diungkapkannya di Universiti Selangor (UNISEL) mungkin ianya tidak pelik bagi masyarakat Indonesia yang sebahagiannya sudah biasa dengan amalan pluralisme, tapi tidak di Malaysia.
Pluralisme agama secara dasarnya bermaksud semua agama sama sahaja tarafnya walau berbeza konsep ketuhanan dan kepercayaan. Tapi dalam Islam, konsep ketuhanan kita langsung tidak sama dengan konsep ketuhanan triniti Kristian, banyak bezanya

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan gambar sekumpulan penganut Islam yang terlibat dalam aktiviti keagamaan di sebuah gereja yang tersebar di laman media sosial bukan berlaku di Malaysia.
Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Asisten Komisioner Asmawati Ahmad berkata, polis setakat ini tidak menerima sebarang laporan rasmi berhubung isu tersebut.
“Penyebaran gambar-gambar melalui media sosial yang seakan-akan cuba membayangkan bahawa sekumpulan muslim terlibat dalam aktiviti keagamaan di sebuah gereja, telah mencetuskan kegusaran dan ketidaktenteraman di kalangan masyarakat Islam di negara ini.
“Adalah disahkan bahawa gambar-gambar tersebut bukan melibatkan sebarang rakaman upacara yang berlaku di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Berdasarkan pemeriksaaan oleh mStar Online, gambar tersebut dirakamkan di Indonesia.
Pemilik Facebook, Gereja St.Fx.Kebon Dalem turut memuatnaik beberapa keping gambar mahasiswa Fakulti Ilmu Tarbiyah dan Keguruan IAIN Walisongo, Semarang mengadakan lawatan ke gereja tersebut pada 31 Mei lalu.
Menurut entri dalam Facebook tersebut, program itu dimulakan dengan penjelasan mengenai agama Kristian (Katolik) selain terlibat dalam upacara keagamaan mazhab tersebut.
Antara aktiviti lain yang dinyatakan semasa program itu adalah solat Magrib untuk mahasiswa beragama Islam dan sesi dialog mengenai perbezaan antara agama Islam dan Kristian.
Gambar-gambar tersebut mula tersebar di laman sosial sejak minggu lalu, menunjukkan sekumpulan remaja Islam memegang lilin di dalam sebuah gereja.
Sementara itu, laman web www.pmiigusdur.com turut menceritakan lawatan sekumpulan mahasiswa beragama Islam ke gereja tersebut.
Menurut laman web itu, lawatan untuk mempelajari dan memahami kepercayaan agama Kristian Katolik sudah lama dirancang oleh mahsiswa fakulti tersebut.

Tiada ulasan: