Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 6 Jun 2014

DAH MACAM FILEM BINI BINIKU GANGSTER LA PULAK

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintenden Lee Chong Chern berkata tiga suspek dalam video ‘Gadis Pailang’ akan didakwa.
“Ketiga-tiga dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. Bagi suspek pertama ada tambahan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah. Kes ditetapkan untuk dibicara 23 Jun ini,” kata Lee kepada Astro AWANI.
Paparan video yang dimuatnaik di YouTube menggemparkan pengguna media sosial di negara ini tentang gejala buli di kalangan anak-anak muda di sekolah.
Video pergaduhan pelajar yang menunjukkan seorang pelajar perempuan dibuli dengan kejam oleh sekumpulan pelajar perempuan lain turut muncul dan mendapat kritikan di media sosial.
Video itu bermula dengan sekumpulan kira-kira 10 pelajar perempuan sedang lepak berdekatan tangga, mengambil gambar ‘selfie’ dan menunjukkan isyarat ‘peace’ di kamera.
Kumpulan itu sebaliknya mula menyerang mangsa yang dilihat berdiri di antara kumpulan tersebut.

Tiada ulasan: