Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 29 November 2012

Penyelewengan PAS Terhadap Akidah Umat Islam BENARKAH...?



Pas membenarkan Kalimah SUCI diguna pakai Kristian
Perkara inidiambil remeh oleh pengikut2 setia Pas walhal perkara ini melibatkan Akidah kita sebagai Umat Islam sewajibnya kita menggunakan Akal yang waras untuk menolak ajaran yang di bawa oleh pemimpin Pakatan Rakyat khususnya Pas
Isu tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di negara ini

seharusnya ditangani dengan bijak. Perbincangan ilmiah dengan memahami maksud tersurat dan tersirat terhadap tuntutan ini harus diselami oleh semua pihak. Kalimah Allah merupakan kalimah suci yang melambangkan Islam itu sendiri. Umat Islam semestinya mempertahankan penggunaan kalimah ini  agar tidak tersasar dari maksud sebenar. Ia adalah  kewajipan bagi umat Islam dalam mempertahankan kesucian  Islam itu sendiri.

Sedangkan fakta-fakta tentang 

Allah di dalam al-Quran amat konsisten dan tidak pernah berubah-ubah. 

Surah al-Ikhlas menyebut dengan jelas siapakah ‘Allah’ yang sebenar.


Allah 

SWT berfirman:

Maksudnya:  Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah yang
Maha Esa; “Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon 
sebarang hajat;  “ Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;  “Dan 
tidak ada sesiapapun yang setara denganNya”. 
Sehubungan itu, al-Quran mengajar umat Islam apabila berlaku 
pertembungan antara Islam  dengan ahli kitab (Yahudi dan Kristian), 
menjadi tanggungjawab umat Islam  menyeru mereka  supaya menerima 

konsep ‘Allah’ sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Quran tersebut. Allah

SWT berfirman berkenaan hal ini di dalam surah Ali Imran ayat 64:

Maksudnya:  Katakanlah (wahai Muhammad):  “Wahai Ahli Kitab, marilah
kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita 
semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak  sekutukan 
denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita 
mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang 
dipuja dan didewa dewakan selain dari Allah”. Kemudian jika mereka (Ahli 
Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: 
“Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam”.


Persoalannya adakah Gereja Katolik bersedia untuk mempertimbangkan
seruan al-Qur’an untuk menggunakan kalimah  ‘Allah’ dengan merujuk 
kepada hakikat yang sama iaitu Tuhan Yang Maha Esa tanpa sebarang 
sekutu bagi-Nya?



Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia kali ke-82 yang bersidang pada 5 hingga 7 Mei 2008 memutuskan 
bahawa penggunaan kalimah Allah adalah khusus buat agama dan umat Islam 
sahaja.


Pandangan Tokoh Ulama Luar Negara

Pandangan Wakil al-Azhar (Timbalan Syeikh al-Azhar) dan Ketua Lajnah
Dialog Antara Agama al-Azhar, Fadhilat al-Syeikh Abdul Fattah ‘Allam



Beliau berpendapat bahawa tindakan kerajaan Malaysia menegah penggunaan
kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam adalah tepat. Ini kerana kalimah Allah
tidak boleh disamaertikan dengan kalimah Rabb yang membawa makna Yang
Mewujudkan. Sebagaimana maklum penganut bukan Islam menamakan sebarang
tuhan yang mereka sembah seperti batu, haiwan, matahari dan lain-lain sebagai
Allah. Hal ini sudah tentu amat tidak wajar sama sekali dan menyalahi maksud
kalimah Allah itu sendiri sebagaimana yang termaktub di dalam al-Qur’an dan alHadith.

Pandangan Penasihat Undang-undang Kementerian Kehakiman Arab Saudi,
Syeikh Abdul Muhsin al-‘Abikan



Beliau  berpendapat bahawa pendekatan Kerajaan Malaysia ini adalah bertujuan
untuk mengelakkan daripada penyalahgunaan nama  ‘Allah’ melainkan hanya 
kepada Yang Maha Pencipta (tuhan yang sebenar ). Ia kerana terdapat agamaagama lain yang juga menggunakan kalimah Allah bagi agama mereka sedangkan 
mereka adalah penyembah berhala, oleh itu nama  ‘Allah’ tidak sepatutnya 
digunakan bagi menggambarkan tuhan-tuhan yang selain-Nya


Tokoh Pergerakan Perlembagaan Islam (Islamic Constitutional Movement)
Kuwait, Syeikh Abdul Hamid al-Ballali
Beliau menyokong penuh keputusan kerajaan Malaysia untuk tidak membenarkan 
penganut bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai panggilan bagi tuhan 
mereka. Beliau beralasan bahawa keputusan tersebut amat signifikan bagi 
memelihara maksud istilah sebenar bagi kalimah Allah. Umat yang gagal 
memelihara istilah-istilah agamanya adalah umat yang leka. Sedangkan Allah 
SWT telah mengangkat umat ini sebagai sebaik-baik umat.  
Menurutnya lagi umat Islam perlu sedar banyak istilah-istilah yang berasal 
daripada Islam pada hari ini telah cuba dieksploitasi,  disalahguna atau 
dipesongkan maknanya oleh pihak tertentu. Ianya  seperti istilah  ‘syahid’ yang 
juga digunapakai bagi penganut bukan Islam. Istilah  ‘riba’ yang ditukarkan 
Kenyataan ini dibuat oleh beliau ketika penulis menghadiri Kursus Pengendalian Fatwa dan 
Pengurusan Dakwah dari Mei-Julai 2009.


Fail Cawangan Aqidah JAKIM.
kepada ‘faedah bank’. Istilah ‘khamar’ yang ditukarkan kepada ‘minuman rohani’. 
Istilah  ‘liwat’ yang ditukarkan kepada istilah  ‘hubungan sesama jenis’.


Persoalannya adakah umat Islam sedar tentang fenomena ini sebagaimana
kesedaran yang dipamerkan oleh Kerajaan Malaysia?


Keputusan Kerajaan

Keputusan mesyuarat Kabinet bertarikh 16 Mei 1986 juga telah memutuskan
bahawa perkataan Allah adalah termasuk antara kalimah-kalimah yang dilarang 
penggunaannya oleh mereka yang bukan beragama Islam. Malah penggunaan 
kalimah Allah, Baitullah, Solat dan Kaabah telah pun diwartakan hanya eksklusif 
buat umat Islam sahaja di bawah Warta P.U (A) 15/82 dan pekeliling KKDN. 
S.59/3/6/A bertarikh 5 Disember 1986. Manakala  Jemaah Menteri yang 

bermesyuarat pada 3 Januari 2008, memutuskan untuk mengekalkan larangan
tersebut sebagaimana yang pernah diputuskan pada 18 Oktober dan 1 November 
2006.


Kesimpulan

Berdasarkan hujah-hujah yang telah dinyatakan, tiada sebab untuk kerajaan
membenarkan penggunaan kalimah  ‘Allah’ kepada pihak Kristian. Malah 
keputusan kerajaan adalah selari dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan 
yang menobatkan Islam sebagai agama  bagi  Persekutuan. Umat beragama di 
Malaysia telah sedia maklum bahawa sebarang isu yang berkaitan dengan Islam 
sama ada secara langsung atau tidak seharusnya menghormati kedudukan 
istimewa agama Islam dan umat Melayu Islam di negara ini. 




Halal haram Pas tentang hukum hakam Agama Islam menjadi permainan politik kotor mereka untuk meraih undi. Perkara ini dibongkar sendiri oleh bekas penyokong kuat mereka supaya lebih ramai lagi penyokong Pas yang taksub dengan Pas mengambil iktibar serta membuka minda mereka supaya tidak disesatkan oleh parti ajaran sesat itu.
Beberapa perkara HARAM di’fatwa’kan oleh barisan kepimpinan parti ajaran sesat itu seperti berikut:
Kubur pas berbeza dengan kubur yang telah diwartakan oleh kerajaan.
Ahli pas yang meninggal ditanam bukan di tanah perkuburan Islam sebaliknya dikawasan persendirian ekoran kenyataan pemimpin Pas yang menyuruh para penyokong mengkebumikan jenazah di kawasan mereka sendiri. Walhal kerajaan telah menyediakan tanah perkuburan untuk rakyat malahan lebih afdal tanam di tanah perkuburan sedia ada kerana mendapat manfaat hasil doa orang yang menziarahi tanah perkuburan.
 Haram sembahyang berimamkan imam yang dilantik oleh kerajaan.
Penyokong Pas membina surau sendiri seterusnya bersembahyang Jumaat di surau berkenaan. Padahal terdapat masjid di kawasan kariah mereka. Namun hasil ungkapan pemimpin yang sesat terus menyesatkan penyokong yang taksub tanpa menghiraukan hukum hakam.
 Tidah sah bernikah berjurunikahkan kadi yang dilantik oleh kerajaan.
Pasangan Pas yang berkahwin mengakad nikah semula kerana pendapat sesat mereka tidak sah sekiranya kadi kerajaan menjadi jurunikah. Mereka menggunakan khidmat kadi kerajaan untuk mendapatkan sijil kahwin. Seterusnya mereka mengakad dengan kadi Pas kerana nikah itu sah hanya menggunakan khidmat  kadi Pas.
 Haram makan sembelihan orang umno.
Syarat sah sembelihan ialah Islam dan baligh. Tetapi ‘fatwa’ Pas memutarbelitkan hukum malahan sanggup mengharamkan hasil sembelihan Orang Islam selain daripada ahli Pas. Masyallah!!!!!
 Tidak boleh menghadiri kematian orang umno walaupun saudara mara.
Tidak mengira adik beradik, saudara mara, ibu bapa, sepupu ataupun waris terdekat yang menyokong Umno tidak boleh diziarahi ahli Pas ketika meninggal dunia.
Apakah pemimpin Pas tidak berasa bersalah kerana menyesatkan Umat Islam!!!!!!!! 

Rabu, 28 November 2012

Wartawan Malaysiakini Cuba Cetus Kekecohan Di Persidangan UMNO.APA CER...



"UMNO Anjing, UMNO Sial, UMNO bla bla bla...............BACA CERITA PENUH PAPA GOMO DI  http://networkedblogs.com/FgAm4

Itulah sedikit sebanyak kata kata cacian dan makian oleh beberapa orang wartawan portal PEMBANGKANG yang terdiri dari Malaysiakini, Harakahdaily, Keadilan Daily, The Malaysian Insider serta jentera cybertroopers pencacai pembangkang ekoran kawalan ketat untuk masuk ke Dewan Merdeka malam tadi.

Segala cacian dan makian mereka pihak pembangkang ini turut mendapat reaksi dari pimpinan pembangkang dengan menyatakan Persidangan UMNO 2012 kali ini membuktikan UMNO menyekat kebebasan bersuara dan bersikap prejudis kerana tidak memberikan portal pembangkang ruang melaporkan berita.

Petugas Media Melalui Pemeriksaan
pihak urusetia UMNO

Gomo naik sawan yang hampir hampir nak kena sawan Babi bila dapat tahu kenyataan tidak puas hati pihak pembangkang dalam isu liputan Persidangan UMNO 2012 ni. Naik sawan sebab selama Gomo menceburi Politik Saya tak percaya langsung dengan kebijaksanaan wartawan dan juga portal pembangkang ni. Kalau ada wartawan pembangkang yang baik melaporkan berita sekalipun pastinya editor mereka akan mengubah menjadi cerita yang tidak betul dan itu semua kita sudah maklum selama ini.

Ini rumah UMNO maka suka hati kami lah pihak UMNO nak bagi PAS MEDIA kepada pihak wartawan mana sekalipun. Malah saya juga difahamkan dalam ketegasan pihak urusetia UMNO ini mereka masih lagi bertoleransi dengan wartawan pembangkang dengan memberikan 2 PAS MEDIA kepada wartawan JUNIOR Malaysiakini.

 
Perwakilan UMNO Melalui Pemeriksaan
Pihak Urusetia UMNO

Tidak cukup dengan itu ada wartawan pihak pembangkang yang tidak mendapat PAS Media yang berlegar sekitar persidangan UMNO ini berlangsung tidak dihalau oleh pengawal keselamatan. Pihak UMNO tidak menghalang mereka masuk sekitar perkarangan PWTC melainkan tempat tempat yang dikhaskan kepada petugas media dan perwakilan.


 Tidak Melepasi Pemeriksaan Dan Tidak Dibenarkan Masuk


 
 Melepasi Pemeriksaan Dan Dibenarkan Masuk

Itulah kebijaksanaan UMNO yang tidak kejam sepertimana yang dilakukan oleh media pembangkang selama ini. Pihak pembangkang sewaktu program mereka berlangsung cukup kejam dengan para wartawan sampaikan pilih bulu untuk membenarkan wartawan membuat liputan.

Rakyat boleh nilai kebebasan media yang UMNO terapkan selama ini, malah sehingga ke hari ini dengan kebebasan media yang ada portal pembangkang bagaikan dirasuk syaitan dengan menjalankan kerja jijik mereka melemparkan fitnah berbagai jenis ke atas pimpinan UMNO dari masa ke semasa. Apakah itu semua mereka pihak pembangkang masih menyatakan UMNO menyekat kebebasan media?


thnk-PAPA GOMO-

UMNO SAYANGKAN PAS...


UMNO SAYANGKAN PAS...

Ya Allah Ya Tuhan kami, pada malam yang penuh keberkatan ini, kami menadah tangan, memohon kehadrat-mu Ya Allah, agar majlis Perasmian Persidangan Perwakilan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri oleh pemimpin kami YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO dianugerahkan hidyah dan taufik, agar urusan kami berjalan lancar, beroleh kejayaan dan keberkatan.

Ya Allah, di atas bahu kami ada tanggungjawab dan amanah yang berat, anugerahkanlah kepada kami keupayaan dan kemampuan untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab tersebut.

Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami supaya kami dapat meneruskan perjuangan Nabi kami Muhammad SAW di zaman yang tidak ada nabi dan rasul ini, Ya Allah, perlihatkanlah kepada yang benar itu benar, supaya kami dapat mengikutinya dan perlihatkanlah ‚yang batil itu batil‘ supaya kami dapat menjauhinya.

Ya Allah sesungguhnya Engkau mengetahui pada hari ini kami menghadapi tentangan dan cabaran yang amat hebat, baik dari musuh yang terang, mahu pun musuh yang tersembunyi, malah apa yang lebih memedihkan hati kami, apabila ancaman dan kebiadapan terhadap agenda ummah dan bangsa, dilakukan oleh mereka yang keliru dan terpedaya dikalangan kami.

Ya Allah, Ya Tuhan kami, bukalah pintu hati saudara-saudara kami di dalam Pas, untuk kembali ke jalanmu Ya Allah…kembali kepada kebenaran.

Engkau gerakkan hati mereka untuk menyambut salam perpaduan Islam bagi sama-sama memartabatkan agamamu Ya Allah, bangsa Melayu dan bumi Malaysia yang tercinta.

Ya Allah berikanlah kepada kami kekuatan untuk menghadapi segala musibah ini, dihadapan kami, menanti medan pilihan dan penilaian rakyat, iaitu Pilihan raya umum ke-13, kurniakanlah kami kekuatan, untuk mempertahankan amanah ketuanan Melayu Islam, ditanah air kami.

Berikanlah kepada kami keupayaan untuk bersiap siaga, dengan hemah yang tinggi, hati yang bersatu, jiwa yang luhur, serta kesetiaan yang kukuh, dan akhirnya dijunjung perjuangan yang getir ini. Ya Allah, berikanlah kepada kami kemenangan dalam perjuangan ini.

Kurniakan kami, segala kecekalan hati, keteguhan tekad, kesungguhan azam, dan kebijaksanaan fikiran kepada sekalian pemimpin UMNO, terutama Presiden UMNO beserta timbalan serta seluruh kepimpinan dan sekalian ahli UMNO yang lainnya. Kepada mu jua kami bertawakkal dan menyerah diri, ditangan Mu jua pemutus dan penentu segala-galanya.

Ya Allah hidupkan kami dengan Islam, matikan kami dalam Islam, akhirilah hayat kami ini dengan Husnil Khatimah dan dengan kalimah La ilahaillallah Muhammadun Rasululullah.

bacaan doa diketuai oleh : 

Ustaz Afandi
Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, 

sumber : www.umno-online.my


Ya Allah Ya Tuhan kami, pada malam yang penuh keberkatan ini, kami menadah tangan, memohon kehadrat-mu Ya Allah, agar majlis Perasmian Pe
rsidangan Perwakilan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri oleh pemimpin kami YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO dianugerahkan hidyah dan taufik, agar urusan kami berjalan lancar, beroleh kejayaan dan keberkatan.

Ya Allah, di atas bahu kami ada tanggungjawab dan amanah yang berat, anugerahkanlah kepada kami keupayaan dan kemampuan untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab tersebut.

Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami supaya kami dapat meneruskan perjuangan Nabi kami Muhammad SAW di zaman yang tidak ada nabi dan rasul ini, Ya Allah, perlihatkanlah kepada yang benar itu benar, supaya kami dapat mengikutinya dan perlihatkanlah ‚yang batil itu batil‘ supaya kami dapat menjauhinya.

Ya Allah sesungguhnya Engkau mengetahui pada hari ini kami menghadapi tentangan dan cabaran yang amat hebat, baik dari musuh yang terang, mahu pun musuh yang tersembunyi, malah apa yang lebih memedihkan hati kami, apabila ancaman dan kebiadapan terhadap agenda ummah dan bangsa, dilakukan oleh mereka yang keliru dan terpedaya dikalangan kami.

Ya Allah, Ya Tuhan kami, bukalah pintu hati saudara-saudara kami di dalam Pas, untuk kembali ke jalanmu Ya Allah…kembali kepada kebenaran.

Engkau gerakkan hati mereka untuk menyambut salam perpaduan Islam bagi sama-sama memartabatkan agamamu Ya Allah, bangsa Melayu dan bumi Malaysia yang tercinta.

Ya Allah berikanlah kepada kami kekuatan untuk menghadapi segala musibah ini, dihadapan kami, menanti medan pilihan dan penilaian rakyat, iaitu Pilihan raya umum ke-13, kurniakanlah kami kekuatan, untuk mempertahankan amanah ketuanan Melayu Islam, ditanah air kami.

Berikanlah kepada kami keupayaan untuk bersiap siaga, dengan hemah yang tinggi, hati yang bersatu, jiwa yang luhur, serta kesetiaan yang kukuh, dan akhirnya dijunjung perjuangan yang getir ini. Ya Allah, berikanlah kepada kami kemenangan dalam perjuangan ini.

Kurniakan kami, segala kecekalan hati, keteguhan tekad, kesungguhan azam, dan kebijaksanaan fikiran kepada sekalian pemimpin UMNO, terutama Presiden UMNO beserta timbalan serta seluruh kepimpinan dan sekalian ahli UMNO yang lainnya. Kepada mu jua kami bertawakkal dan menyerah diri, ditangan Mu jua pemutus dan penentu segala-galanya.

Ya Allah hidupkan kami dengan Islam, matikan kami dalam Islam, akhirilah hayat kami ini dengan Husnil Khatimah dan dengan kalimah La ilahaillallah Muhammadun Rasululullah.

bacaan doa diketuai oleh :

Ustaz Afandi
Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, 


sumber : www.umno-online.my

NIK AZIZ DISERANG SAKIT JANTUNG JAM 6;30 PAGI TADI KINI BERADA DI HOSPITAL PAKAR PERDANA KOTA BAHARU



BERITA YANG AMAT MENYEDIHKAN INI PENDEKAR DAPAT MELALUI SAHABAT FB ,KESAHIHANNYA BELUM DAPAT DIPASTIKAN TETAPIJIKA BENAR SEPERTI DI KHABARKAN OLEH  Antara yang melawat Datuk Nik Aziz petang tadi, Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid  .


Turut menziarahi, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mustapa Mohamed yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan.

MARILAH KITA SAMA2 DOA KAN BELIAU CEPAT SEMBUH

DI KHABARKAN MB KELANTAN NIK AZIZ DI SERANG SAKIT JANTUNG JAM 6.30 MINIT PAGI,KINI BERADA DI HOSPITAL PAKAR PERDANA KOTA BAHARU KELANTAN DANSETELAH DI SIASAT RUPANYA BERITA ITU BERTARIKH 22/DEC/11

MOHON SEMUA DOAKAN KESIHATAN BELIAU WALAUPUN KITA BERBEZA PANDANGAN POLITIK TETAPI KITA ADALAH SAUDARA ISLAM,DIHARAP SEMUA PENYOKONG UMNO TIDAK MENYIMPAN RASA DENDAM PADA BELIAU,SAMA KITA BERDOA AGAR BELIAU CEPAT SEMBUH...AMIN...



Allah s.w.t. berfirman, maksudnya,

" Allah, tiada Tuhan (yang berhak di sembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafa'at (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi ; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) ".

{ Al-Baqarah : 255 - 'Ayatu'l-Kursi


-bernama

Pembangkang Penganut Fahaman Machiavelli – Lakukan Apa Saja Demi Kuasa...


Pakatan Pembangkang dilihat membawa pendekatan politik Machiavelli  di mana matlamat menghalalkan cara di mana apa jua cara akan digunakan oleh gabungan parti-parti  tersebut bagi menjayakan agenda mereka untuk menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional dan menguasai Putrajaya.
Menurut Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Shamsul Adabi Mamat, ini dapat dilihat dari segi kempen politik Pakatan Pembangkang di mana mereka sentiasa mengulang-ulang isu dan provokasi terhadap UMNO dan BN biarpun sesuatu isu itu tidak jelas kesahihannya.
“Dalam usaha Pakatan Pembangkang untuk memenangi PRU ini,  kita boleh lihat secara keseluruhan pendekatan kempen yang dilakukan oleh mereka di mana secara jelas mengambil pendekatan politik berdasarkan teori politik Machevelli, demi mencapai matlamat mereka untuk menawan Putrajaya.
“Apa yang penting ialah, mereka mahu meyakinkan kepada ahli dan rakyat bahawa perjalanan mereka menuju ke Putrajaya makin jelas. Ini membuatkan parti-parti dalam Pakatan Pembangkang, termasuk Pas sanggup  mengenepikan isu yang merosakkan hubungan mereka serta pertembungan-pertembungan idea dan prinsip sesama mereka, termasuklah isu-isu agama,”
Menurut Shamsul, Pakatan Pembangkang menganggap pilihanraya kali ini adalah satu  peperangan dalam menentukan survival politik mereka. Justeru itu, segala cara, biarpun di dalam agama menganggap itu sebagai satu penipuan, sanggup dilakukan kerana bagi mereka itu adalah satu strategi untuk menjayakan matlamat mereka menawan Putrajaya.
“Mereka sedar bahawa UMNO sebenarnya merupakan sebuah parti yang kuat, lebih kuat dari Pas, DAP dan PKR dari segi sejarah dan falsafah perjuangannya. UMNO juga hari ini telah terbukti memperjuangkan Islam  d negara ini secara praktikal.
“Sebab itu kita lihat hari ini Pas menyerang UMNO dan BN  dengan begitu ekstrim dan secara habis-habisan melalui apa jua kaedah, dengan harapan bahawa gelombang Pas mampu untuk menggantikan UMNO sebagai wakil kepada suara bangsa Melayu dapat disemarakkan di kalangan rakyat, terutamanya terhadap pemikiran bangsa Melayu di negara ini” ujarnya.
Namun, beliau berpendapat tidak semestinya keseluruhan rakyat, terutama yang terdiri dari golongan atas pagar dapat menerima cara dan pendekatan politik yang diambil oleh Pas yang memungkinkan segala cara untuk menjatuhkan UMNO dan BN untuk menawan Putrajaya.
“Pengundi atas pagar, atau kuasa ketiga ini merupakan pengundi-pengundi bijak. Pengundi-pengundi yang bijak, mereka akan mengundi berasaskan kestabilan. Ini adalah realiti di dalam sesebuah negara. Mereka akan melihat rekod-rekod pentadbiran sesebuah parti, di mana adakah parti tersebut dapat memberi jaminan untuk masa depan mereka dan keluarga.
“Dari sudut sosiologi pula, kita dapati pengundi-pengundi wanita contohnya dua kali ganda akan mengundi berasaskan kestabilan. Dan ini merupakan kekuatan UMNO dan BN di mana rekod dan kejayaan BN dalam mentadbir negara selama ini telah berjaya mewujudkan kestabilan dan keselesaan kepada rakyat di negara ini.
“Taraf kehidupan rakyat di bawah pemerintahan UMNO dan BN juga  kini dilihat amat membanggakan, bahkan indeks kebahagian negara memperlihatkan Malaysia berada di dalam kedudukan 10 tertinggi di antara ratus negara sepertimana kajian yang dibuat oleh badan-badan kajian di luar negara yang dipercayai,” ujarnya.
Jelasnya lagi, rakyat harus menilai apakah dengan pendekatan-pendekatan berbentuk ekstrim yang dilakukan oleh Pas, DAP dan PKR,  dapat memberikan jaminan terhadap masa depan rakyat dan negara pada masa akan datang.
“Berdasarkan pendekatan ekstrim dan ideologi matlamat menghalalkan cara ini, apakah rakyat di negara sudah bersedia untuk untuk menggadaikan kestabilan negara yang sudah sedia stabil hari ini dan bertindak untuk mempercayai sebuah pakatan parti politik yang tidak mempunyai sebarang rekod dalam pentadbiran negara, untuk mentadbir negara?” akhiri beliau.

sumber umno online

Selasa, 27 November 2012

ZAHRAIN - TERBUKTI ADA DALANG TALI BARUT ASING.BY AIDC

ZAHRAIN - TERBUKTI ADA DALANG TALI BARUT ASING.

BY; aidc.

Kegiatan puak-puak yang ditaja anasir asing di negara kita ini adalah sesuatu yang benar dan nyata. Perkara ini bukanlah khayalan atau rekaan mana-mana pihak seperti yang sering digambarkan pihak pembangkang.

Pembohongan bersiri anasir-anasir yang berselindung disebalik pertubuhan haram seperti SUARAM adalah bukti nyata akan kewujudan puak-puak subversif ini di dalam negara kita.

Ancaman puak-puak subversif ini adalah amat serius dan harus disekat sebelum nasi menjadi bubur.

Penyaluran maklumat palsu oleh sebuah syarikat guaman tempatan kepada peguam di Perancis, seperti yang di-laporkan sebelum ini adalah pengkhianatan yang amat keji lagi hina.

Kenyataan peguam Amer Hamzah Arshad dari syarikat guaman Zain & Co adalah satu pengkhianatan kerana maklumat yang disalurkan adalah tidak benar dan merupakan pembohongan yang jelas.

Kita tahu pihak Suaram dengan kerjasama erat pihak pembangkang telah menjaja isu pembelian kapal selam Scorpene dari Perancis demi kepentingan politik mereka.

Kita sedar baru-baru ini bahawa dakwaan pihak Suaram dan puak pembangkang tentang perbicaraan di mahkamah Perancis berhubung pembelian kapal selam Scorpene adalah satu pembohongan besar.

Pendakwaraya dari Perancis sendiri telah menyatakan bahawa tidak ada apa-apa bentuk perbicaraan atau ‘trial’ di Perancis seperti yang didakwa pihak Suaram dan puak pembangkang selama ini.

Puak-puak ini hanya memperbodohkan rakyat dengan niat jahat, demi kepentingan politik mereka.

Nyata syarikat guaman Zain & Co, menerusi peguam Amer Hamzah Arshad juga bersekongkol mengkhianati negara ini dengan menyalurkan maklumat palsu dengan niat jahat.

Apakah pendirian Majlis Peguam kita dalam isu ini?

Apakah Majlis Peguam bacul atau mereka sebenarnya ‘ignorant’ berhubung isu ini?

Saya mendesak agar tindakan tegas diambil keatas peguam terbabit dan syarikat guaman berkenaan kerana ini adalah satu kesalahan yang amat keji.

Majlis Peguam harus dibubarkan jika mereka tidak mampu menangani gejala jijik yang tidak professional ini di kalangan peguam di negara ini.

Syarikat guaman Zain & Co juga didapati banyak menjalankan urusniaga dengan kerajaan Malaysia serta agensi-agensi kerajaan yang lain. Dalam konteks ini saya ingin mendesak agar kerajaan mengkaji semula segala urusniaga atau ‘dealings’ dengan syarikat tersebut dengan serta-merta demi menjaga keselamatan negara.

Mana mungkin kerajaan berurus niaga dengan sebuah syarikat yang telah nyata mengkhianati negara ini dengan menyalurkan maklumat palsu kepada pihak asing?

Kuala Lumpur dan Paris mempunyai hubungan dua-hala yang akrab dari pelbagai aspek, terutamanya dari segi ekonomi. Urus niaga pembelian kapal selam Scorpene dan puluhan kapal terbang Airbus melibatkan perbelanjaan berbillion ringgit.

Terdapat juga pelbagai jalinan perdagangan lain yang bernilai ratusan juta ringgit setiap tahun.

Walau bagaimanapun hubungan baik dua negara ini tidak terbayang dalam isu pembohongan Suaram dan puak pembangkang berhubung pembelian kapal selam Scorpene kerana sehingga kini kerajaan Peranchis masih berpeluk tubuh menjadi penonton.

Apakah kerajaan Peranchis tidak menghargai hubungan baik dengan Malaysia dan memilih untuk berdiam diri walaupun tohmahan demi tohmahan dilemparkan ke atas pemimpin dan kerajaan Malaysia?

Kenapa kerajaan Peranchis atau pihak kedutaan mereka di sini seolah-olah memihak kepada pihak lain walaupun kebenaran itu berpaut pada pihak kerajaan?

Apakah Hak Asasi Manusia, kebebasan dan sebagainya lebih penting dari kebenaran?

Sebagai rakyat Malaysia saya mahu kerajaan mengkaji semula urusan perdagangan dengan syarikat-syarikat Peranchis kerana negara itu seolah-olah menjadi duri dalam daging bagi kita.

SUARAM adalah pertubuhan haram yang tidak berdaftar dalam negara ini. Fakta ini diakui sendiri oleh pemimpin politik pembangkang yang menerajui pertubuhan haram itu.

SUARAM juga telah terbukti menerima dana dari organisasi asing yang telah memainkan peranan penting dalam memporakperandakan beberapa negara yang kini bergelumang dalam konflik politik dan perang saudara.

Jenayah yang dilakukan SUARAM adalah amat jelas dan kerajaan harus mengambil tindakan yang tegas ke atas rakyat Malaysia yang menjadi tali barut asing.

Tali barut asing yang mencipta maklumat palsu harus dibawa kemuka pengadilan. Jika kita gagal bertindak mungkin perbuatan khianat sedemikian akan di-ulangi kerana habuan yang diterima adalah amat lumayan.

Jangan kita menyesal di kemudian hari kerana kealpaan pada masa ini.

PANAS.....UMNO BALAS DOA PAS MAHU BN KO HARI INI ....?



Doa oleh TPM TS Muhyiddin Yassin...

Bismillahirrahmanirrahim.

Ya Allah!

Jadikanlah perhimpunan ini perhimpunan yang dirahmati

Janganlah engkau leraikan hati kami dari mentaatiMu

Satukanlah hati-hati kami di jalanMu

Ya Allah Ya Tuhan Kami!

Terimalah doa kesejahteraan buat sekalian kami

Jauhkanlah hati kami daripada menjahanamkan sesama sendiri

Kembalikanlah mereka yang tersasar ke jalanMu yang diredhai

Ya Allah

Bimbinglah kami di jalan yang lurus

Redhakanlah jalan perjuangan kami

Tetapkanlah kami di jalanMu Ya Allah

Ya Allah

Engkaulah Tuhan Rabbul Jalil

Engkau kurniakanlah ketabahan di setiap hati kami

Engkau kurniakanlah kekuatan di jiwa kami

Engkau perteguhkanlah daya juang kami

Dengan rahmatmu Ya Allah

Engkau kurniakanlah kemenangan buat kami

fai’za ‘azamta fatawakkal ‘alallah

Hidup UMNO! Hidup UMNO! Hidup UMNO!

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahilhamd.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya dengan sukacitanya merasmikan Persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2012.

Wabillahi al-taufiq wal hidayah wassalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh.

MANAKALA Perasmian Persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada malam ini dimulakan dengan bacaan Doa memohon serta mengajak Pas kembali insaf. 

Doa yang dibaca oleh Wakil Pergerakan Pemuda Umno Malaysia itu turut memohon agar Pas terbuka hati untuk menerima Umno di atas tali persaudaraan sesama Islam dan bangsa Melayu. 

Sebelum ini, PAS telah mengadakan solat hajat dan berdoa - 'KO BN' supaya UMNO dan Barisan Nasional (BN) hancur di Stadium Sultan Muhammad IV Jumaat malam lepas yang dipimpin adik kepada Mursyidul Am PAS, Nik Razi Nik Mat sempena perhimpunan anjuran parti pambangkang pada mustamar Pas tempoh hari bandingkan mana yg baik dan mna yg kurang baik ...semoga mendapat Hidayah pada semua...Amin..... أعُوْذُ بِاللهِ السَّمِيْعِ الْعَلِيْمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Firman Allah s.w.t., yang bermaksud," Dan janganlah engkau berbahas untuk membela orang-orang yang mengkhianati diri mereka sendiri. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang selalu melakukan khianat, lagi sentiasa berdosa ".
{ An-Nisaa' : 107

Tuduhan UMNO Tolak Dan Perlekeh Islam Satu Kenyataan Mengelirukan


KUALA LUMPUR, 27  Nov  - Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu) Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya berkata kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa UMNO tolak dan memperlekehkan Islam mengelirukan umum.
Menurut beliau Menteri Besar Kelantan itu sebenarnya menggunakan kaedah mantiq yang mana membiarkan orang ramai memberikan natijah terhadap kenyataannya itu.
“Orang ramai keliru dengan kenyataan Tok Guru itu. Beliau sebenarnya bercakap menggunakan kaedah Mantiq. Kaedah ini ada dua mukaddimah…..Dua mukaddimah satu natijah.
“Contoh….benda yang memabukkan adalah haram……Ini mukadimah pertama. Arak itu memabukkan adalah mukaddimah kedua. Natijahnya arak adalah haram. Apa kaedah mantiq yang tok guru Nik Aziz guna…..Mukaddimah pertama…Memperlekehkan Islam itu adalah murtad. UMNO tolak Islam. Erti UMNO tolak Islam bereti UMNO memperlekehkan Islam. Tetapi dia tidak bagi natijah itu dan beliau biarkan natijah itu orang menghukum. Ini masalah besar.
“Saya bukan mahu beliau berikan natijah dan begitu juga saya tidak minta beliau membiarkan natijah. Orang akan mudah menghukum UMNO itu murtad kerana memperlekehkan Islam. Ini kaedah Mantiq. “Jadi saya kira dalam hal ini walaupun Tok Guru tidak menyebutkan natijahnya kita faham berdasarkan dua mukaddimah yang beliau berikan. Memperlekehkan Islam adalah murtad….UMNO tolak Islam bererti UMNO memperlekehkan Islam maka UMNO adalah apa….. Itu natijahnya sebab memperlekehkan Islam.
“UMNO tolak Islam…tolak Islam  bererti memperlekehkan Islam. Jadi natijah ini yang kita tidak mahu. Salah besar apabila dilakukan seperti ini. Kat mana memperlekehkan Islam,” katanya dalam temubual ekslusif bersama UMNO-Online.my.
Beliau seterusnya menambah dasar Perlembagaan UMNO meletakkan bahawa UMNO menegakkan, mempertahankan dan mengembangkan agama Islam.
“Perkataan Islam merangkumi semua sepertimana Pas perjuangkan hari ini negara berkebajikan. Bila kita kata negara berkebajikan itu tak dinyatakan pun mana dalilnya mereka kata negara berkebajikan merangkumi semua..negara Islam semua sekali.
“Maka apabila UMNO mempertahankan, menegakkan Islam dan mengembangkan Islam bermaksud segala sistem yang berkaitan Islam itu kerja UMNO untuk disebarkan dan sebagainya.
“Maka satu perkataan yang salah Tok Guru katakan UMNO keluarkan Islam daripada dasar partinya..Tak kena dan tidak betul.inil. Saya bukan nak pertahankan  UMNO dan sebagainya. Kena adil dalam isu ini,” ujarnya.
Ujar beliau lagi dalam konteks berkenaan Nik Aziz dilihat kepada lebih untuk menghukum UMNO.
“Seterusnya perkataan kaitan dengan murtad, kaitkan memperlekehkan Islam. Kita kena ingat dan kita kena faham membaca hukum hukum dengan menghukum lain. Apa yang Tok Guru itu caranya nak menghukum UMNO sebab dia tidak kata sekiranya UMNO macam ni……jika UMNO tolak Islam…..jika UMNO perlekehkan Islam…. Kalau dia kata ini tidak mengapa.
“Sepertimana kita boleh kata jika Pas hina Islam..nampak…tetapi sekarang ini dia tidak sebut perkataan. Dia sebut UMNO tolak Islam…bahkan mempersoalkan agama apa..jadi ini saya katakan kaedah dan cakap seperti ini adalah menghukum dan bukannya membaca hukum.
“Jadi ini dua benda yang berbeza..apabila kita membaca hukum dengan mengatakan memperlekehkan Islam ini boleh terkeluar daripada Islam saya setuju 100 peratus dengan tok guru,“ katanya.

TENTATIF PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012



TAKLIMAT PRESIDEN 
Majlis Taklimat Presiden 
Pakaian : Baju Kemeja Merah (Ulang Tahun UMNO ke-66) 
Tarikh : 27 November 2012 (Selasa)
Masa : 3.00 petang – 5.30 petang
Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC

PENDAFTARAN PERWAKILAN PERGERAKAN WANITA / PEMUDA / PUTERI
Pendaftaran Perwakilan
Tarikh : 27 November 2012 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi – 6.00 petang
Tempat : Bilik Melati, Aras 2, PWTC

PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN WANITA / PEMUDA / PUTERI
Pakaian : Lelaki : Baju Melayu, Perempuan : Baju Kurung
Perasmian Serentak Pergerakan Wanita / Pemuda / Puteri
Tarikh : 27 November 2012 (Selasa)
Masa : 8.00 malam – 11.00 malam
Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4,PWTC

PERSIDANGAN PERGERAKAN WANITA
Tarikh : 28 November 2012 (Rabu) Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang
Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC

PERSIDANGAN PERGERAKAN PEMUDA
Tarikh : 28 November 2012 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang
Tempat : Dewan Tun Dr. Ismail, Aras 2, PWTC

PERSIDANGAN PERGERAKAN PUTERI
Tarikh : 28 November 2012 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang
Tempat : Dewan Tun Hussein Onn, Aras 2, PWTC

PENDAFTARAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO – PERWAKILAN BAHAGIAN
Tarikh : 28 hb November 2012 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang
Tempat : Bilik Melati, Aras 2, PWTC

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO
Perasmian Perhimpunan Agung UMNO
Tarikh : 29 November 2012 (Khamis) Masa : 8.00 pagi – 10.30 pagi
Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC
Anjung Merdeka
Tarikh : 29 November 2012 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi – 10.30 pagi Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC

SOLAT JUMAAT
Tarikh : 30 November 2012 (Jumaat)
Masa : 12.00 tengah hari – 2.00 petang
Tempat : Dewan Tun Razak 4 (TR4), PWTC

JAMUAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO
Tarikh : 29 November 2012 (Khamis)
Masa : 7.30 malam – 10.30 malam
Tempat : Dewan Tun Razak 1 (TR 1), PWTC

GERAI JUALAN
Tarikh : 27 November – 01 Disember 2012 (Selasa – Sabtu)
Masa : 8.00 pagi – 10.00 malam
Tempat : Ruang Legar Aras 2 dan 3 PWTC

Isnin, 26 November 2012

BAIK KAH KITA SEBENARNYA SAHABAT2 KU SEKALIAN......



Assalamualaikum...

Suka kepada kebaikan kita buat benda baik,elak benda tak baik.mengumpat tidak baik,merosakkan,membawa kpd keburukkan.jgnkan nanti yg baik tidak menahan diri dari membuat kerosakkan dan yg dikata buruk bersikap sabar dan memperbaiki diri,itu sudah terbalik.

Baik kah kita sebenarnya?

kita bersembahyang 5 waktu..beribadat siang dan malam tetapi kita tidak pernah mahu berbakti kepada saudara seislam kite yang sedang dalam kesusahan Malah mendoa kan kehancuran saudara se islam kita walhal pada masa kita sakit dia datang melawat kita..baik kah kite sebenarnya?

kite tidak pernah mengumpat tentang dia tetapi setiapkali kite mendengar orang bercakap sesuatu yang buruk tentang dia..dalam hati kite turut mengeji dan memandang rendah pada dia..baikkah kita?

kita seorang yang alim dari segi ibadatnya..dari segi pakaiannya..kite mungkin ke mekah berkali kali..khatam quran berkali kali..tetapi bila kita melihat seorang yang JAHAT pada dulunya telah menjadi BAIK..kemudian kite berkata seperti  "ala..dulu dia bukan baik mcm ni..dulu dia kaki perempuan..dulu dia penipu..dulu dia banduan"...dengan amalan yang kite buat..dengan perbuatan kita..baikkah kita?

kita memberi nasihat kepada kawan kite..dah lah..jangan percaya pada seseorang yang hipokrit mcm tu..kau jangan berkawan dengan orang yang macam tu..kalau aku jadi kau..dari awal2 lagi aku tak kan berkawan dengan orang yang macam tu..sedangkan kite tahu..kite pon ORANG yang mcm tu dengan kawan kite..baikkah kita?

kita sentiasa menjadi pendengar yang baik kepada seseorang..kita ade disaat suka dan duka mereka..kita dengar tangisan mereka..kite dengar cerita mereka..tapi dalam hati kite mengutuk mereka..bosan betul lah aku dengar masalah dia..ishh kalau tak kerana nak bodek..tak kuasa aku nak melayan...baik kah kite?

kita sentiasa merasakan kite adalah yang terbaik..yang bagus..yang baik.
kita sentiasakan merasakan orang lain tidak baik..low class..
walau hakikatnya kite memang terbaik..dab orang itu memang terburuk,,namun..cukup baikkah kita??


"Bila melihat orang2 jahil, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana kejahilannya itu, sedangkan kita yg berilmu dan berakal ini pun sering bergelumang dengan dosa.

"Seandainya berjumpa dgn org2 jahat, janganlah menganggap kita lebih mulia darinya, sebaliknya anggaplah dia akan bertaubat dan memohon keampunan dari Allah S.W.t. dimasa tuanya. -imam al ghazali..



makanya..hati jangan cepat menghakimi dan menuduh atas sesuati yang kita tak benar2 pasti..:)

thanks for reading this blog

Ahad, 25 November 2012

DEMO LYNAS DIDATARAN ANTARA DEMO ORG2 YANG TERBODOH DIDUNIA SETUJU KER TIDAK KIIIKIIIKIIIKIII ?


Dikhabarkan  lebih kurang 7ribu perusuh kaum Cina telah berhimpun di luar Dataran Merdeka sementara menunggu pemimpin lain tiba. Perusuh kaum Cina ini bertindak kurang ajar dengan pemandu kereta yang melalui jalan Tunku Abdul Rahman kerana menghalang lalulintas.
SINI.orang bodoh jer yang terperdaya dengan Pakatan Pembangkang ini.




CUBA KITA IMBAS SATU KETIKA DAHULU PAKAR PUN DAH SAH KAN LYNAS SELAMAT MALAH MAHKAMAH PUN DAH BERI LAMPU HIJAU

KUANTAN: Tiada ungkapan yang mampu dilafazkan sebilangan besar pekerja kilang Lynas Advance Material Plant (Lynas), Gebeng dekat sini selain mengalirkan air mata gembira tanda kesyukuran selepas Mahkamah Tinggi memutuskan kilang tersebut dibenarkan beroperasi, Khamis.
Hakim Datuk Mariana Yahya dalam keputusannya hari ini menolak permohonan injunksi interim ke atas Lesen Operasi Sementara (TOL) yang diberikan kepada Lynas sebelum ini, oleh tiga penduduk Kuantan sekaligus membolehkan Lynas memulakan operasinya setelah digantung sementara waktu ekoran injunksi berkenaan.
Kumpulan yang terdiri daripada kira-kira 500 orang itu berkumpul di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuantan di sini sejak awal pagi dan laungan takbir bergema sejurus seorang wakil memberi perkhabaran gembira tersebut.
Suasana di kompleks tersebut menjadi sayu seketika apabila ada di kalangan mereka mula menangis dan manadah tangan berdoa tanda bersyukur di atas 'kemenangan' kecil tersebut.
Dengan memakai pakaian seragam berwarna kuning manakala penyokong pula memakai baju berwarna biru muda, mereka turut membawa kain rentang tertulis 'jangan kacau periuk nasi kami', 'siapa nak bagi anak kami makan', 'hentikan fitnah terhadap Lynas', 'saya memang sayang Lynas' dan 'Lynas Kuantan bakal Pusat Teknologi Hijau Negara'.
Keputusan itu bagaimana pun disambut dengan keadaan yang berbeza oleh pihak anti-Lynas yang hanya dianggarkan sekitar 200 orang sahaja hadir.
Kumpulan anti-Lynas seperti Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) yang sebelum ini begitu ghairah hadir ke mahkamah bagi mengikuti kes berkenaan seperti tidak dapat menerima kenyataan apabila beredar meninggalkan mahkamah sebaik sahaja mengetahui permohonan mereka ditolak.
Dalam pada itu, Naib Presiden Lynas Corporation Datuk Marshal Ahmad berkata kepada pemberita, beliau bersyukur dengan keputusan mahkamah hari ini kerana kesusahan yang dialami oleh pihaknya sejak sekian lama berakhir.
"Kami sekarang akan menumpukan segala usaha untuk memulakan operasi kilang secepat mungkin kerana ia adalah pelaburan yang terbesar. Mudah-mudahan dengan keputusan ini pelabur-pelabur asing akan kembali yakin dan melabur di Malaysia yang kita kasihi," katanya.
Beliau juga berharap dengan keputusan itu segala tohmahan dan fitnah yang dilemparkan ke atas Lynas dapat dihentikan segera.
"Saya juga ingin menjemput semua pihak termasuk kumpulan anti-Lynas untuk datang sendiri ke kilang kami dan membawa pakar masing-masing supaya mendapat fakta yang betul," katanya.
Seorang pekerja, Muhammad Syafiq Sukri, 24, berkata kebenaran telah terbukti dengan keputusan mahkamah hari ini dan berharap yang menentang dapat berhenti daripada terus menabur fitnah ke atas 'periuk nasi' beliau dan rakan-rakan sekerja yang lain. -




Dr. Che Rusli, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat yang mana merupakan pakar radioaktif juga mengatakan bahawa projek ini tidak berbahaya 
dan mengikut piawaian antarabangsa. Berlangsungnya satu sessi penerangan mengenai isu Lynas bersama bloggers dan pengamal media online yang diadakan di tingkat 11 MITI yang turut dihadiri AELB dan DOE pada Julai 2011.

Industri Rare Earth pada dahulunya didominasi oleh Amerika yang mana berakhir pada tahun 1980-an yang mana selepas itu penghasilan Rare Earth dikuasai oleh China. China yang mempunyai 48% rizab Rare Earth dilihat bakal menjadi kuasa teknologi moden menjelang 2015 berbanding Amerika yang mempunyai rizab Rare Earth sebanyak 13%. Manakala Australia, Kanada dan Russia difahamkan mempunyai rizab tersendiri.

Rang Persetujuan Perlesenan Lynas adalah dari Agensi Pusat di bawah MOSTI dan Perkhidmatan Industri dan Tenaga Atom Licensing Board (AELB) dan dipantau penuh oleh Agensi Tenaga Atom Sedunia (IAEA).
Panel bebas daripada (IAEA) turut dilantik oleh kerajaan pusat berikutan timbul kebimbangan terhadap aspek keselamatan projek berkenaan.

Seramai 10 orang pakar yang diakui arif dalam ilmu masing-masing dilantik menanggotai panel berkenaan yang dipimpin oleh Dr. Tero Varjoranta dari Finland di mana beliau merupakan Pengarah Bahagian Bahan Bakar Nuklear dan Teknologi Limbah IAEA. Pakar-pakar lain iaitu Jan Van Der (Belanda), Dr. Leo M. Lowe (Kanada), Prof. Dr. Balagopala Pillai (India), Dr. Dennis Wymer (Inggeris), Scawela Ulric Hanna Kajander (Findland), Dr. Horts Monken Fernandes (Brazil) dan Hiroko Raticliffe yang bertindak sebagai pembantu pentadbiran.

Misi pasukan ini adalah untuk mengkaji semula tahap pematuhan terhadap Piawaian Keselamatan Antrabangsa. Terutama berkaitan dengan tahap keselamatan radiasi.

Berikut diringkaskan 8 fakta asas penting yang perlu kita ketahui tentang Lynas:

Perkara 1

- Kilang Lynas bukan kilang nuklear. Ia hanya kilang kimia biasa- Mengikut Undang-undang Pengangkutan Antarabangsa, bahan mentah Lynas adalah bukan bahan radioaktif kerana kandungan radioaktifnya rendah.
- Dedahan Radiasi kepada orang awam adalah teramat rendah.
- Pelepasan air dan udara dari kilang Lynas tidak ada bahan radioaktif.
- Kilang Lynas berteknologi tinggi dan mematuhi undang-undang antarabangsa dan Malaysia.

Perkara 2

- Dedahan radiasi kepada paru-paru bila merokok sekotak sehari selama setahun (150mSv).
- Dedahan radiasi kepada krew penerbangan selama setahun (9mSv).
- Dedahan radiasi setiap kali membuat x-ray dan pegigian (0.1 - 0.39mSv)- Dedahan radiasi tinggal dalam rumah baru selama setahun (0.07mSv).
- Dedahan radiasi tidur sebelahan seseorang 8jam sehari selama setahun (0.02mSv).
- Dedahan radiasi menonton tv 4jam sehari selama setahun (0.02mSv).
- Dedahan radiasi oleh kilang Lynas pada orang awam selama setahun (0.002mSv).

Perkara 3

Undang-undang Malaysia dan Antarabangsa berhubung had dedahan radiasi kepada manusia:
- Orang Awam (tidak melebihi 1.0mSv/setahun).
- Pekerja Sinaran (tidak melebihi 20mSv/setahun.

Perkara 4

Lynas tidak sama dengan Asian Rare Earth(ARE), Bukit Merah.
- Bahan mentah Kilang ARE di Bkt Merah adalah bahan buangan industri bijih timah, iaitu tahi bijih.
- Bahan mentah Lynas adalah tanah dari lombong dan bukan bahan buangan- Kandungan radioaktif bahan mentah Lynas adalah jauh lebih rendah dari bahan mentah dan sisa ARE di Bkt Merah.
- Kandungan radioaktif dalam bahan mentah ARE Bkt Merah adalah 37 kali lebih tinggi dari Lynas.
- Kandungan radioaktif dalam sisa ARE Bkt Merah adalah 60 kali lebih tinggi dari Lynas.

Perkara 5

Kenapa Tidak Australia?
- Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di Australia.
- Cadangan pembinaan kilang di Australia Barat didapati tidak komersial kerana kos yang tinggi dan kekurangan kemudahan asas seperti air, gas asli dan bahan kimia.

Kenapa Tidak China?
- Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di China.
- China telah mengenakan had eksport yang ketat dan rendah ke atas produk 'logam nadir'.

Kenapa Tidak Kemaman?
- Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di Kemaman- Sementara menunggu tanah dari Kerajaan Negeri Terengganu, MIDA telah mencadangkan Lynas bertukar ke Kaw Perindustrian Gebeng, Kuantan.

Kenapa Gebeng?
- Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di Gebeng- Kemudahan pelabuhan yang berdekatan.
- Bekalan gas asli yang sedia ada- Bekalan bahan kimia yang sedia ada.
- Bekalan air yang mencukupi.
- Wujud tenaga kerja mahir.
- Kos operasi yang kompetitif secara global.

Perkara 6

Pengurusan Bahan Sisa.

- Bahan sisa Lynas mengandungi kadar radioaktif yang sangat rendah dan tidak bahaya pada orang awam, alam sekitar dan pekerja- Dedahan sinaran dari bahan sisa ke atas orang awam adalah teramat rendah.
- Walaupun bahan sisa ini tidak berbahaya, pihak berkuasa mewajibkan ia disimpan di tempat khas sama seperti industri-industri kimia yang lain.
- Lynas melalui makmal antarabangsa telah berjaya menurunkan lagi kadar radioaktif di dalam sisa.
- Negara seperti Amerika Syarikat telah menggunakan kaedah ini untuk pembuatan jalan.

Perkara 7

Selain China, Kilang-kilang seperti Lynas yang sedang beroperasi di Negara Maju seperti Amerika Syarikat dan lain-lain.
- Prosesan Sepenuh (Molycorp di California, Indian Rare Earths di India dan Solikampsk di Rusia dan Silmet di Estonia di Eropah).
- Prosesan Separa (Rhodia di Perancis, Shin Etsu di Jepun dan Nippon Yttrium di Jepun).
- Kilang-kilang dalam perancangan ( Avalon Rare Metals dan Great Western Minerals di Kanada).

Perkara 8

Faedah:
-KewanganPelaburan Langsung Asing (FDI) dengan modal RM2 billionKos operasi adalah RM350 juta setahun (Servis Luar dan Tenaga Kerja).
- Tenaga KerjaLynas mengambil 350 pekerja pakar dan separa pakar dan 100 pekerja kontrak. Hanya 4 orang pekerja asing iaitu pakar dalam pemprosesan nadir bumi dari ChinaLynas mendapat sokongan teknikal dari Rhodia, Perancis yang telah mengendalikan loji nadir bumi semenjak tahun 60anIndustri sokongan akan menjana 200 peluang pekerjaan tambahan.
-Fasa PembinaanLebih 2000 orang diambil bekerja pada kemuncak fasa pembinaanMenyediakan peluang pekerjaan perniagaan untuk kontraktor dan pembekal tempatan.
-Aktiviti PerintisBesar kemungkinan, syarikat-syarikat yang menggunakan produk Lynas akan mendirikan kilang di Malaysia.

Sumber:

Tuan Hj Arazmi Juhari
(Pengurus Kanan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran)

Puan Mimi Afzan Afza
(Pengurus Kanan Sumber Manusia dan Komuniti)