Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

Label

TRANSLATE

Memaparkan catatan dengan label ISU PENIPUAN PR DI SELANGOR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ISU PENIPUAN PR DI SELANGOR. Papar semua catatan

Rabu, 4 Jun 2014

DENGAN TANGAN DAN MUSTAHAK :LIHATLAH DUNIA PARTI YANG KONONNYA ANUGERAH TUHAN ?

Kepincangan dalam PKR semakin terserlah maka amat wajar kita nilaikan bagaimana sebuah Parti yang menggunkan nama Keadilan untuk Rakyat mengkhianati Keadilan yng dilaung laungkan mereka selama ini,pm rasa lepas ni lebih banyak kepincangan akan terburai lagi jadi kita tunggu dan lihat perangai para pemimpin PKR ni nanti

Kita tak perlu menyiasatnya sahabt pm semua cukup mudah kerana gara gara merebut kuasa sesama mereka akan menunjukkan kebenarannya jadi tunggu dan lihat sahaja nanti

Didalam hal ini ada juga baiknya sekiranya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) boleh memberi perhatian dan mengambil tindakan ke atas parti PKR atas kesalahan-kesalahan yang berlaku dalam Parti putar alam ini dan janganlah hendaknya teralu memberi muka kepada puak puak ini seperti kes2 melibatkan Dap seperti sebelum ini.

Diharap pada pentaksub pakatan supaya sedar diri sikit untuk mencermin Parti carca marba mereka sebelum berangan nak memfitnah parti komponen Barisan Nasional,dan lihatlah sahabat pm semua apa sebenarnya yang berlaku dalam pemilihan parti PKR 2014,Nampak tak gejala gejala buruk yang di lempar kepada Umno selama ini yang jelas tiada faktanya akhirnya berbalik kepada mereka CASH DI BAYAR DI DUNIA LAGI GARA GARA MEMFITNAH BN Syukur Alhamdulilah..





Khamis, 22 Mei 2014

Kerajaan Selangor Perlu Segera Selesaikan Isu Sekolah Bina Insan – Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Kerajaan Negeri Selangor digesa segera menyelesaikan isu Sekolah Bina Insan (SBI) di Kajang, di bawah pengurusan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang dilaporkan akan ditutup hujung tahun ini.
sbi-sekolah-bina-insan-majlis-jabatan-agama-islam-selangor-mais-jais-kerajaan-tutup-kajang
Pengerusi Biro Pelajaran Pemuda UMNO pusat Mohd Rafiq Naizamohideen berkata Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menjanjikan pendidikan percuma kepada rakyat pada pilihan raya umum lepas, perlu berupaya menyelamatkan sebuah sekolah bernaung di bawah MAIS, badan berkanun di bawah kerajaan negeri pimpinan PKR.
Beliau berharap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), dapat menyelesaikan isu SBI yang kini beroperasi sementara di KUIS.
“Sebagai menteri besar, ketua kerajaan negeri dan pengerusi lembaga pengarah kolej itu…takkan Abdul Khalid tidak boleh menyelesaikan masalah tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di Ampang, dekat sini  hari ini.
Selasa lepas, Pengerusi Mais Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dilaporkan berkata keputusan penutupan operasi SBI pada hujung tahun ini sudah dimuktamadkan berikutan sumber kewangan yang terhad dan faktor lokasi sekolah yang kini menumpang di KUIS.
Mohd Rafiq berkata kerajaan negeri perlu bertanggungjawab untuk menangani isu penutupan SBI yang mempunyai 400 pelajar dan 50 tenaga pengajar.
“Mereka patut cari alternatif dan jalan penyelesaian dan membela nasib kesemua pelajar serta ibu bapa, tenaga pengajar dan pegawai pentadbiran…jangan umum nak tutup baru nak mengatasi masalah ini,” katanya di sumber Umno online yang pm petik ini

Rabu, 21 Mei 2014

Demonstrasi di luar ibu pejabat PKR buatkan Anwar bangang ?

PENGKHIANAT parti...itu lah ucapan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kurang senang dengan kumpulan PENDEMO yang berdemonstrasi.
Bertamabah lah angin kus kus PEMIMPIN PAKATAN PEMBANGKANG BILA PENYOKONGNYA DEDAH SALAH LAKU PEMIMPIN PEMIMPIN MEREKA !!! Selama ini pemimpin PR sibuk mendesak ahlinya berlonggok bagi membantah pada perkara yg was was malah tidak benar kini bila kena pada batang hidung mereka pandai pulak pemimpin pakatan pembangkang marah kan pendemo ini
Sahabat pm bayangkanlah kalau puak puak ni di pilih memerintah Negara apa akan jadi ?mereka sering menuduh SPR tak telus namun hakkikatnya fitnah mereka satu pun tiada asasnya namun di balas dengan pembongkaran satu demi satu dari kalangan ahli mereka sendiri TENTANG PENIPUAN DI DALAM KALANGAN PEMIMPIN PAKATAN PEMBNGKANG sendiri
PETALING JAYA: Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkumpul di luar ibu pejabat parti itu pada malam Selasa, bagi membantah kaedah sistem pengundian yang digunapakai pada pemilihan kali ini.
Kumpulan yang didakwa penyokong pro-Tan Sri Khalid Ibrahim, memegang pelekat tertera tulisan yang mengecam penyandang jawatan Timbalan Presiden, Azmin Ali.
Mereka turut menggesa Jawatankuasa Disiplin Parti (JPP) mengambil tindakan terhadap Azmin Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution dan Dr Tan Kee Keong.
Pimpinan tertinggi PKR dijangka akan mengadakan mesyuarat bersama biro politik di ibu pejabat parti malam ini.
Terdahulu, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kurang senang dengan kumpulan yang berdemonstrasi itu dan beliau mendakwa kumpulan tersebut cuba mengkhianati parti.
Calon Naib Presiden, Tian Chua turut berjumpa dengan kumpulan yang mengadakan demonstrasi itu dengan mengatakan parti akan mendengar rasa tidak puas hati mereka dan tidak ada keperluan membuat hebahan awam mengenainya.
Kumpulan itu turut mendesak agar Azmin bertemu dengan mereka.
Mereka turut menggesa JPP bertanggungjawab terhadap semua salah laku yang terjadi, dan mendakwa JPP bertindak lebih teruk daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).-Mstar
TERIMALAH PEMBALASANNYA atas penipuan mereka selama ini dan Rakyat di ingatkan supaya menjadi kan  perkara ini sebagai iktibar untuk menyokong Parti yang memperjuang keuntungan peribadi masing masing untuk merebut kuasa

Ahad, 18 Mei 2014

NOH OMAR BIDAS PKR SELANGOR ''CAKAP TAK SERUPA BIKIN''

PENIPUAN MB SELANGOR PKR SEDAYA UPAYA SELAMATKAN MARUAH PARTI DENGAN MEMBERI KEMENAGAN PERCUMA MB SELANGOR ?

PANAS dilaman media di katakan Tan Sri Khalid Ibrahim menang tanpa bertanding dan mengekalkan jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor dalam pemilihan parti itu bagi penggal 2014-2017 selepas pencabarnya, S. Manikavasagam dikenakan tindakan tatatertib oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).
ADMIN PM/Berang dengan keputusan JPP membatalkan proses pengundian dan pemilihan di Kuala Selangor, calon Ketua Cabang, S.Manikavasagam mengeluarkan kenyataan kononnya seorang lagi calon Ketua Cabang, Khalid Ibrahim telah merasuah ahli-ahli PKR Kuala Selangor sebanyak RM50 seorang bagi memberikan undi kepadanya. 
S.Manikavasagam yang lebih dikenali sebagai Mike juga berkata, dia mempunyai bukti salah laku, penyelewengan serta kerjasama antara JPP dengan Khalid Ibrahim bagi membolehkan Menteri Besar Selangor itu menang.

Cerita berkenaan ketidakpuasan hati calon-calon yang bertanding, selain kekecohan akibat pergaduhan antara para petugas dan penyokong dalam PKR, hari ini menjadi buah mulut sehingga kini

KUALA SELANGOR - Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar menyifatkan tindakan PKR menggantung keahlian ahli parti itu yang mendedahkan kepincangan pemilihan parti itu di media sebagai 'cakap tidak serupa bikin'.

Menurutnya, sebelum ini PKR lantang memperjuangkan hak kebebasan bersuara tetapi menghukum ahli yang mempersoalkan pemilihan tidak telus sehingga menyebabkan kekecohan berlaku.

“PKR sendiri dilihat tidak mengamalkan keterbukaan dalam bersuara kerana mengambil tindakan terhadap anggota yang dilihat tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan yang kini seolah-olah ada dua kumpulan yang berbeza.

“Padahal mereka selama ini menyalahkan kerajaan Persekutuan mengenai hak kebebasan bersuara seperti tiada undang-undang di negara ini sehingga mahu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri,” katanya.

Noh, yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, setelah berjaya menubuhkan parti dan kerajaan negeri,  mereka tidak mempraktikkannya apabila mengenakan tindakan disiplin menentang ahli parti yang membuat kenyataan di media.

“Di manakah prinsip perjuangan mereka? Ini menunjukkan bahawa PKR menipu rakyat dan saya hairan kenapa anggota-anggota parti itu masih tidak nampak perkara ini,” katanya lagi.

Tuduhan berkenaan dibuat pencabarnya untuk jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor, S. Manikavasagam yang bersedia mengemukakan bukti dalam tempoh terdekat malah admin sendiri melihat S Manikavasagam kat TV3 tempoh hari buktikan satu rakaman telefon perbualan mengenai penerimaan duit ahli nya untuk mengundi Abdul Khaled Ibrahim jadi sama sama kita tengok apakah sambungan perebutan kuasa antara sesama mereka selepas ini
Jika keadaan ini lah berlaku sekiranya mereka berjaya memerintah Negara Alamatnya hancuuussss dibuatnya Negara kita jadi renung renungkan lah sahabat pm semua

Jumaat, 16 Mei 2014

MEMALUKAN BILA MB SELANGOR DI EJEK AHLI CABANG SEBAGAI PENIPU DAN KAKI RASUAH DI DEPAN PEJABATNYA

PEPERANGAN SESAMA MEREKA KIAN MERUNCING Akan tetapi demi menyelamatkan maruah parti maka berbagai alasan dicipta Anwar dan terbaru dengan sengaja mengatakan kononnya pertikaian serta gangsterisme dalam pemilihan mungkin sebab campur tangan orang luar namun hakikatnya penyokong taksubnya sekali lagi cuba di perbodohkan dengan alasan demikian
PETALING JAYA-Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terpaksa pekakkan telinga apabila seorang ahli Cabang, Zulkifli Abdullah menjerit mengatakan Khalid penipu dan kaki rasuah di kaki lima ibu pejabat Parti Keadilan rakyat (PKR) di Petaling Jaya pagi tadi.
Tanpa mempedulikan suasana kecoh, Khalid terus ke keretanya dan meninggalkan premis ibu pejabat PKR tanpa menoleh ke belakang.
Sebelum itu, calon Ketua Cabang PKR Kuala Selangor, S. Manikavasagam mengadakan sidang akhbar tergempar mengatakan Khalid sengaja menggantung keahliannya dengan kerjasama Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) kerana didakwa melanggar tatasusila dan disiplin parti yang amat berat.
“Kononnya saya memfitnah Khalid mengamalkan politik wang semasa pemilihan cabang Kuala Selangor dengan memuat naik video rakaman perbualan pengurus kempen Khalid menawarkan rasuah RM30 supaya mengundinya.
“Saya bercakap kerana saya terima aduan bahawa pemilih diberi rasuah RM30 dan RM20 untuk jawatan kebangsaan dan Ketua Bahagian Kuala Selangor,” katanya.
Jelas beliau, hukuman yang diterima disifatkan sebagai tidak wajar kerana dia tidak dipanggil untuk membela diri sekiranya benar dia telah melakukan kesalahan melanggar disiplin parti.
“Saya memang tidak tahu tentang berlakunya aduan kesalahan yang telah saya lakukan semasa kempen pemilihan Cabang Kuala Selangor.
“Jika begini layanan yang saya terima setelah menjadi ahli PKR selama 14 tahun, hukuman ini adalah tidak adil sama sekali kerana saya tidak dimaklumkan apa kesalahan saya,” katanya.
Jelas Manikavasagam lagi, dia tidak akan berhenti daripada berjuang untuk mendapatkan keadilan bagi dirinya kerana dia masih sayangkan parti walaupun dilayan sebegitu rupa.
“Saya amat berharap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat campur tangan untuk menangani masalah ini. Jangan biarkan tangan-tangan ‘bernajis’ sesuka hati membuat keputusan hanya untuk menyelamatkan diri sendiri,” ujarnya.

AHLI PKR YANG MENDEDAH SALAH LAKU SAHAJA DIGANTUNG !!! BAGAIMANA DENGAN PEMIMPIN BESAR PKR ?

Adakah selepas ni ahli2 PKR berkemungkinan besar akan menutup mulut dari mendedah salah laku pemimpin mereka kerana takut di gantung keahliannya sahabat pm semua?
Semua 8 ahli PKR yang mendedahkan salah laku dalam Pemilihan PKR digantung keahlian termasuk S Manikavasagam yang dedah salah laku Khaled Ibrahim yang didakwanya merasuah ahli untuk mengundinya di dalam pemilihan PKR malah yang dikatakan bersalah pulak menjadi sebahagian dari yang pendengar dalam memutuskan keputusan itu

Bagaimana nak membersihkan Parti kalau yang di katakan bersalah mengadili orang yang mendedah kan salah laku pemimpin terutama Azmin Ali yang di lantik mempengurusikan dalam mesyuarat Biro Politik PKR sedangkan semua orang tahu pendedahan berkenaan beliau sebelum ini

Nampaknya mereka menggunakan Undang undang untuk menutup salah laku mereka kenapa jadi begini kita nilaikan sahabat PM semua
SHAH ALAM – Seramai lapan ahli PKR akan diberi surat tunjuk sebab dan dikenakan tindakan digantung keahlian serta-merta sehingga siasatan selesai dijalankan. 
Pengerusi Lembaga Disiplinnya, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata kesemua kes tersebut telah dibentangkan dalam mesyuarat Biro Politik PKR semalam yang dipengerusikan Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali. 
Hadir sama pada mesyuarat tersebut ialah Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta beberapa anggota Biro Politik lain. 
Antara anggota PKR yang diambil tindakan adalah seperti berikut:

1) Mustapha Mohd Talib (Cabang Kuala Selangor)
Beliau selaku Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor melalui satu perbualan telefon telah membuat ugutan terhadap Faridah, pembantu khas Penyelaras Dun Bukit Melawati, iaitu untuk menamatkan khidmat S Manikavasagam sebagai Penyelaras Dun Bukit Melawati.
 
Mustapha akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai. 
2) S Manikavasagam (Cabang Kuala Selangor)
Beliau telah membuat kenyataan media yang mendakwa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah melakukan politik wang bagi pemilihan Cabang Kuala Selangor.
 
Kenyataan itu telah disiar dalam berita TV1 dan Buletin Utama TV3 pada 11 Mei 2014, dan akhbar Utusan Malaysia halaman 6, pada 12 Mei 2014. 
Ini merupakan pelanggaran Perkara B.7 Tataetika Pemilihan iaitu "Sebarang perselisihan berkaitan dengan Pemilihan Parti dilarang sama sekali dibawa kepada media atau dihebahkan kepada umum. 
"Manikavasagam akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai. 
3) Bobinath Vello (Cabang Kuala Selangor)
Beliau telah membuat kenyataan media mengkritik Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan parti secara terbuka
 
Ini merupakan pelanggaran Perkara B.7 Tataetika Pemilihan iaitu "Sebarang perselisihan berkaitan dengan Pemilihan Parti dilarang sama sekali dibawa kepada media atau dihebahkan kepada umum.
"Kenyataan ini telah disiarkan dalam Buletin Utama TV3 pada 11 Mei 2104.
Bobinath akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.
 
4) Monniza@Sarimah Abdul Ghani (Cabang Kampar)
Beliau telah membuat kenyataan media mengkritik JPP dan Parti secara terbuka.
 
Ini merupakan pelanggaran Perkara B.7 Tataetika Pemilihan iaitu "Sebarang perselisihan berkaitan dengan Pemilihan Parti dilarang sama sekali dibawa kepada media atau dihebahkan kepada umum." 
Kenyataan itu telah disiarkan dalam akhbar Berita Harian, di halaman 7, bertarikh 12 Mei 2014, bertajuk "Proses undi kotor, tak telus". 
Monniza@Sarimah akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai. 
5) Md Yusop Kamaruddin (Cabang Pasir Salak)
Beliau telah membuat kenyataan media mengkritik JPP dan parti secara terbuka di laman Facebook beliau.
 
Ini merupakan pelanggaran Perkara B.7 Tataetika Pemilihan iaitu "Sebarang perselisihan berkaitan dengan Pemilihan Parti dilarang sama sekali dibawa kepada media atau dihebahkan kepada umum.
"Md Yusop akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai. 
6) K Gunasekaran Kuppan (Cabang Hulu Selangor) 
Beliau bersama beberapa orang penyokong telah bertindak agresif dengan merempuh pintu masuk dewan pengundian Cabang Hulu Selangor dan menghentikan proses kiraan kertas undi pada 11 Mei 2014. 
Tindakan itu melanggar Perkara B.6 Tataetika Pemilihan iaitu "mana-mana calon atau penyokongnya adalah dilarang daripada mengganggu sebarang proses dan acara Pemilihan Parti." 
K.Gunasekaran akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai. 
7) Noor Azman Samsuri (Cabang Tanjung Karang) 
Beliau telah terlibat dalam menipu tandatangan pencadang, Basri Kasnon, bagi pencalonan beliau sebagai Ketua Cabang Tanjung Karang. 
Noor Azman akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai. 
8) Ahmad Jufliz Faiza (Cabang Setiawangsa)
Beliau telah membuat kenyataan media pada 14 Mei 2014 yang mengkritik JPP dan parti secara terbuka.
 
Kesalahan itu merupakan pelanggaran Perkara B.7 Tataetika Pemilihan iaitu "Sebarang perselisihan berkaitan dengan Pemilihan Parti dilarang sama sekali dibawa kepada media atau dihebahkan kepada umum." 
Kenyataan ini telah disiarkan dalam rencana di laman The Malaysian Insider bertajuk "50 ahli PKR akan lapor RoS jika keputusan pemilihan tidak dibatalkan" pada 14 Mei 2014. 
Ahmad Jufliz akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai. ~SH

Pssstttmereka menggunakan Undang undang untuk menakutkan orang bawahannya mendedahkan salah laku mereka supaya selepas ini salah laku mereka tidak didedahkan pada media huuuhuuu ini kah parti yang menggelarkan parti mereka keADILAN rakyat persoalannya Rakyat di liwat dimana keadilannya

Isnin, 12 Mei 2014

Ketua Cabang PKR Subang, Abdul Razak Idris sah kan unsur penipuan turut berlaku ketika proses pemilihan

MANA ANWAR NAK TARUK MUKA NI !!!ALAHAIII..
PKR Cabang Subang yang dijalankan di Dewan Orang Ramai Sungai Buloh,semalam dan menerusi sumber sahih yg pm terima memang sudah di batalkan berikutan tercetusnya kekecohan di antara wakil calon dan pihak Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).

Amat memalukan penipuan demi penipuan dalam pemilihan PKR di dedahkan oleh puak mereka sendiri dan yang pasti masing masing pastinya mahukan perebutan jawatan yang tersedia,mungkin kepada yang menang bayak keuntungan akan di kaut setelah mereka berjaya nanti sebab tu mereka saling bercakaran sesama mereka ,ini hanyalah teori admin pm sahaja tapi penipuan demi penipuan jelas di sah kan sesama mereka

Tertarik admin dengan luahan hati calon Ketua Cabang PKR Subang, Abdul Razak Idris, yang berang dan mendakwa proses pengundian yang tidak dipantau dengan sebaiknya oleh JPP menimbulkan keraguan dan menyebabkan kekecohan serta beberapa penipuan sesama mereka jelas di lakukan.


menurutnya lagi “JPP sepatutnya peka dengan perkara ini dan tidak mengambil mudah memandangkan proses pengundian perlu dijalankan dengan telus,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Abdul Razak berkata, unsur penipuan turut berlaku ketika proses pemilihan berkenaan berlangsung.

“Ada warga emas berumur 50 tahun diberikan kertas undian Angkatan Muda Keadilan (AMK). Ini merupakan penipuan yang amat jelas," katanya.

Menurutnya, JPP juga tidak mempunyai cukup pegawai bagi mengawal keadaan di dewan berkenaan.

Jelasnya, prosedur pemilihan juga tergendala berikutan sistem pengurusan yang lemah.

“Ada di antara pengundi mengadu nombor calon tidak sama seperti di dalam kertas undi,” katanya.

Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah, yang juga calon untuk jawatan Ketua Cabang Subang memaklumkan, pihaknya menerima keputusan pembatalan pemilihan tersebut dengan terbuka walaupun banyak perkara menimbulkan keraguan.

Sebaiknya setiap ahli yang bersalah tu tak kira calon atau sesiapa sahaja yang bersalah harus di hukum jngan hanya banyak bermain politik sesungguhnya pm sanagt bersa hairan melihat gelagat mereka semua ini dan boleh lah di anggap CAKAP TAK SERUPA BIKIN kerana sebelum ini memfitnah umno itu ini bila di bawa kemahkamah tiada satu petisyen yang mereka menang pun akhirnya mereka sendiri membuka pekung masing masing mungkin inilah balasan bagi golongan yang suka mencari salah orang hinngga lupa mencermin siapa diri mereka tu.

Umno K Selangor dedah punca Dr Zul kalah dengan Umno

Kerajaan Negeri Selangor boleh berbangga dengan Kekayaan Negeri mereka tapi hakikatnya pernah kah mereka membantu golongan yang memerlukan bantuan seperti video diatas admin pm malas nak ulas banyak banyak namun percayalah tiada bantuan buat mereka dari Kerajaan Negeri yang mereka terima bukan setakat rumah ini sahaja yang memerlukan bantuan malah banyak lagi dikawasan ini yg admin pm nak tegas kan punca Pakatan tewas sebelum mereka menang sepenggal di sini adalah kerana PR tidak pernah ambil peduli masaalah rakyat

Maka tak hairan lah mereka kalah pada PRU13 yang lalu bayangkan semasa DR Zulkifli batang hidung dia pun tak nampak sehinggakan sehari dua nak pilihan raya baru masuk di kawasan kampong ini itu pun memancing undi dengan belanja pemuda makan di restoran dekat kolam pancing.

Admin pm agak teruja dengan ke prihatinan Umno khususnya dari YB Jakiran ini baru sahaja menjadi YB di kawasan tersebut sudah banyak kali beliau berjasa pada penduduk di kawasan beliau terutama sekali dalam membantu golongan yg kurang berkemampuan dan paling mencuit hati pm dulu pun beliau pernah membantu keluarga yg di rumah pertama dalam video diatas yg tidak mampu membayar bil klinik berjumlah 500 yang ketika makcik itu sakit di tengah malam

Persoalannya mengapa Kerajaan Negeri tidak sama sama membantu atau sengaja menolong orang tertentu atau hanya untuk membantu kroni mereka sahaja renung renungkanlah

DULU FITNAH UMNO RASUAH SECARA MEMBUTA TULI SEKARANG BUKTI PR TERANG TERANG MAIN RASUAH !!!APA CERITA MB SELANGOR PUN KAKI RASUAH KATA S MANIKAVASAGAM ?



Kewujudan politik wang... difahamkan proses pengundian di sembilan cabang PKR di negeri ini terpaksa dibatalkan ekoran pelbagai dakwaan penipuan dan sabotaj sesama mereka alahai tu lah asik nak menfitnah Umno last last terkena batang hidung sendiri
Sembilan cabang-cabang berkenaan ialah Subang, Hulu Langat, Sabak Bernam, Kuala Langat, Sepang, Klang, Kuala Selangor, Kota Raja dan Selayang.
Salah satu cabang bermasalah itu iaitu di Kuala Selangor membabitkan penyertaan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang bertanding jawatan ketua cabang berkenaan.
Abdul Khalid yang juga calon bagi jawatan timbalan presiden PKR, berdepan tuduhan mengamalkan politik wang sebagai umpang mendapatkan undi dikawasannya.
Tuduhan berkenaan dibuat pencabarnya untuk jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor, S. Manikavasagam yang bersedia mengemukakan bukti dalam tempoh terdekat malah admin sendiri melihat S Manikavasagam kat TV3 tadi buktikan satu rakaman telefon perbualan mengenai penerimaan duit ahli nya untuk mengundi Abdul Khaled Ibrahim jadi sama sama kita tengok apakah sambungan perebutan kuasa antara sesama mereka selepas ini
Jika keadaan ini lah berlaku sekiranya mereka berjaya memerintah Negara Alamatnya hancuuussss dibuatnya Negara kita jadi renung renungkan lah sahabat pm semua

Ahad, 11 Mei 2014

PEMILIHAN PKR DI SELANGOR PUNAH RANAH MALAH S MANIKAVASAGAM ADA BUKTI KHALED IBRAHIM RASUAH PENGUNDI !!! 5 CABANG DI BATAL PEMILIHANNYA

Hari ini, proses pemilihan dijalankan di Selangor. Selangor merupakan negeri terakhir yang menjalankan proses pemilihan untuk jawatan-jawatan utama dalam PKR. Bagaimanapun, proses pemilihan di seluruh Selangor tidak berjalan lancar apabila sekurang-kurangnya 5 Cabang telah dibatalkan pemilihannya.

Kelima-lima Cabang tersebut adalah Kelang, Sabak Bernam, Subang, Kuala Selangor dan Sungai Besar. Kesemua Cabang-Cabang tersebut telah diarahkan untuk menunda proses pemilihan masing-masing ekoran timbul pelbagai masalah. 

Di Kelang, satu pertengkaran telah tercetus di Dewan Kompleks Sukan Pandamaran, Kelang pada jam 12:15 tengah hari sehingga 12:30 tengah hari. Calon-calon Ketua Cabang iaitu Arayah Ibrahim, Zudin Asmah dan P.Krishnasamy telah melahirkan perasaan tidak puas hati terhadap wakil JPP. Calon-calon telah meminta agar pengundi pada hari ini dibatalkan dengan alasan nombor siri daftar pengundi tidak sama dengan senarai yang ada pada calon dengan senarai JPP.

Seorang lagi calon Ketua Cabang, Yew Boon Lye tidak menghadapi sebarang masalah atau rungutan. 

Perbincangan selama 10 minit kemudiannya telah merumuskan bahawa kedua-dua belah pihak bersetuju, pemilihan diteruskan dan semakan secara manual (8 kaunter) iaitu dengan berpandukan kepada nama dan nombor kad pengenalan, tidak lagi berpandukan kepada nombor siri buku daftar pengundi. 

Seramai lebih kurang 300 orang ahli sahaja daripada 700 orang ahli yang hadir semenjak jam 10:00 pagi telah berjaya melaksanakan pembuangan undi. 

Jam 12:50, 3 daripada 4 calon Ketua Cabang (kecuali Yew Boon Lye) masih tidak berpuas hati dengan penjelasan JPP dan berkeras meminta agar proses pengundian dihentikan. Calon-calon dan para penyokong masing-masing seterusnya berkumpul di hadapan pintu masuk utama Kompleks Sukan Pandamaran untuk melakukan protes. Protes itu menyebabkan proses pengundian tergendala seketika. 

Sekali lagi perbincangan dilakukan. Pihak JPP telah membenarkan proses pengundian diteruskan tetapi calon-calon Ketua Cabang yang tidak berpuas hati telah menghalang mana-mana pengundi daripada masuk mengundi. 

Berang dengan keputusan JPP membatalkan proses pengundian dan pemilihan di Kuala Selangor, calon Ketua Cabang, S.Manikavasagam mengeluarkan kenyataan kononnya seorang lagi calon Ketua Cabang, Khalid Ibrahim telah merasuah ahli-ahli PKR Kuala Selangor sebanyak RM50 seorang bagi memberikan undi kepadanya.

S.Manikavasagam yang lebih dikenali sebagai Mike juga berkata, dia mempunyai bukti salah laku, penyelewengan serta kerjasama antara JPP dengan Khalid Ibrahim bagi membolehkan Menteri Besar Selangor itu menang.


Cerita berkenaan ketidakpuasan hati calon-calon yang bertanding, selain kekecohan akibat pergaduhan antara para petugas dan penyokong dalam PKR, hari ini menjadi buah mulut. Hari ini, Selangor menjadi negeri terakhir yang menjalani proses pemilihan dan pengundian.

Setakat artikel ini ditulis, 9 Cabang telah digantung, ditunda atau dibatalkan proses pemilihan kerana pelbagai sebab.

BUTIRAN BOLEH DIBACA DI THE SELANGOR CHRONICLE.

Jumaat, 9 Mei 2014

PKR SELANGOR MAKIN TIDAK BERTIMBANG RASA MEMBUATKAN UMNO TERDETIK MEMBANTU PENEROKA TANAH MALANG YANG DI TINDAS

GAMBAR 2 HARI LEPAS KETIKA BANTAHAN DI BUAT DUA HARI LEPAS DAN ATAS KEPERIHATINAN BN MAKA SATU SAKETERIAT TUNTUTAN AKAN DI BUKA MEMBANTU PENEROKA  MALANG INI MENDAPATKAN HAK MEREKA KEMBALI
Tindakan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mengambil semula tanah yang telah diusahakan oleh rakyat sejak berpuluh-puluh tahun dianggap sebagai tindakan ‘ganas’ dan tidak bertimbang rasa.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, beliau menerima banyak laporan berhubung perkara itu termasuk melibatkan tanah berstatus kebenaran menduduki sementara (TOL) tanpa diberikan pampasan sewajarnya.

"Kita memang sedar tanah tersebut milik kerajaan negeri namun kita ingin tahu mengapa notis tersebut dikeluarkan tanpa apa-apa pampasan dinyatakan.

"Semalam sebanyak 336 peneroka tanah dari Parit 14 dan Parit 15, Sungai Panjang mendakwa tanah yang mereka usahakan sejak 70 tahun lalu hendak dirampas," katanya.

Lebih 100 peneroka berhimpun di depan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di beberapa hari lepas bagi membantah tindakan kerajaan negeri yang didakwa merampas tanah diusahakan mereka sejak hampir 70 tahun lalu.

Mereka adalah sebahagian daripada 336 peneroka tanah dari Parit 14 dan Parit 15, Sungai Panjang yang menuntut kerajaan negeri menarik balik keputusan merampas tanah terbabit selain membenarkan mereka terus mengusahakan aktiviti tanaman kelapa sawit, sawah padi dan koko di atas Tanah Hutan Simpan Sungai Karang.

Noh yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor menambah, beliau juga difahamkan kerajaan negeri ada menawarkan tanah yang dirampas untuk diberi milik semula kepada peneroka dengan bayaran premium mengikut harga pasaran semasa.
"Jika begitu keadaannya, kerajaan bukan memberi milik tanah tetapi menjual tanah tersebut kepada rakyat dan bayangkan satu ekar tanah boleh dinilai pada harga RM100,000. Jika 10 ekar berapa yang perlu dibayar.

"Sehubungan itu, UMNO Selangor akan menubuhkan sebuah sekretariat yang diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Budiman Mod. Zohdi dan dibarisi peguam sebagai penasihat.

"Mana-mana rakyat Selangor yang mahu menuntut hak mahupun pampasan ke atas tanah yang diusahakan mereka diharap dapat menghubungi sekretariat tersebut," ujarnya.

Rabu, 7 Mei 2014

KERAJAAN SELANGOR RAMPAS TANAH MELAYU TAPI BIARKAN TANAH CINA ? ADILKAH INI SEMUA ?

DI MANA SLOGAN NEGARA BERKEBAJIKAN PAKATAN RAKYAT ?APA KAH ITU SEMUA PEMBOHONGAN BELAKA ?
Tanah yang dihuni oleh mereka sejak 1948 bakal diserahkan kepada PKPS iaitu anak syarikat kerajaan negeri. Penduduk yang sudah menghuni di situ lebih 50 tahun dihalau dari tanah tumpah mereka sendiri.

Kehadiran konvoi sebanyak 15 buah kereta daripada Sungai Besar hadir ke Bangunan SUK tepat jam 11.30 pagi tadi menyatakan tuntutan supaya tanah mereka tidak diambil.

Turut hadir YB Budiman Zohdi - Adun Sungai Panjang, Datuk Jamal Yunos - Ketua Bahagian Sungai Besar dan Akhirizan Mohamed - Ketua Pemuda Sungai Besar.

Tanah yang seluas lebih kurang 50 hektar dan sudah pun didiami lebih 20 buah rumah berserta kebun sawit yang sudah mereka tanam lebih 10 tahun bakal dirampas oleh kerajaan negeri dengan alasan kawasan itu adalah kawasan hutan simpan.

Adalah tidak logik selepas 1 penggal lebih memerintah mereka sudah berani mengganggu penempatan orang Melayu di sana.

RENTETAN peristiwa hitam dalam hidup penduduk Sungai Karang, Sungai Besar (baca di SINI), hari ini Bertempat di pintu masuk utama Bangunan SUK, Shah Alam sekumpulan penduduk yang dihalau dari tanah mereka hadir bagi menyatakan bantahan kepada kerajaan negeri atas tindakan tidak berperikemanusiaan mereka.

Adalah tidak logik selepas 1 penggal lebih memerintah mereka sudah berani mengganggu penempatan orang Melayu di sana.

Kejam.... Memang kejam...

Adakah sudah habis tanah rizab di Selangor untuk dimajukan lagi?

Adakah kerana yang mendiami tanah tersebut Melayu, maka mereka senang-senang dihalau dari sana?

Bagaimana pula dengan Kampung Baru Cina di Sekinchan yang sehingga sekarang tidak mempunyai geran tanah namun tidak diusik pun walau sedikit. Malah didirikan pula sebuah tokong besar melebihi masjid di Sekinchan.

Adilkah kerajaan negeri sekarang???
BACA SETERUSNYA DI SUMBER INI

Selasa, 6 Mei 2014

PANAS !!! RUMAH URUT SELANGOR KANTOI IKLAN KAN COLI DAN SELUAR DALAM PELACUR ?


AKTIVITI PELACURAN ADALAH SUMBER YANG HARAM DI SISI AGAMA NAMUN SEJAK PAKATAN MEMERINTAH SELANGOR ANDA NILAIKAN BERAPA JUMLAH YANG ADA DI KAWASAN ANDA RAKYAT SELANGOR ?ITU SAHAJA PERSOALAN ADMIN PM UNTUK ANDA !!!

PUCHONG : Persaingan sengit perniagaan rumah urut sekitar daerah ini menyebabkan sindiket pelacuran sengaja mengiklankan coli dan seluar dalam pelbagai bentuk serta warna sebagai ‘pelaris’ menarik pelanggan.
Iklan pelik itu tersebar di laman Internet dan pelanggan berminat boleh melakukan suai padan pakaian dalam diminati dengan wanita tukang urut yang diiklan.
Promosi jelik itu terbongkar apabila seorang peminat urutan refleksologi mendedahkannya kepada wartawan Harian Metro.
Lelaki yang mahu dikenali sebagai Faisal, 35, berkata, iklan seluar dalam dan coli itu mula disebarkan pemilik pusat urutan yang berselindung di sebalik rawatan refleksologi kaki.
Menurutnya, banyak pusat urutan Thai, tradisional dan refleksologi dibuka menyebabkan pemilik premis mengiklankan gambar coli serta seluar dalam bagi menambat pelanggan terutama lelaki. -HM

Selangor tidak pernah tolak projek Langat 2 La Macai Pembangkang ?

DULU KERAJAAN SELANGOR KEKAL TOLAK LANGAT 2 ,SEMALAM KATA TAK PERNAH TOLAK PULAK !!!?
Kerajaan Selangor tidak pernah menolak usaha kerajaan Persekutuan melaksanakan pembinaan projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) bagi meningkatkan tahap perkhidmatan bekalan air bersih kepada rakyat.
   
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Dr Ahmad Yunus Hairi berkata sebaliknya kerajaan negeri hanya menangguhkan projek tersebut bagi memberikan tumpuan kepada penstrukturan industri perkhidmatan air yang telah dirancangkan sebelum ini.

Apa yang dirancang Kerajaan Negeri dari 2008 sehingga sekarang?tu lah guna lagi tuan penasihat RM1 lagi sampaikan air kena catu berbulan dan Rakyat menderita ?

Yang paling sedap bagi jawapan kononnya nak  meningkatkan tahap perkhidmatan bekalan air bersih kepada rakyat.

Pm masih ingat lagi DR Ahmad ni lah yang 
suruh rakyat selangor tadah air hujan bila air tak keluar dari paip rumah dengan berkata"Ambil peluang masa hujan ini. Jangan bergantung 100 peratus pada air paip. Kalau saya sendiri tidak ambil air hujan ini dalam keadaan air paip saya tak ada, apa yang saya boleh kata pada diri saya selain 'malas'." (Dr Ahmad Yunus / 18 April 2014)

Tadah air hujan tu lah perancangan rapi bagi meningkatkan tahap perkhidmatan bekalan air bersih kepada rakyat Haaaaahaaaa...

APA KATA SAHABAT PM PULAK ?

Selasa, 29 April 2014

CATUAN AIR DI SELANGOR :ADUN PAS INI ADMIN PM SARAN KAN LETAK LAH JAWATAN KALAU MALAS NAK BEKERJA ?


Seorang Wakil Rakyat seharusnya bijak dalam menyelesaikan masaalah Rakyat akan tetapi bila Exco atau dikenali sebagai Wakil Rakyat sudah jadi pemalas malah tak tahu nak buat kerja maka setiap kesalahan yang mereka lakukan akan di letakkan ke bahu rakyat walhal sepatutnya pm rasa dia orang ni mewakili semua Rakyat di kawasan yang mereka menang untuk menyelesaikan serta membantu rakyat ini tidak dia yang salah nak kaitkan rakyat la pulak

Exco Kerajaan Negeri Selangor yang di pilih oleh penyokongnya seharusnya malu dengan kata kata biadap ini pm juga tidak ketinggalan untuk sama sama membidas kebiadapan pemimpin pas ini semoga selepas ini sebelum nak membuat ucapan harus lah di fikirkan apa yang nak di sebut supaya perkataan perkataan kurang cerdik ini tidak timbul

Sewajarnya mereka memikirkan jalan terbaik untuk menyelesaikan masaalah catuan air ini dan sikap lepas tangan ini sungguh memalukan seharusnya beliau ini berhenti sahaja jadi Wakil rakyat sebabnya kalau cakap macam tu admin pm pun boleh maka sebaiknya letak sahaja jawatan kan senang,sudahlah gaji mengalahkan adun adun di tempat lain naik begitu tinggi dahuu seharusnya bila gaji tinggii kerja pun kena lah cekap ni tak asik menyusah kan rakyat sahaja

Pada yang kurang cerdik senanglah mereka bodohkan tapi tidak kami yang teguh berdiri menyokong serta taat setia membantu kerajaan tampa sebarang bayaran semata mata cinta kan Negara demi Islam tercinta tapi yang tak cerdik maka terkinja kinja lah sepanjang tahun berdemo terlompat lompat heehee,dalam setahun ntah berapa kali lah weeiii namun hasilnya makin teruk mereka di perbodohkan dengan permainan persepsi Pembangkang

SKANDAL ANTARA WAN AZIZAH DAN KHALED IBRAHIM DI DEDAH ?

Apakah ini motif terselindung, Mohamed Azmin Ali yang dibantu orang kuatnya, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin untuk mencetuskan perang mulut dengan Khalid supaya nampak kelemahannya?dan siapa pula yang berperanan menjadi tulang belakang MB Selangor itu yang membuatkan dia selamba menentang gerakan Azmin dan sekutunya termasuk campur tangan DAP
Ketika rakan trio, iaitu Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar sibuk berkempen mencari sokongan, Khalid pula tersekat di tengah-tengah dengan asakan bertubi-tubi daripada musuh politiknya sendiri seolah olah dia sengaja mahu di sabotaj rakan dalam parti carca marba ini.
Seingat pm perbalahan ini semuanya berpunca daripada Khalid tidak menyambung kontrak Mohamed Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) beberapa bulan lalu, menyebabkan beliau diserang oleh orang kuat penyandang jawatan Timbalan Presiden serta para pengikutnya yang kurang senang dengan tindakan MB Selangor itu.
Nasib malang paling buruk yang terpaksa di terima MB Selangor itu bertambah rumit apabila pm lihat isu besar ini timbul dan tak lain tak bukan berkenaan isu air sehinggakan dap masuk campur mahu memecat beliau
Kegagalan terbesar Khalid menangani masalah bekalan air sehingga seluruh penduduk Selangor berdepan dengan catuan air dan dan tak ketinggalan admin pm punya rumah pun terlibat sama amat di kesali dan kemarahan geng pakatan memuncak bilamana keputusannya memeterai perjanjian (MoU) dengan Kerajaan Persekutuan untuk pembinaan projek Langat 2 tanpa pengetahuan pucuk pimpinan PKR juga antara faktor beliau di musuhu sebilangan rakan partinya sendiri
Justeru, kepemimpinan parti terpaksa membuat keputusan untuk menukarkan kerusi Menteri Besar dengan seseorang yang difikirkan layak. Mereka ialah Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Oleh kerana Anwar berhadapan dengan kesalahan meliwat oleh Mahkamah Persekutuan Putrajaya, calon yang layak ketika ini ialah Wan Azizah, tetapi ‘perubahan’ itu dijangka dilakukan selepas selesai pemilihan PKR 11 Mei ini.
Sikap Khalid yang selamba dengan perancangan parti itu, mendorong rasa sakit hati beberapa pemimpin kanan PKR yang mahu pertukaran Menteri Besar dipercepatkan, bukan menunggu sehingga pemilihan kepimpinan selesai.
Zuraida, antara pemimpin yang agak lantang dalam parti dan Parlimen memberi reaksi balas berhubung ‘kelembapan’ pucuk kepimpinan PKR dalam hal itu dengan membuat kenyataan mendesak parti supaya tempat Khalid segera diganti.
Beliau menyifatkan Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang sebagai seorang yang angkuh dan tidak memainkan peranan sebagai pemimpin dalam parti dan Menteri Besar dalam kerajaan negeri.
Serentak itu juga, beliau tanpa berselindung menyatakan kesediaannya menamakan calon yang layak menggantikan Khalid, walaupun parti telah membayangkan Wan Azizah sebagai pengganti.
Umum tahu kenapa Khalid sukar digugat dan kenapa pula setiap perbalahan yang dicetuskan olehteam Mohamed Azmin, hanya didiamkan begitu sahaja oleh Khalid?
Ia tidak lain kerana di belakang Menteri Besar itu ialah Wan Azizah. Presiden PKR ini banyak memberi sokongan kepada Khalid sejak krisis kepimpinan bermula di awal kemenangan pakatan pembangkang Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU 12) tahun 2008 lagi.
Khalid dipilih oleh Wan Azizah kerana dilihat sebagai sesuai menjadi Menteri Besar dan bertanding jawatan Timbalan Presiden bagi menyeimbangi kekuatan team Mohamed Azmin sejak isu skandal Anwar dengan isterinya, Shamsidar Taharin.
Zuraida pula, yang terkenal dengan gelaran ‘Mak Lampir’ digunakan sepenuhnya oleh Mohamed Azmin bagi membantunya mencapai cita-cita untuk menjadi Menteri Besar Selangor, namun sehingga kini impiannya tidak kesampaian kerana pengaruh Wan Azizah masih kuat.
Persoalan, siapakah calon Menteri Besar yang Zuraida maksudkan itu? Adakah Mohamed Azmin atau Wan Azizah? Jika ditanya pandangan pemerhati politik Selangor, rata-rata mengatakan calon itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa.
Ini berdasarkan kenyataan Zuraida, calon yang dimaksudkan itu sudah tentu boleh melakukan tugas dengan baik dan dapat menyelesaikan segala masalah yang berlaku di Selangor iaitu daripada air sehingga kebajikan rakyat.
“Sudah dua penggal beliau memerintah kerajaan negeri dan dia seharusnya memiliki persediaan dan pandangan jauh mengenai masalah yang akan dilalui di negeri ini.
“Jika Anwar tidak boleh melakukannya kerana komplikasi undang-undang, kami akan menamakan calon seterusnya yang layak untuk menggantikan Khalid,” kata Zuraida sebagaimana dilaporkan sebuah portal berita baru-baru ini.
Menjawab kenyataan Zuraida itu, Khalid segera memberitahu, jika ‘Mak Lampir’ mempunyai senarai nama penggantinya, beliau juga sudah ada nama yang sesuai untuk menggantikan Zuraida.
“Saya juga ada nama untuk gantikan YB Zuraida,” jawab Khalid ringkas ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Wanita PKR itu.
Pada masa sama, Khalid juga turut menjawab kenyataan keras Ahli Parlimen DAP Jelutong, Jeff Ooi yang mendesaknya digugurkan sebagai Menteri Besar kerana dikatakan gagal menangani masalah air di Selangor sehingga beliau terpaksa ‘mandi kerbau’ akibat catuan air.
“Saya ingat dia (Jeff Ooi) tak ada kuasa…itu sahaja.
Perang mulut antara Tan Sri Khalid Ibrahim dengan beberapa pemimpin kanan PKR nampaknya semakin serius tapi sehingga kini Khaled tidak menampakkan sikap mahu mengalah terhadap musuh dalam selimut mereka itu.
Perbalahan ini juga menyebabkan perhatian Menteri Besar Selangor itu untuk mentadbir kerajaan negeri dilihat sedikit terbantut dan usaha kempennya memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR juga terganggu malah rakyat bertambah muak dengan perpecahan yang berlaku malah terbukti sesama mereka pun tak terurus malah kegagalan pimpinan PKR telah terserlah dan peringatan PM pada rakan rkan semua adakah insan insan ini mampu memtakbir Negara setelah sikap tamakkan kuasa semakin terjojol.
Jadi pm ingatkan sekali lagi bahawa sanya tiada lagi parti yang lebih baik dari Barisan Nasional setakat ini dan segala kekurangan adalah sangat menima dan bioleh di perbiki berbanding perpecahan dalam PKR DAP dan PAS yang terbukti tiada langsung persepakatan jika di biarkan memerintah Negara alamatnya Negara ''MELINGKOP AOOOPPP...''admin PM ulangi ''MELINGKOP AOOOPPP LAH NEGARA KITA''renung renungkan jadikan pengajaran di Negara Luar yang sudah hancur dengan perpecahan sebagai tauladan dan semoga Negara kita Aman damai dan sentosa selamanya Amin...