Kerajaan Tidak Boleh Dipersalahkan Berkaitan Isu Halal-Haram – Dr. Asri |
Jelasnya, ramai orang Islam di negara ini lebih berfikir tentang perkara haram dahulu daripada halal. Cara berfikir seperti itu adalah salah dari segi kaedah hukum di dalam agama.
“Asal setiap perkara itu seperti makanan, pakaian, kebudayaan, asasnya adalah halal sehingga ianya terbukti haram. Rahmat agama ini datang menjadikan semua benda ini halal kerana Allah telah mencipta semua benda untuk kita. Apa sahaja pada asalnya adalah halal sehingga kita buktikan ianya haram dengan adanya dalil. Khinzir terbukti haram maka ia haram.
“Tapi apa sahaja yang zahirnya halal maka kita kira halallah. Islam itu mudah. Jangan kita memperlihatkan Islam itu sebagai satu agama yang amat susah sehingga ianya memberi gambaran buruk kepada mereka yang bukan Islam, sedangkan hakikatnya tidak seperti itu,” ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Tambah Dr. Asri, justeru itu rakyat tidak perlu berasa bimbang atau was-was apabila Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) di mana ia sebagai sebuah badan yang diberi tanggungjawab terhadap semua pengesahan halal, telahpun mengesahkan sesuatu perkara itu halal.
“Rakyat tidak perlu bimbang tentang hal ini. Apabila Jakim sudah mengesahkan sesuatu benda itu halal, seumpamanya dalam isu Cadbury ini, maka umat Islam tidak perlu ragu-ragu tentang perkara itu lagi. Cuma dalam hal ini, perlu diingatkan juga bahawa apa yang tidak berikan cop halal oleh Jakim pula, ianya belum tentu haram,” jelasnya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan