Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 16 Mei 2014

MEMALUKAN BILA MB SELANGOR DI EJEK AHLI CABANG SEBAGAI PENIPU DAN KAKI RASUAH DI DEPAN PEJABATNYA

PEPERANGAN SESAMA MEREKA KIAN MERUNCING Akan tetapi demi menyelamatkan maruah parti maka berbagai alasan dicipta Anwar dan terbaru dengan sengaja mengatakan kononnya pertikaian serta gangsterisme dalam pemilihan mungkin sebab campur tangan orang luar namun hakikatnya penyokong taksubnya sekali lagi cuba di perbodohkan dengan alasan demikian
PETALING JAYA-Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terpaksa pekakkan telinga apabila seorang ahli Cabang, Zulkifli Abdullah menjerit mengatakan Khalid penipu dan kaki rasuah di kaki lima ibu pejabat Parti Keadilan rakyat (PKR) di Petaling Jaya pagi tadi.
Tanpa mempedulikan suasana kecoh, Khalid terus ke keretanya dan meninggalkan premis ibu pejabat PKR tanpa menoleh ke belakang.
Sebelum itu, calon Ketua Cabang PKR Kuala Selangor, S. Manikavasagam mengadakan sidang akhbar tergempar mengatakan Khalid sengaja menggantung keahliannya dengan kerjasama Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) kerana didakwa melanggar tatasusila dan disiplin parti yang amat berat.
“Kononnya saya memfitnah Khalid mengamalkan politik wang semasa pemilihan cabang Kuala Selangor dengan memuat naik video rakaman perbualan pengurus kempen Khalid menawarkan rasuah RM30 supaya mengundinya.
“Saya bercakap kerana saya terima aduan bahawa pemilih diberi rasuah RM30 dan RM20 untuk jawatan kebangsaan dan Ketua Bahagian Kuala Selangor,” katanya.
Jelas beliau, hukuman yang diterima disifatkan sebagai tidak wajar kerana dia tidak dipanggil untuk membela diri sekiranya benar dia telah melakukan kesalahan melanggar disiplin parti.
“Saya memang tidak tahu tentang berlakunya aduan kesalahan yang telah saya lakukan semasa kempen pemilihan Cabang Kuala Selangor.
“Jika begini layanan yang saya terima setelah menjadi ahli PKR selama 14 tahun, hukuman ini adalah tidak adil sama sekali kerana saya tidak dimaklumkan apa kesalahan saya,” katanya.
Jelas Manikavasagam lagi, dia tidak akan berhenti daripada berjuang untuk mendapatkan keadilan bagi dirinya kerana dia masih sayangkan parti walaupun dilayan sebegitu rupa.
“Saya amat berharap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat campur tangan untuk menangani masalah ini. Jangan biarkan tangan-tangan ‘bernajis’ sesuka hati membuat keputusan hanya untuk menyelamatkan diri sendiri,” ujarnya.

Tiada ulasan: