Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 6 Mei 2014

Selangor tidak pernah tolak projek Langat 2 La Macai Pembangkang ?

DULU KERAJAAN SELANGOR KEKAL TOLAK LANGAT 2 ,SEMALAM KATA TAK PERNAH TOLAK PULAK !!!?
Kerajaan Selangor tidak pernah menolak usaha kerajaan Persekutuan melaksanakan pembinaan projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) bagi meningkatkan tahap perkhidmatan bekalan air bersih kepada rakyat.
   
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Dr Ahmad Yunus Hairi berkata sebaliknya kerajaan negeri hanya menangguhkan projek tersebut bagi memberikan tumpuan kepada penstrukturan industri perkhidmatan air yang telah dirancangkan sebelum ini.

Apa yang dirancang Kerajaan Negeri dari 2008 sehingga sekarang?tu lah guna lagi tuan penasihat RM1 lagi sampaikan air kena catu berbulan dan Rakyat menderita ?

Yang paling sedap bagi jawapan kononnya nak  meningkatkan tahap perkhidmatan bekalan air bersih kepada rakyat.

Pm masih ingat lagi DR Ahmad ni lah yang 
suruh rakyat selangor tadah air hujan bila air tak keluar dari paip rumah dengan berkata"Ambil peluang masa hujan ini. Jangan bergantung 100 peratus pada air paip. Kalau saya sendiri tidak ambil air hujan ini dalam keadaan air paip saya tak ada, apa yang saya boleh kata pada diri saya selain 'malas'." (Dr Ahmad Yunus / 18 April 2014)

Tadah air hujan tu lah perancangan rapi bagi meningkatkan tahap perkhidmatan bekalan air bersih kepada rakyat Haaaaahaaaa...

APA KATA SAHABAT PM PULAK ?

Tiada ulasan: