Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 8 Mei 2013

200 PENYOKONG HUSAM MENGAMUK BUAT DEMOTRASI MEMBANTAH PENYINGKIRAN HUSAM !!!!


Belum pun lama kemenangan Pas di Kelantan penyokong Husam dah berkumpul nak tunjuk pada kita yang geng geng mereka ni memang dari dulu tidak ada nilai perpaduan dan kemuafakatan .
 Ini dibukti kan kira-kira beberapa jam yang lalu 200 penyokong Datuk Husam Musa hari ini berkumpul secara aman membantah 'penyingkiran' beliau dari barisan exco kerajaan negeri Kelantan yang baharu.
Mereka berkumpul sejak pukul 9 pagi di perkarangan Kota Darul Naim sambil membawa pelbagai sepanduk, tetapi beredar sejam kemudian setelah diarahkan pihak polis.
Mereka juga membantah tindakan tidak menyenarai Ketua Pemuda Pas Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman sebagai exco, di samping menolak pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Panchor, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah sebagai timbalan menteri besar.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Husam yang merupakan Naib Presiden Pas mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Salor, tetapi kalah di kerusi Parlimen Putrajaya.
Dua hari lalu, Adun Pasir Pekan, Datuk Ahmad Yakob mengangkat sumpah sebagai menteri besar Kelantan yang baharu menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Ketiadaan Husam dalam senarai exco kerajaan negeri mencetuskan polemik politik di Kelantan serta mengejutkan ramai pihak.
Ahmad menjelaskan ketiadaan Husam yang sebelum ini merupakan pengerusi jawatankuasa perancangan ekonomi dan kebajikan negeri, kerana nama beliau tidak mendapat perkenan istana Kelantan.
Husam pula menempelak barisan exco baharu itu yang dikatakannya diluluskan tanpa mengikut prosedur.

Tiada ulasan: