Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 29 April 2014

SKANDAL ANTARA WAN AZIZAH DAN KHALED IBRAHIM DI DEDAH ?

Apakah ini motif terselindung, Mohamed Azmin Ali yang dibantu orang kuatnya, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin untuk mencetuskan perang mulut dengan Khalid supaya nampak kelemahannya?dan siapa pula yang berperanan menjadi tulang belakang MB Selangor itu yang membuatkan dia selamba menentang gerakan Azmin dan sekutunya termasuk campur tangan DAP
Ketika rakan trio, iaitu Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar sibuk berkempen mencari sokongan, Khalid pula tersekat di tengah-tengah dengan asakan bertubi-tubi daripada musuh politiknya sendiri seolah olah dia sengaja mahu di sabotaj rakan dalam parti carca marba ini.
Seingat pm perbalahan ini semuanya berpunca daripada Khalid tidak menyambung kontrak Mohamed Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) beberapa bulan lalu, menyebabkan beliau diserang oleh orang kuat penyandang jawatan Timbalan Presiden serta para pengikutnya yang kurang senang dengan tindakan MB Selangor itu.
Nasib malang paling buruk yang terpaksa di terima MB Selangor itu bertambah rumit apabila pm lihat isu besar ini timbul dan tak lain tak bukan berkenaan isu air sehinggakan dap masuk campur mahu memecat beliau
Kegagalan terbesar Khalid menangani masalah bekalan air sehingga seluruh penduduk Selangor berdepan dengan catuan air dan dan tak ketinggalan admin pm punya rumah pun terlibat sama amat di kesali dan kemarahan geng pakatan memuncak bilamana keputusannya memeterai perjanjian (MoU) dengan Kerajaan Persekutuan untuk pembinaan projek Langat 2 tanpa pengetahuan pucuk pimpinan PKR juga antara faktor beliau di musuhu sebilangan rakan partinya sendiri
Justeru, kepemimpinan parti terpaksa membuat keputusan untuk menukarkan kerusi Menteri Besar dengan seseorang yang difikirkan layak. Mereka ialah Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Oleh kerana Anwar berhadapan dengan kesalahan meliwat oleh Mahkamah Persekutuan Putrajaya, calon yang layak ketika ini ialah Wan Azizah, tetapi ‘perubahan’ itu dijangka dilakukan selepas selesai pemilihan PKR 11 Mei ini.
Sikap Khalid yang selamba dengan perancangan parti itu, mendorong rasa sakit hati beberapa pemimpin kanan PKR yang mahu pertukaran Menteri Besar dipercepatkan, bukan menunggu sehingga pemilihan kepimpinan selesai.
Zuraida, antara pemimpin yang agak lantang dalam parti dan Parlimen memberi reaksi balas berhubung ‘kelembapan’ pucuk kepimpinan PKR dalam hal itu dengan membuat kenyataan mendesak parti supaya tempat Khalid segera diganti.
Beliau menyifatkan Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang sebagai seorang yang angkuh dan tidak memainkan peranan sebagai pemimpin dalam parti dan Menteri Besar dalam kerajaan negeri.
Serentak itu juga, beliau tanpa berselindung menyatakan kesediaannya menamakan calon yang layak menggantikan Khalid, walaupun parti telah membayangkan Wan Azizah sebagai pengganti.
Umum tahu kenapa Khalid sukar digugat dan kenapa pula setiap perbalahan yang dicetuskan olehteam Mohamed Azmin, hanya didiamkan begitu sahaja oleh Khalid?
Ia tidak lain kerana di belakang Menteri Besar itu ialah Wan Azizah. Presiden PKR ini banyak memberi sokongan kepada Khalid sejak krisis kepimpinan bermula di awal kemenangan pakatan pembangkang Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU 12) tahun 2008 lagi.
Khalid dipilih oleh Wan Azizah kerana dilihat sebagai sesuai menjadi Menteri Besar dan bertanding jawatan Timbalan Presiden bagi menyeimbangi kekuatan team Mohamed Azmin sejak isu skandal Anwar dengan isterinya, Shamsidar Taharin.
Zuraida pula, yang terkenal dengan gelaran ‘Mak Lampir’ digunakan sepenuhnya oleh Mohamed Azmin bagi membantunya mencapai cita-cita untuk menjadi Menteri Besar Selangor, namun sehingga kini impiannya tidak kesampaian kerana pengaruh Wan Azizah masih kuat.
Persoalan, siapakah calon Menteri Besar yang Zuraida maksudkan itu? Adakah Mohamed Azmin atau Wan Azizah? Jika ditanya pandangan pemerhati politik Selangor, rata-rata mengatakan calon itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa.
Ini berdasarkan kenyataan Zuraida, calon yang dimaksudkan itu sudah tentu boleh melakukan tugas dengan baik dan dapat menyelesaikan segala masalah yang berlaku di Selangor iaitu daripada air sehingga kebajikan rakyat.
“Sudah dua penggal beliau memerintah kerajaan negeri dan dia seharusnya memiliki persediaan dan pandangan jauh mengenai masalah yang akan dilalui di negeri ini.
“Jika Anwar tidak boleh melakukannya kerana komplikasi undang-undang, kami akan menamakan calon seterusnya yang layak untuk menggantikan Khalid,” kata Zuraida sebagaimana dilaporkan sebuah portal berita baru-baru ini.
Menjawab kenyataan Zuraida itu, Khalid segera memberitahu, jika ‘Mak Lampir’ mempunyai senarai nama penggantinya, beliau juga sudah ada nama yang sesuai untuk menggantikan Zuraida.
“Saya juga ada nama untuk gantikan YB Zuraida,” jawab Khalid ringkas ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Wanita PKR itu.
Pada masa sama, Khalid juga turut menjawab kenyataan keras Ahli Parlimen DAP Jelutong, Jeff Ooi yang mendesaknya digugurkan sebagai Menteri Besar kerana dikatakan gagal menangani masalah air di Selangor sehingga beliau terpaksa ‘mandi kerbau’ akibat catuan air.
“Saya ingat dia (Jeff Ooi) tak ada kuasa…itu sahaja.
Perang mulut antara Tan Sri Khalid Ibrahim dengan beberapa pemimpin kanan PKR nampaknya semakin serius tapi sehingga kini Khaled tidak menampakkan sikap mahu mengalah terhadap musuh dalam selimut mereka itu.
Perbalahan ini juga menyebabkan perhatian Menteri Besar Selangor itu untuk mentadbir kerajaan negeri dilihat sedikit terbantut dan usaha kempennya memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR juga terganggu malah rakyat bertambah muak dengan perpecahan yang berlaku malah terbukti sesama mereka pun tak terurus malah kegagalan pimpinan PKR telah terserlah dan peringatan PM pada rakan rkan semua adakah insan insan ini mampu memtakbir Negara setelah sikap tamakkan kuasa semakin terjojol.
Jadi pm ingatkan sekali lagi bahawa sanya tiada lagi parti yang lebih baik dari Barisan Nasional setakat ini dan segala kekurangan adalah sangat menima dan bioleh di perbiki berbanding perpecahan dalam PKR DAP dan PAS yang terbukti tiada langsung persepakatan jika di biarkan memerintah Negara alamatnya Negara ''MELINGKOP AOOOPPP...''admin PM ulangi ''MELINGKOP AOOOPPP LAH NEGARA KITA''renung renungkan jadikan pengajaran di Negara Luar yang sudah hancur dengan perpecahan sebagai tauladan dan semoga Negara kita Aman damai dan sentosa selamanya Amin...

Tiada ulasan: