Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 18 Mei 2014

NOH OMAR BIDAS PKR SELANGOR ''CAKAP TAK SERUPA BIKIN''

PENIPUAN MB SELANGOR PKR SEDAYA UPAYA SELAMATKAN MARUAH PARTI DENGAN MEMBERI KEMENAGAN PERCUMA MB SELANGOR ?

PANAS dilaman media di katakan Tan Sri Khalid Ibrahim menang tanpa bertanding dan mengekalkan jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor dalam pemilihan parti itu bagi penggal 2014-2017 selepas pencabarnya, S. Manikavasagam dikenakan tindakan tatatertib oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).
ADMIN PM/Berang dengan keputusan JPP membatalkan proses pengundian dan pemilihan di Kuala Selangor, calon Ketua Cabang, S.Manikavasagam mengeluarkan kenyataan kononnya seorang lagi calon Ketua Cabang, Khalid Ibrahim telah merasuah ahli-ahli PKR Kuala Selangor sebanyak RM50 seorang bagi memberikan undi kepadanya. 
S.Manikavasagam yang lebih dikenali sebagai Mike juga berkata, dia mempunyai bukti salah laku, penyelewengan serta kerjasama antara JPP dengan Khalid Ibrahim bagi membolehkan Menteri Besar Selangor itu menang.

Cerita berkenaan ketidakpuasan hati calon-calon yang bertanding, selain kekecohan akibat pergaduhan antara para petugas dan penyokong dalam PKR, hari ini menjadi buah mulut sehingga kini

KUALA SELANGOR - Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar menyifatkan tindakan PKR menggantung keahlian ahli parti itu yang mendedahkan kepincangan pemilihan parti itu di media sebagai 'cakap tidak serupa bikin'.

Menurutnya, sebelum ini PKR lantang memperjuangkan hak kebebasan bersuara tetapi menghukum ahli yang mempersoalkan pemilihan tidak telus sehingga menyebabkan kekecohan berlaku.

“PKR sendiri dilihat tidak mengamalkan keterbukaan dalam bersuara kerana mengambil tindakan terhadap anggota yang dilihat tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan yang kini seolah-olah ada dua kumpulan yang berbeza.

“Padahal mereka selama ini menyalahkan kerajaan Persekutuan mengenai hak kebebasan bersuara seperti tiada undang-undang di negara ini sehingga mahu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri,” katanya.

Noh, yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, setelah berjaya menubuhkan parti dan kerajaan negeri,  mereka tidak mempraktikkannya apabila mengenakan tindakan disiplin menentang ahli parti yang membuat kenyataan di media.

“Di manakah prinsip perjuangan mereka? Ini menunjukkan bahawa PKR menipu rakyat dan saya hairan kenapa anggota-anggota parti itu masih tidak nampak perkara ini,” katanya lagi.

Tuduhan berkenaan dibuat pencabarnya untuk jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor, S. Manikavasagam yang bersedia mengemukakan bukti dalam tempoh terdekat malah admin sendiri melihat S Manikavasagam kat TV3 tempoh hari buktikan satu rakaman telefon perbualan mengenai penerimaan duit ahli nya untuk mengundi Abdul Khaled Ibrahim jadi sama sama kita tengok apakah sambungan perebutan kuasa antara sesama mereka selepas ini
Jika keadaan ini lah berlaku sekiranya mereka berjaya memerintah Negara Alamatnya hancuuussss dibuatnya Negara kita jadi renung renungkan lah sahabat pm semua

Tiada ulasan: