Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 22 Mei 2014

Kerajaan Selangor Perlu Segera Selesaikan Isu Sekolah Bina Insan – Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Kerajaan Negeri Selangor digesa segera menyelesaikan isu Sekolah Bina Insan (SBI) di Kajang, di bawah pengurusan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang dilaporkan akan ditutup hujung tahun ini.
sbi-sekolah-bina-insan-majlis-jabatan-agama-islam-selangor-mais-jais-kerajaan-tutup-kajang
Pengerusi Biro Pelajaran Pemuda UMNO pusat Mohd Rafiq Naizamohideen berkata Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menjanjikan pendidikan percuma kepada rakyat pada pilihan raya umum lepas, perlu berupaya menyelamatkan sebuah sekolah bernaung di bawah MAIS, badan berkanun di bawah kerajaan negeri pimpinan PKR.
Beliau berharap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), dapat menyelesaikan isu SBI yang kini beroperasi sementara di KUIS.
“Sebagai menteri besar, ketua kerajaan negeri dan pengerusi lembaga pengarah kolej itu…takkan Abdul Khalid tidak boleh menyelesaikan masalah tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di Ampang, dekat sini  hari ini.
Selasa lepas, Pengerusi Mais Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dilaporkan berkata keputusan penutupan operasi SBI pada hujung tahun ini sudah dimuktamadkan berikutan sumber kewangan yang terhad dan faktor lokasi sekolah yang kini menumpang di KUIS.
Mohd Rafiq berkata kerajaan negeri perlu bertanggungjawab untuk menangani isu penutupan SBI yang mempunyai 400 pelajar dan 50 tenaga pengajar.
“Mereka patut cari alternatif dan jalan penyelesaian dan membela nasib kesemua pelajar serta ibu bapa, tenaga pengajar dan pegawai pentadbiran…jangan umum nak tutup baru nak mengatasi masalah ini,” katanya di sumber Umno online yang pm petik ini
Catat Ulasan