Sambungan cerita perbalahan antara pecahan dua seteru dalam PKR Selangor sudah masuk ke tahap yang lebih Kritikal,sebelum ini admin @pm ada menulis kisah komplot geng Azmin yang bersama sama pengikutnya duduk di hotel bercerita tentang keburukan geng2 Khaled Ibrahim di sini dan pertelingkahan tersebut jelas membuktikan pertikaman lidah antara team Azmin dan Khaled ibrahim
Setelah Azmin di serang oleh geng Khaled maka kesalahan itu di balik kan kepada umno di cerita yg pm tulis semalam di dalam cerita sebelum ini dan hari ini pertikaman itu berterusan dan terbukti pertilingkahan antara mereka sudah tidak dapat di sorok lagi apabila Mak Lampir terang terangan menyerang Khaled Ibrahim seperti di bawah jadi usaha mereka untuk memfitnah Umno Kantoiii.. lagi
KHALID ADA CALON NAK GANTI MAK LAMPIR!!!
"Saya juga ada nama untuk gantikan YB Zuraida (Kamaruddin)", itu jawab Tan Sri Khalid Ibrahim ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Wanita PKR itu bahawa pihaknya sedia menamakan pengganti Menteri Besar Selangor.
"Saya juga ada nama untuk gantikan YB Zuraidah," katanya dalam sidang media selepas Sesi bersama Rakyat sempena Program Khas Mesra Rakyat (PKMR) di sini hari ini.
Sebuah portal hari ini melaporkan Zuraida sebagai mempersoalkan kredibiliti Khalid dan bersedia untuk menamakan calon yang layak menggantikan menteri besar itu.
Laporan itu turut memetik Zuraida sebagai menganggap Khalid 'angkuh' dan tidak memainkan peranan beliau dalam parti selain bertindak secara pasif.
"Beliau boleh lakukan tugas dengan lebih baik jika menerima pendapat daripada ahli-ahli parti. Tindakan beliau mencerminkan beliau sebagai angkuh untuk menerima nasihat daripada orang lain," katanya kepada portal berita berkenaan.
Ahli Parlimen Ampang itu turut menegur Khalid kerana tidak bersedia untuk menangani masalah di negeri Selangor.
Zuraida turut mengesahkan bahawa 'Langkah Kajang' yang di lancarkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajanf adalah antara usaha untuk menggantikan Khalid.
Dalam pada itu, Khalid turut mengulas dakwaan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi yang mendesak agar beliau digugurkan sebagai menteri besar setelah gagal menangani masalah air di Selangor.
Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan Ooi sebagai berkata kegagalan kerajaan negeri menarik balik program catuan air hampir dua bulan lalu tidak pernah berlaku sebelum ini termasuk di bawah pemerintahan Umno Barisan Nasional (BN).
Ooi juga berkata beliau kini hanya 'mandi kerbau' akibat program catuan itu.
"Saya ingat dia (Jeff Ooi) tak ada kuasa...itu sahaja. Saya tak nak hubung kaitkannya (desakan Jeff ooi), boleh jadi apabila saya buat (kaitkan) mungkin saya pula yang membuat fitnah tentang perkara tersebut," ujar Khalid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan