"Kita pilih demokrasi dalam pemerintahan negara, didengar agak mudah tetapi tidak semua orang faham,"-Tun Dr Mahadhir |
Beliau berkata, buku itu mampu memberi maklumat tepat kepada orang ramai khususnya golongan muda yang mahu mendalami proses demokrasi diamalkan negara.
"Buku ini amat berguna pada negara, tajuknya juga tepat kerana berkenaan dengan proses pilihan raya di Malaysia.
"Kita pilih demokrasi dalam pemerintahan negara, didengar agak mudah tetapi tidak semua orang faham," katanya ketika merasmikan buku tulisan bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar di ruang pameran Kumpulan Media Karangkraf sempena Pesta Buku Antarabangsa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.
Turut serta, isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub dan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf.
Dr Mahathir berkata, Malaysia membuktikan sebuah negara yang mengamalkan demokrasi baik apabila pihak lawan berjaya memiliki banyak kerusi dalam Parlimen.
Menurut Wan Ahmad, tercetusnya idea menulis buku tersebut adalah semasa tiga bulan sebelum beliaubersara.
Katanya, tujuan buku itu diterbitkan apabila melihat rakyat khasnya berminat dengan proses demokrasi negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan