Ketua UMNO Bahagian, Zawawi Othman, berkata semua (orang) yang berada dalam rakaman Youtube itu adalah jentera parti cawangan Kampung Tembila yang mengangkat sumpah taat setia kepada UMNO dan BN.
Beliau berkata, tidak mungkin penerima BR1M yang mengangkat sumpah kerana rakaman video itu menunjukkan beberapa orang yang mengangkat sumpah pada waktu malam.
“Pemberian BR1M membabitkan jumlah agak ramai dan bukannya dalam kelompok kecil. Malah, ketika pemberian BR1M, bukan kita dengan penerima saja berada di majlis, tetapi kakitangan bank turut membuka kaunter bagi memudahkan urusan pembayaran BR1M.
“Pemberian BR1M juga dilakukan pada waktu siang dan bukannya malam,” katanya.
Zawawi berkata, tidak menjadi kesalahan bagi petugas UMNO mengangkat sumpah taat setia pada parti, malah parti pembangkang turut melakukan perkara yang sama.
“Malah, saya juga tidak pernah paksa atau mengarah mana-mana ahli parti melakukan baiah, namun mereka melakukan rela hati kerana terlalu sayangkan agama, bangsa dan negara.
Tahu beza baik buruk
“Sebagai seorang beragama Islam, mereka (ahli UMNO) tahu membezakan yang mana baik dan buruk kerana baiah langsung tidak boleh dimain-mainkan,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya terkejut sebaik dimaklumkan rakaman satu minit 29 saat itu kini tersebar luas dengan pelbagai tajuk panas ‘direka’ bagi menarik perhatian ramai.
Katanya, antara tajuk itu ‘Penerima BR1M dipaksa bersumpah undi Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13,’ ‘Ambil BR1M, Sumpah Sokong UMNO,’ dan ‘UMNO Terdesak! Memaksa Penerima BR1M Ikrar Sokong UMNO.’
“Jika diperhatikan secara telus, hanya sekelompok atau beberapa orang saja kelihatan berada pada waktu itu, manakala rakaman video itu jelas dilakukan malam, sedangkan pemberian BR1M diadakan pada waktu siang,” katanya.
1 ulasan:
x payah nk ulas2 la bro... dah sah PAS kilang fitnah
Catat Ulasan