Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 14 Ogos 2013

DAP BUAT BUAT BODOH MAHU JUMPA ROS UNTUK MINTA PENJELASAN !!!!

DAP akan mengadakan pertemuan dengan Pendaftar Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) Datuk Abdul Rahman Othman untuk menuntut dua penjelasan mengapa parti itu perlu mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata perkara itu diputuskan sebulat  suara mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) DAP, semalam, sebagai usaha  terakhir bagi menuntut penjelasan itu.

"Tanpa dua penjelasan itu, pimpinan DAP tidak akan mampu menjelaskan kepada  perwakilan DAP di kongres parti kenapa pemimpin parti mengalah dan menyerah  begitu mudah," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.   


Lim dalam pada itu turut mengulangi pendirian bahawa pemilihan CEC parti itu  pada Disember tahun lepas, dijalankan secara teratur dan bersih, namun parti itu  bersedia mengadakan pemilihan semula, jika ROS memberi penjelasan secara  munasabah dan menepati undang-undang kononnya

Apa pula alasan Lim Guang Eng tidak membenarkan perwakilan India untuk turut mengundi masa CEC dulu. Kalau dah penuh degan penipuan yang disengajakan dan salah guna kuasa memang patutlah CEC kamu tu dibatalkan..

Guan Eng turut menuduh ROS tidak profesional, penyalahgunaan kuasa untuk melakukan ketidakadilan terhadap DAP.
“Di manakah keadilan jika organisasi atau individu dikutuk atau dihukum tanpa diberitahu sebab-sebab dan apakah fakta-fakta terhadapnya?,” katanya.
Keputusan ROS semalam yang memutuskan bahawa pemilihan lalu tidak sah membawa maksud bahawa CEC parti itu berfungsi secara haram selama ini dan ia menimbulkan beberapa persoalan tentang kesahihan DAP dalam menyertai PRU 13 baru-baru ini.
Ini kerana borang pencalonan untuk PRU ditandatangani oleh Guan Eng selaku pemimpin tertinggi parti yang dilantik pada pemilihan parti yang kini sudah dibatalkan oleh ROS.
DAP risau dengan perkembangan terkini dan akan mengambil langkah segera selepas mengadakan mesyuarat pada malam ini.
Antarapos turut melaporkan kenyataan Guan Eng yang menuduh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai dalang di sebalik keputusan itu, namun beliau tidak memberikan bukti kukuh terhadap pertuduhan itu.
Beliau berkata ROS sepatutnya menerima segala alasan yang diberikan oleh DAP berhubung tindakan parti meminda keputusan pemilihan parti kerana kononnya kesilapan dalam pengiraan undi.
“Ini bermakna DAP menjadi mangsa politik serta salah guna kuasa oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang tidak dapat disangkal kerana tidak ada sebab dan alasan diberikan ROS,”katanya.
Guan Eng mendakwa pemilihan parti Disember tahun lalu dijalankan dengan “baik, sah dan demokratik di mana semua perwakilan yang layak dimaklumkan tanpa sebarang perlakuan tidak jujur dan politik wang.”
Pemilihan itu mencetuskan kontroversi apabila Setiausaha Politik kepada Guan Eng, Zairil Khir Johari kalah dalam saingan untuk kerusi Jawatankuasa Eksekutif Pusat.
Namun tidak lama selepas itu, pada 3 Januari, roketkini.com melaporkan kenyataan daripada pegawai pemilihan CEC DAP, Pooi Weng Keong yang berkata berlaku ‘kesilapan teknikal’ sewaktu pembentangan keputusan pemilihan parti semasa Kongres ke-16.
Kesilapan tersebut katanya berpunca daripada kecuaian ketika memindahkan kiraan keputusan menggunakan program komputer Microsoft Excel.
Menurut Pooi, berlaku kesilapan teknikal pada kedudukan nombor pemilih di mana Wu Him Ven (Vincent) yang pada mulanya diisytiharkan sebagai pememang dibatalkan kemenangannya dengan mengisytiharkan pemenang baharu, Zairil Khir Johari yang sebelum ini diumumkan sebagai tewas.
Ekoran kesilapan itu, Pooi dilaporkan telah meletak jawatan sebagai Pengarah Pemilihan DAP.

Kepada semua musuh politik LIM anak Beranak dan Karpal anak beranak, samaada dalam Parti atau luar parti ,bersatulah, bantu membantu dan susun strategi bagi menumbangkan dinasti mereka yg dah memegang kuasa lebih 40 tahun dalam pemilihan yg akan datang.

Tiada ulasan: