Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 8 Mei 2013

PENYOKONG PAKATAN PEMBANGKANG DINASIHATI MAJISTRET SUPAYA JANGAN TERLALU TAKSUB

Akibat dari kelakuan kurang Ajar menendang serta mengoyak poster pada sebuah kenderaan kempen Barisan Nasional semasa pilihan raya  Mohd. Nabil Fikri Mohd Zain, 21, Ahmad Redza Aziz, 22, dan Mohd. Aiman Muhammad, 28 telah dijatuhkan Hukuman penjara tiga hari dan denda RM1,500 ke atas setiap tertuduh. 



Dan Seorang Majistret hari ini menasihati tiga lelaki supaya jangan terlalu taksub dalam politik sehingga bertindak salah menendang dan mengoyak poster semasa pilihan raya umum baru-baru ini.
"Jangan taksub sangat kepada parti politik. Saya tidak kisah nak sokong siapa-siapa, tapi ikutlah cara yang betul," kata Majistret Nik Habri Muhamad semasa menjatuhkan hukuman penjara tiga hari dan denda RM1,500 ke atas setiap tertuduh.
"Sampai hari mengundi, pangkahlah dan saya memberikan kamu satu hukuman yang boleh memberi pengajaran kepada kamu dan orang lain, supaya tidak akan berlaku lagi dalam pilihan-pilihan raya selepas ini.
"Kepentingan awam perlu dijaga. Hari ini, tidak ada siapa datang bersama kamu. Masa berlaku, ramai yang junjung kamu, bila ke mahkamah kamu tanggung seorang sahaja. Begitulah yang biasa berlaku," katanya.
Nik Habri kemudian memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh mereka ditangkap iaitu 6 Mei lepas dan jika gagal membayar denda, setiap tertuduh boleh dipenjara selama tiga bulan.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di depan bangunan Kelantan Trade Centre, Jalan Stadium di sini pada 2.30 pagi 3 Mei lepas mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun dan denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana Md Zukri.

Tiada ulasan: