Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 26 April 2014

DAP SEKALI LAGI MEMBUAT GESAAN SUPAYA PAS KELUAR PAKATAN SECARA TERHORMAT KERANA HUDUD ?


Umat Islam wajib bersatu Tolak fahaman yang merugikan Islam dan jika Dap bertegas mahu menolak Hudud Pas wajib keluar dari bersekongkol dengan parti yang jelas pendirian nya menolak Hukum Islam itu setakat ini Admin Pm tak nampak lagi usaha Pas kearah itu dan inilah masanya Tahaluf Siyasi antara Pas dan Pakatan harus di hentikan berikutan kenyataan wakil dap semalam yang berkeras mahu pas keluar dari pakatan sekiranya mahu laksanakan Hudud

Kenyataan yang di keluarkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed semalam yang berbunyi ''Muzakarah Pas dan Umno berhubung hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud perlu diadakan supaya pemahaman dan persetujuan bersama dapat dicapai amat Admin pm sokong semoga selesai bermuzakarah berkenaan hudud dapat kiranya bermuzakarah sekali lagi bagaimana nak menyatukan umat islam di negara kita pula

DAP menggesa Pas berfikir terlebih dahulu berhubung usaha mereka untuk merealisasikan hudud di Kelantan dan jika itu masih bertegas mahu laksanakan hukuman itu, parti Islam itu digesa keluar daripada PR secara terhormat.

Gesaan ini dibuat oleh Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke, yang juga Ahli Parlimen Seremban.

Berikut  adalah kenyataan penuh beliau yang dikeluarkan semalam.

Sekali lagi isu pelaksanaan hukum hudud di Kelantan menjadi polemik yang hangat dalam media massa arus perdana. Isu ini timbul semula selepas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyatakan di Parlimen kesediaan kerajaan Pusat yang ditunjangi oleh Umno untuk membantu Pas melaksanakan undang-undang tersebut di Kelantan.

Isu pelaksanaan hudud sebenarnya bukan satu isu baru dalam persada politik Malaysia. Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) telah diluluskan di Dun Kelantan pada 1993 dan di Dun Terengganu pada 2002.

Namun, enakmen ini tidak dapat dilaksanakan kerana undang-undang yang melibatkan jenayah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan dan hanya boleh diluluskan melalui Parlimen. Jadi, itulah sebabnya dikatakan bahawa pelaksanaan hudud adalah tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan.
Permasalahan hukum hudud bukan soal pelaksanaan sebaliknya penerimaan hukum tersebut.berikutan kenyataan Dap ni yang tak habis2 sibuk dengan Hudud bertentangan dengan Perlembagaan namun Khairy jamaludin telah membidas kenyataan Dap yang tak kenal di untung ini

Menurut Beliau“Apakah pelaksanaannya (hudud) praktikal dalam negara seperti Malaysia? Apakah kita mempunyai persekitaran yang sesuai untuk ia dilaksanakan? Itu soalnya.

“Hudud bertentangan dengan Perlembagaan? Perlembagaan boleh dipinda. Al-Quran tidak boleh dipinda.

Bagi admin pm tiada jalan lain yang wajar di lakukan pas mahupun Umno selain bersatu demi Islam agar perlaksanaan Hudud di permudahkan Insyaallah..

Tiada ulasan: