Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 31 Ogos 2013

VIDEO :BERBAJU KURUNG MEMINUM ARAK SAMBUT MERDEKA

Sungguh menyedihkan apabila melihat Video dua wanita Islam berbaju kurung ini yang diperiksa penguatkuasa JAWI kerana disyaki meminum minuman keras di sebuah premis hiburan di Jalan Raja Alang, KL, awal pagi tadi. 

Admin harap pemantauan terhadap kesalahan begini diteruskan dan jangan sesekali benarkan pusat pusat maksiat ini dimasuki orang yang beragama islam sama sekali dan kalau masaalah ini tak dapat diatasi tutup sahaja pusat maksiat ini senang cerita 


Buat apa pusat maksiat ini ada hanya menyusahkan pihak berkuasa nak pantau pada goongan kafir yang nak berhibur tu suruh dia balik ketempat asalnya heeehee kalau nak bukak tu bukak kak penempatan mereka jangan bukak di kawasan Orang orang melayu kerana orang Melayu memang diharamkan memasuki tempat tempat maksiat seperti ini


Bila lagi nak tiru Johor yang membenteras maksiat... KL dan Selangor seakan akan Pusat maksiat ala ala Hadyai Malaysia ...Sampai bila.. di sini tak akan ada kesudahannya untuk makluman makin hari makin berlambak semenjak Pakatan Rakyat kuat di KL dan Selangor ini




GADIS HANYA MEMAKAI JALUR GEMILANG MERONDA SEMPENA SAMBUT MERDEKA

KERAJAAN WAJIB KUATKUASAKAN UNDANG UNDANG BERPAKAIAN SOPAN DI MALAYSIA
Kurang ajar betol yer ...itu sahaja yang mampu Admin bayangkan apa yg rakan rakan fikir dalam hati dan begitu juga dengan Pendekar kalau ikutkan hati tpi harap jangan lah sampai menghina.
HINALAH maksiat tapi jangan kamu menghina si pelaku maksiat..sesungguhnya kamu tidak tahu keadaan dan bagaimana dia selepas MATI..jadi kamu langsung TIDAK DIBENARKAN untuk menghina seorang pun daripada makhluk Allah..
HIDAYAH hanya MILIK Allah dan Allah jualah yang BERKUASA memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya iaitu menurut undang-undang peraturanNya..
3 jenis pandangan yang DILARANG : 
✿~ melihat kepada AURAT iaitu apa yang diinginkan oleh nafsu..
✿~ melihat DUNIA dengan pandangan kebesaran.. 
✿~ melihat makhluk Allah dengan PANDANGAN KEHINAAN.. 
Apa apa pun pada gadis ni jangan marah la pulak dengan den ni erk sekadar menegur maklum lah setiap benda mungkar ini wajib kita menegurnya dan harapan Pendekar agar cepatlah gadis ini menerima Hidayah semoga kembali kepangkal jalan yang di redhoi Allah dan pada rakan rakan tu kalau jumpa perlakuan macam ni lagi mari kita tegur agar bila ada yang menegur lama kelamaan budaya memakai pakaian begini tidak lagi kelihatan

Disini Penulis berharap kerajaan menguatkuasakan Undang undang melarang orang awam memakai pakaian yang tidak senonoh ini dan tindakan yang berat jika didapati memakainya dan jangan asik nak sibuk undang undang jalan raya sahaja undang undang berpakaian senonoh juga wajib dikuatkuasakan kerana Malaysia ini masih Negara Islam jadi tolong kuatkuasakan undang undang pakaian sopan.

Jika Terbukti Ahli Politik Terlibat Kongsi Gelap Tunggu Sahaja Akibatnya

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata polis tidak akan berkompromi malah akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu termasuk ahli politik sekiranya terbukti terlibat kongsi gelap.

Beliau yakin polis mampu mengumpul maklumat terperinci untuk membuktikan sesiapa sahaja yang terlibat kongsi gelap tidak kira ahli politik atau tidak.

"Malahan undang-undang juga akan dikuatkuasakan supaya polis tidak disalahtafsirkan berkompromi dengan penjenayah," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Junaidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Sin Chew Daily, Rabu lepas yang mengatakan sebilangan ahli politik ternama menaungi beberapa kumpulan kongsi gelap dan menjadi penasihat kumpulan terbabit.

Kumpulan itu meliputi "Geng 04", "Geng 08", "Geng 21" dan "Geng 36" daripada kalangan kaum India; "Hong Shun Tang", "3821", "Wu Se Qi", "Hong Men" dan Hua Ji Dang" daripada kalangan kaum Cina; serta "Geng 3 Calit" daripada kalangan kaum Melayu.

Sementara itu, Menteri Muda Perumahan Sarawak Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata tindakan tegas patut diambil terhadap ahli politik yang didapati terlibat kegiatan kongsi gelap.

"Sejujurnya parti boleh mengambil tindakan susulan untuk memecat atau mengenakan tindakan disiplin mengikut perlembagaan parti.

"Tetapi ianya harus ada butiran lengkap, jangan hanya atas dakwaan (mereka terlibat) sahaja," katanya.

Dua hari lepas ketika hadir di program sambutan hari raya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata setakat ini pihaknya tidak mendengar penglibatan sebarang ahli politik dalam kumpulan kongsi gelap.

Polis akan mengambil tindakan sewajarnya jika siasatan membuktikannya, katanya.- Bernama

Ketua Kumpulan Kongsi Gelap Ditembak Mati Dalam Kuil

JOHORBARU:Keganasan senjata api makin berleluasa dan terbaru Seorang ketua kumpulan kongsi gelap berusia 37 tahun ditembak mati dihadapan ahli keluarganya ketika sesi upacara sembahyang di sebuah kuil di Gelang Patah dekat sini pada Jumaat.

Ketika kejadian K. Jeganathan sedang berada dalam kuil bersama isteri dan tiga anaknya.

Kira-kira pada pukul 7.30 malam, dua lelaki yang memakai topi keledar masuk ke dalam kuil berkenaan dan melepaskan beberapa das tembakan terhadap mangsa.

Suspek kemudiannya segera meninggalkan tempat kejadian dengan menaiki motosikal.

Semuanya berlaku dalam beberapa minit sahaja.

Jeganathan, dipercayai ketua kumpulan Geng 21, dikejarkan ke sebuah klinik di Gelang Patah dan namun dia disahkan meninggal dunia sebaik tiba di sana.


Mayatnya di bawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk dibedah siasat.

Jurucakap polis meminta mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu segera menghubungi hotline polis, di talian 07-2212999. 

VIDEO A SAMAD SAID BERHADAPAN DENGAN WIRA NEGARA YANG GAGAH BERANI

A SAMAD SAID TERKEJUT BERUK MALAM TADI KESIAN DAN PATUT DI KEJARKAN KE HOSPITAL !!!!!! KESIAN !!!!



TAPI HOSPITAL BAHAGIA LAH...INILAH KATA KATA YANG ADMIN DENGAR DARI ORG RAMAI YANG BERADA MELIHAT KEJADIAN INI MALAM TADI HEEEHEEE..BKN ADMIN KATA KORANG YG ADA DISANA YANG KATA HIKHIKHIK...

RUU SYARIAH (MENENTANG SYIAH):PEMIMPIN PAS MEMALUKAN DIRI DENGAN ISU TIDAK MENYOKONG MENENTANG SYIAH SECARA BESAR BESARAN


Inilah sifat Retorik yang ada pada para Pmimpin pemimpin Pas yang kononnya merekalah yang paling tinggi Islamnya di negara kita,pendek kata mereka ini sahaja yang betul dan orang lain semuanya tak betul hakikatnya mereka hanya menampakkan kejahilannya kerana setiap fitnah mereka berjaya di tepis dengan fakta yang amat kukuh dan jelas.

APA YANG DI PERJUANGKANNYA HANYA BAYANG BAYANGAN sahaja kerana Hudud yang dikehendaki oleh Pas sebenarnya Pendekar ANGGAP TELAH LAMA TERKUBUR DAN AKAN TERUS TERKUBUR SELAGI PAS DENGAN SIFAT PENTINGKAN KUASA (LIHAT ULASAN BERKENAAN HUDUD DIBAWAH)yakni selagi terus bersama DAP jangan mimpi lah Hudud akan tertegak dibumi Malaysia kerana DAP sudah terang nyata lagi bersuluh menentangnya dengan kuasa yang mereka ada didalam Pakatan Rakyat!!! 

Apa yang menghairankan, kenyataan dia tu hanya memburukkan Parti PAS sahaja?

Dalam isu terkini, ADUN Alor Mengkudu yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Kedah mempertikaikan Rang Undang - Undang yang dibentang baru - baru ni.

KONONnya, alasan yang dia berikan ialah kerana Rang Undang - Undang tu bercanggah dengan Undang - Undang Syariah Islam yang 'sebenar'.
ALOR SETAR - PR menegaskan bahawa keputusan untuk menolak enakmen berkaitan anti Syiah pada persidangan Dun baru-baru ini bukan disebabkan masalah Syiah, tetapi kerana Rang Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2013 yang diperkenalkan adalah bertentangan dengan Syariah sebenar.
Dia jugak turut menjelaskan hukum - hukum yang sepatutnya dikenakan bagi kesalahan - kesalahan menurut Hukum Islam. Atau dengan kata lainnya, Hukum Hudud.

Nak tanya pada Ketua Pemuda PAS Kedah ni. Kenapa masa PAS memerintah Negeri Kedah tempoh hari, Rang Undang - Undang tersebut tidak dibentangkan?

Kenapa PAS tidak membawa usul untuk meminda undang - undang Syariah sedia ada dan mengubahnya mengikut Hukum - Hukum Islam?

Sebagai contoh, hukuman bagi mereka yang berzina. Kenapa PAS Kedah tak letakkan hukuman sebat atau rejam bagi mereka yang terlibat?

Kenapa hanya bila tiba ketika Negeri Kedah diambil alih oleh Barisan Nasional, baru PAS nak mempertikaikan perkara tersebut dalam sidang DUN?

Walhal mereka ada tempoh lima tahun untuk buat usul tersebut Diulangi, LIMA TAHUN!!! Bukannya sekadar sebulan dua je tempoh masa yang diorang ada.

Sebaliknya, tempoh tersebut digunakan untuk memenuhkan poket kroni - kroni seperti membuka Insaniah Holding dan membotakkan balak yang ada di Negeri Kedah.

Itu membuktikan bahawa PAS hanya sekadar 'Mempergunakan' Islam sebagai alat untuk diorang berpolitik dan meraih undi demi kepentingan peribadi. Bukannya diorang betul - betul nak Memperjuangkan Islam sangat pun!!

Mudahnya mengata pada orang lain,mudahnya menuduh orang lain tanpa usul periksa,mudahnya memandang rendah pada orang lain,semua yg dia tak suka semuanya buruk langsung tak nampak kebaikan..kalaulah kita perhati dan muhasabah diri sendiri,alangkah banyaknya kekurangan diri..itulah manusia yang tertipu dgn diri sendiri,kagum dengan diri,orang lain buruk yang baik dirinya sahaja...kesian

Penjelasan tentang RUU kesalahan jenayah syariah (Kedah)

Klausa klausa yang diperbaharui dalam Rang undang undang kesalahan jenayah syariah (Kedah) 2013 yang berkait Hukum Syarak ialah Pemujaan Salah, Doktrin palsu, Pendapat yang bertentangan dengan fatwa, Penerbitan agama yang bertentangan dengan Hukum Syarak, dan lain lain.

Dan dalam tafsiran, "Hukum Syarak" ertinya Hukum Syarak mengikut Mazhab Syafie atau mengikut mana mana satu Mazhab Hanafi, Maliki atau Hambali. Seperti yang Datuk Mukhriz nyatakan dalam Sidang DUN, bahawa Syiah bukan mazhab, maka ianya bertentangan dgn Hukum Syarak.

Oleh itu, walaupun RUU itu tak sebut Syiah secara spesifik, Syiah tergolong antara fahaman yang melanggari Hukum Syarak. Maka sesiapa yang mengajar & mengembang doktrin Syiah melakukan suatu kesalahan & boleh dihukum seperti yang diperuntukkan dalam RUU tersebut.



Bab arak zina qazaf dan lain lain memang dah wujud dalam RUU lama malah telah berkuatkuasa dari dulu. Ketika zaman Pas pun mereka guna undang undang yang sama untuk kesalahan zina, arak, qazaf  dan lain lain.. Yang hairannya Pas tak pula nak perbetulkannya supaya lebih menepati "Hukum Allah" ..

Penasihat Undang-undang Negeri menjelaskan bahawa apabila satu enakmen itu hendak dipinda, kesemua enakmen yang dikuatkuasakan terdahulu perlu ditarik balik.

"Misalnya dalam enakmen yang asal dulu ada soal zina, liwat dan sebagainya ditarik balik, kemudian dimasukkan berkenaan fahaman yang bertentangan dengan ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Selepas itu, dimasukkan semula enakmen yang ditarik itu sebagai satu enakmen yang baru. Itu sebabnya ia nampak panjang, walhal fasal yang baru itu tidak banyak,"

Kalau sekarang Pas kata RUU yang dibawa untuk diluluskan dalam sidang DUN itu tak betul kenapa dulu tak pertikai?? RUU yang dibawa oleh Kerajaan BN mendapat tentangan hebat dari Ahmad Yahya kononnya RUU tersebut tidak mengikut syariat Islam..

Namun Otai Pas merangkap bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah Pahrolrazi berhujah mengatakan RUU itu adalah berkaitan hukum takzir dimana hukum tersebut boleh ditentukan perlaksanaannya oleh pihak berkuasa, sehingga Ahmad Yahya terkedu disekolahkan oleh bekas EXCO.

Untuk makluman semua, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah ini mendapat kelulusan Dato Mufti terlebih dahulu sebelum dibawah kedalam Sidang DUN agar semua ADUN beragama Islam meluluskan RUU ini..

Tapi sayangnya Adun dari PAS menolak 100% RUU kerana bagi mereka hudud lebih penting.. Jika Adun Pas pertikaikan RUU ini tidak menepati syariat Islam, Dato Mufti orang pertama akan menegur dan minta ditukarkan sebab RUU ini melibatkan akidah umat Islam..

Jadi apa yang dipertikaikan oleh Ahmad Yahya dalam akhbar sinar tentang hukum zina, arak dan sebagainya itu hanya mahu menutup isu mereka menyokong Syiah...


DISINI PENDEKAR NAK KONGSIKAN PADA UMAT ISLAM DI MALAYSIA SUPAYA CUBA MEMAHAMI MENGAPA NEGARA KITA BELUM LAGI DAPAT MELAKSANAKAN HUKUM INI DIMALAYSIA BUAT MASA INI

Imam Abdurrazzaq Ash-Shan'aani dalam Al-Mushannaf yang disandarkan kepada Umar Al-Khattab RA, kata beliau, "Tidak ada hukum hudud kecuali bagi orang yang mengetahui tentangnya."

Penerangan mufti Qatar (sebuah negara yg belum amalkan hudud) iaitu Syeikh Dr Al Qaradhawi bahawa hudud adalah kemuncak kepada seluruh sistem kehidupan Islam, yang pastinya dimulakan dengan Aqidah yang shahih.

Beliau berkata: "dasar [berkenaan perlaksanaan hudud ialah] tidak dilaksanakan [hukum] hudud melainkan apabila kita telah melaksanakan-seperti yang telah saya katakan-ajaran-ajaran Islam keseluruhannya yang berkaitan akidah, syariat, akhlak, tata susila dan nilai-nilai [murni], kita bangunkan masyarakat Islam, dalam keadaan ini, kita laksanakan [hukum] hudud".
(Rujuk : http://www.qaradawi.net/2010-02-23-09...)

apabila berbicara berkenaan hudud, ramai org cakap hudud ni hukum potong tangan, hukum rejam dan mcm2 hukum.. pdhal bukan mcm tu nak bagi manusia kenal hudud.. keindahan hukum hudud yg tidak diceritakan

dr maza kata PAS beri gambaran salah psl hudud: 
http://drmaza.com/home/?p=1624

cuba terangkan, mcm mana nak buat hudud? sedangkan samaada umno atau pas x cukup kerusi parlimen utk gubal/pinda perlembagaan negara.. jd kerajaan mana boleh gubal/pinda perlembagaan negara sesuka ati.. sbb dlm dewan rakyat ada kerajaan, ada pembgkang dan ada mcm2 parti..

apa yg umno ckp psl hudud sama sejibik dgn apa yg ahli parlimen pas dr.dzulkefly ckp, x caya tgk video penuhnya kat tvpas sini: 
umno dan pas masing2 x cukup 2/3 kerusi parlimen utk gubal/pinda perlembagaan jd hudud, jd camne nak buat hudud?
http://www.youtube.com/watch?v=Q-Qcpe...

sy sokong hudud tp PR ngaku hudud bukan agenda PR juga.. byk alasan d beri oleh mereka.. PR berjanji nak pertahankan perlembagaan sedia ada je.. nanti dah memerintah terikat pula dgn perjanjian dalam PR.. kat mlysia dua2 sama je x dpt buat hudud:

dulu PAS boleh la ckp nak hudud sbb dulu PAS x gabung dgn parti2 lain.. skrg bila dah gabung PAS sendri kata hudud bukan agendanya..

PAS dgn DAP dah bercerai lebih 3 kali tp boleh rujuk2 balik, tu yg pelik.. mula2 dlm APU, pastu cerai.. gabung lg dlm BA, cerai jugak.. skrg dlm PR plak.. 
akhirnya PAS sendri ngaku hudud bukan agenda PR:

http://www.youtube.com/watch?v=b6bk8z...

video penuh forum ulama' muda UMNO menerangkan hudud kepada chua soi lek & MCA.. bila PAS nak buat forum terangkan hudud pd DAP dan karpal pula?:
http://www.youtube.com/watch?v=DQ1mSp...

penerangan hudud ustaz khazan:
http://www.youtube.com/watch?v=D3vOEl...

penjelasan hudud antara pas dan umno di sidang DUN.. nampaknya terbukti hanya pas memutarbelit kenyataan kerajaan kononnya tidak mahu laksana hudud:
http://www.youtube.com/watch?v=graKlk...

dr maza nafi mahathir hina hudud setelah mendpt penjelasan dr tun sendri: 
http://drmaza.com/home/?p=1803

selain dr maza, ustaz kazim juga nafi mahathir hina hudud setelah mendpt penjelasan dr tun sendri:
http://www.anwaraidc.com/?p=27857

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:
"Tidaklah seseorang menuduh kepada orang lain dengan tuduhan fasiq atau kafir (tolak Islam), melainkan akan kembali kepada yang menuduh sekiranya yang dituduh tadi tidak sebagaimana yang dituduhkan." (Muttafaqun 'alaih)

'GAY TUA' HINA KERABAT SULTAN KELANTAN???


Wah!! Bukan main lantang lagi Si Gay Tua ni meroyan tak tentu arah dalam laman twitter dia ye. Habis semua orang dia tenyeh.

Tapi yang satu ni rasanya nampak sangat dia cuba nak hina Kerabat Sultan Kelantan. Ada ke patut dia gelarkan YBM Tengku Razaleigh tu 'Ghurka'?


Memang betul la Tengku umum hari ni kata dia nak bersara dari Politik. Dan kalau ikutkan, memang dah sampai masanya Tengku berundur pun.

Tapi tindakan Si Gay Tua ni jelas merupakan satu penghinaan terhadap veteran UMNO yang selama ini berjuang untuk rakyat. Si Gay Tua tu buat apa?

Setakat meroyan tak tentu arah dalam twitter menghasut rakyat supaya menerima fahaman Athiesm dia apa gunanya? Dia nak semua orang ikut sesat macam dia jugak ke?

Sudah la Hisham!!! Sedar la diri tu sikit. Jangan ingat hidup atas dunia ni kekal abadi. Satu hari nanti, akan tiba jugak masa untuk dia meninggalkan dunia ni.

Masa tu nanti, baru la dia tau apa azab yang bakal dia terima. Bagi SH, biar la Tengku jadi 'Ghurka' sekali pun, Janji dia berkhidmat untuk rakyat. Orang suka pada dia. Dari jadi macam Si Gay Tua tu, satu hapah pun tak guna!!! Dah la Gay, tak laku pulak tu!!! BY-SEMUT HITAM

PELAJAR DI ROGOL PENSYARAH KOLEJ NYA

KUCHING 30 Ogos - Seorang penuntut remaja di sebuah kolej swasta yang dipercayai dirogol pensyarahnya sendiri berjaya diselamatkan sepasukan polis dalam satu serbuan di sebuah hotel bajet di Jalan Ban Hock di sini malam tadi.

Ketika ditemukan pada pukul 11 malam, mangsa berusia 17 tahun tidak sedarkan diri akibat mabuk dan berada dalam keadaan separuh bogel bersama seorang lelaki berusia 33 tahun.

Menurut sumber, lelaki terbabit yang berasal dari Sibu dan sudah berkahwin merupakan pensyarah kepada mangsa.

"Sepasukan polis malam tadi menjalankan Operasi Pencegahan Jenayah bagi mengesan bekas tahanan Ordinan Darurat (EO) di hotel bajet tersebut.

"Mereka kemudian menemukan mangsa dan suspek dalam sebuah bilik dalam keadaan mencurigakan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, siasatan lanjut mendapati suspek memujuk mangsa keluar ke sebuah pusat hiburan di bandar raya ini dan memaksanya mengambil minuman keras sehingga mabuk.

"Suspek kemudian membawa mangsa ke bilik hotel sebelum melakukan perbuatan terkutuk tersebut," katanya.

Sementara itu, jurucakap Balai Polis Simpang Tiga ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes tersebut.

Menurutnya, mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk pemeriksaan kesihatan manakala suspek direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

ROGOL TEMAN WANITA YANG BARU DIKENALI SEBULAN

LEDANG 30 Ogos - Akibat gagal mengawal nafsu, seorang remaja lelaki bertindak merogol teman wanita yang baru dikenalinya sebulan lalu menerusi laman sosial Facebook di sebuah kebun kelapa sawit di Bukit Gambir dekat sini.

Ketua Polis Daerah Ledang, Supritendan Harun Idris berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam pada 12 Ogos lalu apabila pasangan itu keluar bersiar-siar pada waktu siang.

"Ketika dalam perjalanan pulang untuk menghantar kekasihnya yang berusia 15 tahun ke rumah di sebuah kampung di Bukit Gambir, remaja berkenaan yang berumur 18 tahun mengajaknya singgah di kebun itu sebelum merogol mangsa.

"Atas desakan keluarga, mangsa membuat laporan di Balai Polis Bukit Gambir pukul 10 pagi pada 27 Ogos lalu, iaitu 16 hari selepas kejadian itu," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) hari ini.

Susulan laporan tersebut, polis menahan suspek di rumah keluarganya di Kampung Parit Jarum Laut pada pukul 6 petang semalam.

PANAS MAZIDUL AKMAL SIDIK BELASAH PONDAN !!!!

Secara peribadi saya terkejut membaca berita dipaparkan oleh akhbar Sinar Harian Online berhubung tindakan penganjur membenarkan 12 MAK NYAH atau PONDAN menyertai perbarisan sambutan Hari Kebangsaan di Kuantan, Pahang.

Khunsa, individu dilahirkan secara semulajadi memiliki 2 alat jantina lelaki dan wanita. Pondan pula terikut-ikut menyerupai wanita. Sebilangan daripda mereka sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk menukar jantina lelaki kepada wanita lazimnya di Thailand atau Singapura.

Pondan terbabit dilaporkan mewakili Drug Intervention Community Pahang, DIC.

"Kita yang dilahirkan normal perlu tampil membentuk mereka menjadi insan yang sempurna," ujar Timbalan Presiden DIC Pahang,  Abd. Rahim Abd. Hamid.

Tambahnya, golongan pondan seringkali dipandang hina oleh masyarakat. 

Tanggapan itu silap.

Masyarakat tidak memandang hina terhadap manusia, makhluk diciptakan oleh Allah tetapi berasa muak melihat perangai mereka. Lelaki berbuah dada kecil tetapi pondan kemudian merubah kejadian tuhan.  Mereka memakan atau menyuntik hormon ke tubuh agar buah dada berubah,  bersaiz separuh buah tembikai. Pada masa sama, pondan mempunyai pilihan untuk berambut pendek kerana mereka dilahirkan sebagai lelaki tetapi demi memelihara keayuan, mereka berambut panjang mayang mengurai.


Paula, gambar di atas seorang daripada pondan bakal memeriahkan sambutan hari bersejarah negara kita. Lebih pelik, pembabitan kali pertama sedozen pondan itu dianggap UNIK oleh DIC.

Pondan, lelaki berperawakan seperti perempuan dan lihat sahaja nama digunakan, 'Paula'. Sebelum ini kakitangan Jabatan Agama Islam negeri di Malaysia menjalankan pelbagai operasi menangkap pondan di atas kesalahan berpenampilan menyerupai wanita dan berpakaian menjolok mata. Kini Shima, seorang lagi pondan bakal menyertai perbarisan Hari Kebangsaan tidak perlu berasa bimbang, statusnya tidak akan menyakitkan mata pemimpin negara dan golongan cerdik pandai agama.

Agaknya begitulah.

Jika perancangan ini dizahirkan,  semua pondan di negara kita pasti bakal berasa amat bangga  dengan pembabitan kaum sejenis mereka  tetapi itu  tidak bermaksud majoriti pondan  tidak memberhentikan kegiatan seks sejenis. 

Baca kisah terbabit, klik di sini.

Apakah sudah terjadi kali ini? Adakah pihak penganjur sekadar ingin melakarkan sejarah hitam?  Siapakah membuat keputusan mengiktiraf  pondan di Malaysia? Adakah keputusan itu diketahui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak? Sudahkah pihak penganjur merujuk pandangan alim ulama?  Jika sudah, tidak pula disiarkan oleh akhbar Sinar Harian.

Mengapakah pihak penganjur perarakan taksub, mengundang isu dijangkakan bakal mengundang persepsi negatif?   

Kalau begitu, pihak penganjur harus menjemput sekali golongan gay dan lesbian untuk turut serta dalam perbarisan Hari Kemerdekaan ke 56 Malaysia. Mereka juga perlu dibimbing untuk bergaul dengan masyarakat sekaligus memperbaiki cara kehidupan mereka. Kelompok terbabit juga sering dipandang serong oleh masyarakat.

Mungkin tahun hadapan, ada ruang untuk mereka.


 Mengapakah hanya pondan diiktiraf?

Apapun, selamat menyambut hari ulang tahun kemedekaan negara kepada semua pembaca blog ini.

panas !!!!Perutusan Hari Merdeka Anwar Senada Dengan Persekutuan Kristian Malaysia (CFM)

PANAS !!!! Perutusan sambutan ulangtahun Kemerdekaan ke-56 pada 31 Ogos 2013 Datuk Seri Anwar Ibrahim hampir senada dengan perutusan Persekutuan Kristian Malaysia (CFM).
Anwar menulis di laman rasminya hari ini berkata kemerdekaan sebenar adalah mendapatkan hak keadilan, kebebasan, demokrasi dan kemuliaan insan.
‘Merdeka’ memiliki makna yang lebih dalam berbanding perkataan ‘Kebebasan’. Ia bukan sekadar persoalan dibebaskan dari cengkaman penjajahan atau penindasan asing jika ianya kemudian digantikan dengan penindas di tanah air sendiri yang barangkali lebih rakus dan tamak.
“Merdeka bermaksud bebas dari sebarang bentuk kezaliman dan penindasan dalam apa jua bentuk dan negara dipacu ke arah baru menuju keadilan, kebebasan, demokrasi dan kemuliaan insan.”
Namun, kata Anwar, hak-hak yang termaktub dalam perlembagaan sepatutnya diberikan kepada rakyat telah dicabuli dengan sewenang-wenangnya.
“Di atas cabaran ini, ramai yang bersetuju bahawa kita masih jauh untuk mencapainya. Setelah lebih dari setengah abad, kita masih lagi bertanya samada prinsip-prinsip asas di dalam Perlembagaan Persekutuan masih dijunjung dan samada kebebasan dan hak-hak yang termaktub di dalamnya masih utuh dan dihormati.
“Justeru, apa kebaikan Merdeka seandainya asas perlembagaan dicabuli dengan sewenang-wenangnya?.”
Anwar turut meluahkan rasa kurang senang dengan sikap pihak-pihak tertentu yang didakwanya telah mengeksploitasi isu-isu agama dan isu-isu sensitif untuk kepentingan politik.
“Tatkala kita seharusnya meraikan perpaduan sebagai sebuah negara pelbagai kaum dan pelbagai agama yang telah menjangkau 56 tahun usia kemerdekaan, kita sebaliknya kini melihat polarisasi masyarakat yang dahsyat dan perpecahan dalam hal-hal berkaitan agama.
“Tanggungjawab dan peranan pemimpin politik sewajarnya menjernihkan keadaan ini namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Terdapat segelintir daripada mereka yang mengeruhkan lagi keadaan dengan mengeksploitasi hal-hal agama dan isu-isu sensitif untuk kepentingan mereka sendiri.
“Kini wujud perkembangan yang membimbangkan bila mana terdapat parti-parti politik yang mengupah kumpulan-kumpulan ‘hak istimewa’ dan media untuk meneruskan agenda mereka memecahbelah dan menyemai perbezaan di kalangan rakyat.
“Kesannya, setelah 56 tahun mencapai Merdeka, berlaku lebih banyak provokasi perkauman, hasutan yang menjurus kepada kebencian terhadap agama dan secara umumnya semakin banyak ucapan dan penulisan berbaur hasutan yang disiarkan oleh media cetak.
“Apa yang malang adalah ia bukan sekadar kelemahan kepimpinan dalam menjernihkan keadaan, tetapi tampak seolah-olah kerajaan sedang menggalakkan fenomena ini supaya menjadi lebih parah.”
Turut disentuh isu Filem Tanda Putera yang menjadi kemarahan DAP.
“Sebagai contoh, ketika pelbagai tuntutan dan bantahan dinyatakan dari kalangan rakyat prihatin dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, kerajaan sebaliknya membenarkan juga penayangan di seluruh negara sebuah filem yang hanya akan menyajikan mesej berbaur perkauman walaupun nilai keseniannya masih boleh dipersoalkan.
“Di sebalik kebanggaan tentang negara, terdapat sensitiviti yang lebih besar yakni perkauman dan perasaan khalayak. Suara-suara melampau berbaur kebencian dan yang bersifat tidak toleran sedang menenggelamkan suara-suara kesederhanaan dan keterbukaan.”
Pada 26 Ogos lalu, The Malaysian Insider turut menyiarkan perutusan kemerdekaan daripada Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) yang menyeru agar rakyat diberi peluang untuk membentuk sistem perundangan yang lebih adil kepada semua.
Sudah difahami sistem perundangan adil yang dimaksudkan itu adalah memberikan hak kebebasan kepada mereka untuk menggunakan ‘kalimah Allah’ menggantikan perkataan ‘God’.
CFM turut menyeru agar rakyat menolak gejala yang menerapkan kebencian terhadap bangsa dan agama yang dimainkan sesetengah pihak.
“Kami mengesa semua rakyat Malaysia untuk membentuk satu sistem undang-undang yang akan memberikan kesaksamaan dan perlindungan sama rata di bawah undang-undang untuk semua rakyat Malaysia.
“Kami menyeru semua rakyat Malaysia yang aman dan cintakan keamanan untuk menolak mereka yang mempunyai unsur perkauman dan cauvinis agama dalam pertuturan dan tindakan mereka.
“Kita perlu menentang dengan aktif semua yang menerap ketakutan dan kebencian terhadap orang lain atas dasar bangsa dan agama demi kepentingan dan kelebihan politik tertentu,” kata kenyaan yang diedarkan kepada media dan ditandatangani kepimpinan utama CFM, Pengerusi Rev Dr Eu Hong Seng dan tiga Naib Pengerusinya, Bishop Emeritus Antony Selvanayagam, Rev Datuk Jerry Dusing dan Bishop Philip Lok Oi Peng.
CFM yang menjadi payung mewakili 90 peratus daripada gereja-gereja di seluruh negara dilaporkanthemalaymailonline.com menyeru agar rakyat menolak fahaman rasis dan cauvinis agama.
“Kami menyeru semua yang cintakan rakyat Malaysia untuk menolak mereka yang rasis dan cauvinis agama di dalam ucapan dan tindakan mereka.
“Kami meminta semua rakyat Malaysia untuk terus menunjukkan sikap saling hormat menghormati dan menjaga hak asasi manusia dan maruah satu sama lain dan menunjukkan semua ini melalui keberanian untuk bersuara menentang ketidakadilan dan semua jenis ekstremisme.” – AIDC

DALANG CETAK ROMPAK KL GANGSTER 2 DI SAMAN DATUK YUSUF HASLAM

KUALA LUMPUR: Produser filem KL Gangster 2 Datuk Yusof Haslam bertekad untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas individu yang terlibat melakukan cetak rompak dan menyebarkan filem itu di laman muat naik Internet sebelum ia ditayangkan di pawagam pada 3 Oktober depan.

Yusof berkata, pihaknya sedang mengumpul bukti untuk diserahkan kepada pihak polis selepas membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati dekat sini pada Rabu lalu.

“Pihak kami sedang mengumpul bukti dan setakat ini sudah ada beberapa petunjuk tentang dalang tersebut namun kami tidak menuduh secara melulu, biar pihak berkuasa menjalankan siasatan mereka," katanya kepada pemberita dalam sidang media berhubung isu itu di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini pada Jumaat.

Pada Rabu lalu, Yusof dan anaknya yang juga pengarah filem berkenaan iaitu Syamsul melahirkan perasaan marah apabila lebih 70 peratus hasil filem berkenaan telah disebarkan di laman Internet sehingga ia boleh dimuat naik oleh peminat.

Langkah itu boleh menyebabkan kerugian besar kepada penerbit filem jika orang ramai tidak menonton kerana ia telah disebarkan lebih awal secara haram.

Kos pembikinan filem itu menelan belanja kira-kira RM4.5 juta.

Turut hadir pada majlis tersebut, Pengurus Besar Grand Brilliance Sdn Bhd, Tengku Iesta Putra Tengku Alauddin, Pengerusi Finas, Datuk Affendi Hamdan dan Ketua Pegawai Eksekutif Pengeluar Filem Malaysia, Pansha.

Dalam pada itu Yusof berkata, pihaknya tidak berhasrat untuk mendapatkan tarikh tayangan lebih awal gara-gara masalah itu kerana ingin berlaku adil kepada penerbit filem lain.

"Saya tidak mahu mementingkan diri sendiri dengan mengambil tindakan menayangkan filem ini lebih awal dari tarikh sebenar.

"Saya rasa tidak adil untuk penerbit lain. Walaupun saya cukup risau kerana terpaksa menunggu sebulan lagi untuk tempoh penayangannya," kata beliau.

GANGGUAN BEKALAN AIR DI 7 KAWASAN DI SELANGOR BAKAL BERLARUTAN DALAM MASA TEMPOH YANG LAMA

KUALA SELANGOR 30 Ogos - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) terpaksa menghentikan sementara operasi Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang kerana berlaku kejadian minyak diesel memasuki sumber air di Hulu Sungai Selangor.

Kejadian tersebut mengakibatkan gangguan bekalan air di tujuh kawasan iaitu Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Langat, Hulu Selangor dan Kuala Selangor

Datuk Seri Mahdzir Khalid
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata tumpahan minyak berlaku apabila sebuah lori tangki diesel terbalik dan muatannya melimpah dan mengalir ke dalam Sungai Selangor pada kejadian kira-kira pukul 8 pagi ini.
Berikutan insiden itu, beliau berkata empat Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor, iaitu Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SPP2) dan Fasa 3 (SPP3) serta LRA Rantau Panjang ditutup bagi mengelak rawatan air mentah yang sudah dicemari.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di sini, Mahdzir berkata proses pembersihan minyak sedang dijalankan dan dijangka mengambil masa yang lama.
Sungai Selangor merupakan sumber bekalan air untuk dirawat oleh empat loji berkenaan sebelum disalurkan ke rumah pam dan kolam-kolam.
Beliau berkata penutupan empat LRA itu menyebabkan gangguan bekalan air kepada penduduk di sekitar Gombak, Klang, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Petaling Jaya dan Kuala Langat.
Mahdzir berkata Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) akan membuka bilik operasi untuk membantu memberi maklumat secara berterusan kepada penduduk.
Sementara itu, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) berkata pihak pengendali loji masih melakukan kerja-kerja pembersihan dan tempoh pemulihanan dijangka mengambil masa.
Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred, dalam kenyataan, berkata pihaknya akan memaklumkan perkembangan kejadian itu dari masa ke semasa.

SEMENTARA ITU GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI WILAYAH KUALA LUMPUR DAN GOMBAK EKORAN HENTITUGAS TIDAK BERJADUAL RUMAH PAM WANGSA MAJU

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan berlakunya gangguan bekalan air tidak berjadual dan tekanan air rendah di beberapa kawasan di Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak berikutan berlakunya hentitugas tidak berjadual di Rumah Pam Wangsa Maju. Ekoran dari itu, kolam-kolam simpanan air utama SYABAS di beberapa kawasan yang terlibat mengalami penurunan paras air yang kritikal dan menjejaskan bekalan air kepada pengguna.

Sebagai makluman, penurunan paras kolam air yang berlaku adalah disebabkan berlakunya kejadian hentitugas tidak berjadual di rumah pam Wangsa Maju yang dikesan berlaku pada sekitar jam 4.00 petang semalam, 25 Ogos 2013. Punca kejadian adalah disebabkan rumah pam tersebut mengalami masalah pada sistem bekalan elektrik utama walaupun kesemua pam beroperasi dalam keadaan baik. Pada masa ini, pihak SYABAS dan kontraktor yang dilantik sedang berusaha mengambil tindakan segera untuk membaikinya bagi membolehkan pam dapat beroperasi seperti biasa. Walau bagaimanapun, tempoh pembaikan bagi kerja-kerja ini masih belum dapat dipastikan pada masa kenyataan ini disiarkan.

Disebabkan kejadian ini, pihak SYABAS telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Hijau bagi Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak pada jam 8.00 pagi (26 Ogos 2013) apabila dianggarkan sejumlah 91,963 akaun pengguna yang melibatkan sebanyak 98,637 pintu rumah di wilayah Gombak dan Kuala Lumpur terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual termasuklah tekanan air rendah. Antara kawasan yang dikenalpasti terlibat dengan gangguan bekalan air ini adalah termasuk:-

Wilayah Kuala Lumpur

1    Flat DBKL Dato’ Keramat
2    Jalan Padang Tembak
3    Jalan Semarak
4    Jalan Gurney
5    Kementah
6    Pulapol
7    Wisma Tanah
8    JUPEM
9    UTM
10    FELDA
11    Pusat Latihan Telekom
12    Jalan U Thant
13    Jalan Ampang Hilir
14    Taman Pandan Jaya
15    Taman Cempaka
16    Taman Bakti
17    Taman Nirwana
18    Kampung Pandan Dalam
19    Taman Cahaya
20    Pandan Cahaya
21    Taman Dagang
22    Taman Shamelin
23    MINDEF
24    Taman Tenaga
25    Taman Miharja
26    Taman Kobena
27    Desa Pandan
28    Flat Sri Melaka
29    Jalan Kent
30    Taman Putra Sulaiman
Jumlah Akaun : 29,375


Wilayah Gombak
1    Kampung Baru Ampang
2    Kampung Melayu Ampang
3    Taman Hillview
4    Bukit Jobina
5    Taman Dato Ahmad Razali
6    Taman Bukit Indah
7    Taman TAR
8    Kampung Tasek Permai
9    Ukay Heights
10    Ampang Jaya
11    Dataran Ukay
12    Pinggiran Ukay
13    Sri Ukay
14    Beverly Heights
15    Ampang Indah
16    Ampang Saujana
17    Ampang Water Front
18    Bandar Baru Ampang
19    Bukit Ampang Permai
20    Bukit Indah
21    Desa Lembah Permai
22    Desa Setapak
23    Jalan Ampang
24    Kampung Bukit Sungai Puteh
25    Keramat AU 1 hingga AU 5
26    Kampung Ampang Campuran
27    Kampung Indah Mulia
28    Kampung Kemensah
29    Kampung Lembah Jaya
30    Kampung Pinggir Tiga Jaya
31    Kampung Tengah Lembah Jaya
32    Lembah Jaya Utara
33    Lembah Jaya Selatan
34    Sri Rampai
35    Taman Ampang
36    Taman Dagang Permai
37    Taman Pandan Ria
38    Taman Permai Jaya
39    Taman Permata
40    Taman Saujana Ampang
41    Tasek Tambahan
42    Taman Ampang Mewah
43    Taman Ampang Utama
44    Taman Bukit Ampang
45    Taman Cahaya Ampang
46    Taman Dagang Jaya
47    Taman Halaman
48    Taman Kesuma Ampang
49    Taman Kosas
50    Taman Mulia Jaya
51    Taman Rasmi Jaya
52    Taman Sri Ampang
53    Taman Watan
54    Wangsa Melawati
55    Bukit Antarabangsa
56    Ukay Perdana
57    Ukay Bistari
58    Kelab Ukay
Jumlah Akaun : 62,588
JUMLAH KESELURUHAN AKAUN: 91,963 (98,637 PINTU RUMAH)

Pada masa ini, SYABAS menyediakan sebanyak 42 buah lori tangki dan 525 tangki statik diletakkan dalam keadaan tunggu sedia untuk membantu membekalkan air ke kawasan-kawasan yang terlibat. Sementara itu, pihak SYABAS mengharapkan agar para pengguna dapat memahami keadaan ini dan menggunakan air sebaik-baik mungkin dan dengan cara yang paling berhemah bagi mengelakkan sebarang pembaziran dari berlaku. Walau bagaimanapun, pihak SYABAS akan memantau keadaan ini secara berterusan dan akan memaklumkan perkembangan terkini kepada orang ramai dari semasa ke semasa.  

Bagi para pengguna  yang memerlukan maklumat lanjut disarankan agar melayari laman web syabas di www.syabas.com.my atau boleh membuat aduan terus di laman Facebook atau Twitter SYABAS dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’. Para pengguna juga boleh menghantar sebarang aduan ataupun pertanyaan melalui SMS dengan menaip PUSPEL<jarak>aduan / pertanyaan dan hantar ke 39222,  selain digalakkan untuk menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol, 1-800-88-5252.


-tamat-