Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 31 Ogos 2013

DALANG CETAK ROMPAK KL GANGSTER 2 DI SAMAN DATUK YUSUF HASLAM

KUALA LUMPUR: Produser filem KL Gangster 2 Datuk Yusof Haslam bertekad untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas individu yang terlibat melakukan cetak rompak dan menyebarkan filem itu di laman muat naik Internet sebelum ia ditayangkan di pawagam pada 3 Oktober depan.

Yusof berkata, pihaknya sedang mengumpul bukti untuk diserahkan kepada pihak polis selepas membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati dekat sini pada Rabu lalu.

“Pihak kami sedang mengumpul bukti dan setakat ini sudah ada beberapa petunjuk tentang dalang tersebut namun kami tidak menuduh secara melulu, biar pihak berkuasa menjalankan siasatan mereka," katanya kepada pemberita dalam sidang media berhubung isu itu di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini pada Jumaat.

Pada Rabu lalu, Yusof dan anaknya yang juga pengarah filem berkenaan iaitu Syamsul melahirkan perasaan marah apabila lebih 70 peratus hasil filem berkenaan telah disebarkan di laman Internet sehingga ia boleh dimuat naik oleh peminat.

Langkah itu boleh menyebabkan kerugian besar kepada penerbit filem jika orang ramai tidak menonton kerana ia telah disebarkan lebih awal secara haram.

Kos pembikinan filem itu menelan belanja kira-kira RM4.5 juta.

Turut hadir pada majlis tersebut, Pengurus Besar Grand Brilliance Sdn Bhd, Tengku Iesta Putra Tengku Alauddin, Pengerusi Finas, Datuk Affendi Hamdan dan Ketua Pegawai Eksekutif Pengeluar Filem Malaysia, Pansha.

Dalam pada itu Yusof berkata, pihaknya tidak berhasrat untuk mendapatkan tarikh tayangan lebih awal gara-gara masalah itu kerana ingin berlaku adil kepada penerbit filem lain.

"Saya tidak mahu mementingkan diri sendiri dengan mengambil tindakan menayangkan filem ini lebih awal dari tarikh sebenar.

"Saya rasa tidak adil untuk penerbit lain. Walaupun saya cukup risau kerana terpaksa menunggu sebulan lagi untuk tempoh penayangannya," kata beliau.

Tiada ulasan: