Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 31 Ogos 2013

PANAS MAZIDUL AKMAL SIDIK BELASAH PONDAN !!!!

Secara peribadi saya terkejut membaca berita dipaparkan oleh akhbar Sinar Harian Online berhubung tindakan penganjur membenarkan 12 MAK NYAH atau PONDAN menyertai perbarisan sambutan Hari Kebangsaan di Kuantan, Pahang.

Khunsa, individu dilahirkan secara semulajadi memiliki 2 alat jantina lelaki dan wanita. Pondan pula terikut-ikut menyerupai wanita. Sebilangan daripda mereka sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk menukar jantina lelaki kepada wanita lazimnya di Thailand atau Singapura.

Pondan terbabit dilaporkan mewakili Drug Intervention Community Pahang, DIC.

"Kita yang dilahirkan normal perlu tampil membentuk mereka menjadi insan yang sempurna," ujar Timbalan Presiden DIC Pahang,  Abd. Rahim Abd. Hamid.

Tambahnya, golongan pondan seringkali dipandang hina oleh masyarakat. 

Tanggapan itu silap.

Masyarakat tidak memandang hina terhadap manusia, makhluk diciptakan oleh Allah tetapi berasa muak melihat perangai mereka. Lelaki berbuah dada kecil tetapi pondan kemudian merubah kejadian tuhan.  Mereka memakan atau menyuntik hormon ke tubuh agar buah dada berubah,  bersaiz separuh buah tembikai. Pada masa sama, pondan mempunyai pilihan untuk berambut pendek kerana mereka dilahirkan sebagai lelaki tetapi demi memelihara keayuan, mereka berambut panjang mayang mengurai.


Paula, gambar di atas seorang daripada pondan bakal memeriahkan sambutan hari bersejarah negara kita. Lebih pelik, pembabitan kali pertama sedozen pondan itu dianggap UNIK oleh DIC.

Pondan, lelaki berperawakan seperti perempuan dan lihat sahaja nama digunakan, 'Paula'. Sebelum ini kakitangan Jabatan Agama Islam negeri di Malaysia menjalankan pelbagai operasi menangkap pondan di atas kesalahan berpenampilan menyerupai wanita dan berpakaian menjolok mata. Kini Shima, seorang lagi pondan bakal menyertai perbarisan Hari Kebangsaan tidak perlu berasa bimbang, statusnya tidak akan menyakitkan mata pemimpin negara dan golongan cerdik pandai agama.

Agaknya begitulah.

Jika perancangan ini dizahirkan,  semua pondan di negara kita pasti bakal berasa amat bangga  dengan pembabitan kaum sejenis mereka  tetapi itu  tidak bermaksud majoriti pondan  tidak memberhentikan kegiatan seks sejenis. 

Baca kisah terbabit, klik di sini.

Apakah sudah terjadi kali ini? Adakah pihak penganjur sekadar ingin melakarkan sejarah hitam?  Siapakah membuat keputusan mengiktiraf  pondan di Malaysia? Adakah keputusan itu diketahui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak? Sudahkah pihak penganjur merujuk pandangan alim ulama?  Jika sudah, tidak pula disiarkan oleh akhbar Sinar Harian.

Mengapakah pihak penganjur perarakan taksub, mengundang isu dijangkakan bakal mengundang persepsi negatif?   

Kalau begitu, pihak penganjur harus menjemput sekali golongan gay dan lesbian untuk turut serta dalam perbarisan Hari Kemerdekaan ke 56 Malaysia. Mereka juga perlu dibimbing untuk bergaul dengan masyarakat sekaligus memperbaiki cara kehidupan mereka. Kelompok terbabit juga sering dipandang serong oleh masyarakat.

Mungkin tahun hadapan, ada ruang untuk mereka.


 Mengapakah hanya pondan diiktiraf?

Apapun, selamat menyambut hari ulang tahun kemedekaan negara kepada semua pembaca blog ini.

Tiada ulasan: