Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Memaparkan catatan dengan label PERSOALAN HUDUD. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PERSOALAN HUDUD. Papar semua catatan

Rabu, 21 Mei 2014

PRK Teluk Intan: DAP ancam usir Pas Keluar PR Sekiranya Enggan Sokong Dyana Sofea Tolak Hudud ?

SEKALI DAP SERGAH,KELAM KABUT PAS UBAH.
Georgetown malam kelmarin, DAP meneruskan kempen antihudud apabila mengancam menamatkan hubungan dengan PAS, jika meneruskan hasrat melaksanakan undang-undang syariah itu.
Akibat dar isergahan Dap tersebut pm merasakan akhirnya Pas terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa Penentangan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, 27, terhadap hukum hudud tidak mengendurkan sokongan pemimpin PAS kepadanya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan di muka depan akhbar pro Pakatan semalam 

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, berkata sokongan PAS kepada Setiausaha Politik Penasihat DAP, Lim Kit Siang itu, adalah tanda persefahaman antara parti dalam pakatan pembangkang. 

“Tidak timbul sebarang masalah untuk PAS memberi sokongan walaupun Dyana Sofya menolak hudud kerana dia memang lahir daripada DAP. 

Persoalan yang pendekar nak tanyakan disini apakah PAS sanggup bersubahat dengan DAP meredhokan seorang Islam menolak Hukum hudud dengan memaksa ahlinya mengundi Dyana?


DAP Terus tentang pelaksanaan hudud 

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy, berkata pendirian DAP yang menentang pelaksanaan hukum hudud adalah amat jelas dan tidak berubah. 
“Kita tegas dalam hal ini dan tidak akan benarkan hudud dilaksanakan dalam negara ini. 

“Jika usul ini diteruskan dan Barisan Nasional (BN) menyokong usaha itu, ia adalah penamat kepada hubungan DAP dengan PAS,” katanya pada ceramah Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor di Kampung Hijau, Air Itam, di sini, malam kelmarin. 

Ramasamy percaya penangguhan hukum hudud oleh PAS ketika ini bersifat sementara dan DAP tidak akan membenarkan perkara itu berlaku.

Isnin, 12 Mei 2014

HUDUD: "Hudud in Malaysia, Can We? Should We?," anjuran Biro Undang-undang Pemuda MCA, Buat DAPig Pengsan ?

Pendekatan yang diambil oleh UMNO dalam memberi penjelasan kepada komponen Barisan Nasional mengenai Hudud mula membuatkan Pas serta musuh Hudud no satu Negara pengsan apaabila umpan mereka memancing undi melayu sering di bocorkan oleh dap sendiri dan  jika di lihat dari konsistennya mereka menentang Hudud itu sudah jelas tak perlu di persoal lagi terutama langkah mayat kami kalau mahu laksana hudud dan Negara Islam.

Malah seperti kita sedia maklum Pas sudah mengumumkan akan menangguhkan draf tentang Hudud untuk di bentangkan seakan akan termakan dari gesaan Dapigs yang menegaskan konsisten menolak Hudud selama ini


Forum ini dianjurkan di Wisma MCA ini juga turut disertai oleh Presiden Peguam Syarie, wakil Pemuda UMNO serta wakil pemimpin dari kalangan PAS sendiri dan yang pastinya kita dapat melihat bagaimana usaha kita memberi pemahaman tentang Hudud akan tetapi mampukah pas menyekolahkan Dap malah Pas langsung tidak mampu menyekolahkan PKR dan ternyata Anwar sampai sekarang cuba menzipkan mulutnya demi menjaga hati tuan besar Dapig


Nik Aziz tu sendiri pernah suatu ketika dulu berkata, PAS akan  berjumpa dengan DAPigs bagi menjelaskan mengenai isu Hudud dan yakin Dapig akan menerimanya tapi perkara sebaliknya yang telah berlaku hari ini pas umumkan tentang apa apa berkaitan Hudud tak sampai sehari dapat jawapan dari Dapigs yang akan menjelaskan Konsisten tolak hudud dan itu bukan persetujuan pakatan kita dah berjanji melaksanakan apa yang di persetujui ''tiada Hudud tiada Negara Islam''.



KUALA LUMPUR - Salah faham mengenai hudud timbul kerana ia tidak disebut bersekali dengan takzir yang juga sebahagian daripada Undang-undang Jenayah Islam, kata Presiden Persatuan Peguam Syarie, Musa Awang.    
Beliau berkata takzir adalah undang-undang buatan manusia yang dilaksanakan bagi memastikan pesalah tetap dikenakan hukuman setimpal dengan perbuatan mereka.       
"Ramai yang melihat undang-undang Islam itu hanya hudud sahaja dan hukumannya kejam seperti potong tangan dan ini perlu diperbetulkan.   
"Sedangkan mereka tidak tahu bahawa jika seseorang itu melakukan kesalahan di bawah hukum hudud tetapi tidak dapat dibuktikan bersalah kerana kadar pembuktian yang tinggi, maka kesalahan itu jatuh kepada takzir," katanya.    
Beliau berkata demikian ketika menjadi anggota panel forum "Hudud in Malaysia, Can We? Should We?," anjuran Biro Undang-undang Pemuda MCA, di sini hari ini. 

Panel lain pada forum sehari itu termasuk Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahya, Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin, Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr Dzulkefly Ahmad, Presiden Majlis Peguam Christopher Leong dan Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF) Dr Ahmad Farouk Musa.   
 
Fathul Bari yang senada dengan Musa berkata, lain-lain pembuktian selain daripada yang termaktub di dalam al-Quran boleh diguna pakai untuk menjatuhkan hukuman kepada pesalah mengikut takzir.      
 "Orang ramai perlu tahu bahawa walaupun hudud memerlukan empat saksi lelaki tetapi jika syarat itu tidak dapat dipenuhi maka lain-lain pembuktian seperti CCTV (kamera litar tertutup) dan cap jari boleh digunakan untuk mengenakan sesuatu hukuman," katanya.    
Beliau berkata bukan semuanya dihukum di bawah hudud, kerana apa yang lebih penting ialah hudud untuk memberi pengajaran kepada orang ramai bukan untuk menghukum semata-mata.    
Sementara itu, Ketua Pemuda MCA Senator Chong Sin Woon ketika ditemui berkata pihaknya menyambut baik pendekatan Umno untuk mengkaji kekangan kekangan dalam pelaksanaan hudud termasuk pembentukan jawatankuasa teknikal bersama kerajaan negeri Kelantan bagi membincangkan secara lanjut mengenai isu itu. 

Sin Woon berkata, MCA akan terus mengadakan forum sedemikian kerana ia merupakan platform terbaik untuk semua pihak tanpa mengira perbezaan agama dan politik bertukar-tukar pandangan selain membincangkan hudud secara lebih mendalam.  
 
 "Kita mendapat banyak pandangan yang berbeza, membuka mata kita terutama daripada perspektif seorang bukan Islam melihat para pemikir serta wakil parti politik daripada Umno dan Pas memberikan satu hujah yang baik dan dari pelbagai perspektif," katanya.    
Forum itu diadakan susulan cadangan Pas membentangkan rang undang-undang persendirian untuk melaksanakan hudud di Kelantan ke Parlimen.    
Bagaimanapun Jawatankuasa Pas Pusat yang bermesyuarat hari ini setuju menangguhkan hasrat itu bagi memberi tempoh masa kepada Jawa‎tankuasa Teknikal antara Putrajaya dan kerajaan negeri Kelantan meneliti serta mengemukakan cadangan tindakan pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan. - Bernama
Disini sahabat pm nilaikanlah apakah hasil anda untuk menyokong Pas yang sering memainkan isu hudud dalam masa yang sama gagal memberi penerangan pada bos besar pakatan tentang perkara tersebut jadi kit nilaikan siapa kafir harbi dan siapa kafir zimmi..  

Rabu, 7 Mei 2014

DAP perlu tinggalkan PR jika tolak hudud

KUALA LUMPUR - MCA hari ini menggesa DAP meninggalkan Pakatan Rakyat untuk membuktikan parti itu benar-benar menolak Hudud.

Naib Presidennya, Datin Paduka Chew Mei Fun dalam kenyataan di sini hari ini berkata, DAP hanya perlu memohon maaf kepada orang ramai kerana tindakannya itu dan bukan menyuruh Pas meninggalkan Pakatan Rakyat kerana PKR pun tidak kelihatan menolak pelaksanaan hudud.
"Kami belum nampak DAP mengambil sebarang tindakan praktikal untuk menghalang Pas daripada membentangkan rang undang-undang persendirian, tetapi terus memburuk-burukkan MCA dalam isu ini."Kecewa sungguh apabila melihat kerana gilakan kuasa, DAP mengetepikan kepentingan rakyat.

"Macam mana dua set undang-undang jenayah tidak mencampuri satu sama lain sedangkan kita hidup dalam persekitaran yang sama.
Konflik mengenai penukaran agama menjadi bukti jelas betapa tiada siapa pun terkecuali daripada dua jenis kehakiman dan DAP serta Pas bersikap tidak bertangungjawab apabila mereka menipu orang ramai," katanya.

Pas Kelantan, melalui anggota parlimennya, merancang membentangkan Rang Undang-undang Persendirian mengenai hudud di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kelulusan untuk melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) Negeri 1993 menjelang Disember tahun ini. - Bernama

Penasihat DAP, Lim Kit Siang bimbang perpecahan Pakatan Rakyat, gara gara isu Hudud

Cahaya kegelapan bakal melanda Pakatan Rakyat bila dap seakan akan memberi amaran bahawasanya berkemungkinan akan berpecah dengan Pas gara gara Hudud yang di rancang oleh Kerajaan Kelantan 
Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah menyuarakan kebimbangannya dengan kemungkinan perpecahan Pakatan Rakyat, gara gara isu Hudud dakwanya di portal Roket kini seperti yang admin pm baca sebentar tadi
Beliau mendakwa setelah genap setahun juga menyaksikan kemungkinan berbahaya akan perpecahan Pakatan. Ini tidak boleh dipandang ringan.
  • Majoriti besar yang mengundi Pakatan dalam pilihanraya lalu menginginkan pertukaran kerajaan dan dasar negara, bukan undang-undang hudud. Lagi pula, sesiapa yang tidak menyokong hudud bukanlah anti-Islam, tetapi kerana Perlembagaan Persekutuan memnyediakan Malaysia sebagai negara sekular yang demokratik,” katanya. 
  • Pakatan tentunya tidak akan dapat terus menafikan majoriti dua pertiga BN, malah akan kalah teruk jika hudud menjadi agenda mereka pada pilihanraya umum lalu. 
  • Rakyat ingin Pakatan terus bertambah kuat dan mencapai peralihan di peringkat persekutuan pada PRU ke-14 nanti. Namun jika hudud menjadi isu utama, Pakatan akan menerima nasib sama seperti Barisan Alternatif.
Ketiga-tiga parti, DAP, PAS dan PKR akan kalah, hanya Umno dan parti-parti BN yang menjadi pemenang. Dan itu adalah bencana yang sebenar-benarnya untuk seluruh rakyat Malaysia,” katanya lagi seperti yang admin pm petik di Roketkini.com
Seperti kita sedia maklum DAP AMAT TIDAK BERSETUJU dengan tindakan Kerajaan Kelantan untuk melaksanakan Hudud di Kelantan dan atas suara dap itu juga berkemungkinan besar menjadi penghalang no 1 perlaksanaan Hudud tersebut berbanding Umno YANG BERPENDIRIAN TERBUKA DALAM HAL INI,
Berbanding Dap yang merupakan suara mejoriti dalam pakatan ianya seakan akan Dap memberi amaran buat pas dalam isu Hudud ini ,berbeza keadaannya pula diantara Umno dan MCA di mana suara melayu itu utuh,malah jika bukan Islam membantah pun kita akan usahakan untuk memberi penerangan sewajarnya malah suara mejoriti Barisan Nasional tentunya suara orang orang Umno yang bakal menentukan dasar pimpinan

Rabu, 30 April 2014

Pendirian Umno kekal ''Hudud tidak adil jika hanya untuk orang Islam'' – Tun Mahathir ?

Dr Mahathir, tidak pernah sama sekali menolak hukum hudud seperti yang dituntut dalam agama, tetapi jika undang-undang itu mahu dilaksanakan, ia perlu menegakkan keadilan tanpa mengira sama ada kepada orang Islam atau bukan Islam.
“Saya berpegang kepada ajaran Islam. Dan surat saya kepada Nik Aziz berdasarkan Islam, bukan apa yang dikatakan sebagai sekular…
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir menegaskan, pendirian beliau untuk menolak cadangan Pas untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan pada 1993 masih tidak berubah kerana ia tidak menekankan prinsip keadilan sebenar seperti yang dianjurkan dalam al-Quran.
Dr Mahathir berkata, beliau tidak menolak hukum hudud seperti yang dituntut dalam agama, tetapi jika undang-undang itu mahu dilaksanakan, ia perlu menegakkan keadilan tanpa mengira sama ada kepada orang Islam atau bukan Islam.
“Saya berpegang kepada ajaran Islam. Dan surat saya kepada Nik Aziz berdasarkan Islam, bukan apa yang dikatakan sebagai sekular…
“Dalam hudud dan al-Quran, yang ditekankan adalah keadilan. Di Malaysia, kamu tidak akan dapat keadilan jika cuba menggunakan undang-undang hudud pada orang Islam dan bukan Islam pula dikecualikan,” katanya.
Menurut Dr Mahathir, beliau pada 1994 telah meyakinkan PAS untuk menggugurkan tuntutan untuk pelaksanaan hudud kerana ia tidak Islamik.
Ditanya punca kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seolah-olah terbuka terhadap hasrat Pas membangkitkan semula cadangan melaksanakan hudud di Kelantan, Dr Mahathir berkata, ia mungkin ada kaitan dengan usaha meraih sokongan.
“Mereka fikir mungkin kerajaan memerlukan sokongan,” kata Mahathir kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
“Semasa masa saya, saya mengetuai kerajaan yang sangat kuat dengan majoriti dua pertiga (di Parlimen),” tambahnya.
[Berita lanjut menyusul]

Isnin, 28 April 2014

Jadikan hudud hukum jenayah Islam – Jamil Khir

 Jamil Khir menyeru masyarakat untuk melihat dan memahami hukum hudud dalam konteks lebih luas iaitu perundangan Islam.
Isu pelaksanaan hukum hudud di Kelantan kembali menjadi perbincangan hangat akhir-akhir ini apabila Kerajaan PAS negeri itu, melalui anggota Parlimen parti itu, bercadang membawa di Dewan Rakyat Jun ini usul mengenainya.
Namun, hasrat PAS untuk mengemukakan rang undang-undang persendirian itu di Parlimen ditentang keras sekutunya, DAP, atas alasan pelaksanaan hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pakatan PAS-DAP-PKR.

GEORGE TOWN
: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyarankan hukum hudud menggunakan hukum jenayah Islam kerana ia adalah sebahagian daripada perundangan jenayah syariah Islam.
“Kalau kita membicarakan soal hudud maka tanggapan orang melihat hanya pada satu sudut. Mungkin orang akan melihat hudud dari sudut potong tangan, rejam ataupun persepsi sebatan.
“Tetapi sebenarnya di dalam Islam bila bercakap sebatan ada peraturan-peraturan sebatan. Ia tak sama macam sebatan sivil yang mana mungkin sekali rotan pun telah memberi bekas yang cukup dari segi fizikal.
“Konsep sebatan dalam syariah ia tidak sampai kepada tahap yang sedemikian, bahkan sebatannya adalah bersifat mendidik dan mengajar…lebih besar daripada itu untuk tujuan memberi kesedaran,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Multaqa Imam, Guru Takmir dan Jawatan Kuasa Kariah Masjid peringkat negeri Pulau Pinang, di sini, Ahad.
Beliau berkata pelaksanaan hukum hudud memerlukan rujukan, penelitian dan perbincangan yang mendalam daripada pakar supaya semua pihak dapat memahami dengan lebih jelas.
Isu pelaksanaan hukum hudud di Kelantan kembali menjadi perbincangan hangat akhir-akhir ini apabila Kerajaan PAS negeri itu, melalui anggota Parlimen parti itu, bercadang membawa di Dewan Rakyat Jun ini usul mengenainya.
Majlis penutup multaqa itu dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas.
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Abdul Malik Abul Kasim

Ahad, 27 April 2014

KETUA PEMUDA SOSIALIS DAP GERTAK PAS AGAR TIDAK MELAKSANA HUDUD KALAU HENDAK MENANG SOKONGAN MELAYU SERTA CINA YG MENANGKAN 3 NEGERI?

Dap lahnatullah semakin berani mendesak Pas supaya melupakan dasar untuk melaksanakan hudud dan Negara Islam perkara ini di utarakan oleh Ketua Pemuda Sosialis DAP, Teo Kok Seong  hari ini dengan mendakwa Pakatan Rakyat menang tiga negeri dulu kerana dasar yang telah di persetujui iaitu tiada hudud dan tiada Negara islam sekiranya pas tetap dengan pendiriannya nescaya pakatan tidak menerima sokongan seperti dulu sehinggakan menang 3 Negeri dakwanya
Admin pm rasa sebagai Umat Islam pentaksub Pas wajib bertindak keluar dari pakatan secepat yang mungkin dan jangan pandang kebelakang teruskanlah usaha untuk membentang dasar perlaksanaan hudud di Kelantan jangan di ambik kisah cina dap yang tak sedar di untung ini.
KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Sosialis DAP, Teo Kok Seong  hari ini mendesak Majlis Tertinggi Pimpinan Pakatan Rakyat supaya bertindak pantas untuk menyelesaikan isu perlaksanaan hudud di Kelatan agar dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Pakatan.Katanya, Pakatan yang dianggotai tiga komponen parti – PKR, PAS dan DAP – mendapat sokongan kerana manifesto bersama dan dasar bersama yang dipersetujui ketiga-tiga parti itu, dapat diterima majoriti rakyat Malaysia.
51 peratus pengundi di Malaysia memberi sokongan dan mandat kepada Pakatan Rakyat dengan 89 ahli Parlimen  mewakili suara mereka di Dewan Rakyat,” kata Teo yang juga ahli Parlimen Rasah dalam satu kenyataaan.
“Selain itu, sokongan rakyat terhadap dasar bersama Pakatan Rakyat telah berjaya membolehkan Pakatan mempertahankan kerajaan Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.
Saya amat yakin semangat bermuafakat di antara ketiga-tiga parti komponen Pakatan dapat menyelesaikan segala perbezaan fahaman serta pandangan,” katanya.. -MK
Psssttt tak habis habis nak tunjukkan kononnya kuasa dap ni hebat lebih memalukan mendakwa Pakatan Rakyat berjaya tawan Selangor dari sumber Dasar Pakatan Rakyar iaitu menolak Hudud dan menolak Negara Islam jadi pada yang Islam tu kalau menyokong Pakatan Rakyat pemimpin Dap ni sama kan korang dengan musuh Hudud da Negara Islam lah erk

Sabtu, 26 April 2014

Hudud: Perlembagaan boleh dipinda tetapi al-Quran tidak boleh dipinda Jelas Khairy pada Gobind Sing




SHAH ALAM – "Perlembagaan boleh dipinda tetapi al-Quran tidak boleh dipinda'" demikian kemas kini status Twitter terbaharu Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Status itu dilihat seolah-olah membidas kenyataan Pengerusi Biro Perundangan DAP Kebangsaan, Gobind Sing Deo, semalam.

Melalui status itu, Khairy berkata permasalahan hukum hudud bukan soal pelaksanaan sebaliknya penerimaan hukum tersebut.

“Apakah pelaksanaannya (hudud) praktikal dalam negara seperti Malaysia? Apakah kita mempunyai persekitaran yang sesuai untuk ia dilaksanakan? Itu soalnya.

“Hudud bertentangan dengan Perlembagaan? Perlembagaan boleh dipinda. Al-Quran tidak boleh dipinda. Soalnya pelaksanaan bukan penerimaan,” tulisnya pagi ini.

Semalam, Gobind menegaskan bahawa DAP tidak akan sekali-kali takut dengan sebarang ancaman dan bakal terus menentang pelaksanaan hukum hudud yang disifatkan melanggar peruntukan Perlembagaan dan bertentangan agenda PR.

Terdahulu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya kini membuat persiapan dan akan memilih sesi sesuai di Parlimen untuk mengemukakan rang undang-undang persendirian bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan hukuman itu sebagaimana diperuntukkan Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau menganggarkan hukum hudud dapat dikuatkuasakan di Kelantan selewat-lewatnya Januari depan sekiranya tiada halangan dari Kerajaan Persekutuan untuk membolehkan rang undang-undang persendirian dibentang dan diluluskan di Parlimen.

Jumaat, 25 April 2014

DAP ARAH PAS KELUAR PAKATAN JIKA BERDEGIL MAHU LAKSANA HUDUD ?

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook.

 KUALA LUMPUR: DAP meminta PAS menghormati muafakat yang telah dipersetujui secara bersama dalam Pakatan Rakyat atau berundur daripada pakatan itu sekiranya ia bertegas mahu melaksanakan hudud di Kelantan.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata tindakan pimpinan PAS itu yang dibuat tanpa kata sepakat Majlis Presiden atau pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat jelas telah mencabuli muafakat tersebut.

"Sekiranya PAS bertegas untuk membuat sebarang keputusan dan tindakan yang tidak ada konsensus dalam Pakatan Rakyat, maka langkah yang paling terhormat dan sewajarnya untuk PAS ialah berundur dari Pakatan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Seremban menambah PAS tidak boleh terus bertindak bertentangan dengan dasar bersama muafakat itu tetapi pada masa yang sama tetap bersandar kepada Pakatan Rakyat.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini menegaskan PAS akan tetap dengan perancangannya mahu melaksanakan hudud di Kelantan kerana ia tidak berjanji dengan DAP dan PKR untuk tidak melaksanakan cita-cita perjuangan parti Islam itu.

Jelas Anthony, DAP sedar bahawa pelaksanaan hudud adalah satu daripada matlamat perjuangan politik PAS tetapi prinsip muafakat yang dipersetujui sejak selepas pilihan raya umum 2008 ialah perjuangan parti harus mendapat konsensus anggota Pakatan Rakyat.

Beliau merujuk kepada Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang dimeterai oleh pimpinan tertinggi DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat dalam Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama pada 19 Disember 2009 di Shah Alam.

Khamis, 24 April 2014

DAP, PKR ada hak bantah Pas

DAP LAHNATULLAH MENGGUNAKAN KUASA VETO DALAM PAKATAN NYA SEKALI LAGI !!! APA PAS NI MASIH BUTA HATI SEHINGGAKAN  SANGGUP LAGI BERSAMA MUSUH ISLAM YANG NYATA?
SHAH ALAM –  DAP dan PKR berhak membantah keputusan Pas berhubung pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, kata Pengerusi Biro Perundangan DAP Kebangsaan, Gobind Singh Deo.

Menurutnya, jika Pas tetap berkeras mahu membentangkan rang undang-undang tersebut, DAP dan PKR akan menentang keputusan tersebut.

“DAP dan PKR berhak untuk membantah rancangan Pas memperkenalkan hudud di Kelantan kerana Pas sebahagian daripada Pakatan Rakyat (PR).

“Pas menumpang sama dalam gabungan kekuatan PR pada pilihan raya umum lalu dan kami di DAP dan PKR membentuk pakatan ini bersama mereka selepas mereka menerima agenda kami yang tidak termasuk hudud,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Malah jelas Ahli Parlimen Puchong itu, sudah menjadi tugasnya untuk mengingatkan Pas bahawa undian yang mereka terima adalah berdasarkan kepada agenda PR.

“Pas tak boleh dan tidak seharusnya kini mengetepikan agenda PR yang telah diterima secara rasmi pada 2011.

“Pas silap kalau kata konsensus gabungan pembangkang untuk tidak melaksanakan hudud itu hanya dalam konteks nasional.

"Itu alasan yang lemah...Hudud tidak pernah menjadi sebahagian agenda PR,” katanya.

Beliau sempat menegaskan bahawa DAP tidak akan sekali-kali takut dengan sebarang ancaman dan bakal terus menentang pelaksanaan hukum hudud yang disifatkan melanggar peruntukan Perlembagaan dan bertentangan agenda PR.

Terdahulu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya kini membuat persiapan dan akan memilih sesi sesuai di Parlimen untuk mengemukakan rang undang-undang persendirian bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan hukuman itu sebagaimana diperuntukkan Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau menganggarkan hukum hudud dapat dikuatkuasakan di Kelantan selewat-lewatnya Januari depan sekiranya tiada halangan dari Kerajaan Persekutuan untuk membolehkan rang undang-undang persendirian dibentang dan diluluskan di Parlimen.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dedah perjanjian sulit Pemimpin pakatan Buang Hudud dan Negara Islam

Benarkah Pas sudah berani bersuara menentang dasar yang di bawa Dap serta PKR yang selama ini menentang keras perlaksanaan Hudud dan dari pengamatan pm banyak sangat pembohongan Pakatan terkantoi dalam steatment yang di keluarkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berani kah Pas membelakangkan Dap dan PKR. 

  1. Mereka secara terang terangan menyatakan memang mereka membuat perjanjian sulit bersama PKR serta DAP Lahnatullah bahawa tidak akan melaksanakan Hudud dan Negara Islam, sedangkan terkandung dalam perlembagaan Negara bahawa Agama rasmi Negara adalah Islam malah Negara luar meng iktiraf Malaysia sebagai Negara Islam yang menjadi model Negara Islam lain untuk di contohi 
  2. Bagaimana PKR dan DAP tak pertikaikan perkara yang di janjikan bila berbicara dalam kontek Negara sudah tentu melibatkan semua Negeri dan tindakan Pas membandingkan dengan menifestor Negeri dan Negara adalah sangat tidak bertepatan kerana bagi negeri kalau ada penambah baikan itu adalah untuk Negeri dalam masa yang sama bahagian Negara juga perlu di ikuti
  3.  Yang paling admin pelik mengapa diakhir kenyataan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata undang-undang berkenaan hanya akan melibatkan umat Islam dan orang bukan Islam sepatutnya tidak perlu takut sedangkan itu adalah bercanggah dari perkara yang sebenar di mana bila Hudud terlaksana semua kena mengikut undang undang tersebut tiada pengecualian.



KOTA BHARU - Pas akan meneruskan agenda melaksanakan hukum hudud di peringkat negeri dan mengingatkan parti-parti daripada rakan sekutunya bahawa mereka tidak mempunyai sebarang hak untuk campur tangan.
   
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Pas Kelantan sekali lagi memberi peringatan kepada PKR dan DAP bahawa mereka tidak berhak untuk menghalang pelaksanaan hukum hudud di negeri ini.
   
Katanya, cadangan melaksanakan hukum hudud itu telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993 lagi menerusi pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 di Kelantan.
   
Beliau berkata, cadangan yang diluluskan sejak 21 tahun lepas itu tidak berkaitan dengan perjanjian pakatan pembangkang.
   
"Perjanjian (Majlis Pimpinan Pembangkang) dan permuafakatan dalam pakatan pembangkang menyatakan untuk tidak melaksanakan hukum hudud itu hanya melibatkan konteks negara.
   
Mohd Amar berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa sokongan pembangkang terhadap hukum hudud tidak timbul memandangkan parti itu tidak menyokong pelaksanaannya.

"Saya juga tidak faham mengapa DAP dan PKR mempertikaikan usaha kita untuk melaksanakan hukum hudud sedangkan manifesto juga terdapat di peringkat negara serta negeri," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah dan Pecah Tanah Projek Rumah Taman Kurnia Jaya di sini, hari ini.
   
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 sebelum ini berkata kerajaan Pas Kelantan melalui anggota Parlimen parti itu, akan membawa usul Rang Undang-Undang Persendirian (Hukum Hudud) ke persidangan Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan enakmen berkenaan selewat-lewatnya Disember tahun ini.
   
Mengulas cadangan pelaksanaan hukuman itu beliau berkata pihaknya merancang untuk menggunakan perkhidmatan pakar bedah bagi tujuan memotong tangan penjenayah yang disabitkan kesalahan sekiranya undang-undang Islam itu mula dikuatkuasakan tahun depan.
   
"Selesai hukuman tersebut pesalah terbabit sudah boleh pulang ke rumah tanpa perlu menjalani sebarang hukuman lain seperti penjara atau sebaliknya," katanya.
   
Katanya hukuman itu dilihat lebih berkesan daripada Kanun Tatacara Jenayah yang diamalkan sekarang apabila semua pesalah perlu menjalani hukuman penjara selain ia juga membebankan kerajaan menanggung kos tahanan terbabit.
  
Mohd Amar berkata, undang-undang berkenaan hanya akan melibatkan umat Islam dan orang bukan Islam sepatutnya tidak perlu takut dengan pelaksanaan hukum Hudud.

Selasa, 22 April 2014

AMARAN GUAN ENG PADA PAS BAHAWA PATUHI PERJANJIAN MEREKA DULU BAHAWA MEREKA TOLAK HUDUD ?


LIM GUAN ENG MENGINGATKAN PAS TIADA HUDUD !!!
KUALA  LUMPUR – Guan Eng yang merupakan antara golongan paling di takuti oleh sekutunya dalam Pakatan sudah mula cuba menghina Pas buat sekian kali nya dengan memberi peringatan tiada Hudud dan mengingatkan tiada Negara Islam dalam dasar pakatan

Seperti yang kita sedia maklum puak perosak Negara ini dengan selamba tidak mengiktiraf Malaysia sebagai Negara Islam dan yang pm paling pelik mengapa Pas sanggup lagi bersekutu dengan mereka

Jika kita hendak kata Kafir sememangnya menolak Hudud itu memang berkemungkinan akan tetapi suara mejoriti dalam Pakatan selama ini jelas berpihak kepada Dap itu kita memang sedia maklum dan ini amat berbeza dengan Barisan Nasional jadi jelasnya menyokong pas ibarat merosakkan nama baik agama kita jadi renung renungkan lah pada sahabat pm baca kenyataan Guan Eng yang berani menghina Ps dibawah.

DAP tidak akan pernah bersetuju dengan rancangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan kerana ia tidak pernah dipersetujui ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat (PR),sebelum ini kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Jika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil pendekatan berhati-hati mengenai pendirian partinya PKR dalam isu hudud, DAP pula lebih “berterus-terang” tidak akan setuju undang-undang itu dilaksanakan.
Menurut Guan Eng, ketiga-tiga parti komponen dalam PR jelas tidak pernah membincangkan soal hudud mahupun negara Islam, sebaliknya semua parti bersetuju dalam soal dasar bersama seperti membanteras rasuah, memastikan urus tadbir yang baik, mewujudkan kedaulatan undang-undang dan keadilan, memastikan kemakmuran ekonomi dikongsi secara saksama dengan rakyat dan tidak hanya dinikmati oleh kroni.
“Pendirian PR tidak berubah kerana pendirian DAP yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud tidak berubah. Di bawah PR, mesti ada konsensus ketiga-tiga parti dalam hal dasar.
“Memandangkan DAP tidak menyokong pelaksanaan hudud, isu sokongan PR terhadap hudud tidak berbangkit,” katanya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kenyataan itu menyusul sehari selepas berakhirnya upacara penghormatan terakhir kepada mendiang Karpal Singh, Penasihat DAP yang paling lantang menolak cadangan Pas untuk melaksanakan undang-undang hudud.
Menurut Guan Eng, manifesto pilihan raya 2008 dan 2013 PR juga tidak memuatkan pelaksanaan hudud ataupun penubuhan negara Islam, malah ia turut dipersetujui semua parti komponen PAS, PKR dan DAP.
“Semua parti komponen boleh mematuhi objektif masing-masing dalam rangka demokrasi, namun keutamaan dan fokus harus diberikan kepada dasar bersama PR,” katanya.
Guan Eng berkata, pendirian PR turut dipertegaskan semula oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila berkata, “model dan pelaksanaan hudud yang bakal diguna pakai oleh kerajaan negeri Kelantan perlu difahami terlebih dahulu sebelum PR mengambil keputusan bersama untuk mempersetujuinya.”
Kerajaan negeri Kelantan yang dipimpin Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob menyatakan kesediaannya melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 yang merangkumi hukuman hudud selewat-lewatnya pada 2015 dan akan membentangkan undang-undang berkenaan di Parlimen.
Meskipun menerima bantahan keras daripada pemimpin bukan beragama Islam dari DAP dan Barisan Nasional (BN), Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerajaan negeri Kelantan sudah melalui proses demokratik sepenuhnya sebelum memutuskan untuk membawa rang undang-undang persendirian ke Dewan Rakyat mengenai undang-undang jenayah Syariah termasuk hudud.
Beliau berkata, sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan undang-undang berkenaan, ia melalui proses yang betul dan mengikut amalan demokrasi.
Tan Sri Annuar Musa turut menyatakan kesediaan membantu mendapatkan sokongan terhadap pelaksanaan hukum hudud di Kelantan dan akan melobi ahli Parlimen Umno untuk menyokong pembentangan rang udang-undang persendirian kerajaan Kelantan di Parlimen.
Annuar yang juga ahli Parlimen Ketereh berkata, sebahagian besar daripada 88 pemimpin Umno di Parlimen akan menyokong pembentangan tersebut di Parlimen.
Isu hudud berlarutan sejak sekian lama, sebelum penubuhan PR apabila PAS Kelantan pada 1993 meluluskan enakmen berkenaan undang-undang Syariah.
Sejak itu, isu berkenaan turut menjadi perdebatan hangat dalam kalangan ahli Parlimen dari BN dan PR, serta dijadikan senjata politik dalam Pilihan Raya Umum 2013 lalu.

Sabtu, 31 Ogos 2013

RUU SYARIAH (MENENTANG SYIAH):PEMIMPIN PAS MEMALUKAN DIRI DENGAN ISU TIDAK MENYOKONG MENENTANG SYIAH SECARA BESAR BESARAN


Inilah sifat Retorik yang ada pada para Pmimpin pemimpin Pas yang kononnya merekalah yang paling tinggi Islamnya di negara kita,pendek kata mereka ini sahaja yang betul dan orang lain semuanya tak betul hakikatnya mereka hanya menampakkan kejahilannya kerana setiap fitnah mereka berjaya di tepis dengan fakta yang amat kukuh dan jelas.

APA YANG DI PERJUANGKANNYA HANYA BAYANG BAYANGAN sahaja kerana Hudud yang dikehendaki oleh Pas sebenarnya Pendekar ANGGAP TELAH LAMA TERKUBUR DAN AKAN TERUS TERKUBUR SELAGI PAS DENGAN SIFAT PENTINGKAN KUASA (LIHAT ULASAN BERKENAAN HUDUD DIBAWAH)yakni selagi terus bersama DAP jangan mimpi lah Hudud akan tertegak dibumi Malaysia kerana DAP sudah terang nyata lagi bersuluh menentangnya dengan kuasa yang mereka ada didalam Pakatan Rakyat!!! 

Apa yang menghairankan, kenyataan dia tu hanya memburukkan Parti PAS sahaja?

Dalam isu terkini, ADUN Alor Mengkudu yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Kedah mempertikaikan Rang Undang - Undang yang dibentang baru - baru ni.

KONONnya, alasan yang dia berikan ialah kerana Rang Undang - Undang tu bercanggah dengan Undang - Undang Syariah Islam yang 'sebenar'.
ALOR SETAR - PR menegaskan bahawa keputusan untuk menolak enakmen berkaitan anti Syiah pada persidangan Dun baru-baru ini bukan disebabkan masalah Syiah, tetapi kerana Rang Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2013 yang diperkenalkan adalah bertentangan dengan Syariah sebenar.
Dia jugak turut menjelaskan hukum - hukum yang sepatutnya dikenakan bagi kesalahan - kesalahan menurut Hukum Islam. Atau dengan kata lainnya, Hukum Hudud.

Nak tanya pada Ketua Pemuda PAS Kedah ni. Kenapa masa PAS memerintah Negeri Kedah tempoh hari, Rang Undang - Undang tersebut tidak dibentangkan?

Kenapa PAS tidak membawa usul untuk meminda undang - undang Syariah sedia ada dan mengubahnya mengikut Hukum - Hukum Islam?

Sebagai contoh, hukuman bagi mereka yang berzina. Kenapa PAS Kedah tak letakkan hukuman sebat atau rejam bagi mereka yang terlibat?

Kenapa hanya bila tiba ketika Negeri Kedah diambil alih oleh Barisan Nasional, baru PAS nak mempertikaikan perkara tersebut dalam sidang DUN?

Walhal mereka ada tempoh lima tahun untuk buat usul tersebut Diulangi, LIMA TAHUN!!! Bukannya sekadar sebulan dua je tempoh masa yang diorang ada.

Sebaliknya, tempoh tersebut digunakan untuk memenuhkan poket kroni - kroni seperti membuka Insaniah Holding dan membotakkan balak yang ada di Negeri Kedah.

Itu membuktikan bahawa PAS hanya sekadar 'Mempergunakan' Islam sebagai alat untuk diorang berpolitik dan meraih undi demi kepentingan peribadi. Bukannya diorang betul - betul nak Memperjuangkan Islam sangat pun!!

Mudahnya mengata pada orang lain,mudahnya menuduh orang lain tanpa usul periksa,mudahnya memandang rendah pada orang lain,semua yg dia tak suka semuanya buruk langsung tak nampak kebaikan..kalaulah kita perhati dan muhasabah diri sendiri,alangkah banyaknya kekurangan diri..itulah manusia yang tertipu dgn diri sendiri,kagum dengan diri,orang lain buruk yang baik dirinya sahaja...kesian

Penjelasan tentang RUU kesalahan jenayah syariah (Kedah)

Klausa klausa yang diperbaharui dalam Rang undang undang kesalahan jenayah syariah (Kedah) 2013 yang berkait Hukum Syarak ialah Pemujaan Salah, Doktrin palsu, Pendapat yang bertentangan dengan fatwa, Penerbitan agama yang bertentangan dengan Hukum Syarak, dan lain lain.

Dan dalam tafsiran, "Hukum Syarak" ertinya Hukum Syarak mengikut Mazhab Syafie atau mengikut mana mana satu Mazhab Hanafi, Maliki atau Hambali. Seperti yang Datuk Mukhriz nyatakan dalam Sidang DUN, bahawa Syiah bukan mazhab, maka ianya bertentangan dgn Hukum Syarak.

Oleh itu, walaupun RUU itu tak sebut Syiah secara spesifik, Syiah tergolong antara fahaman yang melanggari Hukum Syarak. Maka sesiapa yang mengajar & mengembang doktrin Syiah melakukan suatu kesalahan & boleh dihukum seperti yang diperuntukkan dalam RUU tersebut.



Bab arak zina qazaf dan lain lain memang dah wujud dalam RUU lama malah telah berkuatkuasa dari dulu. Ketika zaman Pas pun mereka guna undang undang yang sama untuk kesalahan zina, arak, qazaf  dan lain lain.. Yang hairannya Pas tak pula nak perbetulkannya supaya lebih menepati "Hukum Allah" ..

Penasihat Undang-undang Negeri menjelaskan bahawa apabila satu enakmen itu hendak dipinda, kesemua enakmen yang dikuatkuasakan terdahulu perlu ditarik balik.

"Misalnya dalam enakmen yang asal dulu ada soal zina, liwat dan sebagainya ditarik balik, kemudian dimasukkan berkenaan fahaman yang bertentangan dengan ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Selepas itu, dimasukkan semula enakmen yang ditarik itu sebagai satu enakmen yang baru. Itu sebabnya ia nampak panjang, walhal fasal yang baru itu tidak banyak,"

Kalau sekarang Pas kata RUU yang dibawa untuk diluluskan dalam sidang DUN itu tak betul kenapa dulu tak pertikai?? RUU yang dibawa oleh Kerajaan BN mendapat tentangan hebat dari Ahmad Yahya kononnya RUU tersebut tidak mengikut syariat Islam..

Namun Otai Pas merangkap bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah Pahrolrazi berhujah mengatakan RUU itu adalah berkaitan hukum takzir dimana hukum tersebut boleh ditentukan perlaksanaannya oleh pihak berkuasa, sehingga Ahmad Yahya terkedu disekolahkan oleh bekas EXCO.

Untuk makluman semua, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah ini mendapat kelulusan Dato Mufti terlebih dahulu sebelum dibawah kedalam Sidang DUN agar semua ADUN beragama Islam meluluskan RUU ini..

Tapi sayangnya Adun dari PAS menolak 100% RUU kerana bagi mereka hudud lebih penting.. Jika Adun Pas pertikaikan RUU ini tidak menepati syariat Islam, Dato Mufti orang pertama akan menegur dan minta ditukarkan sebab RUU ini melibatkan akidah umat Islam..

Jadi apa yang dipertikaikan oleh Ahmad Yahya dalam akhbar sinar tentang hukum zina, arak dan sebagainya itu hanya mahu menutup isu mereka menyokong Syiah...


DISINI PENDEKAR NAK KONGSIKAN PADA UMAT ISLAM DI MALAYSIA SUPAYA CUBA MEMAHAMI MENGAPA NEGARA KITA BELUM LAGI DAPAT MELAKSANAKAN HUKUM INI DIMALAYSIA BUAT MASA INI

Imam Abdurrazzaq Ash-Shan'aani dalam Al-Mushannaf yang disandarkan kepada Umar Al-Khattab RA, kata beliau, "Tidak ada hukum hudud kecuali bagi orang yang mengetahui tentangnya."

Penerangan mufti Qatar (sebuah negara yg belum amalkan hudud) iaitu Syeikh Dr Al Qaradhawi bahawa hudud adalah kemuncak kepada seluruh sistem kehidupan Islam, yang pastinya dimulakan dengan Aqidah yang shahih.

Beliau berkata: "dasar [berkenaan perlaksanaan hudud ialah] tidak dilaksanakan [hukum] hudud melainkan apabila kita telah melaksanakan-seperti yang telah saya katakan-ajaran-ajaran Islam keseluruhannya yang berkaitan akidah, syariat, akhlak, tata susila dan nilai-nilai [murni], kita bangunkan masyarakat Islam, dalam keadaan ini, kita laksanakan [hukum] hudud".
(Rujuk : http://www.qaradawi.net/2010-02-23-09...)

apabila berbicara berkenaan hudud, ramai org cakap hudud ni hukum potong tangan, hukum rejam dan mcm2 hukum.. pdhal bukan mcm tu nak bagi manusia kenal hudud.. keindahan hukum hudud yg tidak diceritakan

dr maza kata PAS beri gambaran salah psl hudud: 
http://drmaza.com/home/?p=1624

cuba terangkan, mcm mana nak buat hudud? sedangkan samaada umno atau pas x cukup kerusi parlimen utk gubal/pinda perlembagaan negara.. jd kerajaan mana boleh gubal/pinda perlembagaan negara sesuka ati.. sbb dlm dewan rakyat ada kerajaan, ada pembgkang dan ada mcm2 parti..

apa yg umno ckp psl hudud sama sejibik dgn apa yg ahli parlimen pas dr.dzulkefly ckp, x caya tgk video penuhnya kat tvpas sini: 
umno dan pas masing2 x cukup 2/3 kerusi parlimen utk gubal/pinda perlembagaan jd hudud, jd camne nak buat hudud?
http://www.youtube.com/watch?v=Q-Qcpe...

sy sokong hudud tp PR ngaku hudud bukan agenda PR juga.. byk alasan d beri oleh mereka.. PR berjanji nak pertahankan perlembagaan sedia ada je.. nanti dah memerintah terikat pula dgn perjanjian dalam PR.. kat mlysia dua2 sama je x dpt buat hudud:

dulu PAS boleh la ckp nak hudud sbb dulu PAS x gabung dgn parti2 lain.. skrg bila dah gabung PAS sendri kata hudud bukan agendanya..

PAS dgn DAP dah bercerai lebih 3 kali tp boleh rujuk2 balik, tu yg pelik.. mula2 dlm APU, pastu cerai.. gabung lg dlm BA, cerai jugak.. skrg dlm PR plak.. 
akhirnya PAS sendri ngaku hudud bukan agenda PR:

http://www.youtube.com/watch?v=b6bk8z...

video penuh forum ulama' muda UMNO menerangkan hudud kepada chua soi lek & MCA.. bila PAS nak buat forum terangkan hudud pd DAP dan karpal pula?:
http://www.youtube.com/watch?v=DQ1mSp...

penerangan hudud ustaz khazan:
http://www.youtube.com/watch?v=D3vOEl...

penjelasan hudud antara pas dan umno di sidang DUN.. nampaknya terbukti hanya pas memutarbelit kenyataan kerajaan kononnya tidak mahu laksana hudud:
http://www.youtube.com/watch?v=graKlk...

dr maza nafi mahathir hina hudud setelah mendpt penjelasan dr tun sendri: 
http://drmaza.com/home/?p=1803

selain dr maza, ustaz kazim juga nafi mahathir hina hudud setelah mendpt penjelasan dr tun sendri:
http://www.anwaraidc.com/?p=27857

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:
"Tidaklah seseorang menuduh kepada orang lain dengan tuduhan fasiq atau kafir (tolak Islam), melainkan akan kembali kepada yang menuduh sekiranya yang dituduh tadi tidak sebagaimana yang dituduhkan." (Muttafaqun 'alaih)