Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 8 Mac 2013

Reuters dan Manila Times Penipu Tuduhan Terbaru Wan aZIZAH, Wartawan DiBayar BN Satu Tektik Selamat kan Diri Wan Azizah !!!!! ?



Gempar Wan Azizah pula memilih untuk menuduh laporan mengenai Anwar menjadi ‘dalang’ krisis di Sabah, sebagai ‘tuduhan liar dan tidak berasas’. Kata beliau, “Saya baca laporan, tidak ada sebut nama dan tidak ada apa-apa kaitan yang dikatakan dengan Anwar.” Malah, Wan Azizah juga membayangkan seolah-olah wartawan yang melaporkan sedemikian telah dibayar oleh Barisan Nasional. 

Katanya, beliau tidak terkejut apabila perkara itu ditimbulkan kerana sebelum ini telah wujud penemuan bahawa seorang wartawan dibayar oleh kerajaan Barisan Nasional untuk menulis berita-berita anti-Anwar.

Nampaknya Wan Azizah secara langsung telah menuduh Reuters dan Manila Times sebagai penipu. Bukan itu sahaja, beliau juga secara tidak langsung menuduh bahawa wartawan di kedua-dua agensi berita tersebut telah dibayar oleh Barisan Nasional KLICK DI SINI

Justeru, sewajarnyalah wartawan yang terbabit memberi penjelasan bagi mengelak diri mereka dan agensi mereka dipandang serong kerana melaporkan berita palsu. Tidak salah juga jika mereka menyaman Wan Azizah bagi membersihkan nama mereka yang digelar sebagai penipu dan penerima rasuah.

Mungkin inilah saja caranya untuk kita mendapatkan kebenaran memandangkan Anwar enggan menyaman pihak yang membawa laporan asal tetapi hanya menyaman pihak yang memetik laporan tersebut.

Bagi rakyat yang rasional, keengganan Anwar untuk menyaman Reuters dan Manila Times sudah cukup untuk membuktikan sama ada Anwar benar-benar terlibat atau tidak di dalam krisis di Sabah. Malah, sikap Anwar yang bagaikan cacing kepanasan bila ditanya perkara ini juga menguatkan lagi syak wasangka ramai.

Reuters adalah sebuah agensi antarabangsa manakala Manila Times pula adalah media Filipina. Tidak ada sebab bagi agensi antarabangsa yang selalunya ‘mesra’ Anwar melaporkan sesuatu yang mampu meletakkan Anwar dalam situasi sukar. Dan apa ke jadahnya, Barisan Nasional perlu membayar Manila Times untuk mengotorkan lagi nama Anwar sedangkan nama Anwar sudah sedia berpalit najis? Apakah untungnya bagi Barisan Nasional untuk ‘mencari nahas’ dalam krisis Sabah di saat PRU semakin hampir?

Yang untungnya, hanyalah pembangkang kerana dapat mencipta isu memburukkan kerajaan BN.

Lebih dari itu, Anwar juga yang sedang meraikan pertumpahan darah rakyat Sabah sebagai menebus kegagalan menumpahkan darah rakyat Semenanjung ala Dataran Tahrir. Dan Anwar jugalah yang begitu teruja menunggu campurtangan asing seperti yang dipohon oleh pihak Sulu, setelah beliau sendiri gagal menjemput Amerika dan Australia berbuat demikian.

Dari sudut mana pun, kita tidak dapat mengelak dari melihat tangan Anwar di belakang semua ini.

Oleh yang demikian tidak ada cara lain lagi bagi Anwar untuk membersihkan namanya selain dari menyaman Reuters dan Manila Times yang dianggap Wan Azizah sebagai penipu! Atau sebaliknya, Reuters and Manila Times wajib menyaman Wan Azizah kerana menuduh mereka sebagai penipu…apa apapun kita tunggu sahaja siasatan yang pihak kerajaan Malaysia dan Filipina buat tidak lama lagi 
SINI

Tiada ulasan: