Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 9 Mei 2013

WAHH WAHH WAHH DAP SELANGOR MEMUTUSKAN CALON MB MESTI PKR BUKAN DARI PAS.

Tindakan DAP Selangor memutuskan calon menteri besar negeri itu mestilah dari PKR menampakkan kelemahan PAS yang sinonim dengan jolokan kuda tunggangan DAP,dan semoga pihak Pas mengambil Iktibar dari permasaalahan ini dan campur tangan pihak Istana diharap dapat membantu menyelesaikan permasaalahan ini kerana Sultan adalah orang yang paling layak memilih calon MB bukannya DAP FAKTA SILA [KLICK] DISINI. 

Adun Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, bagaimanapun calon yang layak untuk posisi itu bakal diputuskan dalam Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) dalam tempoh terdekat ini dan spekulasi mengenai perkara itu tidak wajar wujud.

“Menteri Besar sekarang PKR, oleh itu tidak perlu wujud sebarang spekulasi mahupun teka teki kerana yang pastinya Menteri Besar akan datang juga adalah dari PKR.

“Bagaimanapun, komponen PR masih dalam penelitian calon PKR yang layak berdasarkan prestasi yang ditunjukkan penggal sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Suee Lim berkata, DAP sebagai komponen akan menyokong calon Menteri Besar yang difikirkan benar-benar layak menerajui kepimpinan Selangor.

“Kita tidak boleh mendedahkan lagi calon berkenaan kerana tindakan ini akan mengundang kontroversi.

“Kita masih punya masa untuk memutuskan calon yang layak, tunggu saja keputusan Mesyuarat PR dalam tempoh terdekat ini,” katanya yang turut mengucapkan terima kasih  kepada kepercayaan rakyat Selangor kerana memberi mandat besar kepada PR untuk terus menerajui kepimpinan Selangor.

Sementara itu, Ahli Parlimen Klang, Charles Anthony Santiago dalam nada sama berkata, Pas menolak untuk menghantar wakil calon menteri besar.

Oleh yang demikian, sudah tentu Menteri Besar Selangor adalah dari PKR.

"Mesyuarat PR akan berlangsung hari ini dan esok, selepas itu kita akan umumkan Menteri Besar Selangor," katanya.

Tiada ulasan: