Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 17 Februari 2013

Majoriti yakin SPR telus, adil Pas yang tidak adil Memfitnah !!!!!

Hasil kajian sangkal dakwaan pembangkang

Kuala Lumpur: Majoriti rakyat negara ini yakin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mampu mengurus Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang akan diadakan dalam tempoh terdekat dengan telus, adil dan bersih. 

Ini berdasarkan kajian mengenai 'Pandangan Masyarakat Terhadap SPR' yang dilakukan Majlis Profesor Negara (MPN) membabitkan 3,756 responden di seluruh negara. 

Kajian turut mendapati sebanyak 71.3 peratus kaum Melayu, 59.2 peratus (Cina), 67.4 peratus (India), Bumiputera Sabah (78.6 peratus) dan Bumiputera Sarawak (58.8 peratus) berpendapat badan itu bebas daripada kerajaan," Prof Dr Mansor Mohd Noor, Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa

Ia sekali gus menolak tanggapan terutama pakatan pembangkang bahawa SPR tidak telus terutama membabitkan pembersihan daftar pengundi.

Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Dr Mansor Mohd Noor berkata lebih 70 peratus responden berpendapat SPR berjaya mengurus pilihan raya sebelum ini dengan baik.

Beliau berkata, sebanyak 76.2 peratus kaum Melayu yakin PRU-13 akan telus, Cina (59.3 peratus), India (82.5 peratus), Bumiputera Sabah (81.9 peratus) dan Bumiputera Sarawak (71.1 peratus).

Majoriti sokong kotak lut sinar, dakwat kekal 
Mengenai pembaharuan SPR, beliau berkata, majoriti responden menyambut baik penggunaan kotak undi lut sinar dan penggunaan dakwat kekal.

"Kajian turut mendapati sebanyak 71.3 peratus kaum Melayu, 59.2 peratus (Cina), 67.4 peratus (India), Bumiputera Sabah (78.6 peratus) dan Bumiputera Sarawak (58.8 peratus) berpendapat badan itu bebas daripada kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kajian pada Majlis Rundingan Meja Bulat Pandangan Masyarakat Terhadap SPR anjuran MPN dan BH, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi MPN, Prof Emeritus Datuk Seri Dr Zakri Abdul Hamid; Timbalan Pengerusinya, Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin; Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mior Kamarul Shahid.

Sehubungan itu, Mansor berkata, majoriti responden akan akur dengan keputusan PRU yang diisytiharkan SPR iaitu Melayu (87.9 peratus), Cina (75.7 peratus), India (85.1 peratus), Bumiputera Sabah (92.2 peratus) dan Bumiputera Sarawak (85.1 peratus).

Katanya, bagi penambahbaikan SPR, responden mencadangkan pindaan peraturan bagi membolehkan pendaftaran automatik mereka berusia 21 tahun ke atas mulai tahun depan.

"Selain itu, mereka juga mahu SPR memotong nama yang tidak mengundi sebanyak tiga kali serta melakukan pendaftaran pengundi mengikut format alamat yang disokong dengan dokumen seperti bil air," katanya.

Sementara itu, Shamsul Amri berkata, PRU-12 mula menunjukkan kematangan politik rakyat di negara ini berikutan dasar keterbukaan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Sesetengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia hanya berlegar mengenai daftar pemilih dan institusi SPR sedangkan literasi politik perlu lebih kepada perkembangan idea politik daripada mempromosi pengetahuan mengenai institusi politik," katanya.

Abdul Aziz pula berkata, SPR memberi jaminan bahawa PRU-13 yang akan diadakan dalam tempoh terdekat menjadi pilihan raya terbaik pernah diadakan.

Beliau berkata, ia berikutan banyak penambahbaikan termasuk memperkenalkan dakwat kekal, undian awal dan pemerhati tempatan dan luar negara dalam pilihan raya kali ini.

Katanya, dakwaan pihak tertentu bahawa PRU-13 adalah paling kotor hanya bertujuan menimbulkan situasi yang akan memberi faedah kepada kepentingan mereka.

“Jika penambahbaikan paling banyak dalam sejarah (SPR), takkan PRU-13 jadi begitu kotor. Ia adalah kenyataan yang sangat berat sebelah dan mahu mencipta tanggapan tidak berasas,” katanya.

Abdul Aziz berkata, tanggapan bahawa PRU-13 adalah pilihan raya paling sengit dan panas perlu dilihat daripada aspek positif kerana ia menunjukkan amalan demokrasi yang menjadi asas negara ini.

"Pertandingan dan persaingan antara calon atau parti politik tidak menjadi masalah dengan syarat ia dilakukan mengikut undang-undang dan arahan SPR dan polis," katanya.

Terdahulu, Zakri melancarkan laman sesawang www.bangipoll.com yang memuatkan data kajian politik semasa hasil kajian dilakukan pelbagai pihak termasuk MPN.

Selain itu, laman sesawang berkenaan mempunyai bancian yang membolehkan pengunjung menjawab soal selidik secara dalam talian.

Tiada ulasan: