Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 17 Februari 2013

PANAS SEORANG DITANGKAP KERANA CUBAAN MELIWAT LEMBU DI BATU PAHAT


Pagi admin sarapan sambil baca paper terpandang satu cerita dalam surat khabar ni agak pelik bunyinya jugak heehee mana taknya kisah orang nak liwat lembu kikikikikikiki sama kita baca apa kisah yg agak pelik admin rasa ni heehee kisah berlaku di Batu Pahat kawasan 
Penduduk Parit Sulong gempar dengan kejadian lelaki warga negara Bangladesh cuba melakukan hubungan seks luar tabii dengan lembu, di kebun sawit, dekat sini. 


Perbuatan pekerja kilang perabot berusia akhir 30-an itu disedari pemilik lembu itu ketika memeriksa ternakannya, kira-kira jam 5.30 petang, Isnin lalu, sebelum bertindak mengejarnya. 

Lelaki itu kemudian ditahan dan diserahkan kepada pihak berkuasa.



Pernah diberi amaran


Difahamkan dia pernah melakukan perbuatan yang sama kira-kira enam bulan lalu, tetapi diberi amaran oleh penduduk. 

Dalam kejadian terbaru, lelaki itu sedang berusaha menumbangkan lembunya yang berusia setahun itu ke tanah selepas mengikat kedua-dua kaki haiwan berkenaan. 

Pengusaha lembu, Sukiman Ab Majid, 54, berkata ketika memeriksa lembunya di ladang sawit berhampiran Perindustrian Sri Sulong, beliau terkejut apabila ternampak kelibat lelaki berkain pelikat dan berbaju kemeja-T cuba menumbangkan lembunya. 
“Kain pelikat lelaki berkenaan terselak sehingga ke punggung membuat saya syak dia cuba melakukan perbuatan terkutuk dengan haiwan ternakan. 

“Saya menyergah lelaki itu sebelum mengejarnya. Selepas menemui lelaki berkenaan yang sedang bersembunyi di kawasan semak berhampiran, saya terus menangkapnya sebelum menghubungi polis,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Tiada ulasan: