Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 9 Mei 2013

Sultan ada kuasa tentukan MB


Pakar undang-undang, Prof. Salleh Buang memberitahu, Sultan mempunyai kuasa mutlak dalam dua perkara dan boleh membuat keputusan tanpa perlu nasihat iaitu yang pertama dalam hal pemilihan Menteri Besar dan kedua, soal pembubaran Dewan Undangan Negeri.
Sultan mempunyai kuasa mutlak dalam dua perkara dan boleh membuat keputusan tanpa perlu nasihat iaitu yang pertama dalam hal pemilihan Menteri Besar dan kedua, soal pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Dalam membuat keputusan menyentuh kedua-dua perkara itu, Sultan tidak perlu bertindak atas nasihat sesiapa,dan dengan adanya perkara ini membuatkan PKR harus berfikir dua kali untuk berharap calon mereka sekali lagi menjadi Bakal Menteri Besar Selangor isu pelantikan Menteri Besar di Selangor yang tertangguh ekoran prestasi memberangsangkan parti Pas dalam Pilihan Raya Umum ke-13. Pas memenangi sebanyak 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding 14 kerusi dimenangi PKR.

Walaupun Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR disebut-sebut akan dilantik semula sebagai Menteri Besar, namun timbul juga nama calon lain termasuk Pengerusi PKR Selangor, Mohamed Azmin Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Abdul Rani Osman.
Dan kami Rakyat Negeri Selangor amat berharap supaya Sultan Selangor dapat memberi perkenan supaya Pas memegang tampuk Menteri Besar Selangor kerana ingin sekali melihat Prestasi pas memimpin Negeri Selangor dan ingin sangat melihat mampukah mereka membebaskan Selangor dari aktiviti sosial seperti pertumbuhan rumah urut pub2 dan aktiviti mesin judi yang membimbangkan di Selangor yang berlipat kali ganda hingga tak terbendung sama sekali.


Salleh menjelaskan, Sultan bagaimanapun tidak boleh memilih siapa yang disukai baginda untuk menjadi Menteri Besar kerana ia boleh ditafsir sebagai mencampuri urusan politik negeri.
“Kalau dalam kes Selangor, dua parti iaitu Pas dan PKR boleh mencadangkan nama calon yang sesuai dan jika ditolak, mereka mesti mencadangkan nama lain,” katanya.
Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain juga bersetuju dengan Salleh bahawa Sultan mempunyai kuasa budi bicara untuk menerima atau menolak calon-calon yang dikemukakan kepada baginda.
Katanya, Sultan hanya boleh menerima atau menolak nama individu yang dicadangkan dan bukan nama yang ditentukan oleh baginda sendiri.
“Namun, calon yang dicadangkan itu mesti daripada parti yang menang dan dalam situasi di Selangor, misalnya, Sultan Selangor boleh menentukan sama ada calon itu pemimpin parti Pas atau PKR.
“Pemimpin daripada parti DAP pula tidak layak kerana Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor telah menetapkan calon Menteri Besar mesti orang Melayu dan beragama Islam,” katanya.
Ahmad Atory memberitahu, dalam situasi di Selangor, ketua pemimpin parti akan berbincang dengan Sultan Selangor serta mencadangkan tokoh untuk dipilih sebagai calon Menteri Besar.
“Nama yang dicadangkan biasanya lebih daripada satu dan baginda (Sultan Selangor) boleh menerima atau menolak nama yang dicadangkan,” katanya.
Antara individu yang pernah ditolak sebagai Menteri Besar oleh Sultan ialah Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu pada tahun 2008 dan Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai Menteri Besar Perlis juga pada tahun sama.
Selain Selangor, tiga lagi negeri masih belum menyelesaikan pelantikan Menteri Besar iaitu Terengganu, Pahang dan Negeri Sembilan.
Di Pahang dan Terengganu, pemilihan calon Menteri Besar belum diputuskan.
Di Negeri Sembilan, upacara mengangkat sumpah Menteri Besar akan dijalankan serentak dengan pelantikan barisan Exco dalam masa terdekat.
Berdasarkan sistem perundangan negeri itu, parti yang memenangi pilihan raya iaitu Barisan Nasional perlu mendapatkan persetujuan nama calon Menteri Besar dan barisan Exco yang dipilih sebelum ia dikemukakan kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir untuk perkenan baginda.

klick untuk sumber rujukan

Tiada ulasan: