Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 9 Mei 2013

KEADAAN DATUK SERI AZIZAN STABIL DAN MASIH DITEMPATKAN DI (CCU)HOSPITAL PULAU PINANG


Azizan Abdul RazakGEORGETOWN - Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak masih lagi ditempatkan di Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Pulau Pinang sehingga jam 3 petang tadi.

Pegawai Medianya, Mohd Helmi Khalid berkata, keadaan Azizan semakin baik dan kini stabil.

Marilah kita sama-sama Rakyat Malaysia mendoakan agar beliau cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan beliau seperti biasa dan semoga Allah S.W.T memperkenankan doa kita Amin.......

"Dia (Azizan) telah sedarkan diri dan sudah boleh bercakap kira-kira jam 9 pagi tadi.

"Bagaimanapun keadaanya masih lemah," katanya ketika ditemui media di sini sebentar tadi.

Menurutnya, doktor sedang fokus terhadap rawatan jangkitan kuman pada bahagian kaki kanan Azizan.

Sementara itu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang hadir melawat Azizan menyeru seluruh umat Islam mendoakan kesihatannya agar kembali pulih.

Selain Jamil Khir, antara kenamaan yang turut hadir ialah , Tunku Temenggong Kedah, Tunku Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah, Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin dan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang  dijangka hadir petang ini.

Tiada ulasan: