Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 9 Mei 2013

Peluang calon Pas untuk jadi MB Selangor amat tipis Sekali


Sungguh malang Nasib yang melanda Pas ini ,mana tak malangnya apabila Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dalam laporan sebuah akhbar menyatakan parti itu tidak akan menuntut jawatan tersebut dan keputusan itu jelas menunjukkan Pas hanya kuda tunggangan dan 'pak turut' dalam pakatan pembangkang sedangkan mereka ini admin lihat banyak memenangi jumlah kerusi dan demi  menguatkuasakan Undng2 Islam di Selangor memang wajar kita tengok Pas memerintah Selangor untuk kami Nilai kan.
Saya benar benar berharap agar Pas diberi peluang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pas untuk menjadi Menteri Besar Selangor dilihat sangat tipis kerana pucuk pimpinan pakatan pembangkang dipercayai lebih cenderung memilih calon daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagaimanapun, sehingga kini, pakatan pembangkang di Selangor masih membisu mengenai siapa yang lebih layak menduduki kerusi Menteri Besar selepas mereka memenangi 44 kerusi DUN dalam PRU-13 Ahad lalu.


Setiausaha Agung Jalur Tiga, Norman Toha berkata, Pas juga didapati takut dengan rakan sekutunya untuk memperjuangkan hak bagi merebut kerusi Menteri Besar biarpun menguasai 15 kerusi DUN berbanding 14 kerusi dimiliki PKR.
Menurutnya, lebih malang apabila Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dalam laporan sebuah akhbar menyatakan parti itu tidak akan menuntut jawatan tersebut dan keputusan itu jelas menunjukkan Pas hanya kuda tunggangan dan 'pak turut' dalam pakatan pembangkang.
"ADUN daripada Pas sebenarnya bukan tidak teringin jadi Menteri Besar tetapi saya rasa mereka menerima tekanan hebat daripada DAP dan PKR supaya jawatan nombor satu kerajaan negeri itu dipegang oleh calon PKR," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Norman yang juga aktivis Pas memberitahu, Pas sepatutnya mempertahankan hak tersebut kerana rakyat telah memberi mandat besar kepada Pas melalui jumlah kerusi yang lebih banyak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) berbanding lapan kerusi DUN pada PRU-12 2008.
"Saya yakin rakyat Selangor inginkan Menteri Besar daripada Pas agar dapat memperjuangkan dasar-dasar Islam seperti yang dilaung-laungkan selama ini dan sebab itu, mereka memberi undi kepada Pas namun jika ini tidak berlaku, rakyat pasti akan kecewa," ujarnya.
Sementara itu, Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor, Hamidzun Khairuddin menegaskan, jika pakatan pembangkang tidak melantik ADUN daripada Pas menjadi Menteri Besar, ia jelas membuktikan mereka bersikap tidak demokratik.
Menurutnya, berdasarkan komposisi kerusi, Pas bukan sahaja memiliki kelebihan satu kerusi berbanding PKR, malah semua ADUN parti itu beragama Islam dan berbangsa Melayu, berbeza dengan PKR yang mempunyai empat wakil rakyat beragama lain.
"Oleh itu, wakil rakyat Pas lebih layak dilantik sebagai Menteri Besar dan PKR langsung tidak layak memegang jawatan itu termasuk DAP yang kesemua ADUN mereka bukan beragama Islam dan berbangsa Melayu," jelasnya.
Sejak Pas menguasai 15 kerusi DUN berbanding PKR yang memperoleh 14 kerusi dalam pakatan pembangkang, jawatan Menteri Besar dilaporkan menjadi perebutan apabila ADUN daripada parti itu dilihat ramai pihak lebih layak menyandang jawatan tersebut.
Antara calon Menteri Besar daripada Pas yang disebut-sebut ialah Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Abdul Rani Osman; Timbalan Pesuruhjaya Pas 1 Negeri, Iskandar Abdul Samad; ADUN Sijangkang, Dr. Ahmad Yunus Hairi dan ADUN Paya Jaras, Mohd. Khairuddin Othman.
Nama Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR juga sering menjadi bualan bakal meneruskan jawatannya sebagai Menteri Besar selain PKR juga cenderung ingin meletakkan Mohamed Azmin Ali yang mengekalkan kerusi DUN Bukit Antarabangsa dan Parlimen Gombak.

Tiada ulasan: