Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 9 Mei 2013

Perhimpunan haram taktik kotor Anwar Ibrahim


Jika timbul sebarang rasa tidak puas hati dengan keputusan pilihan raya sekalipun, pihak-pihak terbabit sepatutnya memfailkan petisyen di mahkamah dan bukannya berhimpun secara haram tanpa memohon permit .
Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia menyifatkan perhimpunan haram parti pembangkang untuk memprotes keputusan pilihan raya di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya di Kelana Jaya malam tadi tidak wajar diadakan kerana ia boleh menimbulkan provokasi dan menggugat ketenteraman negara.
"Mengikut undang-undang, jika ada sebarang bantahan atau tidak puas hati dengan keputusan pilihan raya, mereka patut memfailkan petisyen dalam masa 21 hari selepas keputusan pilihan raya diwartakan.
"Bagi mereka, mungkin proses tersebut terlalu lama dan akan mengurangkan momentum pilihan raya yang baru sahaja berakhir beberapa hari lalu," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Sementara itu, bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong pula berpendapat, penganjuran perhimpunan haram seperti malam tadi tidak akan terhenti selagi Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menjadi perdana menteri.
Menurut beliau, penganjuran perhimpunan tersebut telah dirancang oleh Anwar sebelum hari penamaan calon untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lagi.
"Anwar sengaja mengadakan perhimpunan seperti itu kerana ingin mempergunakan rakyat yang marah kononnya PRU-13 kotor dan tidak telus.
"Itu adalah satu taktik kotor yang digunakan Anwar dalam usaha untuk membolehkan dirinya menjadi perdana menteri," katanya.

Tiada ulasan: