Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 9 Mei 2013

WAJARKAH WAK KIJAN DAN APIT LEMPANG SURUHAN BERHIMPUN DI STADIUM SEBAGAI MEMBANTAH KEPUTUSAN PRU13 ??

Mereka yang berkumpul ini ditipu dan hanya nak dijadikan wak kijandan apit lempang yang dikulikan semata-mata dan kononnya PRU yang baru berlaku telah dilaksanakan dengan penuh penipuan dan tidak telus satu penipuan yang nyata sehinggakan SPR di kambing hitamkan.

Benarkah tejadi apa yang mereka mereka ini war warkan iaitu turun ke jalanan dan benarkah protes dijalankan dengan cara yang aman dengan penuh sopan santun ?.

Tetapi mengikut maklumat setakat jam 11 malam tadi telah berlaku beberapa kekecohan dan khabarnya mereka mula menahan kereta dan bertanyakan samada pemandu orang BN atau PR.

Jika maklumat ini benar, maka pada pendapat aku pehimpunan aman yang mereka canangkan pada malam ini hanyalah retorik, sebaliknya mereka memang merancang untuk memulakan kekecohan hingga membawa kepada "Malaysia Spring" seperti yang mereka idamkan.read full story at [HERE] Malah apa yang menghairankan Admin Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd yusof jelas sudah menerangkan dan membidas pihak-pihak yang enggan menerima kekalahan pada Pilihan Raya ke-13 (PRU-13) sebaliknya menyalahkan pihak lain dengan membuat pelbagai tuduhan tidak berasas.
Beliau berkata, pihak tersebut sengaja mencari kesalahan orang lain kerana enggan mengaku kekalahan dan bagi mereka pihak paling mudah untuk dijadikan scapegoat atau kambing hitam ialah SPR, dengan menimbulkan pelbagai persepsi bagi menjejaskan integriti, kredibiliti dan kecekapan badan itu.
Beliau memberi contoh tuduhan mengenai bekalan elektrik yang terputus semasa pengiraan undi dijalankan yang banyak disebar di laman-laman sosial, yang menurutnya, selepas disiasat perkara itu tidak pernah berlaku.
"Mereka nak nampakkan SPR ini tidak ada integriti, tidak kredibel, suka menipu, sehinggakan boleh buat putus bekalan (elektrik), tukar keputusan dalam gelap. Saya rasa cerita yang dibawa ini satu penipuan, pembohongan, dusta yang sangat melampau, sangat keji. Kalau orang Islam yang buat ini dia memang tidak takut dosa besar nampaknya. Sebab bila kita semak semua pihak, soal putus bekalan ini tidak pernah berlaku," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.
Beliau juga mempersoalkan tindakan pihak yang menyebar gambar kononnya pengiraan undi dibuat dalam gelap semasa berlaku putus bekalan elektrik, kerana menurutnya, perkara itu tidak pernah berlaku dan gambar itu mungkin dibuat menggunakan tipu helah kamera.
Abdul Aziz berkata, persepsi merupakan mainan penting dalam politik dan pihak yang kalah biasanya akan berusaha mencipta persepsi bahawa SPR satu badan yang tidak berwibawa, tidak berintegriti, sedangkan ia hanya bertanggungjawab menyediakan gelanggang, bukan menentukan siapa yang boleh menang atau kalah.
Beliau memberi contoh kenyataan seorang ahli politik yang secara terangan mendakwa kononnya SPR langsung tidak melaksanakan cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya, sedangkan jelasnya, sebanyak 19 penambahbaikan diperkenalkan pada PRU-13 berasaskan kepada cadangan jawatankuasa itu.
Katanya, ia boleh dilihat dengan ketara seperti pengenalan dakwat kekal, tiada tempoh bantahan, calon tidak boleh berundur, undi awal dan banyak lagi, namun persepsi SPR tidak membuat penambahbaikan tetap cuba dibangkitkan ahli politik itu semata-mata untuk menjejaskan integriti badan tersebut.
Abdul Aziz berkata, dakwat kekal diperkenalkan bagi mengelak pemilih mengundi lebih daripada sekali, walaupun dalam sejarah negara ini tidak pernah dibuktikan ada orang yang mengundi lebih daripada sekali, namun SPR tetap menerima cadangan penggunaan dakwat itu secara positif

Tiada ulasan: