Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 9 Mei 2013

AZMIN BIDAS BAKAL MB YANG BARU ''JANGAN JADI WAK KIJAN DAP''


STAR
Azmin sekali lagi Meroyan al maklumlah dah lama sangat dia menjadi Apit Lempang atau wak kijan Anwar ini tetapi akibat tak dilantik menjadi MB Selangor yang baru membuatkan dia seakan-akan mahu meletakkan Jawatannya sama-sama kita tunggu apa cerita selanjutnya

Admin memang menyokong apa yang disuarakan Azmin kerana sebelum-belumni jelas Pkr Selangor dikudakan DAP ini terbukti dengan pemecatan DATO HASSAN ALI,CAMPUR TANGAN RONNIE LIU dalam melaksanakan Hukum bukan Mukhrim tidak boleh duduk bersama dalam panggung wayang di Kuala Selangor dulu,Rumah urut yg bersepah ,serta Pusat judi dan banyak lagi yang jelas menguntungkan DAP.BACA KENYATAAN AZMIN DIBAWAH


PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor yang baru tidak perlu ‘pak turut’ yang menyebabkan dirinya dipimpin oleh orang lain, kata Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali.


Gelaran ‘pak turut’ itu nampaknya dikaitkan secara tidak langsung dengan Tan Sri Khalid Ibrahim yang telah diberi sokongan oleh DAP dan PAS untuk mengekalkan jawatan Menteri Besar.

Sebelum ini, Azmin dilaporkan kecewa selepas dipinggirkan daripada jawatan Menteri Besar.
Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat PKR selepas mesyuarat bersama pimpinan PKR Selangor Azmin berkata Selangor perlu diketuai oleh seorang yang berfikiran tegas dan mempunyai visi yang jelas.
Beliau berkata cirri tersebut perlu ada selepas Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum dengan majority yang lebih besar daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri berbanding Barisan Nasional yang mendapat 12 kerusi sahaja.
Azmin, yang dipilih semula sebagai Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa dalam pengundian yang diadakan pada Ahad, berkata beliau akan mendedahkan mengenai isu dalaman parti itu dalam sidang media yang akan diadakan pada Jumaat.
Beliau akan menerangkan isu nepotisme dalam PKR dan apa yang berlaku pada pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 2008.

Tiada ulasan: