
Selepas menyampaikan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM400, Raja Muda beramah mesra dengan penghuni rumah berkenaan iaitu Omar Abdullah, Othman Ismail, Abd Rahman Talib dan Mat Saad Mat Isa.
Tuanku Syed Faizuddin, yang juga Yang Dipertua MAIPs, turut melawat Bengkel Orang-Orang Kurang Upaya Batu Bertangkup.
Lawatan itu sebahagian daripada pengisian program berbasikal mingguan baginda ke kawasan kampung bagi melihat lebih dekat kehidupan masyarakat dan berakhir dengan baginda bertemu penduduk pada majlis minum petang di kampung berkenaan.
Turut menyertai kayuhan itu Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Datuk Azizan Hamid dan Ketua Polis Perlis Senior Asisten Komisioner Zull Aznam Haron.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan