Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 2 Jun 2014

@NAJIB RAZAK .368 FACEBOOKER SETAKAT INI MENYOKONG PEMECATAN YUMMY !!!JOM TAMBAH SOKONGAN ANDA


Seperti saranan admin pm sebelum PRK Teluk intan lagi agar ibu Dyana Di PECAT mohon sokongan Facebooker LIKE dan SHARE sebagai tanda sokongan terhadap PEMECATAN AHLI terhadap talam dua muka iaitu Ibu Yummy semoga perkaara ini sampai kepada Lembaga Disiplin Umno HENDAKNYA mudah mudahan Amin...

UNTUK MENUNJUKKAN TANDA SOKONGAN SILA KLICK DI BAWAH UNTUK PERGI KE POS SEPERTI GAMBAR DI ATAS

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=638994216177269&set=a.325942784149082.76422.100002000902954&type=1&theater

STATUS LAMAN SOSIAL DUNGU BARD DEDAH MASAALAH RASUAH LEBIH BESAR DALAM PKR ?

Selepas digantung keahlian kerana membongkar aktiviti Rasuah secara terbuka sesama mereka dan lebih malang yang sekecil kecil ahli di pecat akan tetapi yang berpangkat besar duduk senang lenang akhirnya lagi pembongkaran di buat olen Dungu Bard atau nama sebenarnya, Badrul Hisham Shahahrin sekali lagi bersuara mengenai proses pemilihan PKR yang dianggapnya banyak tidak kena.
Kali ini, Si Dungu ni mendakwa calon Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali cuba menyogok Pengerusi Panel Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Malek Husin menggunakan calon Naib Presiden yang juga ahli biro politik.
“Benarkah Azmin Ali cuba menyogok Malek Husin melalui calon Naib Presidenya yang juga anggota biro politik? JPP harus keluar kenyataan rasmi segera!
“Siapakah calon timbalan presiden yang menggunakan calon naib presiden dari pasukanya untuk memberikan wang tunai kepada Malek Husin? Mujur Malek membaling wang rasuah ini katanya dlm mesy.biro politik dan makanya terbongkarlah kegiatan cubaan beri rasuah ini,” katanya dalam status laman sosialnya hari ini.
Menurut CheguBard, ia adalah perbuatan rasuah dan rakyat melihat apa yang berlaku di dalam PKR sekarang.

Dah terang terang sesama mereka membongkar masaalah rasuah dalam pakatan Alahaiiii memalukan betol kan sahabat pm semua

NURUL JIJAH DAN MELOYAKINI BAKAL DIBICARAKAN LAGI KES MEMFITNAH PERIBADI ORANG ?

Syabas Pm ucapkan kepada Dato' Raja Nong Chik kerana tidak menyelesaikan kes saman beliau terhadap Si Nurul Izzah dan Meloyakini tu secara Mediasi suatu ketika dahulu dan kes ini masih berjalan dan akan diteruskan tidak lama lagi, marilah kita bersama sama mendoakan agar insan yang  memfitnah ini iaitu Si Nurol ijjah ini menerima pembalasan yang setimpal sama seperti yang terjadi pada fitnah2 lain yang dilakukan pakatan pembangkang selama ini seperti si stopa yang di jatuhi hukuman sertab ramai lagi pemimpin pakatan meloya. 

Hanya cara ini sahaja yang dapat mengajar puak - puak Pakatan Haramjadah tu dari menyebarkan cerita yang bukan bukan sesuka hati diorang je nak memburukkan orang sesuka hati dalam maa yang sama malas nak membuat kerja dan siapa yang bodoh pasti akan termakan hasutan pembangkang ini tampa usul periksa. Kalau tidak di saman, diorang tetap akan biadap dan kurang ajar dan elok sangatlah kes ni diteruskan.

Jenis orang macam diorang ni bukannya boleh diajar dengan cara lemah lembut. Kena cara kasar jugak baru diorang sedar diri. Bila dia buat fitnah pada orang, tau pulak nak mintak selesai diluar mahkamah.

Masa dia buat fitnah terhadap Dato' Raja Nong Chik tu dulu, ada dia ambik kisah semua tu? Ada dia ambik peduli dengan 'Ruang Peribadi' orang lain? Dia main langgar ikut suka hati dia sendiri sahaje. Sendiri yang pandai cari penyakit, sekarang sendiri tanggung la wahai pentaksub pakatan dan marilah kita sama sama mendoakan setiap fitnah pakatan menerima pembalasan sahabat pm semua!!!

KUALA LUMPUR
: Mediasi membabitkan kes saman bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar akan didengar di hadapan hakim baharu.
Saman itu berhubung kenyataan fitnah yang didakwa dikeluarkan Nurul Izzah mengenai pembelian tanah di Bukit Kiara.
Aston Paiva, yang mewakili Nurul Izzah ketika ditemui pemberita berkata mediasi itu ditetapkan pada 26 Jun ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nik Hasmat Nik Mohamed ketika kes itu disebut di dalam kamarnya hari ini.
Pada 5 Feb lalu, kes saman antara Raja Nong Chik, Nurul Izzah dan Malaysiakini gagal diselesaikan secara baik melalui proses mediasi di hadapan Hakim Zainal L.Salleh di Pusat Mediasi, Mahkamah Kuala Lumpur di sini selepas kesemua pihak tidak bersetuju dengan terma penyelesaian.
Pada 17 Julai tahun lalu, Raja Nong Chik memfailkan saman itu terhadap Nurul Izzah, Mkini Dotcom Sdn Bhd, pemilik portal berita Malaysiakini dan wartawan Malaysiakini Lu Wei Hoong.
Dalam pernyataan tuntutannya, Raja Nong Chik mendakwa Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan fitnah dan palsu berhubung pembelian tanah itu dalam sidang akhbar di Bangunan Bakti, Taman Tun Dr Ismail di sini, iaitu sehari sebelum hari pengundian pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Raja Nong Chik mendakwa kenyataan Nurul Izzah itu telah diterbitkan dalam laman web Malaysiakini pada hari sama iaitu 4 Mei tahun lalu.
Beliau memohon perintah injunksi supaya semua defendan sama ada melalui diri mereka atau ejen-ejen mereka dihalang daripada mengeluarkan atau menerbitkan perkataan sama yang menfitnah dirinya.
Beliau juga memohon ganti rugi am, teruk, teladan, satu perintah supaya defendan menerbitkan permohonan maaf, faedah, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Menurutnya akibat penerbitan kenyataan itu, reputasi dan maruahnya sebagai ahli politik, bekas menteri dan senator yang dihormati di negara ini telah terjejas teruk.
Pada PRU-13 5 Mei tahun lalu, Nurul Izzah menewaskan Raja Nong Chik untuk kerusi Parlimen Lembah Pantai dengan majoriti 1,847 undi

Ahad, 1 Jun 2014

Dua Sampel Coklat Cadbury Diambil Terus Dari Kilang – Jamil Khir

BANGI, 1 Jun – Dua sampel coklat Cadbury, yang didakwa mengandungi DNA khinzir, diambil terus dari kilang pembuatan bagi mengelak sebarang pencemaran, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Beliau berkata sampel itu juga diteliti makmal yang terletak di Petaling Jaya dan telahpun diberikan autoriti oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mengeluarkan sijil halal.
Makmal itu juga diwarta sebagai makmal makanan yang kompeten dalam menganalisis makanan selain mendapat akreditasi daripada Jabatan Standard Malaysia di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia berdasarkan Standard MS ISO/IEC 17025: 2005 bagi pengujian DNA, termasuk pengujian produk makanan terproses.
“Untuk Kementerian Kesihatan Malaysia, makmal mereka didedikasikan bukan untuk menentukan halal dan DNA berunsur khinzir tetapi hanya penemuan sampingan, sampel mereka juga bukan dari kilang,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas perasmian Ijtima Ahlus Sunnah Wal Jamaah bersempena program Dakwah Negara 2014 di Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini.
Jamil Khir berkata sumber sampel juga merupakan perkara yang penting dalam meneliti kandungan bahan itu di makmal sama ada melalui orang persendirian, kedai atau kilang.
Justeru, beliau meminta orang ramai agar menunggu sehingga Rabu ini iaitu selepas tujuh hari waktu bekerja bagi mendapat pengesahan berkaitan kedua-dua produk.
Khamis lepas, Jakim berkata keputusan rasmi berhubung status halal berikutan penemuan DNA khinzir dalam dua sampel coklat Cadbury akan diumum sebaik keputusan analisis Jabatan Kimia diperoleh dalam tempoh tujuh hari.
Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas Jakim bersama-sama Kementerian Kesihatan; Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Jabatan Kimia Malaysia dan Jabatan Standard Malaysia.
Mesyuarat turut memutuskan agar Kementerian Kesihatan menghantar secara rasmi laporan hasil penemuan analisis kedua-dua sampel produk berkenaan kepada Jakim bagi melengkapkan hasil siasatan.

Faktor Kaum Bukan Penentu Kemenangan Bn Di Teluk Intan – Ahmad Maslan

PONTIAN, 1 Jun – Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan semalam bukanlah disebabkan faktor kaum sebaliknya ia hasil perancangan teratur dan teliti pelbagai jentera parti komponen itu, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.
Beliau berkata kemenangan BN kali ini adalah kerana ramai yang turun mengundi BN.
“Bagi saya tidak ada sesuatu kaum yang menentukan kemenangan, tetapi kerana ramai yang keluar mengundi itu mengundi BN, tak kira mereka dari kaum apa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kerjaya 2014 di sini hari ini.
Ahmad berkata demikian ketika ditanya sama ada kemenangan BN adalah disebabkan tindakan DAP meletak calon Melayu di kawasan parlimen yang majoritinya kaum Cina.
Pada PRK itu, Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong mengalahkan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti undi sebanyak 238 apabila memperoleh 20,157 undi berbanding 19,919 undi yang raih Dyana Sofya.
Ahmad berkata kerjasama mantap jentera BN dan penyokong parti komponen itu turut menyumbang kepada kemenangan di Teluk Intan.
Ditanya sama ada BN akan mengguna pakai trend DAP yang meletak calon muda berusia 20-an, beliau berkata parti komponen itu menggunakan formula kombinasi iaitu calon tua dan calon muda berusia lingkungan 20-an hingga 60-an.
“Kita juga ada calon muda berusia 20-an tetapi tak ramai. Kita perlu perhalusi kaedah itu pada masa depan,” katanya.
Di MELAKA, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata DAP perlu menerima hakikat mereka gagal dalam perancangan permainan atau ‘game plan’ parti itu yang meletak calon Melayu di kerusi Parlimen Teluk Intan.
“Orang Melayu tahu game plan DAP ni kerana sebelum itu bukan jadi kebiasaan bagi parti itu meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti pengundi dari kaum Cina,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi taklimat Cukai Barang dan Perkhidmatan bersempena Program Pemukiman Penghulu dan Penggawa seluruh Semenanjung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh.
Taklimat itu dihadiri lebih 200 peserta.

Harus tahu bezakan Ahli Sunnah Wal Jamaah sebenar

BANGI - Masyarakat masa kini harus tahu menguruskan perbezaan di antara golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar atau palsu demi menguatkan keutuhan perpaduan umat Islam dalam negara ini.

"Antara faktor kesesatan akidah yang memesongkan akidah sesebuah pihak atau individu daripada ajaran Islam sebenar ialah kejahilan terhadap agama yang disengajakan walaupun mereka telah mengetahui kebenaran ilmu amalan atau ajaran tersebut," kata Pakar Syariah dan Akidah Jakim, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

"Apabila iman dalam diri seseorang itu menjadi lemah dan hawa nafsu menggoda diri, ianya juga boleh menjadi faktor yang menyebabkan seseorang atau pihak itu menolak atau memesongkan ajaran Islam yang sebenar," tambahnya lagi.

Zulkifli  berkata demikian dalam Program Dakwah Ijtima' Ahlus Sunnah Wal Jamaah Peringkat Kebangsaan 2014, di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, masyarakat Islam tidak boleh menolak, menafikan atau mengingkari hakikat Islam itu sendiri kerana ianya pasti akan mendatangkan mudarat kepada diri, pegangan agama serta pandangan masyarakat terhadap agama Islam.

Tambahnya, Ahli Sunnah Wal Jamaah layak dijadikan sebagai rujukan kerana golongan tersebut sentiasa mengekalkan sifat sederhana serta berpegang teguh terhadap ajaran dan amalan kitab serta sunnah nabi.

"Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah golongan yang mempunyai pegangan yang paling bijak, paling selamat dan adil, mereka menolak takwilan tanpa merujuk kepada asas ilmiah dan mereka menerima segala hukum yang berkaitan dengan syarak," jelasnya.

Justeru itu, beliau menyeru kepada orang ramai khususnya masyarakat Islam supaya lebih berhati-hati dalam membezakan golongan ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar supaya  tidak menimbulkan kesesatan dalam ajaran Islam.

Ahli Parlimen Teluk Intan yang baharu tekad sambung projek tertangguh

TELUK INTAN - Bagi Ahli Parlimen Teluk Intan yang baharu, Datuk Mah Siew Keong, antara projek utama yang akan dibangunkannya ialah meneruskan projek tebatan banjir yang tertangguh selepas kekalahannya pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.
   
Projek bernilai RM100 juta yang dirancang untuk dibangunkan dalam lima fasa, hanya mampu dibangunkan sebanyak dua fasa dengan kos RM30 juta, sebelum Mah, yang merupakan Ahli Parlimen Teluk Intan sejak Pilihan Raya Umum 1999, kalah pada  PRU 2008.

Pembinaan kedua-dua fasa itu telah mampu mengurangkan masalah banjir kilat di kawasan bandar dan kampung di Teluk Intan sebanyak 80 hingga 90 peratus.    

Pihaknya juga akan menyusun semula pelaksanaan janji-janji yang dibuat dalam manifesto parti yang dilancarkan Isnin lepas, kata Mah yang ditemui pemberita selepas berjumpa pengundi di Pasar Besar di sini untuk mengucapkan terima kasih di atas  pemilihannya sebagai Anggota Parlimen Teluk Intan.

Beliau berkata segala perancangan pembangunan itu memerlukan masa, tetapi akan dilaksanakan secara berperingkat.

Mah dalam manifestonya yang memfokuskan tiga perkara utama iaitu transformasi ekonomi tempatan, pelancongan dan pembangunan komuniti berdasarkan kajian yang ianya mampu dilaksana, antara lain berjanji untuk menjadikan Teluk Intan sebagai pusat pertanian moden di daerah Hilir Perak memandangkan ia mempunyai potensi besar di dalam sektor itu.

Beliau juga akan berusaha menarik lebih banyak pelaburan ke kawasan itu, terutamanya dalam bidang perkilangan dan pembuatan yang secara tidak langsung akan  mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan, terutama  generasi muda.

Mah semalam berjaya merampas semula kerusi Parlimen Teluk Intan setelah mengalahkan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti undi yang kecil iaitu sebanyak 238.

Mah, 53, memperoleh 20,157 undi berbanding Dyana Sofya, 27, yang mendapat 19,919 undi.

Sementara itu, pengundi Teluk Intan yang temui tidak sabar untuk melihat pembangunan dibawa semula ke kawasan ini yang telah tertinggal jauh sejak calon DAP memangi kerusi Parlimen itu pada PRU 2008.

Bagi Ahmad Bitan, 65, kini sudah tiba masanya bagi kerajaan pusat berusaha untuk membangunkan semula Teluk Intan supaya dapat menarik generasi mudanya kembali bekerja di sini.

"Ramai anak-anak muda terpaksa keluar bandar untuk mencari kerja kerana tidak banyak peluang pekerjaan di sini. Usaha dan janji calon Barisan Nasional (BN) yang berhasrat untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan membuktikan beliau faham akan masalah penduduk," katanya kepada Bernama.

Peniaga pasar tani, A. Antoniamah, 70 berkata beliau berharap wakil rakyat yang baru dapat berkhidmat secara ikhlas kerana penduduk tempatan telah memberi satu lagi peluang kepadanya.

"Dia menang membuktikan penduduk Teluk Intan masih yakin dia akan membawa perubahan dan kemajuan. Kita harap dia dapat menunaikan janji-janji dalam manifestonya," katanya.

Peniaga buah, Rohana Hussin, 45 berkata rancangan Mah dalam manifesto dilihat realistik dan boleh dicapai dan bukan sekadar janji-janji kosong terutamanya mewujudkan pusat pertanian moden di daerah Hilir Perak dan memajukan Teluk Intan sebagai pusat makanan.

"Kedudukan Teluk Intan strategik yang terletak di tengah-tengah kawasan Pasir Salak, Bagan Datoh, Tapah dan Tanjong Malim. Jika rancangan terperinci dapat dilaksanakan, saya pasti Teluk Intan akan berdiri sama tinggi dengan bandar raya lain seperti Ipoh dan Kampar," katanya.

Suri rumah, Chooi Eng, 58 berkata cadangan membawa sebuah universiti di Teluk Intan amat baik kerana lebih ramai anak muda dapat tinggal dan menyumbang kepada pembangunan di kawasan mereka.

"Kita harap peluang yang diberikan itu dapat dihargai wakil rakyat yang baru. Penduduk tempatan amat perlukan pembangunan dan percaya Mah boleh melakukannya kerana dia juga pernah menolong membangunkan kawasan ini," katanya.