Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 1 Jun 2014

Faktor Kaum Bukan Penentu Kemenangan Bn Di Teluk Intan – Ahmad Maslan

PONTIAN, 1 Jun – Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan semalam bukanlah disebabkan faktor kaum sebaliknya ia hasil perancangan teratur dan teliti pelbagai jentera parti komponen itu, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.
Beliau berkata kemenangan BN kali ini adalah kerana ramai yang turun mengundi BN.
“Bagi saya tidak ada sesuatu kaum yang menentukan kemenangan, tetapi kerana ramai yang keluar mengundi itu mengundi BN, tak kira mereka dari kaum apa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kerjaya 2014 di sini hari ini.
Ahmad berkata demikian ketika ditanya sama ada kemenangan BN adalah disebabkan tindakan DAP meletak calon Melayu di kawasan parlimen yang majoritinya kaum Cina.
Pada PRK itu, Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong mengalahkan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti undi sebanyak 238 apabila memperoleh 20,157 undi berbanding 19,919 undi yang raih Dyana Sofya.
Ahmad berkata kerjasama mantap jentera BN dan penyokong parti komponen itu turut menyumbang kepada kemenangan di Teluk Intan.
Ditanya sama ada BN akan mengguna pakai trend DAP yang meletak calon muda berusia 20-an, beliau berkata parti komponen itu menggunakan formula kombinasi iaitu calon tua dan calon muda berusia lingkungan 20-an hingga 60-an.
“Kita juga ada calon muda berusia 20-an tetapi tak ramai. Kita perlu perhalusi kaedah itu pada masa depan,” katanya.
Di MELAKA, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata DAP perlu menerima hakikat mereka gagal dalam perancangan permainan atau ‘game plan’ parti itu yang meletak calon Melayu di kerusi Parlimen Teluk Intan.
“Orang Melayu tahu game plan DAP ni kerana sebelum itu bukan jadi kebiasaan bagi parti itu meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti pengundi dari kaum Cina,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi taklimat Cukai Barang dan Perkhidmatan bersempena Program Pemukiman Penghulu dan Penggawa seluruh Semenanjung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh.
Taklimat itu dihadiri lebih 200 peserta.
Catat Ulasan