Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 2 Jun 2014

NURUL JIJAH DAN MELOYAKINI BAKAL DIBICARAKAN LAGI KES MEMFITNAH PERIBADI ORANG ?

Syabas Pm ucapkan kepada Dato' Raja Nong Chik kerana tidak menyelesaikan kes saman beliau terhadap Si Nurul Izzah dan Meloyakini tu secara Mediasi suatu ketika dahulu dan kes ini masih berjalan dan akan diteruskan tidak lama lagi, marilah kita bersama sama mendoakan agar insan yang  memfitnah ini iaitu Si Nurol ijjah ini menerima pembalasan yang setimpal sama seperti yang terjadi pada fitnah2 lain yang dilakukan pakatan pembangkang selama ini seperti si stopa yang di jatuhi hukuman sertab ramai lagi pemimpin pakatan meloya. 

Hanya cara ini sahaja yang dapat mengajar puak - puak Pakatan Haramjadah tu dari menyebarkan cerita yang bukan bukan sesuka hati diorang je nak memburukkan orang sesuka hati dalam maa yang sama malas nak membuat kerja dan siapa yang bodoh pasti akan termakan hasutan pembangkang ini tampa usul periksa. Kalau tidak di saman, diorang tetap akan biadap dan kurang ajar dan elok sangatlah kes ni diteruskan.

Jenis orang macam diorang ni bukannya boleh diajar dengan cara lemah lembut. Kena cara kasar jugak baru diorang sedar diri. Bila dia buat fitnah pada orang, tau pulak nak mintak selesai diluar mahkamah.

Masa dia buat fitnah terhadap Dato' Raja Nong Chik tu dulu, ada dia ambik kisah semua tu? Ada dia ambik peduli dengan 'Ruang Peribadi' orang lain? Dia main langgar ikut suka hati dia sendiri sahaje. Sendiri yang pandai cari penyakit, sekarang sendiri tanggung la wahai pentaksub pakatan dan marilah kita sama sama mendoakan setiap fitnah pakatan menerima pembalasan sahabat pm semua!!!

KUALA LUMPUR
: Mediasi membabitkan kes saman bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar akan didengar di hadapan hakim baharu.
Saman itu berhubung kenyataan fitnah yang didakwa dikeluarkan Nurul Izzah mengenai pembelian tanah di Bukit Kiara.
Aston Paiva, yang mewakili Nurul Izzah ketika ditemui pemberita berkata mediasi itu ditetapkan pada 26 Jun ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nik Hasmat Nik Mohamed ketika kes itu disebut di dalam kamarnya hari ini.
Pada 5 Feb lalu, kes saman antara Raja Nong Chik, Nurul Izzah dan Malaysiakini gagal diselesaikan secara baik melalui proses mediasi di hadapan Hakim Zainal L.Salleh di Pusat Mediasi, Mahkamah Kuala Lumpur di sini selepas kesemua pihak tidak bersetuju dengan terma penyelesaian.
Pada 17 Julai tahun lalu, Raja Nong Chik memfailkan saman itu terhadap Nurul Izzah, Mkini Dotcom Sdn Bhd, pemilik portal berita Malaysiakini dan wartawan Malaysiakini Lu Wei Hoong.
Dalam pernyataan tuntutannya, Raja Nong Chik mendakwa Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan fitnah dan palsu berhubung pembelian tanah itu dalam sidang akhbar di Bangunan Bakti, Taman Tun Dr Ismail di sini, iaitu sehari sebelum hari pengundian pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Raja Nong Chik mendakwa kenyataan Nurul Izzah itu telah diterbitkan dalam laman web Malaysiakini pada hari sama iaitu 4 Mei tahun lalu.
Beliau memohon perintah injunksi supaya semua defendan sama ada melalui diri mereka atau ejen-ejen mereka dihalang daripada mengeluarkan atau menerbitkan perkataan sama yang menfitnah dirinya.
Beliau juga memohon ganti rugi am, teruk, teladan, satu perintah supaya defendan menerbitkan permohonan maaf, faedah, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Menurutnya akibat penerbitan kenyataan itu, reputasi dan maruahnya sebagai ahli politik, bekas menteri dan senator yang dihormati di negara ini telah terjejas teruk.
Pada PRU-13 5 Mei tahun lalu, Nurul Izzah menewaskan Raja Nong Chik untuk kerusi Parlimen Lembah Pantai dengan majoriti 1,847 undi

Tiada ulasan: