Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 1 Jun 2014

Harus tahu bezakan Ahli Sunnah Wal Jamaah sebenar

BANGI - Masyarakat masa kini harus tahu menguruskan perbezaan di antara golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar atau palsu demi menguatkan keutuhan perpaduan umat Islam dalam negara ini.

"Antara faktor kesesatan akidah yang memesongkan akidah sesebuah pihak atau individu daripada ajaran Islam sebenar ialah kejahilan terhadap agama yang disengajakan walaupun mereka telah mengetahui kebenaran ilmu amalan atau ajaran tersebut," kata Pakar Syariah dan Akidah Jakim, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

"Apabila iman dalam diri seseorang itu menjadi lemah dan hawa nafsu menggoda diri, ianya juga boleh menjadi faktor yang menyebabkan seseorang atau pihak itu menolak atau memesongkan ajaran Islam yang sebenar," tambahnya lagi.

Zulkifli  berkata demikian dalam Program Dakwah Ijtima' Ahlus Sunnah Wal Jamaah Peringkat Kebangsaan 2014, di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, masyarakat Islam tidak boleh menolak, menafikan atau mengingkari hakikat Islam itu sendiri kerana ianya pasti akan mendatangkan mudarat kepada diri, pegangan agama serta pandangan masyarakat terhadap agama Islam.

Tambahnya, Ahli Sunnah Wal Jamaah layak dijadikan sebagai rujukan kerana golongan tersebut sentiasa mengekalkan sifat sederhana serta berpegang teguh terhadap ajaran dan amalan kitab serta sunnah nabi.

"Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah golongan yang mempunyai pegangan yang paling bijak, paling selamat dan adil, mereka menolak takwilan tanpa merujuk kepada asas ilmiah dan mereka menerima segala hukum yang berkaitan dengan syarak," jelasnya.

Justeru itu, beliau menyeru kepada orang ramai khususnya masyarakat Islam supaya lebih berhati-hati dalam membezakan golongan ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar supaya  tidak menimbulkan kesesatan dalam ajaran Islam.

Tiada ulasan: