Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 1 Mei 2014

Pelajar mati dipukul: 3 tumbukan buat mangsa rebah

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Agama Rawang dipercayai mati selepas ditumbuk di muka sekurang-kurangnya tiga kali oleh rakan sekolahnya dalam satu pergaduhan semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, mangsa yang berusia 15 tahun tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata sebelum kejadian, mangsa dikatakan telah menuduh rakannya itu mencuri alat permainannya sebelum tercetus pergaduhan antara mereka.
“Mangsa dikatakan memukul rakannya dengan tangan sebelum suspek menumbuknya di muka sebanyak tiga kali menyebabkan mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri,” katanya dipetik Bernama.
Beliau berkata seorang rakan mangsa yang berada di tempat kejadian telah meminta bantuan warden asrama sekolah untuk membawa mangsa ke hospital.
Namun mangsa meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Selayang.
Abdul Rahim berkata hasil siasatan mendapati tiada sebarang senjata tajam atau kayu digunakan oleh kedua-dua mereka.
Beliau berkata rakan pelajar itu telah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Namun punca sebenar kematian mangsa masih disiasat,” katanya.
Sementara itu Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan berkata Kementerian Pendidikan (KPM) telah menghantar pasukan khas bagi menyiasat kes kematian pelajar berkenaan.
Beliau berkata kementerian merasa amat dukacita dengan insiden itu dan akan menjalankan siasatan sepenuhnya.
“Pasukan dari KPM telahpun diarahkan…pegawai kita sedang bekerjasama dengan pihak polis.
“Ia sudah menjadi kes polis, jadi biar polis jalankan siasatan, tapi di pihak KPM kita juga akan memastikan siasatan sepenuhnya dijalankan untuk mengetahui apa sebenarnya yang telah berlaku,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis prapelancaran perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2014 di sini.

Tiada ulasan: