Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 1 Mei 2014

Kegagalan bersatu memajukan Negeri punca Khalid luah hasrat berundur sebagai MB Selangor ?

INSIDEN BERTUMBUK DAN MEMBALING KERUSI BERLAKU PADA PROSES PEMILIHAN PKR
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini membayangkan beliau mahu berundur dan tidak akan mempertahankan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor dan ucapan yang dibuat beliau berkemungkinan sudah terasa kegagalannya menyelesaikan banyak perkara terutama melibatkan catuan air.
Abdul Khalid dalam kenyataan melalui laman Twitterberkata, beliau tidak berhasrat untuk terus menjadi Menteri Besar untuk penggal akan datang, namun akan terus berkhidmat sehingga mandat penggal ini berakhir.
“Saya tidak bercadang menjadi Menteri Besar untuk penggal yang ketiga. Tapi saya akan terus berkhidmat hingga akhir penggal ini (penggal kedua).
“Dalam hidup ini, saya hanya mahu dikenang sebagai seorang yang berkhidmat kepada rakyat,” katanya.
Khalid sebelum ini berdepan tekanan hebat bukan sahaja dalam kegagalan hal ehwal pentadbiran negeri, malah tidak disenangi oleh pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta parti sekutunya DAP.
Percakaran sesama ahli didalam PKR amat serius sehinggakan admin pm pun pelik bagaimana dalam merebut jawatan sesama mereka membuka pekung sendiri dan terbaru kerusi berterbangan di Sabak Bernam itu sudah cukup pada kita menilai gelagat mereka beraksi di dalam parti yang kononnya Adil
Paling jelas perseteruan beliau dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR sehingga menyaksikan beberapa polemik yang menghantui kepimpinan pakatan pembankang di negeri itu.
Ia termasuklah penamatan perkhidmatan Mohamed Azmin sebagai Anggota Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan penamatan kontrak 20 petugas PKNS Holdings, sesuatu yang didakwa penyokongnya sebagai strategi Khalid untuk menyingkirkannya.
Di sebalik sokongan baik rakyat pada pilihan raya umum lalu, Khalid bagaimanapun menghadapi tekanan daripada kepimpinan PKR termasuk Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beberapa kali menegur kepimpinannya.
Khalid turut berdepan krisis air di Selangor yang menimbulkan rasa tidak senang rakyat, selain dikritik hebat kepimpinan PKR dan DAP sehingga Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi mendesak supaya beliau dipecat.
Bagaimanapun, kerajaan negeri Selangor pada Rabu mengumumkan penamatan catuan air di semua kawasan terlibat mulai esok.
Abdul Khalid yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua pada Mei tahun lepas merupakan orang pertama dalam kalangan pemimpin pembangkang yang dilantik ke jawatan itu.
Kesemua 13 MB Selangor sebelum ini daripada UMNO, parti komponen utama Barisan Nasional (BN).
Abdul Khalid dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengangkat sumpah pertama kali sebagai menteri besar pada 13 Mac 2008, empat hari selepas pilihan raya umum (PRU) 2008.
Barisan anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor mengangkat sumpah pada 23 Mac.
Pada PRU-13 5 Mei lalu, pakatan pembangkang memenangi 44 daripada 56 kerusi dewan undangan negeri (DUN) Selangor, meningkat daripada 36 kerusi yang diperoleh pada 2008.
PKR menang 14 kerusi berbanding DAP dan PAS yang masing-masing memperoleh 15 kerusi. BN memenangi 12 kerusi.
Walaupun mereka gagal menunaikan janji janji yang di tabur sebelum PRU13 lalu mereka mampu menang itu yang amat membuat pm pelik kenapa Rakyat mudah tertipu dengan helah pembangkang,jika pada PRU14 akan datang mereka menang lagi maka bertambah susah lah kita dibuatnya kerana perebutan jawatan MB ini pastinya akan lebih ketara gara gara sikap tamakkan kuasa sesama mereka maka nillaikanlah setiap kerja yang pemimpin yang anda hendak pangkah nanti
Catat Ulasan