Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 27 April 2014

PKR SELANGOR GILA KEJAP CATUAN AKAN BERAKHIR KINI KHABAR ANGIN CATUAN AKAN DI TERUSKAN ?

RAKYAT PERLU BIJAK MEMILIH PEMIMPIN YANG CEKAP BEKERJA BUKAN YANG CEKAP BERCAKAP BESAR SAHAJA !!!
Belum ada tanda-tanda catuan air yang menjejaskan ribuan rakyat Selangor akan dihentikan pada masa terdekat.
Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata, paras air di empangan di negeri itu masih kritikal – petunjuk besar betapa rakyat negeri itu setidak-tidaknya perlu bersabar untuk beberapa minggu, mungkin berbulan.
Senario ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan wakil rakyat termasuk dari pakatan rakyat yang melihat kesengsaraan rakyat serta rungutan pihak industri ekoran catuan air akan dibayar dengan harga tinggi – hilangnya Selangor dari genggaman pada PRU-14 kelak.
Malah, penganalisis politik juga tidak menolak kemungkinan itu sekaligus menuntut supaya kerajaan pimpinan PKR Selangor perlu membuat pembetulan segera.
“Kerajaan negeri itu gagal menjelaskan secara rasional kepada rakyat berhubung dengan  catuan air. Tempoh catuan air terlalu panjang dan lama, bagi saya ia memberi kesan yang teruk kepada  rakyat, kerana air ini bukan seperti elektrik, tetapi ia keperluan,” kata Pengerusi Eksekutif Ilham Center, Mohamad Hisomuddin Bakar.
Catuan air di Selangor masuk peringkat ketiga yang berkuatkuasa sejak 10 Mac lalu dan  masih berterusan sehingga hari ini, walaupun hujan turun hampir setiap hari.
“Situasi itu menunjukkan kelemahan kerajaan Negeri yang gagal menangani isu air ini, dan tambahan pula  dengan keadaan hujan turun tanpa henti setiap hari. Jadi apabila hujah berkata empangan tidak ada air, itu agak sukar untuk diterima,” kata Hisomuddin 
“Sepanjang tinjauan kami, rakyat memang tidak puas hati dengan kerajaan negeri menangani  catuan air.
“Sepatutnya agensi dan wakil rakyat perlu proaktif dan pantas membuat kerja, kerana ini adalah isu keperluan dan tidak boleh main,” kata beliau.
Dalam pada itu, ADUN Selangor (DAP-Damansara Utama), Yeo Bee Yin mengakui kerajaan Selangor mengundang masalah berat – kehilangan undi yang banyak 
“Seperti yang diperkatakan tentang sokongan, kami lihat sokongan kepada Pakatan agak menurun dan jika tiada tindakan yang pantas serta cermat, ia pasti akan menyebabkan kehilangan banyak undi,” katanya.
PR berjaya memerintah kembali di negeri Selangor selepas memenangi majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum ke-13 tahun lalu, bagaimanapun majoriti penduduk kelas pertengahan negeri tersebut mungkin bertukar fikiran sekiranya isu air tidak diselesaikan.
Pelan catuan sejak Mac lepas melibatkan enam daerah iaitu Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.
Terdesak dengan tekanan, Menteri Besar Khalid Ibrahim bertindak menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan kerajaan pusat, menyaksikan kerajaan negeri meluluskan projek Langat 2 dan sebagai pertukaran mengambil alih syarikat konsesi air di Selangor.
Kemelut catuan air yang berlaku ketika ini di Selangor terburuk dalam sejarah sejak pakatan pembangkang memerintah negeri terkaya tersebut pada tahun 2008.
Projek Langat 2 tertangguh sejak sekian lama apabila kerajaan Selangor pimpinan Khalid enggan menandatangani perjanjian tersebut walaupun beberapa pihak sejak beberapa tahun kebelakangan mengingatkan bahawa krisis air akan berlaku pada tahun 2014 jika projek itu terus ditangguhkan.

Tiada ulasan: